Elsaalicious: June 2016


Lazada Malaysia

Monday, 27 June 2016

ELSA NAK MENGHILANGKAN DIRI

Assalamualaikum



Hehe janganlah terkejut semua. Elsa bukan pergi mana mana. Tapi just nak inform dekat semua pembaca blog Elsa, Elsa mohon ampun sebab dah lama sangat tak update blog, sampaikan awak semua datang blog Elsa macamtu je jugak takde apa apa perubahan dekat blog Elsa kan. Nie Elsa nak bagitahu, Elsa akan mula blogging balik lepas raya ye. Antara sebab sebabnya adalah :-

Elsa busy dengan kerja *maklum carik duit raya untuk sepupu sepapat hakhak. Mencabar kan muda muda dah kena bagi duit raya pulak dekat yang kecil kecil

Elsa kekangan masa nak bukak laptop dan duduk berejam hanya untuk blog, memang tak sempat sangat

So itulah sebabnya hehe, Tak banyak pun kan.

So Elsa nak mohon ampun dan maaf pada sesiapa yang Elsa telah libatkan diri (sponsor ga/segmen, blog review dan sebagainya) Elsa nak mohon ampun, Elsa akan laksanakan semuanya selepas raya In Shaa Allah. Apa apa boleh contact Elsa ada emel di sidebar, kalau Elsa ada terlupa sesuatu, mintak inform and ingatkan Elsa

In Shaa Allah untuk pemenang review blog by Elsaalicious akan Elsa review selepas raya ye. Promise!

Yang tinggalkan jejak dekat shoutbox, yang dah follow Elsa, In Shaa Allah Elsa akan balas balik lepas raya. Promise jugak hehe

So akhir kata dari Elsa, selamat berpuasa, dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri! Jangan main mercun tau hehe

Sunday, 12 June 2016

Ayuh Sihat Dengan Detox

Assalamualaikum

Entry nie Elsa repost dari Mohd Noor Shawal sebab Elsa nak sihat dan kurus sejak berkurun lamanya lagi hakhak. Biasalah gadis gadis kalau kata plan nak kurus, yes itu hanya plan, start nya belum tentu lagi kan. So Elsa nak share dekat semua 8 Resipi Mudah untuk Detox


OREN + LEMON + HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas) dan halia bagus untuk sistem imun


TIMUN + RASPBERI + ANGGUR
Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri ciri anti-radang dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun

RHUBARB + EPAL + KULIT KAYU MANIS
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah, epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan

STRAWBERI + LIMAU
Strawberi penuh dengan anti-oksiden dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti-penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku

NENAS + DAUN PUDINA
Nenas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan

TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIMAU
Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut

STRAWBERI + KIWI
Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula darah

TIMUN + LIMAU + LEMON
Sesuai bagi mengawal nafsu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus

Wednesday, 8 June 2016

Promote Giveaway: RAMADHAN KAREEM GIVEAWAY 2016

Assalamualaikum


SEBAB ELSA SALAH SEORANG SPONSOR GIVEAWAY RAKAN BLOGGER ELSA NIE SO ELSA NAK AJAK SEMUA JOIN! SIAPA NAK DUDUK DALAM SENARAI BLOGLIST HARI RAYA BY ELSAALICIOUS ANGKAT TANGAN? OKAY SINI MEYH JOIN. BOLEH KLIK BANNER

Friday, 3 June 2016

PLACE REVIEW: Sungai Kedondong, Batang Kali

Assalamualaikum

Nampak tak for the first time in forever Elsa dah pandai nak buat review hahaha. Sebenarnya takde apa nak share selain dari share satu tempat yang Elsa pergi, for the first time in forever jugak. Sedih tau tempat best best lah Elsa baru nak pergi hukhuk. For the first time in foreverrrr okay dah dah stop nyanyi


The recreation park of the Kedondong river (Sungai Kedondong) is located alongside the road from Batang Kali to Gohtong Jaya in the Genting Highlands. It is quite basic, with some stalls, a popular place during the weekends for family picnics. The river water is clean and there are beautiful cascades

So masa Elsa mai sini, air dia memanglah sangat sejuk. Ye sejuk ya amat even waktu tu waktu petang kan. Nak cakap pasal terjun ke air tu memanglah nak. Tapi Elsa tak gemar sangat kalau air sungai untuk buat mandi dan berenang dan kuak lentang apa semua. Sebabnya faham faham lah hehe. Lagi pulak tempat nie dulu memang ada isu kencing tikus kan. So Elsa tak merenyam kalau dengan air sungai haha takat celup celup kaki tu ya boleh lah

Kawasan situ boleh tahan bersih, kalau kurang pun sebab selepas ramai yang berkunjung dan yang datang pulak jenis masyarakat yang kurang jaga kebersihan sungai kan. Tapi Alhamdulillah masa Elsa pergi haritu bersih, takde banyak sampah sarap. Tempat parking luas, tandas 7/10 bersih but tak berbau. Gerai gerai kecil ada dekat tepi kalau nak kudap kudap lepas mandi kan. Nak buat photoshoot kat situ pun boleh hehe


Elsa tak tahu nak describe lagi sebab sungai nie memang sama macam sungai sungai yang lain keadaannya. Siapa yang duduk area batang kali tu mestilah seminggu sekali mai ye dak. Tapi kalau Elsa yang 25KM jauh nie guane?

Okaylah kalau siapa yang dah merasa ke sini Elsa ucap tahniah lah hehe. Yang belum pergi, kalau nak pergi, yang tak tahu jalan tu boleh bukak waze / maps dan search Sungai Kedondong haa terus jumpa. Yang dah pergi tu ehem, pengalaman korang kat sana mesti best kan? Taknak share ke hikhik

Thursday, 2 June 2016

Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa

Assalamualaikum

Maaf Elsa dah makin jarang bukak laptop untuk update blog. Maklum busy kerja. Dalam busy busy tu jugak Elsa gatal tangan nak coret sesuatu

Elsa dah 20 tahun dan makin lama makin sedar diri yang sebenarnya umur sebegini dah makin berat tanggungjawab lagi lagi sebagai anak sulung. Perkara yang buat Elsa sedar bila Elsa tenung ibu dan abah, Elsa sebak dan terus berfikir, Elsa kena buat mereka lebih bahagia daripada sebelum nie. Jadi Elsa nak kongsi tanggungjawab sebagai anak kepada ibu dan abah. Harap bermanfaat buat semua dan Elsa wajib manfaatkan juga hehe

Memberikan Bantuan Kewangan

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak


Menyediakan Tempat Tinggal

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik


Memberi Kasih Sayang

Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya

Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat


Memberi Perhatian

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa

Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak


Memenuhi permintaan

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya


Melakukan apa yang disukai

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat


Menghadiahkan kejayaan
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu

Meluangkan masa bersama-sama
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya

Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia

Elsaalicious.