Elsaalicious: April 2016


Lazada Malaysia

Sunday, 3 April 2016

Bahaya demam panas. Ubati secepat mungkin

assalamualaikum


cuaca dekat luar sana sangatlah tak sihat. kita sendiri yang bekerja pun rasa takut nak keluar sebab memikirkan kesihatan diri yang kadang kadang tak berapa kuat

demam panas boleh terkena pada sesiapa saja. tak kira umur, tua atau muda, termasuk bayi. contohnya adik saya yang dah 5 hari demam panas. hanya bekalkan ubat panadol actifast dan soluble. berkeraslah si ibu dan abah nak bawak adik ke klinik tapi ikutkan malas adik, memang takkan jalan

Tanda Tanda Demam Panas
1. Suhu badan 37 celcius dan ke atas
2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru biruan
3. Badan tak berpeluh. kaki dan tangan sejuk. badan panas, kepala panas

Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Kurangkan Demam
1. monitor suhu badan dari semasa ke semasa
2. minum air suam sekerap mungkin
3. Tampal koyok atau basahkan tuala dengan air sejuk (seeloknya ais batu yang dicairkan) dan letak pada dahi tiap kali nak tidur
4. mandi sekerap mungkin bagi menurunkan suhu badan
5. elakkan selimut badan dengan selimut tebal serta memakai baju tebal. ini kerana haba tidak dapat keluar dari badan pesakit
6. jika tiada perubahan, segera berjumpa dengan doktor

NAK SHOPPING ONLINE? JOM!

Saturday, 2 April 2016

Cara Putihkan Ketiak Dengan Baking Soda

assalamualaikum


Masalah ketiak hitam mesti buat ramai yang malu dan tak confident dengan diri sendiri kan? Sebenarnya masalah ni bukannya di alami oleh korang je tapi hampir semua wanita di dunia ni! Kulit ketiak menjadi hitam akibat mencukur atau mencabut bulu ketiak, dan ianya mungkin juga disebabkan oleh bahan kimia yang terdapat di deodorant yang digunakan
Kalau nak memutihkan ketiak hitam, korang tidak perlu menggunakan produk yang mahal tetapi hanya memerlukan baking soda untuk memutihkan ketiak secara semulajadi.
Berikut adalah cara nak putihkan ketiak secara semulajadi :

Cara 1
1. Campurkan 1 sudu teh baking soda dengan air secukupnya. Campur keduanya sampai berbentuk scrub.
2. Sapu campuran tersebut 2x sehari setelah mandi. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Sapuan baking soda membantu untuk membuang sel kulit mati pada ketiak menjadikan ketiak lebih putih.
3. Bilas dengan air bersih
4. Amalkan rutin tersebut sehingga ketiak menjadi putih. Apabila kulit ketiak sudah putih, hentikan rutin tersebut kerana pemakaian baking soda yang berlebihan akan membuat keradangan kulit.

Cara 2
1. Campurkan dengan 1 sudu eh baking soda bersama dengan cuka atau perahan lemon/limau nipis.
2. Sapu campuran tersebut pada ketiak, biarkan selama 15 minit hingga setengah kering.
3. Gosok ketiak korang sampai butiran baking soda dan cuka atau perahan lemon/limau nipis bercampur dengan kotoran ketiak. Kotoran ketiak  yang terhasil sebenarnya adalah sel kulit mati. 
4. Bilas dengan air bersih.
5. Amalkan rutin tersebut sehingga ketiak menjadi putih. Apabila kulit ketiak sudah putih, hentikan rutin tersebut kerana pemakaian baking soda yang berlebihan akan membuat keradangan kulit.

Selamat mencuba dan semoga berjaya ya!
CREDIT: sajakongsi
nak shopping online? hubungi saya!

Friday, 1 April 2016

Meow memang comel!

assalamualaikum


eh eh nie anak siapa pulak nie? nak apa nie? nak makan je tahu kan? eee!!!

haha. inilah baby elsa. baby yang jadi teman hanya pada background laptop saja. dia tak dapat nak ada depan mata elsa atas faktor kawasan rumah nie. hm rukun tetangga kawasan nie memang tak benarkan bela budak budak comel macam atas nie. so tengok sajalah gambar gambar dia kan

kenapa dia?
  1. sebabnya mestilah comel hahahahaha
  2. hm, sebab bulu dia sangat lah halus dan warna gelap sikit sama macam elsa hahaha
  3. look at her eyes. halahai adorenya
  4. dia memang manja. yaa semua meow manja kan
elsa pernah pegang dia sekejap. nak tahu sebab apa? sebab, elsa tak berapa lah nak berani untuk peluk peluk dia. bukan dia je tapi semua meow yang elsa jumpa. sebab, elsa tak tahan so elsa akan gomol gomol dia sampai dia sakit nanti macammana? haa better jauh kan hakhak

ada sikit info yang elsa boleh share pasal baby nie. thank you encik wiki! awak sangat membantu


Kucing bulu pendek British (Bahasa InggerisBritish shorthair) ialah versi berpedigri bagi kucing bela jinak British tradisional, dengan badan dempak tersendiri, bulu plusy dan pelbagai warna dan corak lain, termasuk tabi dan titik warna.
Ia merupakan salah satu baka kucing paling purba yang diketahui, mungkin berasal daripada kucing bela jinak Mesir yang diimport ke Britain oleh orang Rom yang menakluk pada abad pertama. Pada zaman moden, ia kekal sebagai baka berpedigri paling popular di negara aslinya, seperti didaftarkan oleh Governing Council of the Cat Fancy (GCCF) United Kingdom.
Penampilan bersifat baik dan perangai agak tenang baka ini menjadikannya sebagai bintang media kerap, yang ketara sebagai ilham untuk ilustrasi terkenal Tenniel bagi Cheshire Cat daripada Alice's Adventures in Wonderland. Pada era lebih moden, seekor kucing bulu pendek British biru merupakan subjek citra "I Can Has Cheezburger?" asli, dikreditkan dengan pempopularan fenomena lolcat.

elsa suka jugak dengan kucing kucing yang bulunya panjang, ekor pendek, kaki pendek dan semuanya lah. tapi yang ini paling favourite!

awak semua pulak? meow mana yang jadi pilihan? nak share? boleh komen dekat bawah! hikhik

nak shopping online? boleh boleh. meyh sini meyh

Elsaalicious.