Assalamualaikum
Hari nie Elsa nak kongsi tentang bagaimana cara untuk kuruskan badan dalam masa 1 Bulan. Tips nie amat berguna jugak untuk Elsa yang berangan angan nak kurus cantik comel lotey haa so baca nie hakhak
Berminat untuk turunkan berat badan?

BANYAKKAN MINUM AIR MASAK
Percaya atau tak dengan hanya minum air masak sahaja badan kita mampu menurunkan berat badan dengan lebih pantas walaupun tanpa senaman. Apa yang disarankan adalah meminum air masak lebih dari 3 liter sehari agar proses pencernaan kita dapat berjalan dengan lancar
MAKAN PADA WAKTUNYA
Makan adalah penting pada dan ketika waktunya dan adalah yang paling penting untuk tidak skip makanan anda terutamanya sarapan kerana sarapan yang membantu menstabilkan kadar metabolisma anda. Sekiranya anda skip maka kadar metabolisma anda akan turun dan juga menyebabkan anda rasa lapar. Apabila tengahari anda akan makan lebih kalori badan anda tidak mampu membakar dengan baik akibat kadar metabolisma yang rendah. Disarankan juga untuk mengambil lebih banyak sayuran dan buah buahan supaya lebih mudah untuk badan menghadamnya
BERSENAM
Fakta terdahulu yang menyatakan bahawa seminggu 3 kali bersenam adalah tidak lagi relevant dek kerana faktor pemakanan dan lifestyle kini. Disarankan sebenarnya untuk bersenam setiap hari sekurang kurangnya 1 jam
REHAT YANG CUKUP
Tidur yang baik membantu proses pemulihan otot yang penat setelah bersenam. Ketika tidur juga sebenarnya kita juga membakar kalori. Stress pun kurang. Apa yang penting tidur yang cukup mampu membantu anda untuk menurunkan berat badan
SUPPLEMENT YANG BETUL
Pengambilan sebarang supplement haruslah mengikut kesesuaian badan sendiri. Jika tips tips sebelum ini dah diikuti maka tidak salah untuk mengambil supplement yang sesuai untuk anda umpamanya pembakar lemak ini mampu meningkatkan kadar metabolisma anda sekaligus membantu mempercepatkan proses untuk menurunkan berat badan
Assalamualaikum
Siapa lagi yang datang blog Elsa tapi belum dengar lagu yang Elsa mainkan dalam blog Elsa? hehe dengarlah rugi tak dengar
Siapa dah dengar mesti semua tahu ini lagu dari filem apa? Yassss ADA APA DENGAN CINTA 2. Siapa lagi belum tengok sementara ada dekat wayang lagi nie pergilah tengok hehe
Elsa nak review lagu nie sebab apa? Sebabnya lagu nie sangat mendayu dan mendalam maksudnya. Kalau dulu Melly Goeslow nyanyi dalam versi slow, tapi sebab AADC2 nie dia jadi rancak pulak. Itu pun sedap jugak hehe. Tapi Elsa lebih suka letak yang guitar version dekat blog Elsa, untuk ketengan pembaca jugak hehe boleh sambil sambil baca sambil dengar muzik yang merdu nie hehe
Nak tengok videonya? Okay nah hehe

Elsa nak tahu jugak, awak semua suka lagu yang mana dalam filem AADC? Jom komen sikit hehe
Assalamualaikum
Elsa bebel kalinie sangat ringkas. Tak sampai hati sebenarnya nak bebel. Tapi sebab elsa fikir elsa pun ada had sabar kan
Manusia koyak tu apa? Nie istilah elsa means manusia yang terlampau ikut perasaan, patah hati yang melampau, dan emosi lebih
Elsa bukan tak suka manusia macamnie. Kurang suka. Yelah, bukan ke melibatkan perasaan orang lain jugak sampai nak melayan koyak dia kan
Elsa bagi contoh lah, kalau si boy, putus cinta, patah hati dan kemudian cari balik si girl. Tanpa rasa salah dia yang sebenar, tanpa rasa malu yang orang dah takmo layan dia, tapi gedik mengada jugak nak orang kembali pada dia. Jujur cakap, Elsa rimas dengan manusia macamtuh. Sudah lah macamtu, masa dah berpisah lah ayat ayat madah pun keluar pada waktu tuh. Dia ingat orang ada masa ke nak layan perangai koyak dia tuh?
Orang kalau ada rasa malu, rasa bersalah dan rasa rendah diri, dan rasa ikhlas, dia akan betulkan dulu silap dia, kemudian bila dia dah rasa bersedia untuk dia cuba berbaik dengan girl dia, dia cuba dekati. Tak salah mencuba. Dapat atau tak belakang kira. Tapi kalau elsa, no second chance! Kau rasa kau hebat buat macamtu dekat aku, kau pergi laa buat dekat orang lain pulak
Ha sekarang Elsa yang semakin emosi haih. Maaf semua. Elsa memang pemendam dan tak suka bercerita pasal masalah. Tapi bila kita dah rasa tak larat nak tanggung, kita terpaksa lepaskan
Elsa nak cakap, seksa layan manusia koyak. Ciri ciri yang Elsa cakap tu, berdasarkan pengalaman Elsa. So kalau awak semua pernah berhadapan dengan si koyak nie, share share lah apa tindakan awak semua. Manalah tahu, Elsa boleh manfaatkan untuk ketenangan diri Elsa. ye kan? :)
Assalamualaikum
Tak tahu nak mukadimah macammana. tapi bagi freshie worker macam elsa yang baru sebulan start kerja nie rasa tergugat iman bila terbaca tips nie dekat facebook. Yelah elsa memang culture shock dengan benda dan pengalaman baru
Mula kerja lagi elsa dah cakap dekat abah "bah, nak beli kereta" wahh banyak cantik kau elsa baru sebulan kerja dah macamtu impiannya ye. Memanglah kena macamtu hehe. Tapi setelah mentelaah dan meneliti tips tips yang elsa nak kongsi nie, elsa fikir better biarkan dulu hasrat nak membeli kereta tu. Tengoklah sebulan dua lagi kalau ekonomi elsa dah kukuh, balun lah satu wahahahaha tak sedar sedar lagi tuh :P

- Jangan beli kereta baru
- Jangan malu untuk naik motor ke tempat kerja (terutama gadis gadis hakhak)
- Jangan lupa bayar hutang
- Jangan malu jadi kuli walaupun ada degree
- Jangan cepat lompat kerja
- Jangan lupa buka akaun ASB atau tabung haji
- Jangan beli kereta import
- Jangan lupa menabung
- Jangan lupa bayar zakat
- Jangan benci kerjaya anda
- Jangan lupa rancang beli kediaman pada usia muda
- Jangan buat pinjaman peribadi untuk bergaya
- Jangan mengumpat boss kita (amaran keras hehe)
- Jangan berangan nak kahwin dengan anak raja
- Jangan sewa rumah yang mahal, better sewa bilik
- Jangan lupa sedekah
- Jangan lupa ibu bapa
Nak Shopping? Contact Elsa ye