Elsaalicious: September 2016



Tuesday, 20 September 2016

WEB REVIEW: Pertama Kali Shopping di 11street.my

Assalamualaikum

Hai semua apa khabar? Okay harinie Elsa nak buat review sikit tentang satu website dimana kita boleh shopping online di situ. Siapa tak familiar dengan 11Street.my ha meyh sini rapat rapat nak puji memuji nie hehe


Okay nie dia. Kalau awak semua taip http://www.11street.my/ akan terteralah paparan seperti di atas huhu. Tengok home saja dah menarik kan. Macam macam item yang ditunjuk. Daripada pakaian, gajet, kasut, beg, buku, baucer sampailah penjagaan diri semua ada dalam nie. Payah sangat nak cari? Boleh guna tab search tu untuk cari barang

Seronoknya 11Street.my nie, setiap item yang kita mahu, dia bagi potongan harga/diskaun yang saaaaangatlah banyak. Sampai kita punya niat nak shop satu item saja, boleh jadi 10 item nak diborong huhu


Okay paparan di atas nie bila kita dah pilih barang yang kita minat nak shop. So dekat situ awak akan nampak harga wahhh siap tunjuk diskaun lagi! Kemudian pilih warna dan tekan Buy Now. Yang bestnya barang di 11Street.my kebanyakkannya free shipping tau. So boronglah banyak banyak tetap takde kos postage haha


Setiap barang juga ada paparkan detail produk tersebut. So diingatkan sebelum membeli, rajinkan lah diri untuk kaji produk, tengok review dan komen komen pelanggan samada bagus atau tidak produk nie selamat digunakan atau tidak. Itu semua kena ambil tahu tau supaya tidak rugi wang dan terjadi apa apa perkara yang tidak diingini keatas kita kan

Sangat mudah shopping online sebenarnya. Semua dekat hujung jari jeh huhu. Klik sana klik sini, buat payment, goyang kaki sampai barang sampai rumah. Kalau puas hati, mesti nak ulang lagi shopping dekat sini ye dak hikhik

Elsa sibuk dok cerita pasal dia nie, nak tahu Elsa beli apa? Mohon jangan ketawa tau. Benda nie laa buat Elsa jadi cantik hahahahahahaha


Rugi jugak kalau siapa tak tahu and tak try munafie nie. Awesome wooo

Yang belum shopping dekat sini, meyh lah join sekali hehe

Monday, 5 September 2016

Lagu Blues Penyeri Blog Elsa!

Assalamualaikum

Hai semua. Okay harinie Elsa terbuka hati nak tukar lagu dekat blog Elsa nie ha. Rasa macam dah bosan sangat pulak asyik mendengar snowman snowman je kan hahaha

Okay kalinie lagunya em mesti semua pernah dengar and tahu kankan? Alah lagu popular zaman dulu derr hahahaha

Elsa pilih lagu nie sebab Elsa suka ke-blues-an lagu nie dan Elsa saja pilih minus one saja supaya korang boleh lah berangan ala ala smule dekat sini hakhak

Okay nak try karaoke? Nak kena ada lirik? Okay okay ada di bawah nie



Siapa dah try nyanyi lagu nie? Tengok sikit hihik

Enjoy :*

Sunday, 4 September 2016

3 PEMENANG - REVIEW BLOG BY ELSAALICIOUS

Assalamualaikum semua! Miss me? Hehe Elsa datang balik setelah sekian lama membusykan diri berkhidmat untuk negara, dengan laptop buat hal, fuhh memang menduga. So harinie baru berkesempatan nak bukak dan update satu post yang Elsa belum tunaikan janji Elsa pada pemenang REVIEW BLOG BY ELSAALICIOUS

Eh? Bila pulak Elsa buat Review blog kan? Hehe nie yang sebelum puasa punya segmen tu. Kalau sesiapa masih ingat. Tapi sebab kekangan masa, baru harinie Elsa baru terdetik hati nak buat review untuk pemenang pemenang tu. Dalam keadaan hujan nie kan, apa lagi yang boleh dibuat. Kerja pun semua dah settle. So ke sinilah kita hehe

Okay takmo lah bebel panjang lagi. Let's move!

1. http://afifahanuar.blogspot.my/


Okay nama penuh owner blog ialah Nurul Afifah binti Anuar. Gadis kecil molek berumur 14 tahun nie berasal dari Pulau Pinang tau. Sesuai diri dia dengan design blog yang sangat pinkish dan kalau awak semua pergi visit blog dia, nak membaca pun rasa tenang sebab dia sajikan lagu yang sangat menusuk jiwa and smooth hehe. Afifah seorang yang rajin join giveaway yang blogger2 lain anjurkan. So pada kawan2 yang hobi join giveaway sama macam adik Afifah nie, bolehlah follow blog dia. Link ada di atas. Sure boleh kenal kenal ada di "Contact Me" pada blog dia. Jangan risau dia sangat friendly *berdasarkan conversation Elsa dengan dia di whatsapp



Blog Kesihatan favourite Elsa! Hehe Sis Wawa nama penuhnya Wan Rokiah bt Wan Ismail, berumur 30 tahun dan beliau berasal daripada Terengganu. Hm tengok saja gambar di atas dah nampak dah merata vitamin lah shaklee lah hehe. Blog niaga nie ada menyediakan pelbagai set penjagaan diri dan kesihatan yang boleh dibeli secara online. Selain itu, pada sesiapa yang berminat untuk jana income melalui produk shaklee, pakar Sis Wawa boleh bantu awak semua tau. Tak kurang daripada tu juga sis Wawa berkongsi tips tips kecantikan luar dan dalam serta kesihatan pada usia muda mahupun tua. Jangan risau. Sis Wawa sentiasa berikan yang terbaik untuk pelanggan dan followers beliau. Untuk mengelakkan was was dan kurang percaya terhadap produk yang dijual, sis Wawa ada tunjukkan pelbagai testimoni pelanggan and mostly semuanya yang positif! Haa siapa taknak cantik tu memang rugi lah hahaha. Nak belajar memasak makanan baru? Boleh saja dekat blog nie pun ada menyediakan resipi resipi untuk kita semua. Boleh visit dan follow blog niaga nie okayss!



Okay my last winner hehe blogger yang agak rapat dan peramah dengan Elsa. Tiap tiap hari kalau bukak chatbox tu memang akan ada dia je lah hehe. Nama diberi Ain Athirah binti Anuar. Nie kakak Elsa nie umur 21 tahun hehe dan berasal dari Perak. Yes Sis Athirah suka melancong. So kalau bukak dekat blog dia dah terpampang tab Travel. Hikhik seronok and enjoy baca post dia pasal travel. Rasa macam kita tengah travel dengan dia jugak hehe. Beliau rajin blogwalking tau. Hari hari dia akan tegur you alls yang follow blog dia haa betul nie tak tipu nie hehe. Design blog yang white white simple but nice dan tak berat buat Elsa tertarik dan rajin untuk visit blog nie. Jom follow gais. Untuk tahu lebih lanjut yes boleh saja kaji blog nie atas bawah

Alhamdulillah selesai untuk post nie. Nervous sebab baru first time review blog orang lain. Elsa masih belajar so kalau ada kurang harap maaf ye awak semua. Happy me had a short conversation sebelum nie hakhak. Semoga awak semua murah rezeki dalam berblogging. Dadaaa

Elsaalicious.