Elsaalicious



Saturday, 15 April 2017

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco


STICKY POST SEHINGGA 15 APRIL 2017

Assalamualaikum

Alhamdulillah yay Giveaway By Elsaalicious datang lagi! Hahaha tujuan Giveaway ini dibuat adalah untuk mengajak anda semua untuk support bisnes kecil-kecilan adik Elsa. Jadi Elsa dah bincang-bincang dengan dia untuk buat satu Giveaway dan dia pun setuju. Ayuh ramai-ramai jom join jom!

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco
Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

Syarat Untuk Join:-

1. Follow Blog Elsaalicious
2. Follow instagram Shaidatul Aireen *akan dicheck
3. Follow instashop Luv.SweetChoco atau klik butang follow di sidebar *akan dicheck
4. Buat entry tajuknya "Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco"
5. Copy banner di atas dan backlink ke entri ini
6. WAJIB DAN SANGAT PERLU tambahkan juga di dalam entry anda username instagram anda dan e-mel anda yang aktif! Elsa akan followback menggunakan instagram Shaidatul Aireen dan e-mel untuk Elsa hubungi anda akan datang
7. Setelah selesai, publish dan tinggalkan link entri penyertaan anda di ruangan komen bawah ini ye
Giveaway berlangsung dari 25 Mac 2017 hingga 15 April 2017
5 pemenang bertuah akan memenangi hadiah daripada Luv.SweetChoco
Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 April 2017
Senarai Peserta Di Sini

Jemput join semua! Goodluck!

Monday, 27 March 2017

Jom Periksa Harga Blog Anda!


Assalamualaikum

Semalam blogwalking ke Blog Kakak LZ dan terbaca entri beliau bertajuk BERAPA NILAI BLOG ANDA? Wah blog kita pun boleh dijual-beli kan hahaha. Jadi Elsa baca entri beliau sampai habis dan beliau menjelaskan Blog Lady In Red Planner berharga USD250. Uish mahal jugak tu tau.

Jadi Elsa tinggalkan komen dan dah janji nak reveal harga blog Elsa. Jadi Elsa masukkan url blog Elsa di Domain Value dan hasilnya.....

Jom Periksa Harga Blog Anda!
Jom Periksa Harga Blog Anda!

Harga Blog Elsaalicious adalah USD500. Alamak Elsa tak dapat nak baca kalau dalam nilai USD ini. Jadi Elsa google dan convert daripada USD kepada RM dan hasilnya......

Jom Periksa Harga Blog Anda!
Jom Periksa Harga Blog Anda!

Amboi mengucap panjang Elsa! Siap ada Sen lagi tu hakhakhak. Andaikan ada orang kaya mahu beli Blog Elsaalicious dengan harga RM2205.50, dapatlah Elsa tukar iPhone baru hahaha

Seronok pulak Elsa kalau dengan benda yang aneh-aneh ini haha. Kalau anda semua nak cuba benda aneh macam Elsa dan Kak LZ, bolehlah klik SINI dan masukkan saja url blog anda, kemudian kongsilah dengan Elsa jugak! Kita lawan siapa lagi mahal nak? Hakhakhak

5 Cara Hilangkan Mengantuk Di Pejabat


Assalamualaikum

Hari Isnin merupakan hari paling malas untuk bekerja bagi Elsa hahaha. Yelah kita bukan main berlingkor hari Sabtu dan Ahad tiba-tiba Isnin kembali dengan rutin sebagai pencari rezeki. Tidak sah juga kalau setiap hari Isnin sahaja, gaya bangun pagi lain macam, gaya mandi lain macam, gaya bersiap lain macam, tiba saja di pejabat, gaya menguap pulak lain macam kan.

5 Cara Hilangkan Mengantuk Di Pejabat
5 Cara Hilangkan Mengantuk Di Pejabat

Siapa saja yang tahan nak bekerja dalam keadaan mengantuk? Kalau ada yang tahan memang hebat lah hehe. Tapi Elsa tak akan pernah tahan. Buat kerja dalam keadaan penat dan mengantuk, boleh jadi lain tau hasilnya. Bos nak projek B, kamu pergi buat projek A! Ish ish. Jadi untuk mengelakkan masalah begitu berlaku, apa kata cuba cara-cara yang Elsa lakukan untuk hilangkan mengantuk di pejabat. Alhamdulillah. Berjaya sikit hahaha

5 Cara Hilangkan Mengantuk Di Pejabat

1. Basuh Muka
Ini adalah cara paling utama untuk hilangkan mengantuk. Apabila muka sudah terkena dengan air sejuk, sekaligus mata anda akan segar semula tau

2. Mendengar Muzik Secara Sendiri
Apa maksud secara sendiri? Maksudnya jangan kongsi dengan orang lah hikhik. Dengar lagu dari telefon bimbit anda dengan menggunakan earphone. Sesetengah orang lebih suka dengar kuat-kuat kerana mereka mahu fokus kerja dan tidak mahu mengantuk. Yelah siapa saja yang akan boleh tidur lena kalau terdengar lagu kuat kan. Tapi sebaik-baiknya volume tu biasa-biasakan saja sudah

3. Wajib Bersarapan
Kalau tinggal sarapan, badan akan lesu dan tidak bersemangat. Kita bekerja dari awal pagi memerlukan tenaga yang banyak. Anda boleh saja ambil segelas air suam dengan kuih-muih nahh itu belanja paling jimat pernah Elsa buat hahaha. Selepas bersarapan, nak mengantuk pun tak sempat

4. Duduk Di Kawasan Terang
Di pejabat anda rajin-rajinlah bangun dan berpindah ke tempat yang ada cahaya dari luar contoh seperti di tepi tingkap. Dengan adanya cahaya memancar ke diri anda maka tidak akan mengantuk lagi dan anda boleh saja meneruskan kerja yang terbengkalai sejak semalam tu hakhakhak

5. Kudap-kudapan
Jika ada gula-gula atau 'jajan' lain yang boleh dikunyah, silakan. Elsa akan siap-siap bekal gula-gula getah dalam beg supaya Elsa boleh kunyah apabila mengantuk tu nak datang. Nak makanan sedap lagi? Ha awak belilah ayam goreng ke buat ratah. Kalau Elsa boleh buat kenapa anda tak boleh? Hahahaha merepek saja

Semoga 5 Cara Hilangkan Mengantuk Di Pejabat yang Elsa kongsikan ini boleh mengatasi segala macam jenis mengantuk yang melanda diri anda. Bawa-bawalah tidur awal pada malam itu agar tak terasa malas untuk mula bekerja pada esok hari tau

PERASAN TAK ELSA ADA BUAT GIVEAWAY? KALAU PERASAN, KLIK SINI

Elsaalicious.