Elsaalicious: February 2017



Monday, 27 February 2017

Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 1


Assalamualaikum

Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 1
Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 1
Hari ini mungkin entri tak berapa menggemarkan pembaca untuk membacanya, Tapi tak salah untuk Elsa kongsi kepada semua supaya tak ada yang akan terkena macam Elsa kena dan ye INI MEMANG KISAH BENAR terjadi pada Elsa

Kalau siapa yang tak tahu maksud Hutang tu apa bolehlah buat kajian menggunakan buku-buku atau internet. Hutang bukan sahaja melibatkan wang ringgit, malah barang, makanan, minyak kereta dan buang air besar pun termasuk dalam jenis-jenis hutang

Minggu lalu Elsa ada baca entri Sis Hawa tentang Hutang. Jadi hari ini Elsa nak kongsi pengalaman Elsa sebagai Pemberi Hutang kepada seseorang yang daif mungkin. Sebelum Elsa mula Elsa memohon maaf jika penggunaan bahasa di dalam entri Elsa pada hari ini tak menyenangkan semua pembaca. Sebab tu Elsa dah pesan awal awal tadi hehe

Pada tahun 2016, zaman Elsa belajar di sebuah institusi awam, Elsa ada berkawan dengan seorang LELAKI bernama....... Elsa kalau ikutkan geram memang Elsa nak dedahkan namanya di sini, tapi biarlah korang semua kenal dia dengan gelaran PENGHUTANG. Memang Elsa senang berkawan dengan dia. Dia beriman, jaga solat, kadang-kadang kedengaran suara azan si penghutang di Pusat Islam (surau), baik hati, semua orang juga senang berkawan dengan dia. Tapi semua kebaikan dia tu mempunyai tujuan yang sangat tidak baik. Tak sangka antara ramai ramai yang senang berkawan dengan dia tu, dia pilih Elsa untuk jadikan bahan ujikaji

Semakin lama berkawan, perlahan-lahan dia ingin meminjam duit daripada Elsa. Antara alasan yang dia bagi "bulan ini ayah tak bagi duit belanja" "nak buat beli buku rujukan tapi tak cukup nak buat makan" "nak bayar yuran pertandingan sekian sekian" macam macam lagi lah. Setiap musim dia sedang sesak tak ada duit, dia akan pinjam dari Elsa sedikit demi sedikit dia meminjam bila dicampurkan memang mencecah RM1000. Elsa umpama dipukau bila tiap kali dia ucap "Aireen pinjam RM10, Aireen pinjam RM50" Elsa bodoh buta buta pergi bagi

Apabila duit tu berada dalam tangan dia, dia akan kata "Nanti saya bayar balik. Janji" Sudahnya tak bayar langsung. Tiap kali pinjam, tiap kali tu diucapnya. Elsa pun angguk sajalah. Nak marah macammana, sebab memang mulut nie tak boleh nak ungkap apa apa selain angguk. Baru Elsa cakap tadi Elsa umpama dipukau. Bila dia dah ada duit tu, Elsa tak nampak pun dia guna duit tu untuk beli buku ke, untuk makan ke, untuk ini ke untuk itu ke. Tak ada. Seolah-olah dia sengaja ambil duit Elsa dan lemparkan kepada benda yang tak berfaedah

Bersambung ke Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 2


Thursday, 23 February 2017

Tahun Pertama Terima BR1M

Assalamualaikum

Tahun Pertama Terima BR1M
Tahun Pertama Terima BR1M

Amboi senyum lebar insan bernama Shaidatul Aireen nieyh! Mana tidaknya petang semalam bukan main badmood dan jealous bila tengok ramai dah yang terima duit BR1M di dalam akaun bank mereka. Kenapa Elsa punya lambat sangat? Memang macamtu ke dugaan orang yang baru pertama kali nak dapat BR1M?

Jadi malam semalam, lepas seronok komen entry rakan blogger yang dah terima BR1M, terdetik hati nie nak check akaun maybank Elsa

Tahun Pertama Terima BR1M
Tahun Pertama Terima BR1M

TADAAA! Alhamdulillah syukur. Elsa punya melompat bukan main lagi kan. Mulalah tiba tiba menjerit "IBU! BRIM KAKLONG DAH MASUKKK!" Dan ibu pulak jawab "Ha elok lerr. Pergi lerr nyopping banyak banyak" Hmmmmmmmm

Jadi apa perkara yang Elsa dah / akan buat menggunakan duit dari kerajaan nie?

1. Bagi Ibu Dan Adik
Ibu tak meminta. Tapi adik yang minta. Bukan main lagi dia siap senaraikan macam macam nak beli itu ini. Eleh eleh ingat RM450 untuk dia saja? Kaki nak kaki?

2. Cukai Jalan Kenderaan
Since Elsa dah bekerja dan tentu tentu pakai kereta abah sambil melenjan ke sana ke mari, jadi roadtax kereta abah dah jadi sebahagian dari tanggungjawab Elsa jugak. Tapi Elsa tak bersedia lagi nak bagi. Biarlah dia selesa sekejap dalam akaun bank Elsa. Hukhukhuk

3. Belanja Untuk Hari Raya
Walaupun bila dah ditolak-tolak nilai wang yang digunakan untuk dua perkara di atas, jadi baki yang ada Elsa bercadang untuk simpan buat belanja raya. Belanja raya untuk beli baju raya 2 helai, kasut raya, beg raya (?) Amboi banyak sangat ke baki yang tinggal tu Elsa? Ish Ish

Namun Elsa jamin perkara yang ketiga adalah 50% tidak bakal terjadi. Hahaha Elsa masih lagi kerdil dalam bab berjimat-cermat. Bila duit dah ada, bukan main dia punya belanja. Tapi bila dah hujung bulan, korek tabung pun belum tentu jumpa RM50 huish dihnya

Oleh itu, gunalah duit dengan cermat. Jangan banyak membazir tau tau tau. Okay Elsa tak habis seronok lagi nie haaaa siapa tak seronok tahun pertama merasa dapat BR1M kot hahahaha tu yang culture shock sikit

TARIKH TAMAT GA ELSA SEMAKIN HAMPIR! SIAPA BELUM JOIN, SILA KE SINI

Wednesday, 22 February 2017

UNDIAN FASA PERTAMA ANUGERAH MELETOP ERA KINI DIBUKA

Assalamualaikum

UNDIAN FASA PERTAMA ANUGERAH MELETOP ERA KINI DIBUKA
UNDIAN FASA PERTAMA ANUGERAH MELETOP ERA KINI DIBUKA

Anugerah MeleTOP ERA 2017 bakal berlangsung tidak lama lagi! Anugerah MeleTOP ERA merupakan anugerah yang dipilih oleh para peminat bagi mengiktiraf artis terkemuka dan bakat mereka dalam industri hiburan. Sebanyak 17 kategori telah dipertandingkan. Untuk maklumat lanjut sila klik sini. Oleh itu, undi artis-artis pilihan anda di www.era.fm. Undi dari 21 Februari hingga 19 Mac 2017 bagi fasa pertama

CARA MENGUNDI
1. Layari laman web ERA di www.era.fm
2. Pendaftaran melalui FACEBOOK CONNECT
3. Anda hanya boleh mengundi sekali sehari untuk setiap kategori melalui Facebook ID anda

UNDIAN FASA PERTAMA ANUGERAH MELETOP ERA KINI DIBUKA
UNDIAN FASA PERTAMA ANUGERAH MELETOP ERA KINI DIBUKA

Projector Band, abang-abang kacak dari Kuala Kubu Bharu, Selangor, tercalon dalam 3 kategori iaitu Lagu MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP dan Artis Baharu MeleTOP. Jadi Elsa tak undi lain! Memang Projector Band sahaja hakhak. Okay, esok kita undi lagi

Elsa dah. Korang bila lagi?

WAH GA ELSA MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT! JOM JOIN! KLIK SINI

Credit: ERA fm

Monday, 20 February 2017

10 Tips Penjagaan Bateri IPhone

Assalamualaikum

Amboi dah dua hari Elsa tinggalkan blog dengan tak update apa apa entry pun. Padahal Google AdSense baru sahaja lulus. Jangan sampai Google tarik balik AdSense awak Elsa. Ish ish. Maafkan Elsa makin hujung bulan makin sibuk dengan kerja. Cadangnya bila dah balik rumah jam 5 petang, rehat rehat lepastu kot boleh bukak laptop sekejap. Tapi katil Elsa terlampau seksi. HAHAHAHA

Okay berbalik pada tajuk di atas. Remaja sekarang termasuk Elsa *kuikui tak boleh nak lekang dengan telefon bimbitnya. Lebih lebih lagi girls yang memiliki IPhone. Maklumlah kamera IPhone tak pernah tak cantik kan. Jadi hari hari kena tangkap gambar buat modal instagram. Eh Elsa terperli diri sendiri pulak! Hahaha. Siapa yang follow instagram Elsa tu tahu lah Elsa punya jadual masukkan gambar dalam instagram. Ish entah apa apa lah perangai hahaha. Tapi tahu guna je ke? Nak menjaganya tahu tak?

Penjagaan bateri memang sangat penting dan utama. Ini wajib diambil berat bagi mengelakkan pembaziran untuk membaiki bateri, membeli IPhone yang baru dan menyimpan 2 3 buah powerbank dalam beg tangan. Bukan sahaja pengguna IPhone malah pengguna telefon pintar Android juga perlu menitikberatkan permasalahan ini. Telefon pada zaman sekarang tak hebat pada bateri. Yelah, tak sampai 12 jam dah nak kena cas semula bateri telefon. Kalau zaman Elsa 15 tahun ke bawah, mana nak jumpa lagi telefon macam sekarang. Dulu bateri telefon kalau tak guna kadang kadang 2 hari boleh tahan lagi tau. Zaman tu whatsapp, wechat, instagram semua mana nak ada lagi. Zaman tu zaman duduk asrama hakhak

10 Tips Penjagaan Bateri IPhone
10 Tips Penjagaan Bateri IPhone

Gambar Lock Screen Pilihan Elsa: RUBY ROSE

Okay tanpa Elsa dibenarkan membebel panjang, Elsa nak kongsikan pada korang semua 10 Tips Penjagaan Bateri IPhone yang Elsa telah praktikkan sehingga sekarang Alhamdulillah. Harap bermanfaat untuk kita semua

10 Tips Penjagaan Bateri IPhone

1. Telefon Off Ketika Mengecas
Elsa jarang lakukan ini. Sebab kalau ada kecemasan di mana ada orang perlukan pertolongan kita, kita tidak ketinggalan kan. Tapi tak salah pun kalau off telefon, boleh saja

2. Untuk Kali Pertama Mengecas, Cas Bateri Telefon Sekurang-kurangnya 8 jam
Tak kisah apa jua jenis bateri telefon tersebut, pastikan untuk kali pertama bateri korang dicas selama 8 jam. Sebab kita baru saja pakai bateri tu, jadi dia boleh memanjangkan usia bateri kita. Kalau kali pertama cas setengah je, ha ada potensi nak rosak tau bateri tu pada masa akan datang

3. Jangan Guna Semasa Mengecas
Ini paling Elsa tak suka buat. Kadang kadang Elsa marah diri sendiri sebab sambil cas tu lah nak main game, nak baca whatsapp, nak dengar lagu, nak main youtube. Masa bateri tengah penuh tak mahu pulak buat semua tu. Jangan selalu guna ye masa mengecas. Ia akan menyebabkan bateri kita tak tahan lama nanti

4. Kurangkan Penggunaan Mobile Data, Gunakan WiFi
Elsa memang lebihkan guna wifi sebab di rumah dan dalam beg Elsa ada juga wifi YES huddle. Kalau Elsa tak main telefon, Elsa akan off mobile data sebab bateri juga akan cepat makan dan data juga akan cepat makan jugak. Dah rugi dua benda dekat situ kan

5. Mod Kecerahan
Sesetengah orang hanya letakkan mod cerah paling bawah sekali. Itu lebih mujarab bagi penjagaan bateri. Tapi Elsa gunakan mod kecerahan sebagai auto kerana Elsa nie rabun hahaha

6. Mod Penjimatan Bateri
Ini juga antara tips yang bagus untuk penjagaan bateri. Walaupun sudah dicas penuh 100%, namun Elsa masih hidupkan mod penjimatan bateri juga. Jadi jangka hayat bateri tersebut lebih lama dari yang biasa

7. Pastikan Bateri Betul-Betul Lemah Sebelum Mengecas
Nak ingatkan juga pastikan bateri tinggal 20% atau 15% atau amaran bateri lemah dipaparkan, barulah korang cas bateri sehingga penuh. Kalau tidak, tak lama lah bateri awak tu sihat hehe

8. Kurangkan Cas Di Dalam Kereta
Pada korang yang suka cas dalam kereta tu, harap dapat kurangkan ye. Ini kerana voltan pada kereta selalunya tidak stabil. Jadi bateri akan cepat rosak kerana menerima arus voltan yang tidak stabil

9. Jangan Terlebih Had Waktu Mengecas
Okay selalunya bateri telefon akan penuh dalam masa 2-3 jam. Jadi janganlah cas pada waktu korang sedang tidur pada waktu malam tu. Ini kerana bateri akan cepat rosak kerana overcharge. Tips daripada Elsa, nanti kalau ada pergi ke kedai aksesori telefon, tanya jurujual yang korang nak wayar pengecas yang akan off sendiri selepas bateri habis dicas. Elsa selalu mintak begitu haha dan sekarang wayar yang Elsa pakai adalah wayar jenama REMAX

10. Jauhkan Bateri Dari Haba
Contoh seperti barangan elektrik yang mengeluarkan haba lah sebab ia akan mudah meletup. Bila dah meletup bukan bateri saja meletup malah telefon pun sama. Hukhuk menangis tak berlagu kena kumpul duit beli telefon baru kankankan

Alhamdulillah, Elsa dah kongsikan apa yang Elsa lakukan untuk mengekalkan ketahanan bateri lebih lama. Jagalah bateri telefon anda sebaik-baiknya. Sebab zaman sekarang nie kalau takde telefon depan mata, badmoodnya bukan main sampai nak makan pun ego taknak makan *elsa lah tu

ADA 20 HARI LAGI SEBELUM TAMAT GA ELSA! JEMPUT JOIN! KLIK SINI

Saturday, 18 February 2017

WAH! GIVEAWAY ELSA DAH CAPAI 45 PESERTA

Assalamualaikum

WAH! GIVEAWAY ELSA DAH CAPAI 45 PESERTA
WAH! GIVEAWAY ELSA DAH CAPAI 45 PESERTA

Alhamdulillah. Hari ini peserta Giveaway Elsa dah cecah 45 orang. Terima kasih kepada yang join dan support Elsa dalam dunia blog. Elsa sangat tak sangka giveaway yang Elsa anjurkan kali ini bersama sama dengan sponsor mendapat sambutan yang baik dan hangat

Eh jangan risau! Elsa tak akan tamatkan giveaway ini begitu saja. Elsa juga perlukan lebih lagi peserta untuk saling blogwalking dan mengenali sesama blogger. Giveaway Elsa masih lagi berlangsung sehingga 1 Mac 2017! Rugi siapa tak join lagi. Hadiah hadiah yang kami sediakan sangat lah banyak sebab tu kami cari 45 pemenang dan mungkin lebih lagi. Kepada yang tak tengok lagi hadiah tu, tengok sini

Ayuh yang masih belum join tu, klik banner di bawah. Janganlah tengok saja hehe

WAH! GIVEAWAY ELSA DAH CAPAI 45 PESERTA
WAH! GIVEAWAY ELSA DAH CAPAI 45 PESERTA

Friday, 17 February 2017

Segmen Review Blog By Syahirah Valiant

Assalamualaikum

Segmen Review Blog By Syahirah Valiant
Segmen Review Blog By Syahirah Valiant

Klik banner untuk join

Thursday, 16 February 2017

Giveaway by FatinDiana

Assalamualaikum

Giveaway by FatinDiana
Giveaway by FatinDiana

Klik banner untuk join

Kenapa Ibu Sorok Spicy Korean Ramen Elsa?

Assalamualaikum

Kenapa Ibu Sorok Spicy Korean Ramen Elsa?
Kenapa Ibu Sorok Spicy Korean Ramen Elsa?
Sumber: Google

Tahun 2016, fenomena Spicy Korean Ramen berleluasa di serata dunia (kot). Tengok youtube, facebook, twitter, instagram mesti akan ada individu yang buat Spicy Ramen Challenge. Dalam banyak banyak video yang Elsa tengok, Elsa minat satu video nie saja. Tengoklah lebih 10 kali, tak jemu pun. Padahal sama saja dengan semua video. Mungkin sebab kelakar kot hehe. Okay bawah nie video Spicy Ramen Challenge yang menjadi kegemaran Elsa


Okay dah tengok? Okay sekarang meyh dengar cerita sedih Elsa pulak. Tengok tajuk je dah tahu sedih kan. Tapi sekejap je sedihnya tu. Mana boleh nak sedih lama lama. Larat sangat lah orang orang nak pujuk kan kalau merajuk lama lama

Kerana Spicy Korean Ramen nie lah Elsa sekarang dah tak pandang mi segera (maggie) yang lain. Kejam tak kejam? Sebabkan 1 saja, 10 Elsa dah lupakan hahaha. Elsa semakin obses dengan Ramen nie. Sesuailah dengan Elsa yang suka makan pedas. Selalunya pun orang yang makan pedas nie, bila dia cuba Ramen nie pulak, taubat sekali tu je diorang makan. Mujur Elsa tak macam diorang hahaha amboi berlagaknya. Ya Ramen nie memang pedas tapi Elsa tak pernah nak move on dengan Ramen nie. Ibu nekad nak sorokkan Ramen nie dan YA ibu memang dah sorokkan. Huwaaa apa salahku? Nak jadi ceritanya ibu dah terlampau geram tengok Elsa selang sehari akan cari Ramen Ramen Ramen! Asal lapar je Ramen, asal ibu masak lauk ikan je Ramen (Elsa tak makan ikan kecuali pari & keli), asal lapar tengah malam je Ramen! Sampailah pada satu hari nie...................................................

Elsa kelaparan. Nak masak benda berat berat bukan main malas! So Elsa bukak kabinet dapur nak cari baby Ramen Elsa. Tiba tiba, wadduhhhh Ramen Elsa tak ada dalam kabinet! Masa tu Elsa tak syak lain memang ibu saja yang Elsa cari. Pandai dia masa kita nak tanyakan Ramen tu lah dia tak ada dekat rumah. Dah tentu tentu dekat rumah sebelah layari murai.com dengan jiran jiran hakhakhakhak

30 minit lepastu dia balik terus Elsa tanya

Elsa: Ibu, ramen kaklong mana?
Ibu: Kamu ada beli ramen ke?
Elsa: Eee haritu ada kan. Manada kaklong habiskan ada lagi 3 bungkus rasanya
Ibu: Entah. Kamu makan masa tengah tidur jugak kot

Geramnya tak terkata! Hukhuk lepastu

Elsa: Lapar lah bu. Orang dah lama tak makan kan
Ibu: Mananya dah lama tak makan baru makan 3 hari lepas. Kamu nie nak sakit perut ke? Tak tengok orang dekat hospital tu................. Blablablablablablabla (ceramah bermula & Elsa tak ingat pun ibu bebelkan apa kihkih)
Elsa: Hm sekarang nie nak bagi ke idak?
Ibu: Haish pergi tengok dalam bakul baju tuh. Carik dekat dalam

Bukan main ibu ha dalam bakul baju kotor diletaknya Ramen kita. Ish geram kita tau tau. Sejak daripada haritu, Elsa kurangkan makan Ramen daripada selang sehari kepada setiap ahad dalam seminggu. Hahaha macam perokok nak berhenti merokok pulak

Ibu taknak Elsa sakit dek kerana makan terlalu pedas. Sampaikan cili api pun Elsa gigit begitu saja pun dia bebelkan. Makan terlampau pedas pun risiko jugak. Perut kita lama lagi nak pakai. So Elsa kena kurang kurangkan makan Ramen. Apa jadi kalau sakit perut? Kena masuk hospital? Kena cucuk situ cucuk sini? Kena bayar bil? Tak ke susahkan orang lain tu kan?

Oleh sebab itu, alhamdulillah Elsa sekarang dah taknak selalu sangat makan Ramen tu. Mahal pun mahal. Kalau seminggu habis RM25 baiklah makan chicken chop

Siapa dah jadikan Spicy Korean Ramen nie sebagai makan kegemaran macam Elsa angkat tangan? Hahaha

ADA LAGI SETENGAH BULAN UNTUK GA ELSA TAMAT. JOM JOIN & NIKMATI GANJARAN DARIPADA ELSA & SPONSOR! KLIK SINI

Monday, 13 February 2017

Tahniah Kepada Pemenang Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

Assalamualaikum

Baru-baru ini Blogger Aerill Hassan telah menganjurkan Giveaway dan Elsa ialah salah seorang sponsor kepada giveaway tersebut. Yay akhirnya dua hari lepas 2 pemenang giveaway dah pun PM Elsa di Facebook untuk tebus hadiah mereka. Alhamdulillah Elsa janjikan Meringue Kisses Choc kepada 2 pemenang bertuah. Apa benda Meringue Kisses Choc tu? Ini dia

Tahniah Kepada Pemenang Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com
Tahniah Kepada Pemenang Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

Wah nampak sedap kan?! Ini dah tentu tentu tak nak kongsi dengan orang lain nie hahaha. Alhamdulillah juga Elsa dah pos hadiah mereka. Tinggal tunggu sampai dekat rumah je kan!

Tahniah Kepada Pemenang Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com
Tahniah Kepada Pemenang Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

Daripada tadi dok cerita hadiah je. Mesti korang nak tahu siapa pemenang-pemenang yang Elsa cakapkan nie kan. Okay tuan-tuan & puan-puan, jemput singgah ke blog Kak GojesMastura Nasarudin. Dah singgah tu follow lah mereka tau tak rugi pun follow diorang hikhik

Terima kasih sekali lagi kepada Bro Aerill Hassan kerana memberi peluang untuk Elsa terlibat dalam giveaway beliau sebagai sponsor, walaupun hadiah yang Elsa sediakan tak sebesar mana hikhik tapi alhamdulillah diterima jugak jadi sponsor. Senang bekerjasama dengan korang semua. Selamat maju jaya!

DAH MAKIN RAMAI JOIN GIVEAWAY ELSA. APA YANG BEST SANGAT? TENGOK SINI

Friday, 10 February 2017

1st Contest Shazyana's Tupperware 2017

Assalamualaikum

1st Contest Shazyana's Tupperware 2017
1st Contest Shazyana's Tupperware 2017

Klik Banner untuk join. Jom join sekali ye awak & awak

Apa Elsa Buat Bila Elsa Badmood?

Assalamualaikum

Apa Elsa Buat Bila Elsa Badmood?
Apa Elsa Buat Bila Elsa Badmood?

Memang pelik pelik saja perangai gadis gadis yang suka badmood tak tentu pasal nie kan. Badmood nie ada bahaya ada tidak. Yang bahayanya dalam kita badmood nie kita akan hilang kawalan, akan buat sesuatu yang tak terlintas langsung dalam fikiran kita nak buat dan seterusnya akan menyusahkan orang sekeliling kita. Sebab tu bagi Elsa lah orang yang kuat badmood nie orang lain takut nak berkawan. Contoh kalau bergurau sikit, emosinya lebih. Termarah sikit, habis semua meja kerusi bangunan rumah pun diterbalikkan. Cuit sikit, dia bagi kita buku lima. Aish kadang kadang Elsa sendiri tak faham dengan diri Elsa sendiri. Hari hari nak badmood. Bak kata rakan pejabat Elsa "kau nie hari hari period" Em okay sudah

Badmood nie punca dari macam macam masalah. Antaranya stres kerja, benda itu hilang benda ini pecah, rokok kena curi, jalan raya sesak, cari barang kegemaran tak jumpa, internet & wifi slow, TV tak ada signal, kadang kadang malas nak mandi pun boleh jadi badmood. Eh tak faham Elsa tau. Punca badmood sangat tak munasabah hahaha. Biasalah kalau gadis yang badmood memang macamtu lah kaedahnya, sebab Elsa yang alaminya sendiri kan. Elsa tak cukup kaji lagi kalau lelaki badmood tu apa puncanya. Em mungkin punca kalah main DOTA? *gelak sikit

Kalau dulu masa Elsa zaman sekolah, Elsa badmood Elsa akan buat satu benda je, iaitu update dekat laman sosial. Kalau ada 10 laman sosial nah 10 lah update copy paste status yang sama! Ish apa semua tu? Not good tau *pesan diri sendiri Sekarang tidak lagi. Elsa punya badmood Elsa tak tunjuk tapi orang sekeliling sendiri faham. Hebat benar mereka tu boleh tahu musim badmood Elsa kecuali ibu & abah memang Elsa takkan tunjuk badmood Elsa pada diorang. Buat apa lagi Elsa nak bebankan diorang dengan perangai Elsa yang macam baby tak pernah nak besar nie hahaha

Jadi sekarang, kalau Elsa badmood, Elsa buat perkara-perkara di bawah. Mana yang baik boleh ambil, mana yang tidak jangan ikut tau tau hehe

1. MAKAN TANPA HENTI
Perkara nie Elsa rasa ibu faham. Kalau ibu nampak Elsa makan 2 jam berselang, ada je snek yang anak dia nie capai dari dapur tu ha itulah dia, badmood saja! Dengan cara makan nie Elsa dapat rasa lupa kejap dengan masalah yang dok main dalam fikiran tadi kan

2. PRIVATEKAN DEFAULT PICTURE WHATSAPP
Ini kalau siapa buat macam Elsa yay kita geng. Selalunya kawan kawan Elsa yang perasan DP whatsapp Elsa hilang, ha jangan berani kacau Elsa. Ada jugak yang sengaja whatsapp "gaduh dengan cik abang lah tu" Amboi amboi pandai dah dia nie mengacau ye orang lagi tengah badmood dia lagi tambahkan angin eee. Ada sesetengah orang dia akan letak DP gelap atau warna hitam huhu tapi Elsa tidak berbuat demikian dek kerana malas nak kena tekan satu satu untuk tukar DP tu lepastu nak tangkap gambar warna hitam pulak hahaha. Kalau privatekan hanya pergi pada privacy kemudian tukar DP everyone kepada nobody. Simple je caranya hahaha. Tapi bila kawan kawan ada yang tegur "uish gelapnya gambar" ha itu janganlah kacau amaran keras sangat sangat itu memang dah tahap dewa dah dia punya badmood

3. BERSIAR SIAR DENGAN KERETA
Ini katogeri nak menghabiskan minyak lah nie kan. Padahal kawasan rumah Elsa sendiri dah bosan nak ronda ronda. Pernah sekali Elsa punya layankan sangat badmood nie, berbekalkan kancil enjin nissan skyline Elsa, Elsa pandu kereta memang terjalak sampai ke Genting Highland. Terkejut kan?! Elsa sendiri umpama tak sedar tau waktu tu macam Elsa jalan saja tahu tahu dah hampir sampai ke puncak. Apa Elsa buat lepastu? Elsa menangis sekejap sebab itu tindakan paling bodoh Elsa pernah buat. Baru lepas Elsa cakap tadi, badmood yang teramat memang boleh buat kita hilang kawalan. Akhirnya Elsa turun balik dari Genting Highland perlahan lahan sebab kabus pada waktu itu dah semakin menebal

4. BELANJA ADIK SESUATU
Elsa ada seorang saja adik perempuan. Tak tahu kenapa dengan dia pulak Elsa nak buat baik hahaha. Kalau Elsa badmood, Elsa akan ajak dia berjalan, dan Elsa akan cakap "dik, kau nak apa? Ambil cepat" Maka dia pun ambil. Tapi payah juga dia nie. Orang suruh ambil ambil satu sudahlah ini sampai tiga empat kadang kadang. Lagi tambah badmood Elsa nie nanti ish ish ish

5. CUBA ELAK DARI CERITA DEKAT IBU
Elsa seorang yang tak suka orang lain tahu keperitan yang Elsa alami. Termasuk ibu. Elsa bukannya kejam taknak berkongsi dengan ibu. Tapi bagi Elsa, Elsa yang timbulkan, biar Elsa yang selesaikan. Elsa taknak susahkan orang lain. Bukan dapat apa pun. Ibu selalu juga tanya apa masalah sebab dia memang tahu anak dia bila masa gembira bila masa nak menangis. Jadi Elsa hanya cakap sesuatu yang positif. Elsa terpaksa pusing cerita supaya dia tidak syak apa apa

6. SOLAT
Perkara yang wajib sekali bila kita perlukan pertolongan, hanya menghadap-Nya. Langkah langkah di atas hanya sampingan, tapi ini yang utama. Elsa minta pertolongan dari-Nya In Shaa Allah Elsa tenang. Kita sebagai hamba kena selalu ingat yang kita bukannya tak ada tempat untuk mengadu, ada je kan. Ceritakan segalanya luahkan apa saja yang terbuku di hati In Shaa Allah tenang. Sebab orang kata, makin dipendam makin sakit. Elsa memang rasa sakitnya bila dipendam lama lama. Kemudian bila Elsa dah lemah, Elsa menangis dan itu sajalah kaedah gadis gadis bila dah lemah sangat sangat kan. Jadi solat dan banyakkan berdoa agar diberkati hidup kita :)

Kesimpulannya, badmood itu sangat tidak best. Jadi jangan badmood! Hahaha apa kesimpulan macamnie nie. Elsa dah terkejar kejar nak makan. Elsa tak makan tengahari lagi tau

RUGI SIAPA TAK JOIN GA ELSA LAGI. CEPAT KLIK SINI DAN MENANG!

Wednesday, 8 February 2017

Lagu Nostalgia Pilihan Elsa & Kisah Disebalik Lagu Tersebut

Assalamualaikum

Semalam baca entry Bro Khaidir Khaizuki nie. Tertarik pulak Elsa nak mengolah salah satu lagu dalam entry tu dimana satu lagu tersebut ada kisah Elsa tersendiri yang sangatlah kelakar tapi best kot hahaha



So ini lagu nostalgia pilihan Elsa bertajuk Infiniti Cinta nyanyian Zizan & Kaka. Jadi Elsa nak ceritalah kenapa lagu nie sangat nostalgia hikhik. Mohon sediakan baldi takut termuntah huhu

Dulu masa Elsa tingkatan 5 Elsa dikenali oleh satu sekolah dengan panggilan 'retis' haha sebab Elsa suka tonjolkan diri dengan menyanyi dekat atas pentas tiap kali ada event atau persembahan untuk hari guru ke, hari sukan ke. Okay satu hari nie, Elsa pilih untuk hiburkan sekolah dengan lagu Infiniti Cinta nie. Elsa tak keseorangan Elsa duet dengan rakan 'retis' jugak hahaha

Selesai menyanyi, turun dari pentas je ada sorang junior datang dekat Elsa dan bagi sepucuk surat haha takdelah surat sangat macam note kecik dan ditulis dekat situ adalah...

"INI NOMBOR SAYA _ _ _ _ _ _, INI FACEBOOK SAYA _ _ _ _ _ _"

Zaman tu zaman facebook lagi kan haha. So balik tu Elsa seacrh dekat facebook, memang Elsa tak cam langsung siapa Mr. N nieyh haha. Setelah diselidik tanya kawan kawan semua, Elsa terus cari dia dekat kelas tutttttt hehehe tak boleh bagitahu jugak. Elsa lalu depan kelas dia. Yes memang itu kelas dia! Dan itu DIA! Masa tu dalam hati Elsa dok kata "amboi indahnya wajah" Dalam facebook tak ubah muka dia dengan realiti. Syukur masa tu 2 3 hari Elsa lalu depan kelas dia, dia tak pernah perasan Elsa. Ye memang Elsa taknak dia perasan Elsa dah usha dia dulu haha. Sampailah seminggu sudah tu, agaknya dia dah fed up menunggu Elsa hubung dengan dia, dia yang datang dekat kelas Elsa

Dia punya nak panggil Elsa tu bukan main macam guru besar tengah announce nama pelajar nakal hahaha. So Elsa makeup makeup sikit nak jumpa jejaka kacak nieyh haha. Dengan sipu sipu malu kucingnya Elsa boraklah dengan dia sikit dekat koridor kelas. Yelah peluang dah ada dengan cikgu pulak masa tu tengah mesyuarat, boleh dikatakan semua kelas budak budak dok merayau macam pak guard

Elsa bual sikit dengan dia "awak, kenapa suruh junior haritu bagi surat nie?" *Elsa simpan note tu sebab nak tunjuk dekat dia kemudian dia kata "sebab saya nak buat awak terkejut. Saya tunggu awak contact saya, hampir putus harapan dah hm" Lepastu Elsa tanya lagi "apa yang buat awak tercarik carik saya nie?" Lantas dia mulakan bebelan "saya suka dengar awak nyanyi lagu Infiniti Cinta tadi. Saya tenang dengar suara awak tiap kali awak buat persembahan. Sebelum sebelum nie saya suka dengar begitu aje. Tapi untuk lagu nie saya rasa lebih istimewa, mungkin maksud lagu ada kena mengena dengan kita" cia cia ciaaa

Elsa tergamam tau. Adakah ini cinta? Hahaha itu sangat merepek. Tanpa membuang masa Elsa bagitahu dekat dia, yang Elsa serik dah sikit dengan cinta monyet hahaha. Elsa berani kata cinta monyet yang bermaksud bercinta nak suka suka jeh sebab pada waktu itu tahun Elsa SPM. Nasib baiklah dia memahami. Sudahlah cukup pakej, kacak, memahami, baik (kot) tapi Elsa terpaksa tolak dia untuk jadi lebih dari kawan. Alhamdulillah. Sampai sekarang kami masih berkawan yay!

Entry nie Elsa memang akan suruh dia baca nak tengok dia ingat lagi ke tidak zaman perkenalan kami huhu. Jadi korang ada yang muntah tak? Harap tak adalah hikhik

Apa apa pun lagu Infiniti Cinta memang meletup

NAK TERSENARAI DALAM 45 PEMENANG GIVEAWAY ELSA? KLIK SINI UNTUK JOIN!

Monday, 6 February 2017

Shaidatul Aireen Turns 21!

Assalamualaikum


YAY IT'S MY BIRTHDAY! Alhamdulillah masih berkesempatan untuk hidup bekerja dan berkhidmat untuk keluarga, makanan dan masa depan hehe. Harinie 6 Februari Elsa yang nama sebenarnya Shaidatul Aireen binti Tajul Arif officially 21 tahun. Dah tak boleh nak selalu menangis, tak boleh nak selalu merungut, tapi boleh selalu makan! Yay!

Harinie balik kerja awal. Tiba tiba pos laju ketuk pintu rumah dan panggil nama Elsa. Aik pelik. Elsa tak ada order barang pun


Lepas tengok nama pengirim, barulah Elsa teringat. Ini hadiah dari Sis Azzyati Liah hehe terima kasih sis! Elsa pemenang pertama giveaway Sis Azzyati Liah tempoh hari. Alhamdulillah. Boleh tak nak jadikan hadiah nie sebagai hadiah hari jadi dari rakan blogger Elsa? Hikhik mestilah boleh kan!


Okay ini hadiahnya! Jubah Emma Maembong! Selalu kalau Elsa beli online, memang akan besar bajunya. Memang akan ke kedai jahit untuk alter hahaha. Tapi untuk jubah nie, memang muat muat je pakai. Dah try dah tadi. Terima kasih lagi sekali Sis Azzyati Liah

Sempena birthday Elsa ada buat Giveaway. Siapa belum join? Memang rugi tak join. Elsa cari 45 pemenang! Jemput join SINI

Friday, 3 February 2017

5 Tips Mencari Sponsor Blog

Assalamualaikum


Semua orang tahu kan sponsor tu apa? Sponsor yang Elsa faham adalah individu yang sudi bantu kita untuk menjalankan sesuatu aktiviti contoh seperti giveaway, contest, segmen dan lain lain. Jadi para sponsor juga akan sediakan hadiah secara percuma tak kisah dari bentuk apa pun hadiah tersebut untuk cover kita kalau kita tak cukup bajet nak beri hadiah kepada peserta. Banyak kelebihan mencari & menjadi sponsor nie tau. Antaranya:-

1. Dapat meningkatkan views
2. Dapat Like yang banyak
3. Orang lebih mengenali kita tak kira blogger lama atau baru
4. Followers juga meningkat
5. Tabung yang sikit sikit lama lama jadi bukit!
6. Jika entry kita bermanfaat dan seronok untuk dibaca, entry kita akan mendapat share yang banyak jugak

Okay so Sis Aisyah tanya Elsa macammana nak cari sponsor? Sebab haritu Sis Aisyah ada buat entry yang dia nak buat giveaway. Elsa cadangkan dekat dia untuk cari sponsor hehe

Okay Elsa akan cerita cara cara Elsa cari sponsor. Merujuk pada entry GA Elsa yang tengah berlangsung sekarang Alhamdulillah ada 16 sponsor yang sudi bantu Elsa

1. Buat satu entry pencarian sponsor dan isikan perkara-perkara berikut
Dalam entry awak kena bagitahu tujuan cari sponsor nie. Nak buat ga? Nak buat contest? Nak berkenalan dengan para sponsor? Nak bagi penghargaan kepada followers? Kena bagitahu semua tu. Jangan lupa ceritakan jugak tarikh mula dan tamat ga/contest/segmen. Awak nyatakan nak pakai berapa sponsor? Samada bebas ataupun bilangan ditetapkan mungkin dalam 5-10 orang? Lagi ramai lagi meriah kot kan hakhak. Kemudian awak kena sertakan kelebihan jadi sponsor kepada awak. Awak jugak kena inform pada diorang yang diorang juga sebagai sponsor boleh tetapkan syarat kepada peserta contoh seperti follow blog, follow instagram dan sebagainya. Inform pada para sponsor juga bebas nak sponsor apa apa seperti bloglist ke, review blog ke, topup ke. Kemudian di akhir entry sila sertakan nombor/emel untuk para sponsor hubungi awak. Boleh tengok Senarai Contoh Hadiah GA Elsa daripada para sponsor Elsa yang sangat luar biasa nie :*

2. Promote/blogwalking ke blog-blog lain
Bila entry dah siap sempurna, segala ayat dah disusun cantik, JANGAN MALAS UNTUK BLOGWALKING! Sebab followers tak semua yang nampak entry kita tu. Kerja keras sikit untuk tarik sponsor bekerjasama dengan kita. Awak boleh tinggalkan url dekat chatbox diorang itu cara paling paling palinggg senang hehe. Dah tentu tentu diorang akan tengok chatbox diorang dan akan baca entry awak dan akan berminat untuk jadi sponsor awak kan!

3. Ayat permintaan kena ikhlas dan sopan
Ini senang saja. Tak perlu Elsa nak terang lebih lebih hehe. Mula dengan salam dan bagitahu awak nak jalan ga dan memerlukan sponsor. Confirm diorang akan tertarik!

4. Terima apa saja hadiah dari sponsor
Yes ini penting. Kena terima dan bersyukur dah orang nak sponsor kita dengan macam macam jenis hadiah walaupun kuantiti yang sikit, itu sudah memadai. Janganlah bila kita tengok hadiah yang disponsor tak memuaskan hati awak, syarat bukan main banyak, terus awak tolak dia dari jadi sponsor. SALAH TU SALAH. Bab syarat yang sponsor sediakan untuk peserta tu mungkin awak sendiri boleh tetapkan. Kebiasaannya para sponsor akan tetap 2-3 syarat berbaloi dengan hadiah yang diberi. Jadi jangan merungut jangan high demand sangat tau. Babab nanti!

5. Sentiasa keep in touch dan beri penghargaan kepada sponsor
Macam Elsa, Elsa telah letakkan link blog sponsor Elsa dekat dalam bloglist sebagai tanda terima kasih sebab sudi jadi sponsor Elsa. Kalau awak boleh je samada nak review diorang ke, nak klik nuffnang diorang ke, follow blog diorang ke, apa sahaja asalkan kita ikhlas dengan kesudian mereka terhadap kita kan. Bila dah selesai cari sponsor tu, bila masa awak nak jalan ga tu, kenalah inform dengan diorang juga. Bagitahu diorang yang beberapa hari lagi awak akan jalankan ga tersebut. Biar mereka up to date dengan kita sepanjang ga berlangsung

Alhamdulillah. Elsa dah selesai kongsikan apa yang Elsa dah lakukan hehe. Jadi kepada yang berminat nak buat apa apa ga/segmen/contest tu, kalau rasa perlukan sponsor, cubalah cara Elsa nie hehe. Jangan risau! Elsa pun sudi je nak jadi sponsor In Shaa Allah

SIAPA BELUM JOIN GIVEAWAY ELSA? NAK TERSENARAI DALAM 45 PEMENANG? SILA KLIK SINI

Elsaalicious.