Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Jika Ingin Blog Anda Dikenali Ramai

March 14, 2017


Assalamualaikum

Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Jika Ingin Blog Anda Dikenali Ramai
Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Jika Ingin Blog Anda Dikenali Ramai

Hari ini Elsa terpanggil untuk olahkan sesuatu menurut pengalaman Elsa sendiri. Elsa seorang yang suka berkunjung ke blog-blog lain mahupun blog yang pertama kali Elsa kunjung. Itu semua kerana Elsa mahu blogger lain tahu tentang kewujudan blog Elsa. Biarpun suam-suam nail, namun bak kata orang "sikit-sikit, lama-lama jadilah bukitnya" huhu

Tapi boleh ke blog kita dikenali ramai jika kita sering melakukan perkara yang membuatkan blogger-blogger tak ingin nak kunjung blog kita? Jangan kata tinggalkan komen, baca entry pun tak mahu. Sebab apa? Sebab sikap kita sendiri juga yang sombong melainkan anda memang dah terkenal itu tidak mengapa itu lain kes hehe

Jadi di sini Elsa nak kongsi 5 Perkara Yang Tidak Patut Kita Lakukan Jika Ingin Blog Kita Dikenali Ramai. Sila betulkan Elsa jika Elsa salah kerana Elsa menulis berdasarkan pengalaman Elsa atau senang ceritanya entry nie untuk silent reader tegar blog Elsa lah hehe. Maafkan Elsa ye tapi Elsa luahkan pendapat Elsa sahaja. Elsa sedar Elsa masih baru dalam menulis blog dan tak terlampau perfect tapi ini sekadar pendapat Elsa sahaja

Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Jika Ingin Blog Anda Dikenali Ramai

1. Malas Blogwalking
Tak rugi pun blogwalking balik ke blog pengunjung blog anda. Susah payah dia menunggu blog anda loading, menjulingkan mata baca entry anda yang panjang berjela, macam-macam widget yang anda bubuh di blog sampai tak jumpa chatbox untuk tinggalkan jejak. Jika masa tidak mengizinkan untuk blogwalking, tidak mengapa anda boleh lakukan kemudian. Asalkan jangan diam membisu tau

2. Bersyukur Dengan Kehadiran Pengunjung
Disebabkan pengunjung anda yang sangat unik itu jugalah pageviews anda melonjak naik, earning dari nuffnang dan adsense bertambah tau. Walaupun ada sesetengah memesan dan ada yang tak memesan mereka untuk klik segala iklan yang ada, mereka dengan rela hati mengklik semata-mata untuk membantu anda dapatkan target yang diperlukan oleh nuffnang dan adsense. Jadi bagi membalas jasa mereka, balas klik lah. Mudah

3. Tidak Meninggalkan komen Di Entry Blog Lain
Tak salah sangat pun jika anda meninggalkan sedikit komen di entry blog lain kerana mereka tidak akan merasa syok sendiri bercerita panjang-panjang. Kurangkanlah jadi silent reader di mana anda dah membaca entry blog tersebut dan kemudian cepat saja tangan anda menekan butang X. Huhu amalan yang sangat tidak baik

4. Tidak Membalas Follow Pengunjung
Ada kalanya kita perasan ada yang follow kita, dan tak perasan juga kerana bagi followers yang tak letak icon pada akaun googlenya automatik followers tanpa icon tersebut akan terpapar di page yang terakhir sekali. Jadi bilangan followers memang bertambah, tapi followers yang terpapar di page pertama sama sahaja. Jadi kita yang kerdil ini tinggalkan jejak di chatbox dengan harapan untuk difollow balik tapi huhu itu sekadar harapan. Janganlah begitu ye. Mereka semua begitu untuk menjadi blogger berjaya seperti anda juga tau

5. Buat Hal Sendiri
Anda tak kisah ada orang ada kunjung blog anda. Anda tak kisah ada orang tinggalkan jejak. Anda tak kisah ada orang follow anda. Anda tak kisah juga nak update entry pada waktu bila. Semuanya tak kisah. Buat hal sendiri dan dalam fikiran berkata "gasak lah korang" amboi

Kesimpulannya, kita harus ada sikap bantu-membantu dan saling menyokong antara satu sama lain melainkan jika anda memang seorang yang menulis blog hanya untuk suka-suka, untuk memantapkan skill jari dengan papan kekunci, maka abaikan saja entry Elsa ini. Elsa mohon maaf jika terlampau kasar penyampaian Elsa ini. Jika ada kesalahan sila tegur Elsa di komen ye. In Shaa Allah Elsa akan betulkan

Terima kasih kepada yang sangat setia ke blog Elsaalicious, baca cerita Elsa yang kejap sejuk kejap panas. Elsa hargai awak semua. Teruskan menyokong Elsa :*

You Might Also Like

31 Comments

  1. Saya pembaca setia blog elsalicious! hehehe betul apa yang elsa kata ni. kita sebagai blogger ni kenalah support each other dan jangan malas nak blogwalking untuk lebih maju. especially untuk blogger baru macam syed huhu.

    ReplyDelete
  2. thanks elsa dengan tips berguna ni hihi betul tu, kena saling bantu membantu, jangan nak menerima je, tak nak memberi. hewhew faham x ke tak faham heheheh

    ReplyDelete
  3. Thank youuuu... Peringatan untuk diri sendiri nih. Hehe 😘

    ReplyDelete
  4. hohohohoho..yang selalu aku tak buat bila bw ke blog kawan lain ialah dgn tidak follow dorang..just tinggalkan komen jak di blog dorang.

    ReplyDelete
  5. Tips yang sangat menarik. Perlu dibaca semua blogger rasanya.

    http://www.aerillhassan.com

    ReplyDelete
  6. Betul tu. Kak ana akan make sure kak ana follow back setiap blogger yg follow dan tglkn komen di blog. Siapalah kita tanpa mereka. Cewah =)

    ReplyDelete
  7. Siqah mencuri masa untuk blogwalking. Tapi akan tetap blogwalking juga walaupun lambat. Hihi. Siqah suka kalau ada blogger komen kat entri blog. Rasa seronok bila ada orang respon pada entri kita. Dan I do the same. Bagi respon kat blog rakan blogger. Jom support each other <3

    ReplyDelete
  8. Setuju sangat ni.. blogwalking tu salah satu cara nak support kawan2 untuk bersemangat berblog. Kadang2 rasa macam sedih pula bila buat artikel tapi takde pengunjungkan. haha

    Hmm header baru ke?

    ReplyDelete
  9. aduh terasanya......aduh...rasa tersayat ni...ahahaha
    tak de lah sejak dah masuk view 200000 dah malas nk blogwalking and jadi silent reader je ahahaha sorry :"(

    ReplyDelete
  10. aah, saya pun setuju, as a blogger kena rajinlah tolong menolong, so bila post somethings nnt rasa di hargai "ada juga yang sudi singgah baca" hihi

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing ... ya betul tu elsa , perlu rajin blogwalking atau bagi komen kan, so meriahlah dunia blogging ni ...cheers.

    ReplyDelete
  12. Fae jujurnya agak selektif bila blogwalking. Out of 700 plus blog yg fae follow cuma dlm 30% ja yg masih aktif. Just an estimation. Dan dlm 30% blog2 yg aktif tu fae cuma rajin blogwalking dlm 15%-20% je kot.. This is because Fae agak selektif sikit nak baca entri mana Fae suka. Fae tak berapa rajin nak baca blog yg 90% cerita peribadi..melainkan cara dia buat entri tu memang menarik.

    ReplyDelete
  13. Akak curi-curi masa untuk cuba berblogwalking dan follow back mana yang follow akak.. =) Tips yang bagus Elsa..

    ReplyDelete
  14. bagus tips ni elsa... kak mia pun sampai sekarang memang akan blogwalking mana yang sempat. cuma stres bila tiba bab nak follow. kak mia still ada error lagi... uwaaaaa..

    - Mia Liana

    ReplyDelete
  15. AaHa! setuju dengan Elsa..
    Tips utama JANGAN SOMBONG.. Walau di alam maya, kita dapat tahu blogger tak mesra..

    Great tips Elsa, I support you! 😍

    ReplyDelete
  16. tips di atas memang bagus, memang perlu ada untuk menjadi blogger yang dikenali komuniti blogger

    ReplyDelete
  17. thanks for the tips!! akan follow tips ni.. maklum lah kita newbie..hheheh.. akan cuba blogwalking sebnyak mungkin.. thanks elsa!!

    ReplyDelete
  18. Terima kasih Elsa atas peringatan dan tips ini

    ReplyDelete
  19. reminder untuk akak ni. lately jarang sangat dpat blogwalking,tinggal komen. hari ni baru smpat 2 blog je.huhu

    ReplyDelete
  20. Hi elsa.. Saya follower awak ke 335.. Kadang bukan malas nak blog walking. Tpi emmang tak sempat. hihihi.. Saya curi2 waktu lah melawat ke 1 atau 2 blog setiap hari. Nice sharing.. Keep it up!

    www.theamazingjasmi.com

    ReplyDelete
  21. Blogwalking tue memang salah satu benda dah wajib bagi CCL

    ReplyDelete
  22. Bagus tips yg elsa share ni
    Cik kumbang biasanya akan balas kunjungan blogger yg tinggalkan komen di blog :)
    Sbgai tanda penghargaan krn sudi tggalkn komen kat blog kita

    Kalau ada masa trluang cik kumbang akan blogwalking blog2 yg ada dlm bloglist cik kumbang :) hee

    ReplyDelete
  23. Terima kasih sharing.. Sangat2 berguna utk newbie macam saya..

    ReplyDelete
  24. Setuju dengan Elsa! Entry yang mantap tu sumbangkan sikit je pageview kalau nak dibandingkan dengan usaha kita untuk buat blog kita dikenali ramai.

    ReplyDelete
  25. tips yang sangat berguna untuk blogger tambah-tambah lagi yang baru berjinak dengan blog :)

    ReplyDelete
  26. huhuhuhu....dapat bw bila line dan masa betul2 ada...baru best nak komen banyak2...haaa

    bab follow tu kalau saya terlupa nak follow balik, boleh drop link dekat chat box...

    thanks elsa untuk tips ni!
    :)

    ReplyDelete