Elsaalicious: March 2016


Lazada Malaysia

Thursday, 31 March 2016

REVIEW DRAMA SUAMI TANPA CINTA DI ASTRO RIA & RIA HD

assalamualaikum

kenapa? sebabnya hanya seseorang tu. yes. Mr. Mark Adam. antara penyanyi, dan mungkin pelawak yang paling elsa minat. so apa lagi? 4 April dah nak dekat. tunggu depan tv!




Drama adaptasi novel terbaru yang akan ditayangkan di Astro Ria iaitu Drama Suami Tanpa Cinta. Terbitan Drama Suami Tanpa Cinta ini mengandingkan Shukri Yahaya dan Janna Nick sebagai pelakon utama. Drama 16 episod ini bakal ditayangkan bulan April ini.


Pelakon Drama Suami Tanpa Cinta

Shukri Yahaya
Janna Nick
Cristina Suzanee
Mark Adam
Sarah Hildebrand
Afzan A.Rahman


Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta

Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya. 

Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh ain itu?

CREDIT: aswanazmy

NAK SHOPPING ONLINE? JOM JOM! 

Nuffnang dan Fungsinya

assalamualaikum

semalam baru elsa merungutkan pasal nuffnang kan. maaf maaf huhu


sebenarnya elsa dah lama guna nuffnang nie sejak elsa berblog zaman sekolah menengah dulu. tapi elsa sangatlah tak tahu macammana nuffnang nie bagi income dekat kita, macammana kita dapat income tu, sebab zaman dulu memang takde minat nak tahu. just nampak tutorial suruh buat itu, dan kita buat. lagi lagi pulak sesuatu yang kaching kachingggg $$$$$$$

sekarang, bila muncul blog baru, dan isi semula nuffnang, apa yang ada dalam kepala nie, satu klik dapat duit, satu klik dapat duit. haaa mulalah elsa excited. pergilah dekat NUFFNANG tapi masih takde income! whatssssssss apa yang terjadi?!! mana silapnya nieeeee!!!!

so harinie, terbuka hati nak belajar dan tambah pengetahuan serta nak kongsikan dekat pembaca blog sejuk elsa hakhak. pada mula memang susah jugak nak mengerti. tapi kalau baca dan fokus, dalam 2 3 kali baca tu dah faham dah


  1. Tingkatkan trafik blog saaaangat penting. contoh paling mudah, blogwalking
  2. Rajinkan diri update blog awak. bila blog ada entry, ada lah pengunjung. kankankan
  3. rajinkan diri jugak untuk join segmen, giveaway, atau apa apa contest. In Shaa Allah awak dapat kenal ramai blogger yang berpengalaman, yang senior, yang pangkat bos. boleh tunjuk ajar hehe

SO AWAK SEMUA BOLEH KAJI FUNGSI NUFFNANG DEKAT SINI dan alhamdulillah sikit sebanyak boleh bantu kita semua untuk jana income walaupun permulaannya agak slow dan blur hehe. tak susah pun sebenarnya

terima kasih cikgu! credit to: NAMEEROSLAN

NAK SHOPPING ONLINE? BACA ABOUT ELSA HEHE 


Wednesday, 30 March 2016

Bad Request Apanya ni!

assalamualaikum

baru sehari sign up nuffnang, okay takde masalah. setakat malam tadi okay saja. elsa try klik pun, dia terus ke website nuffnang. tak lama kemudian tu, cuba tekan lagi, tiba tiba dia cakap BAD REQUEST 400 and tak ingat ada code code tu. memang benda nie terjadi kepada google chrome user saja. kalau bukak guna mozilla, even slow and steady kata orang, dia takde problem tau. kalau nak tengok gambarnya bad request tu macammana, sebiji macam dalam blog comel lotey nie

bila dah jadi macamtu memang menggelabah tak tentu pasal. yelah memang rugi kalau ada yang klik untuk elsa tapi bad request yang keluar kan huhu.

ada sesiapa yang jadi probem yang sama macam elsa tak? kalau ada boleh mengadu dekat elsa. sebaaaaaab elsa dah ada caranyaaa :* boleh tengok sini sini sini!!!!! dan maka selesai lah masalah itu dalam masa 1 minit. hebat kan? hakhak

ha, ada sesiapa yang dah cuba? boleh lah bagitahu elsa jugak. kita share seronok lah nuffnang kita dah berfungsi dengan baik. hikhik

TERIMA KASIH CIKGU :* CREDIT TO LYSSASECRET

NAK SHOPPING ONLINE? MEYH BORAK SINI

Elsaalicious.