Elsaalicious: April 2017


Lazada Malaysia

Thursday, 27 April 2017

Pemburu Makanan (Food Hunter)


Pemburu Makanan (Food Hunter)
Pemburu Makanan (Food Hunter)
Sumber: Google

Pemburu Makanan (Food Hunter) | Assalamualaikum. Hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Hahaha bagi Elsa kedua-duanya perlu. Kebiasaannya Pemburu Makanan (Food Hunter) ini seorang perempuan. Kalau bab cari tempat makan yang sedap-sedap dan yang tengah tular di media sosial, anda yang boyfriend-boyfriend tu dah bebas dari satu beban dah iaitu jawapan untuk soalan "kita nak makan dekat mana nie?" Hahaha

Macam Elsa sendiri Elsa memang ada simpan dan save tempat-tempat makan yang best-best dari harga murah sampailah ke harga mahal. Tapi bagi seorang Pemburu Makanan, mereka tidak pernah kisah pasal semua itu. Bagi mereka, makan itu bahagia. Kenapa? Ada berapa sebab mereka itu menjadi seorang Food Hunter

5 Sebab Mereka Seorang Food Hunter

1. Boleh Tenangkan Kemarahan
Kalau Elsa tengah tak elok moodnya, memang Elsa akan cari makanan. Walaupun nasi lauk telur goreng dengan kicap pun dah boleh buat Elsa senyum. Elsa bukan lapar, cuma nak tenangkan diri dari marah-marah saja

2. Perbandingan Rasa Dan Harga
Zaman sekarang yang viral hanyalah makanan western saja. Tak Food Hunter lah kalau tak kenyangkan perut dengan western kan. Jadi kalau makan di tempat yang berbeza, masa itulah kita juga nak jadi chef, bila harga murah tapi sedap, bila harga mahal tapi tak sedap or vice versa

3. Show Off
Hahaha bukan show off yang kita ini kaya asyik makan luar saja. Show off bermaksud kita promote juga kepada orang ramai yang ikuti kita di mana-mana media sosial. Bila kita tunjuk apa yang kita makan, di mana tempat makan, sekaligus kita dah tolong tuan kedai majukan perniagaannya juga hakhak!

4. Hobi
Kalau dah memang pada waktu lapang hanya MAKAAAAN saja memang tak boleh nak buat apalah kan. Pagi makan petang makan malam makan. Kalau ikut makanan seimbang tak apalah ini pakai bedal saja. Sudahlah begitu sila baca perkara ke-5

5. Tak Mahu Nampak Kurus
Kadang-kadang kita nampak seseorang yang suka memburu makanan ini tak naik-naik berat badannya. Slim saja macam itu. Elsa tak tahu macammana diorang boleh macamtu tapi kalau Elsa, Elsa nak jadi macam diorang. Jadikanlah makan sebagai hobi, asalkan berat badan tak naik. Tapi cakap tak guna, Elsa makan saja makin lama makin berisi lah

Oleh itu, kita taknak lah makan ikut suka hati saja. Kesihatan juga kena jaga. Kena seimbanglah kalau dah makan, rajinlah bersenam kan. Baru lah badan cantik tak kembang tak kecut. Lagi satu, kurangkan membazir tau. Kalau tiap-tiap minggu merasa western je tak boleh juga. Banyak lagi masa untuk merasa tempat makan yang lain. Simpan duit tu buat pergi travel dengan kawan-kawan juga ye. Em tapi berkesan ke nasihat Elsa nie dekat Food Hunter? Hahahaha

Wednesday, 26 April 2017

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!


Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!
Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist! | Assalamualaikum. Wah terkejut dan gembiranya Elsa bila dapat tahu Syed buat Segmen buat kali pertama! Wah tahniah tahniah hakhak. Jadi Elsa nak jawab lah soalan-soalan nombor 5 itu

Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed
Sebab Blog Seorang Syed dah pun ada dalam Bloglist bertajuk "Boyfriend List" sejak bulan berapa lah Elsa tak ingat hahaha bukan setakat duduk saja-saja tau malah kekal sampai bila-bila haa untung tak untung tak hahaha

tulis short review tentang blog Seorang Syed
Blog Seorang Syed mempunyai header yang sangat gempak! Haa memang pembaca akan masuk ke Blog memang akan tengok header dulu kan. Dah sudah tu menarik terus minat nak membaca. Elsa jarang-jarang jadi silent reader tau kalau masuk Blog Syed nie *jujurnya tapi setiap entri yang dikongsi memang masuk dalam kepala Elsa. Kadang-kadang Elsa jadikan Blog Seorang Syed rujukan untuk menulis dengan baik dan segala tips pembelajaran yang dikongsi memang berguna walaupun Elsa bukan lagi pelajar hahaha. Syed juga sangat peramah dan rajin tinggalkan komen di Blog Elsa tau. Jadi awak semua rajin-rajin lah tegur Syed dekat komen tau!

Okaylah Elsa lapar nak masak maggi. Bye

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my.


Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.

Copy dan klik banner untuk penyertaan

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.


Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict

Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

Alexa Rank Blog: Elsaalicious #3


Alexa Rank Blog: Elsaalicious #3
Alexa Rank Blog: Elsaalicious #3

Alexa Rank Blog: Elsaalicious #3 | Assalamualaikum. Kemurungan sangat malam ini sebab nombor dalam Malaysia semakin bertambah dari sebelum ini. Konspirasi apakah ini? Aduh Elsa ini mesti kes tinggalkan lama Blog pada bulan ini. Elsa sangat sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak jenguk Blog Elsa. Pengajaran buat Elsa kena lebih kerja kuat lagi nie

RABU
26 APRIL 2017
9:16PM

KEPUTUSAN SEBELUM: SINI
SUMBER: SINI

Tuesday, 25 April 2017

Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson!


Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson! | Assalamualaikum. Bermula hari Isnin hingga hari Jumaat, Elsa berusaha mencari duit makan dari pagi sampailah ke malam. Setiap minggu keadaannya begitu, dan amat jarang untuk Elsa ambil cuti. Jika cuti pun akan duduk di rumah untuk berehat. Tetapi Elsa telah mengambil langkah ke hadapan dan membuat keputusan untuk bercuti di luar kawasan. Bukan Eropah, Amerika atau Korea yang menjadi pilihan tetapi dekat saja dalam masa sejam perjalanan dari KL iaitu Port Dickson. Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson!

Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson!
Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson!
Sumber: Google

Ramai cakap Port Dickson ini penuh sewaktu hari minggu, tapi Elsa ada satu lokasi yang menjamin keselesaan dan sedikit privasi yang sesuai untuk rehatkan minda dan menghabiskan masa dengan keluarga. Nak tahu? Hehe. Dengan berbekalkan duit yang Elsa simpan akhirnya dapat juga Elsa bawa keluarga berhujung minggu di Lexis Hibiscus Port Dickson. Masa Elsa dan keluarga bercuti kat situ, there are impressively great deals at Lexis Hibiscus Port Dickson. Nak tahu apa yang menariknya? Rajin-rajin la buat research ya kot-kot ada peluang dapat bermalam kat sana
Dibuka pada bulan April 2015, Lexis Hibiscus Port Dickson adalah destinasi yang agak hot untuk percutian yang singkat dan sesuai untuk pengunjung dari bandar. Tempatnya menarik sebab kalau kita naik kapal terbang lalu di atas Lexis ini, kita akan dapat tengok bentuk bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia. Tak ke bangga kita nanti. Lepas tu pula, setiap Pool Villa atau chalet yang kita boleh sewa ada private pool. Haa bila lagi nak ada swimming pool kat bilik sendiri kan? Bangun tidur je terus terjun. Haha

Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson!
Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson!
Sumber: Google

Senang saja nak cari Lexis Hibiscus Port Dickson ini, sama ada google atau sepanjang jalan Port Dickson tu akan nampak papan tanda besar dan lorong masuk di sebelahnya. Silakan masuk. Masa Elsa mula-mula sampai ke lobi resort tu, Elsa terkejut dengan area lobinya sebab besar sangat, dengan hiasan yang mengagumkan terutamanya untuk orang seperti Elsa yang sukakan interior design yang menarik
Untuk yang bawa kanak-kanak, ada tapak permainan yang mereka boleh main sementara nak tunggu check in. Tapi Elsa menginap dengan keluarga dan Elsa dah tak ada adik kecil yang paling kecil pun umur 19 tahun haha mana boleh main taman permainan punya. Di sini ada swimming pool awam tapi kalau sewa pool villa tak perlu kot sebab kat bilik je dah boleh berenang. Selain pool, ada sauna juga di dalam kawasan chalet. So privasi sangat. Memang dapat bermalam 2 hari pun sudah cukup untuk mengembalikan tenaga dan kekuatan minda serta dapat rehabilisasikan diri kita
Pilihan untuk menjamu selera juga pelbagai jenis yang ada, antaranya Restoran Jepun Umi dan Roselle Coffee House. Sambil tu Elsa juga request bilik yang mempunyai sea view, memang sangat indah pemandangannya, sangat tenang bila mendengar bunyi ombak laut sambil Elsa berendam di dalam pool. Anda semua perlu mencubanya. Sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin atau dah lama atau keluarga yang mempunyai anak-anak yang kecil. Memang saya rekemen Lexis Hibiscus ini

Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson!
Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson!
Sumber: Google

Jikalau mempunyai minat untuk berekreasi, boleh juga ke pantai kerana banyak water sports yang ada. Elsa memang berniat nak bercuti dan berehat di dalam bilik jadi takdelah turun ke pantai melainkan untuk berjalan dan berjogging pada waktu pagi. Kalau hendak bermandi-manda dekat laut Elsa tak berapa minat mandi laut hehe setakat celup kaki tu boleh lah. Kemudian pekena breakfast di Roselle Coffee House, berjalan di sekitar Port Dickson, sambil shopping sedikit, cari tempat makan seafood yang best. Jujur kata, Elsa memang seronok kerana akhirnya jumpa tempat yang mempunyai privasi untuk Elsa bercuti dengan keluarga di dalam bilik tanpa membuat apa. Haha
Elsa rekemen sungguh Lexis Hibiscus Port Dickson ini untuk anda semua, dengan harganya berpatutan dengan servis yang diberi, keadaan bilik yang menarik dan destinasi percutian yang aman dan sejahtera. Kepada yang selalu stress, dengan kerja atau apa-apa masalah, mulalah untuk mengumpul duit, supaya dapat bercuti di sini, bolehlah menjadi salah satu cara untuk menangani stress yang ada. Guaranteed!!! Untuk yang ingin merapatkan hubungan suami isteri, di sini juga boleh dijadikan sebagai tempat honeymoon kedua.

Elsa bersyukur sebab dengan umur Elsa yang masih muda ini Elsa boleh bawa keluarga berjalan-jalan ke tempat yang sangat tenang. Maklumlah keluarga Elsa kecil saja. Elsa hanya 4 beranak saja dalam rumah haha saja bagitahu. Okay apa tunggu lagi! Rancang percutian anda!

Thursday, 20 April 2017

Segmen Blogwalking & Bloglist By Miss BaNu



Segmen Blogwalking & Bloglist By Miss BaNu | Assalamualaikum. Klik banner untuk join

SELAMAT HARI JADI MISS BANU! SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI. SEMOGA SUKSES DALAM BERBLOGGING. OH BUKAN BLOG SAJA MALAH HIDUP MISS BANU JUGA. JADI ANAK YANG SOLEHAH UNTUK IBU BAPA TAU. ELSA SERONOK DAPAT KENAL BLOGGER MACAM MISS BANU HIKHIK

#1 Giveaway by The Aaisy



#1 Giveaway by The Aaisy | Assalamualaikum. Klik banner untuk join

Jom join Giveaway Jiakreatifelt!



Jom join Giveaway Jiakreatifelt! | Assalamualaikum. Klik banner untuk join

Elsa Ambil Cuti Berblog


Elsa Ambil Cuti Berblog
Elsa Ambil Cuti Berblog

Elsa Ambil Cuti Berblog | Assalamualaikum. Lama sudah tidak ketemu haha tak lama rasanya baru dua tiga hari kot. Elsa minta maaf sebab tidak konsisten menulis entri sejak kebelakangan ini ye. Hari ini baru berkesempatan untuk buka laptop dan bebel apa yang patut haha

Dua tiga hari lepas Elsa sangat sibuk dengan kerja, gigih cari punca pendapatan yelah nak raya tak lama lagi kan haha eh ada kena mengena ke? Mestilah! Jadi tak sempat siapkan kerja di pejabat bawa pula kerja pejabat balik ke rumah Ya Allah memang sangat stress! Sampai Amerzing tegur Elsa dekat e-mel bertanya kenapa dah lama tak nampak dekat blog? Alolo tak sangka ada yang tunggu entri Elsa hahaha

Selain itu juga Elsa sibuk buat persiapan nak bercuti dengan kawan-kawan ke Pulau Pinang! Haha Elsa disuruh jadi Trip Planner jadi Elsa kena uruskan hotel, kenderaan, makan minum, tempat nak dilawat. Dalam sibuk-sibuk kami, Alhamdulillah sempat juga kami nak bercuti bersama

Jadi Elsa nak bagitahu yang Elsa akan cuti berblog sampai hari Ahad mungkin hehe. Tak lama pun bagi awak semua tapi bagi Elsa lama oh dah lah Elsa tinggalkan Blog dua tiga hari lepas kemudian nak tinggalkan lagi Blog dua tiga hari depan. Ish ish teruk Elsa nie haha

Ada masa yang terluang ini, Elsa cadang nak join giveaway/segmen sahaja. Dah lama rasanya Elsa tak support rakan blogger. Memandangkan Elsa nak buat entri berguna tak kesampaian sebab idea tak ada haha

Okaylah, doakan perjalanan Elsa dan kawan-kawan ke Pulau Pinang. Boleh ikuti perjalanan Elsa dekat Instagram Elsa haha poyo je ingat retis ke?

Sunday, 16 April 2017

Senarai Pemenang Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco


Senarai Pemenang Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco | Assalamualaikum. Alhamdulillah tamat sudah Giveaway yang Elsa anjurkan pada 25 Mac lalu dan hari ini bertarikh 16 April Elsa dengan sukacitanya nak maklumkan Senarai Pemenang Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

Untuk info anda semua, hadiah yang bakal dimenangi oleh 5 Pemenang bertuah adalah seperti yang tertera di IgShop @luv.sweetchoco. Okay nak mudah, sila tengok di sidebar hehe. Amboi sukalah mereka nanti boleh rasa manis-manis tu hikhik. Okaylah Elsa tak sabar dah nie. Elsa tak guna random.org tau Elsa cabut guna kertas gulung-gulung hikhik

Senarai Pemenang Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco
Senarai Pemenang Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

5 PEMENANG Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

1. http://www.mariafirdz.com/2017/04/giveaway-by-igshop-luvsweetchoco.html
2. http://lovelysunshine93.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-igshop-luvsweetchoco.html
3. https://aku-seorang-perantau.blogspot.my/2017/04/giveaway-by-igshop-luvsweetchoco.html
4. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-igshop-luvsweetchoco.html
5. https://loveneddy.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-igshop-luvsweetchoco.html

PENGUMUMAN! Dengan ini Elsa dan @luv.sweetchoco bermurah hati nak hadiahkan juga kepada Belated Birthday Boy iaitu CIKGU SYED! Yay Happy Birthday Syed! Haritu dah wish dah harinie takyah wish dah kan hahaha

Tahniah kepada semua pemenang dan Syed! Sekarang ini tugas anda adalah untuk berikan details untuk pengeposan hadiah kepada shaaireen62@gmail.com SEBELUM 20 APRIL 2017 jika tidak, Elsa cabut nama lain tau. Nak senang, biar Elsa yang e-mel awak semua dulu haa harap awak semua tak terlepas pandang e-mel dari Elsa kalau tidak rugi saja tau! Okay cepat-cepat e-mel Elsa dengan tajuk "Saya Pemenang Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco"

Nama:
URL penyertaan:
Alamat:
Nombor telefon:

TAMBAHAN PEMENANG

Berikut merupakan 10 Pemenang yang terpilih untuk masuk ke dalam Bloglist Mei 2017. Blog pemenang-pemenang akan Elsa update pada 1 Mei nanti ye

1. http://queensyanis.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-igshop-luvsweetchoco.html
2. http://namaakufazahirah.blogspot.my/2017/04/giveaway-by-igshop-luvsweetchoco.html
3. http://www.ceriteraibu.com/2017/03/giveaway-by-igshop-luvsweetchoco.html
4. http://jombercontest.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-igshop-luvsweetchoco.html
5. http://theieraziera.blogspot.my/2017/04/giveaway-by-igshop-luvsweetchoco.html
6. http://www.leaazleeya.com/2017/03/giveaway-by-igshop-luvsweetchoco.html
7. http://amirahamer.blogspot.my/2017/04/giveaway-by-igshop-luvsweetchoco.html
8. https://nourayuadieb.blogspot.my/2017/04/giveaway-by-igshop-luvsweetchoco.html
9. http://caramelmacchiyato.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-igshop-luvsweetchoco.html
10. http://mineko-ira.blogspot.my/2017/04/giveaway-by-igshop-luvsweetchoco.html

Tahniah kepada semua pemenang! Yang tidak terpilih tak apa mungkin rezeki anda dekat GA/Segmen Elsa yang akan datang ke kan In Shaa Allah. Terima kasih kepada semua yang sudi sertai GA Elsa ini dan terima kasih kerana masih setia berkunjung ke Blog Elsa. Semoga ukhwah antara kita semakin rapat. Terima kasih!

Saturday, 15 April 2017

Food Review : Tree Steak House, Sungai Buloh


Food Review : Tree Steak House, Sungai Buloh | Assalamualaikum. Ya masa untuk makanan! Hahaha. Okay hari ini Elsa nak ajak anda semua makan dekat satu restoran di mana ia merupakan tempat makan Western Food Terbaik Pilihan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan

Food Review : Tree Steak House, Sungai Buloh
Food Review : Tree Steak House, Sungai Buloh
Sumber: Google

Tree Steak House beroperasi sejak tahun 2003 lagi tau. Restoran ini terletak di Paya Jaras, Sungai Buloh. Siapa orang-orang Kuala Selangor, orang-orang Sungai Buloh? Mustahil mereka tak pernah datang ke sini tau. Jadi ayuh kita lihat terlebih dahulu antara menu makanan yang disediakan oleh Tree Steak House

Food Review : Tree Steak House, Sungai Buloh
Food Review : Tree Steak House, Sungai Buloh
Sumber: Google

Food Review : Tree Steak House, Sungai Buloh
Food Review : Tree Steak House, Sungai Buloh
Sumber: Google

Wah tengok gambar saja dah terliur kan. Bagi sajalah dekat Elsa kalau bab makanan tak pernah tak terliur. Kalau mampu telan semua memang semua lesap terus dari depan mata hahaha. Jadi Elsa pergi dengan rakan-rakan Elsa dan entri kali ini memang penuh gambar makanan sajalah ha. Nak tengok makanan apa yang Elsa dan rakan-rakan pesan? Okay boleh

Food Review : Tree Steak House, Sungai Buloh
Spaghetti Carbonara

Food Review : Tree Steak House, Sungai Buloh
Beef Lasagna

Food Review : Tree Steak House, Sungai Buloh
Tak Ingat

Food Review : Tree Steak House, Sungai Buloh
Tak Ingat

Food Review : Tree Steak House, Sungai Buloh
Chicken Cordon Bleu

Alhamdulillah, kebanyakan makanan yang kami pesan sedap-sedap belaka. Cuma Lasagna itu Elsa tak berapa makan sangat sebab ada sayur hakhak. Jadi Elsa bagi 8/10 untuk makanan, 9/10 untuk servis pelanggan kerana makanan cepat saja sampai dalam masa 15 minit macamtu mungkin sebab waktu itu tak ramai orang hehe. Okay siapa yang tak pernah lagi makan dekat sini, boleh rujuk di bawah entri nanti ye. Okay lah Elsa nak tutup laptop dah hehe. Banyak lagi tempat makan yang Elsa nak review. Bulan ini Elsa dah merasa 2 restoran western berdekatan dengan rumah Elsa tau! Nak tahu? Ha tunggu entri akan datang hakhak

TERIMA KASIH TREE STEAK HOUSE
Adress: Lot 3028 Kg Paya Jeras Tengah Laluan Besar, Jalan Kuala Selangor, 40160 Shah Alam, Selangor, Malaysia
No. Tel: 0176296587
Open:
Saturday 4PM–12AM
Sunday 4PM–12AM
Monday 4PM–12AM
Tuesday 4PM–12AM
Wednesday 4PM–12AM
Thursday 4PM–12AM
Friday 4PM–12AM

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco


GIVEAWAY TAMAT! SENARAI PEMENANG DI SINI

Assalamualaikum

Alhamdulillah yay Giveaway By Elsaalicious datang lagi! Hahaha tujuan Giveaway ini dibuat adalah untuk mengajak anda semua untuk support bisnes kecil-kecilan adik Elsa. Jadi Elsa dah bincang-bincang dengan dia untuk buat satu Giveaway dan dia pun setuju. Ayuh ramai-ramai jom join jom!

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco
Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

Syarat Untuk Join:-

1. Follow Blog Elsaalicious
2. Follow instagram Shaidatul Aireen *akan dicheck
3. Follow instashop Luv.SweetChoco atau klik butang follow di sidebar *akan dicheck
4. Buat entry tajuknya "Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco"
5. Copy banner di atas dan backlink ke entri ini
6. WAJIB DAN SANGAT PERLU tambahkan juga di dalam entry anda username instagram anda dan e-mel anda yang aktif! Elsa akan followback menggunakan instagram Shaidatul Aireen dan e-mel untuk Elsa hubungi anda akan datang
7. Setelah selesai, publish dan tinggalkan link entri penyertaan anda di ruangan komen bawah ini ye
Giveaway berlangsung dari 25 Mac 2017 hingga 15 April 2017
5 pemenang bertuah akan memenangi hadiah daripada Luv.SweetChoco
Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 April 2017
Jemput join semua! Goodluck!

Friday, 14 April 2017

Satu Hari Lagi Sebelum Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco Tamat!


Satu Hari Lagi Sebelum Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco Tamat!
Satu Hari Lagi Sebelum Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco Tamat!

Satu Hari Lagi Sebelum Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco Tamat! | Assalamualaikum. GA Elsa kembali lagi. Kali ini Elsa sendiri yang taja GA Elsa hahaha. Hadiahnya sudah tentulah seperti yang tertera di dalam banner! 5 Pemenang bertuah akan memenangi manisan-manisan itu tau. Jadi siapa yang belum join lagi? Cepat join! Ada Satu Hari Lagi Sebelum Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco Tamat! Sila klik banner di atas untuk join

Thursday, 13 April 2017

Google AdSense PIN Selamat Sampai Di Rumah


Assalamualaikum

Entri sebelum ini berkenaan dengan permasalahan Akaun Google AdSense Elsa sudah pun Elsa selesaikan hari ini. Alhamdulillah Elsa telah terima surat dari Google AdSense berisi PIN di dalamnya

Google AdSense PIN Selamat Sampai Di Rumah
Google AdSense PIN Selamat Sampai Di Rumah

Google AdSense PIN Selamat Sampai Di Rumah
Google AdSense PIN Selamat Sampai Di Rumah

Maaf sebab Elsa blurkan detail yang penting. Untuk para blogger yang mempunyai Akaun AdSense yang masih belum menerima surat begini dan kenapa Elsa terima surat ini, boleh rujuk entri sebelum ini tau. Kemudian Elsa terus rujuk langkah-langkah yang tertera dan akhirnya alamat Elsa sudah disahkan

Google AdSense PIN Selamat Sampai Di Rumah
Google AdSense PIN Selamat Sampai Di Rumah

Dengan ini Elsa boleh berblogging dan kumpul duit dengan tenang hehe. In Shaa Allah bila sudah capai target untuk Elsa peroleh income daripada Google AdSense Elsa akan kongsikan In Shaa Allah. Bagi yang sedang memohon dan menunggu kelulusan daripada Google AdSense, Elsa doakan semoga cepat lulusnya In Shaa Allah. Oh ya, kalau Elsa dah cukup mahir untuk berkongsi tentang Google AdSense In Shaa Allah Elsa akan kongsikan juga. Bukan apa, sekarang pun Elsa masih terkial-kial dan masih belajar dari senior blogger hehe

Wednesday, 12 April 2017

3 Jenis Inti Karipap Biasa


Assalamualaikum

Selamat petang semua. Makan apa petang ini? Eh, takkan tak Hi-Tea dekat rumah kot hikhik. Petang-petang begini sedap saja kalau pekena Karipap kan. Kalau Elsa teringin Karipap, Elsa akan turun bawah rumah sekejap untuk beli bagi keluarga makan petang. Bukan apa, Elsa tak ada masa nak buat sendiri *padahal memang tak reti buat wahahahahaha

Elsa dibesarkan dengan 2 jenis inti karipap macam biasalah inti Sardin dan inti Kentang. Elsa paling suka inti Kentang jadi Elsa akan beli lebih Karipap inti Kentang. Inti Sardin Elsa tak makan sangat sebab ada campur sikit dengan bawang-bawang. Ada sesetengah rakan Blogger Elsa yang tahu Elsa memang tak makan sayur hahaha

Baiklah kembali kita kepada tajuk entri. Baru sudah Elsa nyatakan 2 jenis inti Karipap tapi kenapa tajuk entri kata 3 Jenis Inti Karipap Biasa? Okay jom tengok

3 Jenis Inti Karipap Biasa

1. Inti Kentang

3 Jenis Inti Karipap Biasa
3 Jenis Inti Karipap Biasa
Sumber Gambar: SINI

Elsa suka dengan Kentang. Elsa sampai berebut dengan adik kalau yang inti kentang dah tinggal 2 3 biji. Kalau kentang dia lembut, makan masa tengah panas-panas aduh nikmat sangat tau

2. Inti Sardin

3 Jenis Inti Karipap Biasa
3 Jenis Inti Karipap Biasa
Sumber Gambar: SINI

Elsa suka pedas juga. Tapi bukanlah Elsa tak makan lansung karipap Inti Sardin. Elsa akan suruh ibu gigit sikit untuk rasa ada sebarang sayur tak dalam Inti Sardin tu. Kalau ada, okay jangan makan! Hahaha

3. Inti Angin

3 Jenis Inti Karipap Biasa
3 Jenis Inti Karipap Biasa

Buat penggemar karipap, memperkenalkan inti yang baru! Inti Angin! Elsa tak pernah tak dapat Karipap Inti Angin. Lagi-lagi kalau dapat makcik jual yang macam malas nak menjual kot jadi ala kadar saja lah kuih-muih yang dijual sampai Karipap pun makan rasa angin je. Kita pun naik angin!

Siapa tak pernah rasa Karipap inti Angin ini, cari lah di gerai kuih-muih berhampiran. Bertuah sangat dapat inti angin tau haha. Kalau dahulu Elsa makan 2 jenis inti, makin lama Elsa dewasa makin banyak karipap inti Angin yang Elsa makan

Siapa pernah makan Karipap inti Angin angkat tangan!

Monday, 10 April 2017

5 Keistimewaan Berlesung Pipit


Assalamualaikum

Lesung Pipit adalah kecacatan pada otot zygomaticus di bahagian pipi, iaitu ia pendek dari normal. Jadi, apabila tersenyum akan berlaku ‘lekuk’ pada bahagian tersebut. Beruntung siapa yang mempunyai lesung pipit di pipi tau kerana ia merupakan kecacatan yang istimewa! Kenapa Elsa cakap istimewa? Okay tengoklah Wawa Zainal di bawah. Cantik bukan?

5 Keistimewaan Berlesung Pipit
5 Keistimewaan Berlesung Pipit
Sumber: Google

Jadi Elsa nak kongsikan 5 Keistimewaan Berlesung Pipit yang Elsa tahu dan Elsa kaji hahaha. Siapa yang ada lesung pipit bolehlah baca. Yang tak ada pun boleh lah baca jugak hikhik

5 Keistimewaan Berlesung Pipit

1. Tampak Muda
Orang yang ada Lesung Pipit ini jauh lebih muda dari umur mereka tau haa. Ini kerana Lesung Pipit sinonim dengan kanak-kanak dan bayi

2. Ramai Peminat
Eh betul ke? Hahaha bagi Elsa itu betul tau. Kalau anda nampak ramai yang suka berborak dengan seseorang itu, sudah tentu dia ada Lesung Pipit. Tiap kali borak je Lesung Pipit dia terbentuk. Kalau dia tengah tak senyum pun masih boleh nampak bayang-bayang Lesung Pipit di pipinya

3. Ramai Selebriti Menjadi Terkenal
Menurut laman web Time For Healthy Food, lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit. Mereka sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan ini. Bagi yang belum tahu, mesin untuk mencipta lesung pipit ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1936

4. Aura Keceriaan Tersebar Terus
Setiap kali orang yang memiliki Lesung Pipit ini tersenyum, mereka sekaligus telah menyebarkan aura keceriaan dan menyejukkan hati yang melihatnya. Kalau yang sangat setia dengan senyuman mereka itu haih boleh jatuh cinta tau

5. Hanya 20% Manusia Memilikinya
Seperti statistik yang dilaporkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% daripada manusia di dunia ini yang memiliki lesung pipit. Ia sebenarnya adalah satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui ramai

Jadi sila cemburu dengan Elsa sebab Elsa pun ada! Hahaha tapi Lesung Pipit Elsa ini main-main sikit. Yang paling ketara nampaknya adalah pipi belah kiri. Pipi belah kanan tu kadang-kadang dia keluar kadang-kadang tidak. Mungkin faktor otot muka Elsa berubah-ubah kot hahaha. Okay meyh tatap kejap gambar Elsa dengan Lesung Pipit hakhak!

5 Keistimewaan Berlesung Pipit
5 Keistimewaan Berlesung Pipit

Gambar ini keluar sebelah sahaja Lesung Pipitnya. Huhu sebelah lagi shy-shy cat pula

5 Keistimewaan Berlesung Pipit
5 Keistimewaan Berlesung Pipit

Ha ini keluar dua dua yay! Hakhak. Eh Kak Ana ada komen dekat situ

Jadi kepada siapa yang ejek kami cacat tu, jangan cemburu! Kami memang cacat tapi kami cantik hahaha. Siapa ada lesung pipit jugak angkat tangan!

SUMBER: SINI

Sunday, 9 April 2017

Casing Oppo N1 Mini Daripada Lazada.com.my


Assalamualaikum

Semalam Elsa stres. Stres kenapa? Sebab adik Elsa dah mula nak 'mengepau' Elsa sesuatu. Arghh tidak hahaha. Dia memang tak sah kalau tak pau Elsa tiap-tiap bulan. Sebab itu Elsa kena larikan diri daripada dia apabila dia dah buka dan cari sesuatu di kedai online

Jadi semalam dia mahukan Casing Phone untuk telefon dia. Katanya dah berzaman tak tukar Casing Phone. Hm nampak sangat lah tipunya tu. Elsa suruh dia cari di Lazada.com.my manalah tahu ada kan. Sebab dia pakai Oppo N1 Mini dan Casing untuk telefon itu memang jarang sangat nak ada jual online. Cari punya cari akhirnya jumpa

Casing Oppo N1 Mini Daripada Lazada.com.my
Casing Oppo N1 Mini Daripada Lazada.com.my

Tengoklah. Bukan main lawa. Harga dia potong pun bukan main banyak. Terus Elsa suruh dia pergi buat pembayaran sendiri, bukak Maybank2u apa semua dan tunggu lah sampai ke rumah. Mudah dan sangat pantas! Seminggu kemudian Elsa nampak dah bayang-bayang Casing ini dah dipakai ke Oppo dia

Casing Oppo N1 Mini Daripada Lazada.com.my
Casing Oppo N1 Mini Daripada Lazada.com.my

Elsa belek-belek lah Casing tu material hardcase, Elsa tak berapa minat dengan hardcase sebab kalau Elsa pakai hardcase, apabila telefon jatuh secara tak sengaja, sudah tentu Casing itu berderai sekali dengan telefon. Jadi Elsa lebih suka pakai Casing material rubber atau soft. Adik Elsa seronok juga tau membeli-belah dengan Lazada.com.my. Dia kata kalau cari di igshop jaranglah nak ada!

Siapa lagi masih belum beli sesuatu di Lazada.com.my? Baik pergi sekarang haha. Dekat sana ada pelbagai barangan dengan potongan harga yang di luar jangkaan! Risau dengan pembelian online? Jangan risau. Ada sahaja barangan yang boleh Cash On Delivery. Terjamin tau beli-belah di Lazada! Yay

Sunshine Blogger Award - Tagged by Sayidah Napisah


Assalamualaikum

Selamat pagi Ahad. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk tulis entri Sunshine Blogger Award - Tagged by Sayidah Napisah. Ya! Elsa telah tercalon lagi buat kali ketiga oleh rakan Blogger Elsa yang Elsa idolakan hakhak terima kasih banyak-banyak KC. Entri sebelum ini iaitu Sunshine Blogger Award - Tagged by Noor Azlan & Ana Suhana sekaligus Elsa jawab dalam satu entri. Berhati-hati Elsa jawab soalan legend-legend ini haha. Jadi tak perlu Elsa nak bercerita panjang lagi. Ayuh kita teruskan dengan jawapan-jawapannya tau!

Sunshine Blogger Award - Tagged by Sayidah Napisah
Sunshine Blogger Award - Tagged by Sayidah Napisah
Sumber: Google

+ Thank the person(s) who nominated you in a blog post and link back to their blog
+ Answer the 11 questions sent by the person who nominated you
+ Nominate 11 new blogs to receive the award and write them 11 new questions
+ List the rules and display the Sunshine Blogger Award logo on your post and/or on your blog

Berikut merupakan soalan-soalan yang disediakan oleh KC

1. Lagu apa yang paling anda suka & layan sekarang ni? (boleh lebih dari satu)
Menahan Rindu - Wany Hasrita. Beliau mempunyai suara yang sangat tinggi. Jadi suara tinggi-tinggi tulah yang Elsa suka ikut

Shape Of You - Ed Sheeran. Elsa dari zaman lagu Thinking Out Loud lagi Elsa dah minat dengan suara dia sebab suara dia macam sweet-sweet macamtu kadang-kadang seksi pun ada hahahaha

2. Teringin nak travel kat mana? Kenapa di sana?
Elsa seorang yang jarang travel. Kalau boleh tak payah travel pun tak apa haha. Tapi kalau Elsa mahu, Elsa pilih Sabah. Sudahlah Elsa tak pernah naik flight. Jadi untuk permulaan naik flight, Elsa akan ke Sabah yay!

3. Lebih rapat dengan mak atau ayah?
Dengan Abah. Abah lah yang paling senang nak luluskan Elsa kalau nak keluar berjalan hakhak

4. Time sekolah dulu, subjek/ mata pelajaran apa yang paling anda suka? Sebab?
Elsa suka matapelajaran Akaun sebab Elsa minat dengan kira-kira dan masa sekolah dulu Elsa sekolah vokasional dan mengambil kelas Pengurusan Perniagaan. Tapi kenapa Elsa tak suka Matematik pulak sedangkan dia pun kira-kira jugak? Ayok

5. Pernah tak rasa putus asa dalam hidup? Bilakah?
Setakat ini masih belum lagi hahaha apa nie Elsa memang tak ada masalah ke dalam hidup? Huhu mestilah ada. Tapi selalunya masalah yang Elsa hadapi adalah masalah melibatkan kawan-kawan dan Elsa ambil tindakan untuk berdiam diri. Kenapa? Sebab sudah muak dengan perangai orang yang tak jujur dan tikam belakang. Jadi Elsa tak jadikan semua itu sebagai penghalang untuk Elsa teruskan hidup

6. Apakah kata-kata perangsang/motivasi yang selalu anda kata pada diri sendiri when things get tough in your life?
Elsa cuma akan kata pada diri Elsa adalah JANGAN MENANGIS. Elsa memang kuat menangis. Jika Elsa lemah untuk hadap sesuatu yang Elsa dah tak mampu nak hadap, Elsa akan ucapkan itu. Kemudian Elsa tertidur dan esok bangun dengan cerita yang baru

7. Posisi favourite bila nak tidur?
Hehe cubalah bayangkan. Ada bantal kepala dan bantal peluk, setelah baring akan menghadap ke kanan dahulu, telefon di tangan, bantal peluk tadi bukan peluk tapi letak dekat kaki hahahaha

8. Tajuk buku/novel yang paling latest/last anda baca?
None! Hahahaha Elsa tidak minat membaca novel huhu

9. 5 perkara yang anda TERINGIN SANGAT SANGAT nak buat sebelum umur mencecah 50 tahun [bucketlist/wishlist]
 1. iPhone 7 Red Edition
 2. Honda Civic
 3. Umrah dengan keluarga
 4. Kahwin hahaha
 5. Simpanan untuk masa depan diri dan keluarga akan datang
4 dan 5 tu gagap-gagap Elsa nak nyatakan sebab Elsa terlampau muda lagi hahahaha muda ke?

10. Nyatakan hobi pelik yang anda buat tapi orang lain tak buat atau jarang-jarang buat
Salah satu hobi Elsa adalah surprisekan orang. Jadi setiap kali orang yang Elsa kenal dan rapat hendak meraikan seperkara, jadi Elsa yang akan beriya. Ya, orang lain tidak akan buat, tidak akan buat untuk Elsa surprise-surprise tu huwaaa hm dihnya

11. What do you think of my blog? sincerely eh jawab hehehe
Elsa suka duduk lama-lama dekat blog KC sebab KC sentiasa menulis entri yang penuh dengan isi dan pengetahuan orang ramai. Walaupun entri tentang peribadi diri KC tapi entri tu tak jemu untuk Elsa baca. Putih suci saja Blog KC. Ringan pun ringan! Kalau tak idola takkan lah Blog KC ada dalam Girlfriend List Elsa hikhik

Okay Elsa tak laksanakan syarat terakhir tau, Maaf hehe. Terima kasih yang sudi membaca

Friday, 7 April 2017

Punca Bloglist Selalu Hilang


Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ini ramai yang Elsa tengok kecewa dengan Bloglist pada Blog mereka asyik hilang hilang hilang. Dah macam biskut pulak dah haha. Perkara ini juga terjadi kepada Elsa dari semalam lagi. Elsa tak pernah tak cuak sedangkan tak makan sehari pun Elsa dah cuak apatah lagi Bloglist hilang

Elsa tak adalah mengkaji kenapa asyik hilang saja sebab Elsa dah anggap mungkin masalah dengan Blogspot sekarang kot. Jadi semalam Elsa saja 'bege-bege' (mengusik) coding pada bahagian HTML ada yang Elsa buang ada yang Elsa tambah. Nah dari situ Elsa tahu kenapa asyik hilang. Ini kemungkinan daripada Elsa tau. Kalau salah betulkan hehe

Punca Bloglist Selalu Hilang
Punca Bloglist Selalu Hilang

Sebelum Elsa usik coding semua, Bloglist masih ada. Ketiga-tiga Bloglist Elsa masih tertera nama blog yang bertuah itu. Selepas Elsa tambah tolak code dan Elsa save template, Elsa view semula Blog Elsa dan pada bahagian Bloglist dah hilang. Hm dengan rasa kecewanya Elsa tambah semula nama blog di Bloglist. Nasib baik Elsa masih simpan entri Senarai Pemenang Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors dan My Boyfriends & Girlfriends Bloglist kerana di dalam entri-entri ini Elsa telah senaraikan untuk Bloglist-Bloglist Elsa. Jadi Elsa tambahkan semula satu persatu

Kemudian pada hari ini pula, Elsa miang-miang keladi lagi pergi usik coding lagi pada bahagian HTML. Elsa save template dan view semula alamak hilang lagi Bloglist! Aduh ingat tak penat ke nak masukkan satu-satu balik huwaaa. Nak tak nak takkan nak biarkan kosong je. Masukkanlah balik satu persatu dan alhamdulillah masih ada sampai sekarang haha itu pun sebab Elsa tak usik code lagi hahaha

Barulah Elsa tahu punca bloglist selalu hilang. Elsa tak pastilah ada masalah-masalah lain pula yang Elsa tak hadapi seperti blogger lain. Jadi jangan panik kalau Bloglist tiba-tiba hilang. Jika masih boleh ditambah semula, sila tambah dengan tabah hehe

Jangan kacau Elsa. Elsa kemurungan sebab gaji tak masuk lagi hukhukhukhuk

Thursday, 6 April 2017

"Boleh Sedekahkan Pakcik RM10?"


Assalamualaikum

Amboi lamanya Elsa tinggalkan blog. 2 3 hari ini Elsa sangat sibuk dengan kerja sampaikan kerja pejabat bawa balik ke rumah. Jadi hari ini dah selesai kerjanya dan Elsa boleh berkongsi cerita macam biasa

"Boleh Sedekahkan Pakcik RM10?"
"Boleh Sedekahkan Pakcik RM10?"
Sumber: Google

Pada hari Jumaat lepas, Elsa ke Parkson Rawang, Elsa cari parking bawah Parkson dah penuh pula jadi Elsa parking di luar tepi jalan saja. Kemudian Elsa keluar dari kereta, datang seorang Pakcik dari seberang jalan tercungap-cungap mendekati Elsa. Elsa dah mula takut bukan sebab Pakcik itu mengerikan atau bengis, tetapi dia dalam keadaan sangat sedih tapi Elsa peduli apa Elsa tetap takut jugak. Dia datang pada Elsa dan kami mulakan bicara

Pakcik: Assalamualaikum adik. Boleh sedekahkan Pakcik RM10?

Elsa: Waalaikumsalam, Pakcik ini siapa ye? Kenapa sedih nie?

Pakcik: Pakcik nak ke Hospital Selayang sebab nak bawa isteri Pakcik sudah sakit teruk. Minyak kereta Pakcik dah nak habis kereta dah semput-semput tanda kekurangan minyak. Pakcik tak ada duit, nak. Pakcik perlukan duit untuk lepaskan kereta pakcik sampai ke Selayang sahaja. Pakcik tak tahu nak minta tolong siapa lagi

Elsa: Maaf Pakcik tapi kenapa Pakcik tak telefon ambulans saja?

Pakcik: Pakcik nak pergi sendiri Pakcik taknak susahkan sesiapa. Pakcik nak Pakcik sendiri yang bawa isteri Pakcik ke sana

Elsa dah syak yang bukan-bukan tapi tak tahap negatif lagi. Jadi nakkan kepastian Elsa nak lihat keadaan isteri Pakcik di dalam kereta seberang sana. Tapi Elsa tak berani sebab Elsa takut ini satu helah Pakcik tu untuk laku yang tidak-tidak. Elsa jenguk dari jauh sahaja dan memang betul ada orang di dalam kereta Pakcik dan kerusi penumpang dibaringkan. Jadi Elsa taknak lama-lama di situ, Elsa buka dompet dan berikan RM10 kepada Pakcik

Elsa: Pakcik saya bagi RM10 nie Pakcik pergi isi minyak dekat Petronas depan tu ye

Pakcik: Terima kasih, nak. Pakcik pergi dulu ye

Elsa: Ye Pakcik

Kemudian Elsa terus berlari masuk ke dalam Parkson. Sambil itu juga Elsa intai kereta Pakcik tadi ke mana arah dia pergi sampailah hilang dari pandangan mata. Sesudah itu timbul dua perasaan antara takut dan syukur. Elsa takut kerana mungkin Pakcik itu hanya berbohong atau itu salah satu cara untuk jenayah. Dalam masa yang sama Elsa juga bersyukur kerana jika betul Pakcik itu perlukan pertolongan, Elsa dah cuba untuk bantu Pakcik itu. Tapi Elsa berharap supaya isteri Pakcik itu dapat diselamatkan. Elsa ambil positif. Semoga dipermudahkan urusan Pakcik dan isterinya

Tuesday, 4 April 2017

Top Commentators Bulan Mac Blog: Elsaalicious


Assalamualaikum

Alamak dah terlambat 4 hari Elsa nak publish entri ini! Hakhak jadi ini entri yang sangat sangat sangat ringkas Elsa. Bulan Mac telah berlalu jadi sukanya Elsa nak umumkan Top Commentators Bulan Mac Blog: Elsaalicious. Tahniah kepada 5 Pengomen Teratas!

Top Commentators Bulan Mac Blog: Elsaalicious
Top Commentators Bulan Mac Blog: Elsaalicious

Terima kasih kepada Nour Adieb, Seorang Syed, Shahida Dzulkafli, Siti Awadah dan Noor Maizan. Terima kasih kerana rajin singgah ke Blog Elsa! Kepada pembaca yang lain. jangan lupa lawat Blog-blog mereka tau. Jangan lupa follow sekali! Mereka sangat sporting! Yay

Elsaalicious.