Elsaalicious: March 2017



Monday, 27 March 2017

Jom Periksa Harga Blog Anda!


Assalamualaikum

Semalam blogwalking ke Blog Kakak LZ dan terbaca entri beliau bertajuk BERAPA NILAI BLOG ANDA? Wah blog kita pun boleh dijual-beli kan hahaha. Jadi Elsa baca entri beliau sampai habis dan beliau menjelaskan Blog Lady In Red Planner berharga USD250. Uish mahal jugak tu tau.

Jadi Elsa tinggalkan komen dan dah janji nak reveal harga blog Elsa. Jadi Elsa masukkan url blog Elsa di Domain Value dan hasilnya.....

Jom Periksa Harga Blog Anda!
Jom Periksa Harga Blog Anda!

Harga Blog Elsaalicious adalah USD500. Alamak Elsa tak dapat nak baca kalau dalam nilai USD ini. Jadi Elsa google dan convert daripada USD kepada RM dan hasilnya......

Jom Periksa Harga Blog Anda!
Jom Periksa Harga Blog Anda!

Amboi mengucap panjang Elsa! Siap ada Sen lagi tu hakhakhak. Andaikan ada orang kaya mahu beli Blog Elsaalicious dengan harga RM2205.50, dapatlah Elsa tukar iPhone baru hahaha

Seronok pulak Elsa kalau dengan benda yang aneh-aneh ini haha. Kalau anda semua nak cuba benda aneh macam Elsa dan Kak LZ, bolehlah klik SINI dan masukkan saja url blog anda, kemudian kongsilah dengan Elsa jugak! Kita lawan siapa lagi mahal nak? Hakhakhak

5 Cara Hilangkan Mengantuk Di Pejabat


Assalamualaikum

Hari Isnin merupakan hari paling malas untuk bekerja bagi Elsa hahaha. Yelah kita bukan main berlingkor hari Sabtu dan Ahad tiba-tiba Isnin kembali dengan rutin sebagai pencari rezeki. Tidak sah juga kalau setiap hari Isnin sahaja, gaya bangun pagi lain macam, gaya mandi lain macam, gaya bersiap lain macam, tiba saja di pejabat, gaya menguap pulak lain macam kan.

5 Cara Hilangkan Mengantuk Di Pejabat
5 Cara Hilangkan Mengantuk Di Pejabat

Siapa saja yang tahan nak bekerja dalam keadaan mengantuk? Kalau ada yang tahan memang hebat lah hehe. Tapi Elsa tak akan pernah tahan. Buat kerja dalam keadaan penat dan mengantuk, boleh jadi lain tau hasilnya. Bos nak projek B, kamu pergi buat projek A! Ish ish. Jadi untuk mengelakkan masalah begitu berlaku, apa kata cuba cara-cara yang Elsa lakukan untuk hilangkan mengantuk di pejabat. Alhamdulillah. Berjaya sikit hahaha

5 Cara Hilangkan Mengantuk Di Pejabat

1. Basuh Muka
Ini adalah cara paling utama untuk hilangkan mengantuk. Apabila muka sudah terkena dengan air sejuk, sekaligus mata anda akan segar semula tau

2. Mendengar Muzik Secara Sendiri
Apa maksud secara sendiri? Maksudnya jangan kongsi dengan orang lah hikhik. Dengar lagu dari telefon bimbit anda dengan menggunakan earphone. Sesetengah orang lebih suka dengar kuat-kuat kerana mereka mahu fokus kerja dan tidak mahu mengantuk. Yelah siapa saja yang akan boleh tidur lena kalau terdengar lagu kuat kan. Tapi sebaik-baiknya volume tu biasa-biasakan saja sudah

3. Wajib Bersarapan
Kalau tinggal sarapan, badan akan lesu dan tidak bersemangat. Kita bekerja dari awal pagi memerlukan tenaga yang banyak. Anda boleh saja ambil segelas air suam dengan kuih-muih nahh itu belanja paling jimat pernah Elsa buat hahaha. Selepas bersarapan, nak mengantuk pun tak sempat

4. Duduk Di Kawasan Terang
Di pejabat anda rajin-rajinlah bangun dan berpindah ke tempat yang ada cahaya dari luar contoh seperti di tepi tingkap. Dengan adanya cahaya memancar ke diri anda maka tidak akan mengantuk lagi dan anda boleh saja meneruskan kerja yang terbengkalai sejak semalam tu hakhakhak

5. Kudap-kudapan
Jika ada gula-gula atau 'jajan' lain yang boleh dikunyah, silakan. Elsa akan siap-siap bekal gula-gula getah dalam beg supaya Elsa boleh kunyah apabila mengantuk tu nak datang. Nak makanan sedap lagi? Ha awak belilah ayam goreng ke buat ratah. Kalau Elsa boleh buat kenapa anda tak boleh? Hahahaha merepek saja

Semoga 5 Cara Hilangkan Mengantuk Di Pejabat yang Elsa kongsikan ini boleh mengatasi segala macam jenis mengantuk yang melanda diri anda. Bawa-bawalah tidur awal pada malam itu agar tak terasa malas untuk mula bekerja pada esok hari tau

PERASAN TAK ELSA ADA BUAT GIVEAWAY? KALAU PERASAN, KLIK SINI

Friday, 24 March 2017

4 Tips Dapatkan CPUV Daripada Nuffnang Malaysia


Assalamualaikum

Ramai juga blogger yang kecewa dengan Nuffnang sekarang yang kurang memberikan CPUV bagi menjana pendapatan. Jadi hari ini Elsa terdetik hati nak tengok akaun Nuffnang Elsa yang rasanya sudah hampir sebulan setengah Elsa tak check samada duit dalam akaun Nuffnang bertambah atau tidak. Dan ini hasilnya.......

Tips Dapatkan CPUV Daripada Nuffnang Malaysia
Tips Dapatkan CPUV Daripada Nuffnang Malaysia

Lihat sendiri lah pada tahun 2016, bila kali terakhir Elsa menerima iklan daripada Nuffnang. Kemudian lihat jarak tarikh nak ke 2017 tu berapa lama baru Elsa menerima iklan yang baru. Kemudian lihat lagi sekali selepas bulan Januari itu berapa bulan Elsa dapat semula iklan. Huhu sangat menduga. Elsa sudah pun menggunakan perkhidmatan Nuffnang sebagai punca pendapatan sampingan Elsa sejak Mac 2016. Kini setahun sudah Elsa hanya mengumpul jumlah yang tidak sampai RM20.00 mungkin juga dahulu Elsa tidak ambil peduli apa itu Nuffnang, dan bagaimana Nuffnang ini berfungsi? Kalau ada yang bertanyakan kepada Elsa, menggagau nak menjawabnya

Elsa mengambil masa agak lama juga untuk belajar tentang Nuffnang dan Tips Dapatkan CPUV Daripada Nuffnang Malaysia daripada lebih 10 rakan blogger yang sudah arif dan mahir dalam Nuffnang menerusi entri yang mereka tulis. Kebanyakan lebih 10 blog yang Elsa baca, mereka memberikan tips dan rahsia yang sama jadi Elsa akan kongsikan kepada anda semua beberapa tips yang Elsa dah sematkan di minda sekaligus menjadikan tips ini sebagai rujukan untuk Elsa kisahkan Nuffnang huhuhu

4 Tips Dapatkan CPUV Daripada Nuffnang Malaysia

1. Menghantar Tiket/Soalan kepada Nuffnang
Tujuannya adalah meminta bantuan daripada Nuffnang bahawa kita juga memerlukan tips yang bernas bagi menarik perhatian Nuffnang terhadap blog kita. Elsa selalu menghantar tiket dalam 2 minggu sekali

2. Review Iklan Daripada Nuffnang
Jika anda menerima CPUV/iklan daripada Nuffnang, buatlah entri ringkas sebagai tanda penghargaan dengan cara mengreview iklan yang telah diberikan oleh pihak Nuffnang. Bukan senang tau mereka hendak beri iklan kepada kita. Tapi Elsa tak pernah lakukan perkara ini kerana macam yang Elsa cakap tadi, Elsa jarang ambil peduli tentang Nuffnang pada waktu dahulu. Hish teruk kan Elsa nie!

3. Kerap Update Survey
Anda kena jugak selalu update survey kepada Nuffnang supaya mereka tahu yang blog anda masih aktif dan wujud. Kalau rajin buatlah 2 bulan sekali

4. Rajin klik tabung Nuffnang Di Blog Lain
Kalau nak income Nuffnang kita naik, anda kenalah naikkan income Nuffnang blogger lain juga. Tak salah membantu. Pesan juga pada mereka yang anda dah klik iklan Nuffnang. Kalau ada yang baik hati, sudah tentu mereka membalas klik anda kan kan kan

Berita sedih yang Elsa nak cakapkan dekat sini adalah Elsa masih belum berpeluang untuk cash out daripada Nuffnang Malaysia. Macammana nak cash out kalau RM17.50? Waduhhh kerja keras sikit Elsa!

In Shaa Allah akan datang apabila Elsa sudah mahir dengan AdSense pula, Elsa akan kongsikan tentang AdSense *dengan bantuan blogger senior hikhik

P/S: Ucapkan "semoga cepat sembuh dari demam, Elsa" huhuhu dah 2 hari Elsa demam hm dihnya

Kredit: Maria Firdz

Thursday, 23 March 2017

Pencarian bloglist CikJaja bagi Apr dan May


Assalamualaikum


Klik banner untuk join :)


Syarat nak join pencarian ni senang jeee:

1. Ehem, mestilah kena follow blog cikja.

2. Follow instagram @smshandcraft (ada chance tinggi ni) 
  * kalau tade insta, mention ye dalam post!

3. Tag kawan blogger at least 4blogger sahaja! 

4. Tajuk entry mestilah "Pencarian bloglist CikJaja bagi Apr dan May"

5.  Link kan blog cikja pada banner and copy balik syarat-syarat ni, okay?

Lirik Lagu: Misteri Mimpi Syakila - Wings


Assalamualaikum

Lirik Lagu: Misteri Mimpi Syakila - Wings

Dimanakah menghilang
Diriku sendiri
Hanyut dalam bayangan
Sebuah misteri

Harum tiada wajah
Mengelilingi aku
Dalam suasanaYang terharu

Lukisan impianku
Gambaran dimana
Cuaca yang begini
Apakah mahunya
Aku adalah aku
Nyanyi lagu yang rindu
Lemah langkahku mengejarmu

Bila pun engkau menjelma
Disini aku berdiri
Ku menanti
Walau hilang ceritamu
Di hati tetap abadi
Sentuhanmu

Mana Syakila
Siapa Syakila
Aku pun tak tahu
Oh Oh..

Bila pun engkau menjelma
Disini aku berdiri
Ku menanti
Walau hilang ceritamu
Di hati tetap abadi
Sentuhanmu

Bila pun engkau menjelma
Disini aku berdiri
Ku menanti
Walau hilang ceritamu
Di hati tetap abadi
Sentuhanmu

Mana Syakila
Siapa Syakila
Aku pun tak tahu
Oh Oh..

Syakila....

Wednesday, 22 March 2017

GIFT REVIEW: Calendar 2017 From Blogger Dearies Couple


Assalamualaikum

Yay hari ini Elsa balik kerja je Elsa seronok sangat-sangat! Elsa terima hadiah belated birthday daripada seorang rakan blogger Elsa lagi! Wah melompat-lompat sangat tau. Sebenarnya bukan hadiah hari jadi tapi hadiah sempena giveaway yang pernah Kak Liez anjurkan iaitu Giveaway 1st Birthday by Dearies Couple. Elsa antara blogger bertuah yang menerima hadiah bukan hasil daripada cabutan tau tau tapi atas pilihan Kak Liez! Elsa layak untuk terima hadiah juga kerana hari jadi Elsa sama tarikh dengan Baby Niyaz. Yay kita kembar! Hikhik

GIFT REVIEW: Calendar 2017 From Blogger Dearies Couple
GIFT REVIEW: Calendar 2017 From Blogger Dearies Couple

GIFT REVIEW: Calendar 2017 From Blogger Dearies Couple
GIFT REVIEW: Calendar 2017 From Blogger Dearies Couple

How sweet Kak Liez bagi kad ucapan dekat Elsa! Terharu sangat-sangat. Senyum Elsa tak habis lagi dek kerana kad ini tau. Jadi hadiah yang Elsa terima dari Kak Liez adalah Calender 2017. Bukan main cute warna pink lagi tau. Dah siap letak dalam almari Elsa dah pun hehe. Bolehlah selepas ini Elsa menghitung hari jadi Elsa lagi hakhakhak

GIFT REVIEW: Calendar 2017 From Blogger Dearies Couple
GIFT REVIEW: Calendar 2017 From Blogger Dearies Couple

Terima kasih Kak Liez di atas pemberian ini. Terima kasih juga kerana telah memilih Elsa sebagai blogger bertuah Giveaway yang Kak Liez anjurkan tempoh hari. Jadi kepada semua yang membacanya ini dah follow blog Dearies Couple ke belum? Mesti belum kan? Baik follow cepat sekarang! Hakhak. Dah lah blog Dearies Couple baru sahaja bertukar wajah ha jangan jealous bukan main cantik tau blog Kak Liez kemas dan tersusun saja tau

Tuesday, 21 March 2017

Blog Giveaway by RII


Assalamualaikum


Klik banner untuk join :)

Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian Akhir


Assalamualaikum

Sambungan dari Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 3

Untuk bahagian terakhir ini, Elsa nak note buat kali terakhir, INI KISAH BENAR, si penghutang ialah seorang lelaki dan berhutang hampir RM1000

Apabila rakan-rakan Elsa yang turut menjadi mangsa telah give up dan menyerah kepada Yang Maha Esa, Elsa bergerak solo demi duit Elsa. Jadi Elsa minta tolong kawan rapat Elsa bernama S. Elsa bercadang untuk berjumpa dengan penghutang di tempat belajarnya. Dalam keadaan yang sangat terdesak, pada waktu itu jam 9 malam. S tak mahu tunggu lama. Dia mahu jalankan tindakan itu sekarang jugak katanya. Jadi S ke rumah menjemput Elsa menuju ke tempat belajar penghutang di Shah Alam. Di dalam kereta, Elsa sibuk dengan telefon bimbit kerana ingin memujuk penghutang supaya beranikan diri jumpa Elsa. Macam-macam ayat yang Elsa berikan tapi dia tetap tak mahu berjumpa. Penyudahnya Elsa cakap yang Elsa hanya datang ke Shah Alam seorang diri, tiada sesiapa yang ikut Elsa. Dan dia bersetuju

30 minit perjalanan, Elsa seram sejuk dan takut. Elsa tak tahu apa yang bakal jadi bila Elsa berhadapan dengan penghutang. Mujur saja ada S. Dia yang banyak bagi semangat dan tenangkan Elsa. Akhirnya kami sampai di tempat belajar penghutang. Elsa minta diturunkan dari kereta jauh sedikit kerana Elsa takut penghutang perasan yang Elsa ada bawa orang. Elsa nampak dari jauh si penghutang dah mulakan lakonannya. Konon buat-buat jalan slow motion, raut wajah tiba-tiba bertukar sedih yang amat, gaya macam orang fakir miskin sangat-sangat

Elsa datang dekat dengan dia, tiba-tiba saja air mata Elsa jatuh. "Allah aku tak kuat lagi rupanya nak hadap penjahat ini" Elsa tak bercakap dengan penghutang lansung sehingga dia bersuara

Penghutang: Terima kasih datang. Lama tak jumpa Aireen

Elsa: Aku nak duit aku!

Penghutang: Nantilah. Kita borak-borak dulu

Tiba-tiba saja dia buka langkah macam nak menangkap Elsa tapi Elsa tolak dia. Tak lama selepas itu, S datang dari belakang. Mungkin dia nampak yang Elsa dah ditarik tadi. Reaksi muka si penghutang terus berubah. Elsa tak mampu nak berkata apa-apa Elsa dok layankan air mata saja. Tak lama lepastu Elsa beranikan diri untuk menghadap si penghutang dengan tenang

Elsa: Aku datang jauh sebab duit aku je tau. Aku tak ada masa nak borak-borak. Boleh bagi sekarang tak duit aku?

Penghutang: Aireen kenapa buat macamnie? Aireen dah janji datang sorang kan?

Elsa: Aku nak duit aku! Jangan banyak cakap

Penghutang: Aireen, saya sebenarnya bla bla bla......

Dia dok luahkan masalah kononnya dia kecewa itu ini apa semua Elsa nak ceritakan semula pun Elsa geli. Sabar Elsa semakin menghilang. Dengan tak sengajanya tangan Elsa tiba-tiba hendak naik ke muka penghutang tapi mujur ditahan oleh S. Kemudian Elsa mulakan bebelan Elsa yang selama ini Elsa pendam sangat lama. Nak dihujah semula bebelan itu Elsa dah lupa dah hehe tapi pergelutan duit pada malam itu berlaku dekat satu jam dan akhirnya penghutang mengalah. Dia hanya hulur RM100 kepada Elsa kerana baki duit lain dia nak pakai untuk hidup selepas ini. Pada mulanya Elsa memang tak setuju dan Elsa mahu lebih lagi! Tapi S tenangkan Elsa dan membiarkan penghutang pergi jalan kaki seorang diri entah ke mana entah

Elsa masuk kereta, Elsa bebel lagi "berbatu jauh datang ini je aku dapat!" Elsa tak boleh buat apa selain menangis, menangis dan menangis. Untuk pengetahuan semua, pertemuan berdarah ini adalah pada 4 bulan yang lepas dan sehingga sekarang Elsa terima balik duit hutang tu hanya RM300 sahaja. Akhirnya Elsa juga ikut jejak rakan-rakan Elsa untuk give up

Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian Akhir
Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian Akhir

Kini, Elsa tidak lagi berhubung dengan si penghutang. Elsa mendiamkan diri kerana Elsa dah penat untuk memaki hamun buat tambah dosa Elsa saja asyik mencarut. Kadang-kadang Elsa ada juga whatsapp dia bertanyakan duit Elsa. Namun alasan dia tetap sama "Saya belum ada duit lagi" dan kerana ini jugalah Elsa katakan sebagai bahagian akhir. Tidak mengapa, di dunia dia memang lepas. Senang makan minum, senang membeli-belah. Jangan ingat dekat akhirat sana, kau boleh lari macam kau lari dari aku sekarang ini. Aku tak akan pernah halalkan segala duit yang kau ambil dari aku. Muktamad

Tamat.....


Monday, 20 March 2017

Uyul Rosli 1st Giveaway


Assalamualaikum


Klik banner untuk join :)

4 Tips Elak Digelar Drama Queen


Assalamualaikum

Apa maksud Drama Queen itu? Pendapat Elsa yang Elsa faham Drama Queen adalah seseorang (terutamanya wanita) yang cenderung untuk bertindak balas setiap situasi/perkara dengan cara yang melebih-lebih (overacting) dan menokok tambah

4 Tips Elak Digelar Drama Queen
4 Tips Elak Digelar Drama Queen

Kata orang-orang yang rapat dengan Elsa, Elsa kadang-kadang bersikap Drama Queen. Oh yeke? Aduh buruknya perangai awak, Elsa. Patutlah kadang-kadang tu ada yang tak senang dengan cara Elsa. Sejak daripada itu, Elsa belajar sendiri untuk kurangkan atau hentikan sikap Drama Queen itu. Jadi Elsa nak kongsi kepada semua 4 Tips Elak Digelar Drama Queen. Tips yang Elsa kongsi ini adalah berdasarkan pengalaman Elsa sendiri dan alhamdulillah sedikit-sedikit orang-orang yang complain Elsa Drama Queen tu dah bertukar ayat "wah Aireen mana drama queen kau yang dulu tu?" Hahahaha

4 Tips Elak Digelar Drama Queen

1. Jauhkan Diri Daripada Rakan-rakan Yang Drama Queen
Kadang-kadang sikap Drama Queen berpunca daripada rakan-rakan juga. Biasalah kalau dah berkumpul satu puak, kemudian saling mengumpat dan tiba-tiba sahaja terjadi satu pertengkaran. Padahal bukannya besar sangat pun halnya. Oleh itu, berkawanlah dengan mereka yang matang dan berfikiran terbuka

2. Lakukan Perkara Yang Berfaedah
Setiap orang mesti mempunyai hobi tak kira bersenam ke, memasak ke, membaca novel ke, ataupun bersiar-siar ke, dengan cara melakukan hobi sahaja kita dah boleh menghindari sikap Drama Queen tersebut. Cara ini amat berkesan jika anda sedang dalam keadaan bermasalah, maka emosi sedih dan marah yang membuak-buak sehingga teroverdose itu dapat dikurangkan dengan melakukan perkara yang berfaedah

3. Meluahkan Dengan Orang Yang Boleh Dipercayai
Apabila anda hendak meluahkan masalah anda, anda mesti akan menceritakan kepada individu lain. Tapi jangan cerita kepada orang yang sembarangan tau. Jika anda tersilap orang, atau orang tersebut tidak menyukai anda. anda mesti akan dilabel Drama Queen kerana anda dianggap tidak boleh menyelesaikan masalah dengan sendiri dan dianggap minta simpati dari orang lain

4. Kurangkan Ciwek (Kuat Menangis)
Ini adalah tips yang paling susah Elsa nak ubah. Elsa memang ciwek. Jadi rakan-rakan memang senang begitu saja label Elsa Drama Queen huhu. Jadi kurangkan lah menangis jika masalah itu datang secara tidak sengaja. Tenang dan sabar menempuh dugaan. Kalau menangis saja tak ada gunanya pun kalau masalah tak selesai kan

Kalau makin hari makin anda semua boleh ikut tips yang Elsa kongsi ini, Yes! Anda semua berjaya jadi manusia normal! Tak ada Drama Queen lagi kan hehe. Semoga Berjaya

Saturday, 18 March 2017

GIFT REVIEW: Dreamcatchers From Blogger Fairuz Aqilah


Assalamualaikum

Elsa seronok sangat hari ini sebab hari ini Elsa nak review seorang blogger favourite Elsa iaitu Sis Fairuz Aqilah! Okay haritu Elsa terima e-mel daripada Sis Fairuz Aqilah

GIFT REVIEW: Dreamcatchers From Blogger Fairuz Aqilah
GIFT REVIEW: Dreamcatchers From Blogger Fairuz Aqilah

Punyalah seronok Elsa waktu itu terus Elsa balas e-mel tersebut. Elsa berikan alamat seperti yang Sis Fairuz Aqilah mahu. 3 hari lepastu, ding dong! Abang Pos Laju datang rumah. Elsa koyak plastik parcel dan taraaaa ini dia DREAMCATHERS!

GIFT REVIEW: Dreamcatchers From Blogger Fairuz Aqilah
GIFT REVIEW: Dreamcatchers From Blogger Fairuz Aqilah

Elsa suka sangat sebab warna biru! Sis Fairuz Aqilah memang faham naluri seorang Aireen yang tak pernah nak besar nie hahaha. Warna biru bukan main banyak dekat situ! Elsa suka sangat sebab dapat hadiah hari jadi dari rakan blogger! Jadi Elsa gantung dreamcathers ini di dalam kereta Elsa

GIFT REVIEW: Dreamcatchers From Blogger Fairuz Aqilah
GIFT REVIEW: Dreamcatchers From Blogger Fairuz Aqilah

Korang semua tak jealous ke Elsa ada dreamcathers hakhak. Kalau nak macam Elsa jugak, boleh lah lawat InstaShop, Facebook Page dan Blog Sis Fairuz Aqilah. Beliau ada menjual dreamcathers pelbagai saiz dan design. Sesuai untuk gantung di dalam kereta, di pintu bilik, di cermin dan mana-mana sahaja. Beliau sangat sporting dan friendly tau. Jangan risau kalau nak berurusan dengan beliau In Shaa Allah servis terbaik akan diberikan untuk pelanggan beliau. Ayuh support rakan kita nie!

GIFT REVIEW: Dreamcatchers From Blogger Fairuz Aqilah
GIFT REVIEW: Dreamcatchers From Blogger Fairuz Aqilah

Terima kasih sekali lagi Sis Fairuz Aqilah. Harapan Elsa semoga maju dalam bisnes awak ye. In Shaa Allah dengan bermulanya bisnes kecil-kecilan ini akan memberikan hasil yang besar kelak :)

Marching March Giveaway


Assalamualaikum

MARCHING MARCH GIVEAWAY

MARCHING MARCH GIVEAWAY 10hb-30hb March 2017

JOIN MARCHING MARCH GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk MARCHING MARCH GIVEAWAY
2. ikuti syarat lain seperti entry SINI.
3. Letakkan link entry korang di SINI.

Klik banner untuk join :)

Thursday, 16 March 2017

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST


Assalamualaikum

Dua tiga hari ini geram saja Elsa tengok rakan-rakan blogger Elsa sertai Lazada Birthday Blogger Contest tu. Mereka punya entry tu buat Elsa cemburu lantas Elsa nak cuba sertai jugak! Sejujurnya ini adalah kali pertama Elsa join Contest yang dianjurkan oleh laman web kedai online yang terkenal abad ini wah wah hahaha. Jadi Elsa ada sedikit gugup dan debar nak mengarang entry tentang Contest ini. Tapi tak salah untuk Elsa mencuba nasib kan!

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST
Click Banner For More Info

Dengan debar dan gigilnya Elsa akan jawab soalan yang disediakan oleh Lazada. Bismillahirahmanirahim

a. What do you love about Lazada Malaysia?
Lazada MY merupakan satu laman web kedai online yang selalu dikunjungi oleh pelanggan dari pelbagai negara demi mendapatkan suatu barangan yang mereka inginkan. Zaman sekarang lebih mudah untuk membeli online semuanya hanya di hujung jari. Pelanggan juga boleh membuat perbandingan berkenaan dengan harga, kualiti, feedback dari pelanggan terhadap barangan yang dibeli dari pelbagai jenama. Servis sangat baik dan Lazada MY juga menyediakan konsep Cash On Delivery. Tidak lupa juga dengan potongan harga yang diberikan tidak kurang hebatnya tau. Bukan main banyak dia bagi diskaun! Semua itu dilakukan hanya untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan setia Lazada MY. Elsa antara pelanggan Lazada MY *jika ada duit huhuhu

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia
LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST
LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

1. ADIDAS WOMEN ZX FLUX
Ini adalah barang yang paling paling paling Elsa mahukan! Tolonglah faham perasaan ini huhuhu. Untuk pengetahuan semua mengenai Elsa yang pelik ini, Elsa seorang yang gadis yang tak pakai kasut tumit tinggi. Hahaha kelakar kan? Elsa lebih minat dengan kasut yang bagi Elsa selesa untuk berjalan, berlari kalau kena kejar dengan dog dan buat Elsa nampak bergaya bila bergambar ha gituuu. Jika Elsa diberi kasut tumit tinggi, Elsa takkan pakai! Elsa lebih rela pakai selipar saja daripada menyusahkan diri lenggok dengan kasut tumit tinggi. Kenapa Adidas ZX Flux? Sebab Elsa tahu Elsa tak mampu nak beli dia tapi takpe yang tak mampu beli tu lah yang Elsa mahukan sekeras-kerasnya! Harga yang original saja sudah separuh dari gaji Elsa. Kasut ini memang susah untuk dapatkan yang original. Buktinya? Lihat lah dalam gambar tu. Bila dah jumpa pun, ditulisnya pulak "only 1 item left" okay baiklah

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST
LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

2. CASE FOR APPLE IPHONE 6
Elsa tak pernah pakaikan nyawa Elsa dengan Case yang sebegini rupa kerana Elsa dah dapat agak pengorbanan Elsa sendiri untuk memasangnya pada telefon bimbit Elsa macammana. Case macam ini memang keras badannya dan keselamatan untuk telefon bimbit Elsa memang terjamin. Case ini boleh tahan mahal dan Elsa teringin juga nak pakaikan nak tengok dia betul-betul selamat atau tidak hakhakhak. Kalau selamat dari luaran, dalaman dia selamat ke? Kalau dah badan case ini banyak ketak mahu calar telefonnya nanti huhu. Tapi jika diberi peluang, memang Elsa nak cuba pakai case ini

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST
LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

3. CAR SEAT BACK STORAGE BAG
Yang terakhir adalah barang yang paling murah yang Elsa mahu daripada Lazada MY. Kenapa storage bag ini menjadi pilihan Elsa? Sebab Elsa seorang yang cepat bosan semasa memandu. Hahaha boleh pulak macamtu. Dalam kereta Elsa tak sah kalau tak ada sesuatu yang nak dikunyah-kunyah. Memandangkan kereta Elsa tak ada tempat letak makanan yang banyak tu, Elsa rasa Elsa perlukan ini. Dengan ruang yang sangat banyak dan sesuai untuk diletakkan di belakang tempat duduk, maka Elsa tak risau lagi nak beli makanan banyak-banyak hanya untuk menghilangkan bosan semasa memandu huhu

c. How do you think Lazada Malaysia can improve?
Tak banyak yang perlu Lazada MY improvekan hehe cuma Elsa harap agar lebih ramai seller yang boleh buat Cash On Delivery terutamanya untuk barangan elektrik & elektronik. Ini kerana pelanggan juga mahukan barang dalam keadaan baik apabila sampai ke rumah mereka dan lebih menjamin kualitinya jika menerima dari tangan ke tangan. Overall semuanya baik dan terbaik!

d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia
Selamat Ulang Tahun Yang Ke-5 Lazada MY! Semoga kekal menjadi kegemaran pelanggan-pelanggan di seluruh negara. Semoga pencapaian yang ditunjukkan akan kekal sampai bila-bila In Shaa Allah. Saya sebagai Blogger dari Malaysia sentiasa menyokong kedai beli-belah online yang terkenal ini. All the best :)

Kepada yang berminat untuk menjadi salah seorang pemenang Lazada Birthday Blogger Contest ini ayuh join bersama Elsa! Wish me luck too guys :*

Wednesday, 15 March 2017

Alexa Rank Blog: Elsaalicious #1


Assalamualaikum

Hari ini apa gila entah Elsa tiba-tiba nak check Rank Blog Elsaalicious di Alexa. Haha mestilah dengan satu sebab dan sebabnya nak tengok sejauh mana popularnya Blog Elsaalicious ini. Ini kali pertama Elsa check. Alhamdulillah boleh tahan juga keputusannya

Alexa Rank Blog: Elsaalicious #1
Alexa Rank Blog: Elsaalicious #1

RABU
15 MAC 2017
5.48PM

SUMBER: SINI

In Shaa Allah Elsa akan check ranking pada setiap bulan tarikh hari ini. Okay noted dalam blog. Harap jangan lupa sudah lah Elsa

Tuesday, 14 March 2017

Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Jika Ingin Blog Anda Dikenali Ramai


Assalamualaikum

Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Jika Ingin Blog Anda Dikenali Ramai
Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Jika Ingin Blog Anda Dikenali Ramai

Hari ini Elsa terpanggil untuk olahkan sesuatu menurut pengalaman Elsa sendiri. Elsa seorang yang suka berkunjung ke blog-blog lain mahupun blog yang pertama kali Elsa kunjung. Itu semua kerana Elsa mahu blogger lain tahu tentang kewujudan blog Elsa. Biarpun suam-suam nail, namun bak kata orang "sikit-sikit, lama-lama jadilah bukitnya" huhu

Tapi boleh ke blog kita dikenali ramai jika kita sering melakukan perkara yang membuatkan blogger-blogger tak ingin nak kunjung blog kita? Jangan kata tinggalkan komen, baca entry pun tak mahu. Sebab apa? Sebab sikap kita sendiri juga yang sombong melainkan anda memang dah terkenal itu tidak mengapa itu lain kes hehe

Jadi di sini Elsa nak kongsi 5 Perkara Yang Tidak Patut Kita Lakukan Jika Ingin Blog Kita Dikenali Ramai. Sila betulkan Elsa jika Elsa salah kerana Elsa menulis berdasarkan pengalaman Elsa atau senang ceritanya entry nie untuk silent reader tegar blog Elsa lah hehe. Maafkan Elsa ye tapi Elsa luahkan pendapat Elsa sahaja. Elsa sedar Elsa masih baru dalam menulis blog dan tak terlampau perfect tapi ini sekadar pendapat Elsa sahaja

Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Jika Ingin Blog Anda Dikenali Ramai

1. Malas Blogwalking
Tak rugi pun blogwalking balik ke blog pengunjung blog anda. Susah payah dia menunggu blog anda loading, menjulingkan mata baca entry anda yang panjang berjela, macam-macam widget yang anda bubuh di blog sampai tak jumpa chatbox untuk tinggalkan jejak. Jika masa tidak mengizinkan untuk blogwalking, tidak mengapa anda boleh lakukan kemudian. Asalkan jangan diam membisu tau

2. Bersyukur Dengan Kehadiran Pengunjung
Disebabkan pengunjung anda yang sangat unik itu jugalah pageviews anda melonjak naik, earning dari nuffnang dan adsense bertambah tau. Walaupun ada sesetengah memesan dan ada yang tak memesan mereka untuk klik segala iklan yang ada, mereka dengan rela hati mengklik semata-mata untuk membantu anda dapatkan target yang diperlukan oleh nuffnang dan adsense. Jadi bagi membalas jasa mereka, balas klik lah. Mudah

3. Tidak Meninggalkan komen Di Entry Blog Lain
Tak salah sangat pun jika anda meninggalkan sedikit komen di entry blog lain kerana mereka tidak akan merasa syok sendiri bercerita panjang-panjang. Kurangkanlah jadi silent reader di mana anda dah membaca entry blog tersebut dan kemudian cepat saja tangan anda menekan butang X. Huhu amalan yang sangat tidak baik

4. Tidak Membalas Follow Pengunjung
Ada kalanya kita perasan ada yang follow kita, dan tak perasan juga kerana bagi followers yang tak letak icon pada akaun googlenya automatik followers tanpa icon tersebut akan terpapar di page yang terakhir sekali. Jadi bilangan followers memang bertambah, tapi followers yang terpapar di page pertama sama sahaja. Jadi kita yang kerdil ini tinggalkan jejak di chatbox dengan harapan untuk difollow balik tapi huhu itu sekadar harapan. Janganlah begitu ye. Mereka semua begitu untuk menjadi blogger berjaya seperti anda juga tau

5. Buat Hal Sendiri
Anda tak kisah ada orang ada kunjung blog anda. Anda tak kisah ada orang tinggalkan jejak. Anda tak kisah ada orang follow anda. Anda tak kisah juga nak update entry pada waktu bila. Semuanya tak kisah. Buat hal sendiri dan dalam fikiran berkata "gasak lah korang" amboi

Kesimpulannya, kita harus ada sikap bantu-membantu dan saling menyokong antara satu sama lain melainkan jika anda memang seorang yang menulis blog hanya untuk suka-suka, untuk memantapkan skill jari dengan papan kekunci, maka abaikan saja entry Elsa ini. Elsa mohon maaf jika terlampau kasar penyampaian Elsa ini. Jika ada kesalahan sila tegur Elsa di komen ye. In Shaa Allah Elsa akan betulkan

Terima kasih kepada yang sangat setia ke blog Elsaalicious, baca cerita Elsa yang kejap sejuk kejap panas. Elsa hargai awak semua. Teruskan menyokong Elsa :*

Monday, 13 March 2017

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple


Assalamualaikum

Ada sesiapa pengguna Apple dekat sini? Siapa yang menggunakan iPhone, Macbook, iPad dan sebagainya? Mari sini Elsa nak kongsi 10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple. Jadi artikel pada kali ini Elsa baca daripada Twitter nama pengguna @MyAppleDotMy jadi Elsa suka nak kongsikan pada rakan-rakan blog Elsa pula. Kita asyik pakai saja produk Apple tapi tak nak tahu tentang sejarah Apple. Tak best lah macamtu kan?

Entry kali ini banyak sikit gambarnya harap maaf ye. Harap-harap sangat blog Elsa tak berat huhu tapi memang dah berat sangat dah sampai tak boleh pikul. Okaylah. Jom kita lihat 10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

1. Apple dimulakan paad tahun 1976 oleh Ronald Wayne, Steve Wozniak dan Steve Jobs. Selepas 2 minggu, Wayne tinggalkan Apple, jual perkongsian 10% bernilai $800. Jika Wayne masih kekal, Wayne mempunyai $60billion

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

2. iPod ialah produk kejayaan Apple yang pertama. Kejayaan iPod telah menukarkan nama syarikat Apple Computer inc. kepada Apple inc.

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

3. Perasan atau tidak, hampir semua iklan produk Apple pamer waktu "9:41" kerana itu adalah waktu Steve Jobs perkenalkan iPhone yang pertama

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

4. Kesemua bentuk 4 segi di laman komputer kini mempunyai lekuk di bucunya. Perasan? Ia dipanggil ROUNDRECTS. Bill Atkinson, pekerja Apple datang dengan algoritma baru untuk penuhi kemahuan Steve Jobs. SEGI 4 BUJUR

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

5. Ini ialah gambar fanboy Apple dari Jepun yang berbaris untuk iPhone 6, 7 bulan sebelum iPhone 6 diperkenalkan. Ya, 7 bulan

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

6. Pernah baca tak End User License & Agreement? Kalau korang pernah baca, korang memang penipu besar. Jika anda baca, anda akan jumpa baris ini dalam agreement tersebut

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

7. Ini ialah antara siri Macbook yang terawal dikeluarkan Apple. Bila pengguna buka skrin, logo menjadi terbalik

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

8. Jika anda gamers sejati, Apple mungkin pilihan terakhir. Tahu atau tidak, pada tahun 1995 Apple terbit PipPin, game console. Ianya gagal segagal gagalnya, hanya 42,000 unit terjual dan mempunyai 18 games

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

9. Ramai beranggapan nama Apple dipilih kerana ianya buah terlarang seperti ditafsir dalam Bible. Steve Jobs dan Steve Wozniak dalam satu sidang media menerangkan waktu memilih nama: "Kami tak dapat cari nama lain dah"

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

10. Setiap apa yang anda cakap dengan Siri akan direkod dan disimpan oleh Apple selama 2 tahun. Jangan terkejut, Ianya ada dalam EULA

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

SEMUA GAMBAR DAN PENULISAN DIKREDITKAN KEPADA @MyAppleDotMy

Sunday, 12 March 2017

Header Baru Sempena Ulang Tahun Pertama Blog Elsaalicious


Assalamualaikum

Tak perasan betul rupanya blog nie dah 1 tahun 4 hari! Aduh sepatutnya entry nie dipublish betul betul 3 hari lepas. Tapi sebab terlupa memang agak frust sikit tapi takpelah benda dah lepas

Header Baru Sempena Ulang Tahun Pertama Blog Elsaalicious
Header Baru Sempena Ulang Tahun Pertama Blog Elsaalicious

ANNIVERSARY SHOUT OUT TO MY BLOG: ELSAALICIOUS! Yay alhamdulillah dah setahun Elsa hidupkan blog ini walaupun masih suam suam nail, setiap hari ada yang sudi datang ke blog Elsa semata-mata untuk tengok apa yang Elsa buat hari ini, entry berkaitan apa yang Elsa kongsikan pada hari ini, yang meninggalkan jejak dan yang mengklik segala iklan yang terpapar di blog Elsa, Elsa mengucapkan ribuan terima kasih kepada awak semua. Tanpa awak semua, blog Elsa nie tak hidup dengan bahagianya, terkontang-kanting dan tak teratur hahaha. Terima kasih semua

Pada tahun 2011, Elsa memang mempunyai blog. Pada masa itu, blog Elsa diedit sepenuhnya oleh Elsa sendiri dengan bantuan tutorial blogger terkenal. Elsa yang dulunya tak pernah mahir dan tengok langsung coding yang banyak, tapi selepas Elsa berblog, tiba-tiba saja Elsa kena belajar coding! Haha. Pada waktu itu juga blog itu adalah blog peribadi, tempat untuk memaki lah, untuk mengkritik lah, tempat untuk meluahkan perasaan terhadap orang yang kita suka lah, aduh memang sangat kebudak-budakan. Ye memang Elsa begitu dahulu sebab Elsa belum matang kot! Hahaha. Selepas Elsa masuk asrama pada pada tahun 2013, blog entah kemana. Sehingga lah pada 9 Mac 2016, Elsa kembali serius untuk berblog, Elsa bina blog baru, semuanya baru. Kali ini Elsa menempah untuk edit blog daripada orang lain. Ini kerana Elsa tak lalu dah nak hadap coding! Uish

Jadi bagi meraikan ulang tahun blog Elsaalicious, tuan kepada blog Elsaalicious telah menempah header daripada Sis Hawa. Ya Elsa memang sengaja nak surprisekan beliau di mana Elsa pernah cakap yang Elsa akan gunakan header yang Elsa tempah apabila hati Elsa dah terbuka nanti. Hahaha nampak tak ayat di atas macam kononnya Elsa tak suka dengan hasil kerja Sis Hawa? Haha tidak sama sekali tau! Elsa sengaja cakap macamtu nak buat surprise sikit dekat beliau hahaha. Sis Hawa lu kena beb! Hahahaha

Elsa memang jadikan header rekaan Sis Hawa sebagai hadiah untuk blog Elsaalicious. Bermaknanya dekat sini, tuan blog hadiahkan kepada blog sendiri. Faham kankan? Hikhik

Jadi inilah header yang Sis Hawa buatkan untuk Elsa. Elsa memang terkinja-kinja bila tengok hasilnya haritu dan rasa nak bubuh terus pada hari itu juga. Tapi Elsa dah fikirkan misi, jadi jangan hancurkan misi, Elsa

Header Baru Sempena Ulang Tahun Pertama Blog Elsaalicious
Header Baru Sempena Ulang Tahun Pertama Blog Elsaalicious

Sis Hawa juga ada berikan Elsa watermark percuma sebab haritu Sis Hawa terlewat bagi Elsa tengok header nie. Hehe tak lewat sangat pun tapi Elsa bersyukur sangat sebab watermark Elsa memang tak pernah tukar. Jadi inilah watermark dari Sis Hawa

Header Baru Sempena Ulang Tahun Pertama Blog Elsaalicious
Header Baru Sempena Ulang Tahun Pertama Blog Elsaalicious

Okay alhamdulillah, Header dan watermark Elsa dah bertukar! Blog Elsaalicious nampak gembira sebab dapat hadiah dari tuan blog hikhik. Elsa tukar latar belakang blog dari warna purple ke warna biru sebab header tak nampak sangat warna putih putih

Terima kasih Sis Hawa kerana sabar menunggu Elsa tukar header baru. Buat awak semua yang rasa nak hadiahkan sesuatu kepada blog awak sendiri, bolehlah cuba hasil kerja Sis Hawa. In Shaa Allah tak mengecewakan sebab Elsa sendiri dah cuba! Yay

Happy 1 Year Anniversary Blog: Elsaalicious

Sunshine Blogger Award - Tagged by Noor Azlan & Ana Suhana


Assalamualaikum

Many blogs I've been read about this award and suddenly I've noticed that my blog was nominated by my favourite awesome bloggers and I wish to take this opportunity to thank Bro Noor Azlan and Sis Ana Suhana

OKAY DAH CUKUP! Elsa dah penat nak speaking! Banyak kali dah cubaan yang Elsa lakukan bagi memantapkan penulisan dalam bahasa Inggeris dan Elsa jamin jika Elsa terus speaking, orang membacanya guling-guling ketawa. It's more than 20 times Elsa taip padam taip padam. Jadi izinkan Elsa menaip dalam bahasa baku Elsa sahaja dan Elsa cuba untuk selit-selit sedikit bahasa Inggeris. So, sorry for the broken and the rojak english I will use in this entry. So much sorry :( Well, I've spent three days to complete this challenge and wow this is my first time writing more than 800 words uish hebat hebat!

So let's start!

Sunshine Blogger Award - Tagged by Noor Azlan & Ana Suhana
Sunshine Blogger Award - Tagged by Noor Azlan & Ana Suhana

Here are the RULES
1. Thank the person(s) who nominated you in a blog post and link back to their blog
2. Answer the 11 questions sent by the person who nominated you
3. Nominate 11 new blogs to receive the award and write them 11 new questions
4. List the rules and display the Sunshine Blogger Award logo on your post and/or on your blog

Questions by Bro Noor Azlan

1) If you are given a chance again in your life, you want to get back at what age? Why?
Elsa nak kembali ke zaman Elsa belajar pada Elsa umur 19 tahun. Why 19? Sebab pada waktu itu Elsa dah buat kesilapan yang sangat besar di mana Elsa menarik diri dari menghabiskan Diploma Perakaunan Elsa di UITM. At that time, I've ruined my parents hope, I've made them cry and that moment was unacceptable. Elsa segan nak menceritakan selebihnya. I know I have chance to get back into studies since I'm still young, tapi Elsa lebih minat untuk bekerja. Alhamdulillah, sekarang Elsa bekerja dibawah Jabatan Kerajaan walaupun hanya jawatan kontrak tapi dengan hasil Elsa kerja Elsa dah boleh bagi keluarga makan-makan

2) Where is the tourist destination you really want to go? Why?
Buat masa nie Elsa tak terfikir lagi nak melancongkan diri ke mana-mana haha. Sebab Elsa seorang yang tak minat sangat melancong. Hahaha what kind of person are you, Elsa!

3) Who is your inspiration in the world of blogs? Why?
Nak tahu siapa? Read This then you'll know who is and why hehe

4) Do your hobbies besides writing a blog?
EAT! EAT! EAT! Yes I'm a Food Hunter. Beruntung siapa dapat kawan dengan Elsa. Kalau korang kelaparan, tanya sajalah Elsa mana tempat makan best? Elsa suka sangat cuba tempat makan yang baru, yang tular di media sosial semua Elsa akan pergi (bergantung pada kewangan) emmm. Blog nie jugalah tempat Elsa nak review tempat makan yang Elsa dah pergi tau. Selain itu, I love baking. When my sister and I bored and nothing crazy to do, we went to the kitchen and selongkar segala apa yang boleh dibuat untuk dijadikan kek ke, roti ke, brownies ke. As I mentioned just now, kalau ada masa bosan je tau. Tapi selalunya tak ada masa bosan pun sebab dia sibuk dengan belajar, Elsa sibuk dengan kerja

5) What is your favourite colour?
Purple and Blue!

6) What is your dream's car?
Ini sangatlah Elsa suka nak bebelkan! Hahaha. Dari Elsa sekolah lagi, I wish I have my own car yang sangat bergaya, bermutu dan keunggulan. Elsa mahu Honda Civic. Yes Honda Civic! Taknak lain nak Civic jugak! Can you imagine how a woman drives Civic with her sunglasses and the engine make a sounds like vroom vroom vroooommm vroomm and the woman is Shaidatul Aireen. Wadddduhhhh bila lah boleh pakai Civic nieyh hahaha. Kalau tengah atas jalan tu, Elsa nampak civic, mulalah datang sawan dia. Jadi apa lagi Elsa? Kerja laa kuat-kuat. Kalau cakap je ingat Civic tuh nak jatuh dari langit?

7) Which one do you prefer? Live in the city or in the village?
Both

8) Is the most special gift in your life you've ever got?
I've made my SPM Result as my special gift. Pada tahun 2014 Elsa naik pentas di Anugerah Kecemerlangan di Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh disaksikan oleh ibu bapa, rakan-rakan terutamanya ibu dan abah Elsa. Elsa takkan ambil anugerah itu jika mereka tidak ada di bawah sana. Itu sahaja hadiah yang paling istimewa Elsa dapat bagi setakat nie lah. Tapi tengoklah, dah dapat keputusan elok pun, pergi tarik diri dari belajar pasal apa Aireen oi? Haih tak faham

9) A gift that you've always wanted?
Happiness, peaceful life dan rezeki demi keluarga dan masa depan In Shaa Allah

10) What are the things you want to do if you are a leader in this country?
I have no idea about this but If I'm a leader, I want my rakyat-rakyat wear a frozen suit! Hahahaha

11) In your opinion, how blogs can inspire the people out there?
For me, they invite you to be creative, try to elaborate the ideas and made you think out of the box. Dengan blog jugalah, banyak isu semasa, info terkini, tips dan hiburan yang kita boleh ambil sebagai iktibar dan pengetahuan. Blog juga menjadikan seseorang more open minded. Kita tak kisah untuk kongsi apa-apa pendapat atau tentangan kerana motif kita cuma satu iaitu berkongsi. Biar orang tahu apa yang kita suka dan tidak. Blog sama seperti media sosial lain yang boleh menjadi tempat untuk merapatkan ukhwah antara penulis blog. We keep support each other dalam menghasilkan entry yang bernas dan berisi. Okay Elsa akui Elsa tak berapa mahir untuk soalan ini tapi Elsa bebel berdasarkan pengalaman Elsa sepanjang berblog hehe

Questions by Sis Ana Suhana

1. One BEST word to describe yourself
PRINCESS. Rugilah kalau tak jadi princess kepada semua orang yang sayangkan kita kankankan hehe

2. What is the BEST achievement you proud of?
Jawapan untuk ini sama macam soalan Bro Noor Azlan yang ke lapan tadi tau Sis Ana hehe

3. If you have a chance to go travel for free, where would you go? Why?
Kalau secara percuma eh? Okay kalau secara percuma Elsa nak ke luar negara yang mempunyai air laut yang sangat biru. "Hello Elsa! Malaysia also got ocean in blue colour" Ala memang lah. Tapi nak yang luar negara punya huhu. Why? Sebab Elsa teringin sangat nak dive jumpa dengan ikan-ikan dekat situ. Elsa nak tengok dalam laut tu rupanya macammana sebenarnya. Itu kalau percuma tau! Kalau tak percuma, haa duduklah kau dekat rumah je hahaha

4. Between winter, spring, summer and autumn which one would you choose and why?
I chose winter and I really want it hahaha so Elsa kena travel jugak carik salji kalau nak merealisasikan impian Elsa tu. Elsa nak rasa macammana duduk dalam suasana sejuk

5. Any habits do you have?
Hm hm setakat nie macam tak ada je haha. Elsa nie macam-macam perangainya. Apa yang Elsa mampu cakap, Elsa dah 21 tapi Elsa masih nakal dan tiap kali nak kenakan kawan-kawan Elsa or known as prank, it works!

6. What do you find attractive in people?
Hm susahnya nak jawab soalan nie lah huhu. Sebab Elsa selesa saja berkawan dengan orang yang macam-macam perangai. Semualah boleh masuk dengan Elsa. Elsa tahu jawapa tak menjawab soalan hakhak sebab tak reti nak mengolah jawapan. Berhari-hari jugak fikir nie. Nampak gaya Elsa kena belajar lagi untuk menjawab soalan dengan baik huhu. Maaf Kak Ana :(

7. What is you favorite Disney character?
You knew the answer! Princess Elsaaaaaaa

8. Are you saving or spending?
Both hakhakhak. Kalau Elsa nakkan sesuatu, mesti kena menyimpan kan. Kalau tak menyimpan, tak dapatlah nak benda tu huhu

9. On scale 1 - 10, how friendly you are?
Ini Elsa tak berani nak kasi berapa haha. Elsa akan sombong dan diam kalau Elsa tak pernah kenal dan tak pernah bercakap dengan dia lansung. Elsa tak jugak nak mulakan perkenalan dengan orang sebab Elsa memang jenis segan tak bertempat hahaha. Tapi bila dah dapat berkawan tu, gila pun makin membuak-buak

10. Between cockroaches and lizard, which one you afraid most?
Bukan takut cuma tak takut sangat. Tapi Elsa lebih geli dengan lizard! Eeee tak boleh tengok kalau dia lalu dekat dinding ke. Dah lah nak jentik bukan main susah. Elsa pernah terpijak dia dan Elsa sangat fobia lepas terpijak dia eee!

11. What do you expect from blogger friends about your blog?
Of course I want my blogger friends to teach me and bring me forward into dunia blog. Elsa nak rakan blogger Elsa sentiasa sokong Elsa untuk lebih sukses dalam menghasilkan sesuatu yang berguna dan berpengetahuan menggunakan blog suam-suam nail Elsa nie. Jadi untuk soalan yang terakhir nie, Elsa harap sangat perlahan-lahan jawapan yang Elsa tulis nie ditunaikan In Shaa Allah hehe

Alhamdulillah. Sejujurnya entry nie dah didraftkan dekat tiga hari. Bukan sebab tak ada masa, cuma memerah otak. Tak pernah buat entry sepanjang ini hehe. Oh ya. Elsa mohon maaf kerana tak dapat jalankan syarat yang ketiga untuk beri soalan dan tag blogger lain sebab Elsa rasa Elsa paling lambat publish entry nie. Maaf sangat-sangat dan mohon diterima tau hakhak

Terima kasih sekali lagi kepada Bro Noor Azlan dan Sis Ana Suhana sebab tag Elsa ye. Elsa tulis semua nie khas untuk awak berdua tau :*

Friday, 10 March 2017

Wow Betullah! Trafik Naik Meroket!


Assalamualaikum

Masih ingat segmen yang dianjurkan oleh Sifu Hasrul Hassan? Beliau menjanjikan trafik yang tinggi meroket selepas saja kita sertai segmen beliau. Ya betul! Trafik Elsa naik pergi bulan dah tau hahaha. Nak tengok bukti ah meyh sini

Trafik sebelum menyertai segmen Bro Hasrul Hassan (8 Mac 2017, 2.05PM)

Wow Betullah! Trafik Naik Meroket!
Wow Betullah! Trafik Naik Meroket!

Trafik selepas menyertai segmen Bro Hasrul Hassan (9 Mac 2017, 5.17PM)

Wow Betullah! Trafik Naik Meroket!
Wow Betullah! Trafik Naik Meroket!


Alhamdulillah. Pencapaian yang sangat memberangsangkan. Jujurnya Elsa tak pernah dapat kunjungan yang sangat banyak seperti itu. Yelah blog suam-suam nail kan. Cerita pun hari-hari tak berapa nak menarik. Tapi nak kejar trafik punya pasal, sanggup bersengkang mata cari blog untuk blogwalking dan tinggalkan jejak di shoutbox. Tapi hasil gitu saja jugak huhuhu

Kenapa harinie 72 pageviews saja? Huhu sebab Elsa tak update apa-apa entry yang menarik sejak semalam dek kerana ketandusan idea. Cadangnya nak publish entry Sunshine Blogger Award yang ditag oleh Bro Noor Azlan dan Sis Ana Suhana, tapi malangnya entry tu masih tergantung dan tak siap lagi hakhak. Jadi tak seronok jika nak kongsi kepada pembaca sebab tak gempak sangat pun jalan ceritanya hehe

Apa-apa pun, terima kasih kepada Bro Hasrul Hassan kerana memberi peluang untuk Elsa naikkan trafik dengan menyertai segmen beliau. Banyak manfaatnya jika kita rajin blogwalking tau. Kalau Elsa tak blogwalking Elsa tak nampak segmen nie dan blog Elsa pun sunyi macam duduk dalam hutan! Hahaha

Thursday, 9 March 2017

PENCARIAN BLOGLIST APRIL - JUN 2017


Assalamualaikum

PENCARIAN BLOGLIST APRIL - JUN 2017

Klik banner untuk join :)

Wednesday, 8 March 2017

Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 3


Assalamualaikum

Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 3
Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 3

Sambungan dari Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 2

Elsa nak ingatkan lagi, INI KISAH BENAR, si penghutang ialah seorang lelaki dan berhutang dengan Elsa hampir RM1000. Nombor telefon ibu si penghutang dah ada dalam tangan Elsa. Disebabkan tahap kesabaran Elsa dah sangat tak boleh dikawal, dengan air mata tak berhenti-henti jatuh, Elsa kuatkan diri untuk berhubung dengan ibunya melalui whatsapp. Elsa mulakan dengan salam, dan dia balas dan terus menyebut nama Elsa since dia memang kenal Elsa dari mula Elsa kawan dengan anaknya itu. Mesej whatsapp antara Elsa dengan ibunya masih lagi Elsa simpan dan sukanya Elsa nak menaipnya balik ke dalam entry nie

Ibu Penghutang: Aireen apa khabar? Lama dah tak jumpa

Elsa: Sihat alhamdulillah makin banyak makannya huhu

Ibu Penghutang: Ada apa whatsapp makcik nie?

Elsa: Mula-mula Aireen nak mintak maaf kalau terkasar bahasa atau Aireen nampak macam tak hormat makcik lah ye. Ini berkaitan dengan anak makcik. Aireen tak tahu apa yang anak makcik dah racun makcik supaya percaya cakap dia dari mula sampai hujung. Tapi Aireen nak cakap pada makcik, Aireen mewakilkan kawan kawan anak makcik juga, mintak tolong sangat-sangat supaya lekas-lekaslah bertaubat dan bayar semua duit kami yang dah dikebas sampai beribu-ribu ringgit

Ibu Penghutang: APA YANG AIREEN CAKAP NIE SEBENARNYA? DAH GILA ?

Sudahlah dicapslock-kan, dipanggilnya Elsa gila lagi. Tidak mengapa. Seterusnya Elsa taip sangat panjang dan menceritakan dari A sampai Z serupa macam Elsa kongsikan di dalam entry-entry sebelum ini

Ibu Penghutang: Makcik tak percaya. Kamu semua dah berkomplot nak jatuhkan anak makcik dan juga keluarga kami! Apa dosa kami pada korang semua ha Aireen?

Elsa: Sepatutnya kami yang tanya APA DOSA KAMI PADA ANAK MAKCIK TU? Makcik cakaplah apa pun kami semua dah penat dengar ayat manis dari dia. Sebab itu saya kata, tanya dia. Apa yang dia dah buat sepanjang dia belajar dan berkawan dengan kami? Apa yang dia buat dengan duit kami? Tapi Aireen jamin, anak makcik takkan menceritakan hal sebenar. Anak makcik pandai berlakon, ayat manis, mulut baik, hari-hari pergi kelas bersongkok, jadi dia ingat dia boleh tutup perangai dia dengan songkok tu ke?

Elsa memang sangat marah sebab itu macam-macam ayat hina dan keji yang keluar. Elsa sambung lagi bebel, dia taip Elsa taip dia taip Elsa taip, akhirnya Elsa menang dan sempat send sebelum dia send *gelak jahat

Elsa: Memang juga kami tak ada bukti nak menuduh anak makcik begitu tapi kami ramai saksi dan saksi ini juga adalah mangsa. Dia sangat licik nak meminjam dengan kami dia nak tunai sahaja tak mahu bank in-bank in kononnya, sebab tu lah kami kata tak ada bukti dia tu meminjam. Kami juga boleh buat laporan polis tapi kami tak sampai hati sebab kami tahu polis takkan layan kalau bukti satu habok pun takdak! *marah marah Aireen sangat terkilan dengan perbuatan dia. Kalau makcik tak percaya makcik boleh jumpa kami. Kami boleh datang menghadap makcik dan keluarga. Tapi rasa macam buang masa pula saya membebel macamnie, sebab kalau dah kata-kata kami makcik taknak percaya, dengan anak makcik pun makcik taknak tanya macammana nak selesai?

Dia bluetick Elsa sahaja. Saat tu juga Elsa dapati gambar di whatsapp dah tak kelihatan, last seen hilang, Elsa cuba menghantar ....... dan tunggu selama setengah jam dan ternyata, ibu penghutang dah block whatsapp Elsa

Rancangan gagal. Kami hampa

Elsa dan kawan-kawan memang boleh sangat kalau nak ke rumah si penghutang. Tapi salah seorang kawan Elsa minta Elsa dan yang lain-lain untuk bersabar, ada jalan lain In Shaa Allah

Beberapa hari kemudian, satu mesej daripada si penghutang masuk dalam whatsapp Elsa

Si Penghutang: KALAU NAK DUIT, JANGAN LIBATKAN KELUARGA AKU. KAU SIAPA? KELUARGA AKU LEBIH PERLUKAN AKU DARIPADA KAU SEMUA

Elsa nak jawab apa dengan orang gila kepala timun macamnie? Apabila sudah macamnie, kami semua dah give up sampailah kami semua habis belajar sekarang nie. Tengok, cerita sinetron yang tergantung

Menurut kawan-kawan Elsa, ada antara mereka yang dah serik untuk menuntut hutang, ada yang masih berusaha termasuk Elsa sendiri. Elsa tak akan putus asa. Sekarang si penghutang sedang belajar di Shah Alam. Elsa buat keputusan untuk bersemuka dengan dia secara mengejut. Elsa buat rancangan dengan kawan rapat Elsa bernama S


Tuesday, 7 March 2017

My Boyfriends & Girlfriends Bloglist


Assalamualaikum

Nak bagitahu sekarang nie Rawang hujan lalalala indahnya main laptop hakhakhak

My Boyfriends & Girlfriends Bloglist
My Boyfriends & Girlfriends Bloglist

Semalam Elsa scroll saja blog Elsa nie haa dari atas sampai bawah. Lepastu Elsa terpandanglah Bloglist Mac-April 2017 tu dekat sidebar. Tenung dia lama lama, aish macam boring je dia duduk dekat sidebar sorang-sorang. So Elsa bercadang nak carikan dia pengapit kiri dan kanan dan letakkan di bahagian footer blog hakhakhak. Ha nampak?! Siapa lah yang tersenarai dalam My Boyfriends & Girlfriends Bloglist tu kan? Cuba tengok bawah nie! Siapalah yang bertuah dapat jadi Boyfriends & Girlfriends Elsa

My Boyfriends & Girlfriends Bloglist
My Boyfriends & Girlfriends Bloglist

Yay inilah Girlfriends Elsa! Biasalah diorang mestilah jelita macam Elsa jugak. Antara blog yang Elsa paling suka sangat lawat tau. Elsa suka baca entry diorang, dan ada yang mahir dalam mengedit blog, ada yang asyik bagi tips saja, ada jugak yang suka review tempat yang hebat hebat dekat Malaysia nie atau erti kata lain beliau seorang traveler lah. Mereka antara yang rajin jugak tinggalkan komen di blog Elsa. Diorang nie memang suka sangat lah melayan Elsa membebel hari hari. Memang boleh masuk saja nak bergosip ke apa, kalau korang rajin tengok komen komen Elsa dekat blog diorang nie bukan main panjang berjela hahaha sebab Elsa susah nak berhenti membebel. Ada je cerita yang related dengan Elsa. Eh betul ke?

My Boyfriends & Girlfriends Bloglist
My Boyfriends & Girlfriends Bloglist

Ini pulak Boyfriends Elsa kacak-kacak belaka. Diorang nie suka juga bagi tips berkenaan dengan SEO blog lah, tips naikkan trafik lah macam macam lah. Ada jugak yang blog full English saja entrynya dari atas sampai bawah dan ya memang Elsa suka sangat baca blog entry dalam bahasa Inggeris. Walaupun Elsa memang tak reti nak berbahasa Inggeris tapi dari sinilah Elsa belajar macam macam ayat. Tapi ingat, Elsa faham je tau awak berbahasa Inggeris tapi Elsa tak reti nak membalasnya balik jewwrsss hahaha. Yang bercerita perihal lelaki dan wanita pun Elsa suka baca jugak sebab entah lah Elsa nie memang gatal sikit bab benda itu hakhakhak. Tapi ada beberapa blog antara diorang nie yang Elsa jadi silent reader je sebab Elsa segan nak komen selalu huhu nampak tak kejamnya tu

My Boyfriends & Girlfriends Bloglist
My Boyfriends & Girlfriends Bloglist

Yay sempurna dah pengantin tengah dengan pengapit kiri dan kanan! Sangat beruntung pada yang tersenarai dalam My Boyfriends & Girlfriends Bloglist nie tau sebab diorang akan kekal je dalam Bloglist tu sampai bila bila kecuali kalau dah tak aktif lah. Selain itu juga adalah mereka nie dah macam cikgu Elsa, cikgu-cikgu dari pelbagai subjek yang sabar melayan kerenah anak murid nakal yang tak pernah nak dewasa nieyh hahahaha

Untuk pembaca-pembaca yang lain jangan risau awak semua jugak berpeluang untuk duduk dalam bloglist Elsa. Bloglist yang tengah tu memang sentiasa berubah, so semua orang berpeluang duduk dalam tu tapi Elsa mampu pilih 10 sahaja untuk setiap musim Elsa buat pemilihan tau!

Apa lagi awak semua? Cepatlah scroll bawah sampai ke footer dan lawat blog diorang nie. Hebat macam Elsa jugak hebat dia hahaha okay boii

SIAPA YANG BELUM TUNTUT HADIAH ELSA?! CEPAT CEPAT KLIK SINI

Elsaalicious.