CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER

August 11, 2017

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER | Assalamualaikum. Hari ini entri penuh dengan pujian. Harap tak muntah lah hahaha. Elsa join CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER sebab itu hari ini Elsa baik hati nak memuji saja. Kawan baik Elsa aduhai bukan baik dah tapi dah memang rapat ketat padat! Meyh Elsa kenalkan, seorang gadis yang cantik tapi tak hipster hahaha dia ialah Nurul Fatin Amira okay boleh follow dia kalau nak tengok dia memasak hari-hari haha

Elsa panggil dia Aten ataupun Mitchu sebab apa sebab Mitchu tu dulu nama facebook dia em. Elsa dah kawan dengan dia sejak Elsa sekolah asrama pada tahun 2012 dan Aten ialah salah seorang rakan dorm Elsa. Eleh mula-mula masuk dorm bukannya bertegur pun. Biasalah buat hal sendiri masa itu. Tapi tak lama tu kami berkawan. Macam biasa, kejap kawan kejap gaduh haih budak sekolah kan takkan lah awak semua tak tahu haha

Aten seorang yang berlagak macam doktor hahaha. Dia lah yang selalu ada dengan Elsa kalau Elsa sakit, dia yang suapkan Elsa makan kalau Elsa terlantar dekat bilik sakit dalam pejabat warden. Elsa memang kerap sakit, demam panas tu sebulan sekali lah. Dalam ego si Aten nie, dia kalah juga kalau Elsa sakit hikhik. Orang kata apa? Antibodi tak kuat. Memang orang akan cemburu dengan kitorang sebab kitorang melekat saja ke mana pergi. Sampaikan dalam dorm pun sebelum tidur, Elsa yang cari dan cabut rambut gatal dia haha

Banyak lagi perkara yang Aten buat pada Elsa. Kalau nak cerita memang tak habis nanti dia bangga sangat pula haha. Dia tak pernah tak ada masa Elsa susah, masa Elsa perlu kawan nak gelak-gelak. Daripada dulu sampai sekarang, kami masih simpan nombor telefon masing-masing. Kitorang pun dah janji, masing-masing nak jadi pengapit untuk majlis kahwin hahaha

Okaylah ucapan Elsa untuk Aten, sayang kau. Hm tu je. Bukan apa, nanti dia kemurungan kalau Elsa bagi ayat manis. Okaylah maka dengan ini Elsa join CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER


You Might Also Like

2 Comments

  1. Gut luck elsa.. hehehe.. sekali sekala memuji x salah.. janji ikhlas ye.. haha..

    ReplyDelete