Bahaya demam panas. Ubati secepat mungkin

April 03, 2016

assalamualaikum


cuaca dekat luar sana sangatlah tak sihat. kita sendiri yang bekerja pun rasa takut nak keluar sebab memikirkan kesihatan diri yang kadang kadang tak berapa kuat

demam panas boleh terkena pada sesiapa saja. tak kira umur, tua atau muda, termasuk bayi. contohnya adik saya yang dah 5 hari demam panas. hanya bekalkan ubat panadol actifast dan soluble. berkeraslah si ibu dan abah nak bawak adik ke klinik tapi ikutkan malas adik, memang takkan jalan

Tanda Tanda Demam Panas
1. Suhu badan 37 celcius dan ke atas
2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru biruan
3. Badan tak berpeluh. kaki dan tangan sejuk. badan panas, kepala panas

Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Kurangkan Demam
1. monitor suhu badan dari semasa ke semasa
2. minum air suam sekerap mungkin
3. Tampal koyok atau basahkan tuala dengan air sejuk (seeloknya ais batu yang dicairkan) dan letak pada dahi tiap kali nak tidur
4. mandi sekerap mungkin bagi menurunkan suhu badan
5. elakkan selimut badan dengan selimut tebal serta memakai baju tebal. ini kerana haba tidak dapat keluar dari badan pesakit
6. jika tiada perubahan, segera berjumpa dengan doktor

NAK SHOPPING ONLINE? JOM!

You Might Also Like

3 Comments

  1. musim panas kena jaga kesihatan baik2, huhu

    ReplyDelete
  2. nice info, musim panas ni elakkan berada di luar kawasan. Duduk diam2 jek dalam rumah ye hehehe :)

    ReplyDelete