5 Jenis Emosi Dalam Kalangan Remaja | Assalamualaikum. Dua tiga hari ini Elsa sering emosi. Tak pernah nak tetap emosinya tau. Kadang-kadang sampai tak boleh kawal emosi Elsa bantai bergaduh dengan orang sekeliling. Entah apa yang tak kena entah. Ha masa itulah sel-sel otak berhubung untuk huraikan 5 Jenis Emosi Dalam Kalangan Remaja. Memandangkan Elsa masih pangkat remaja lagi kot hahaha jadi tak salah nak kongsi
Umur makin lama makin meningkat. Makin lama makin macam-macam emosi yang kita akan alami. Emosi itu boleh datang apabila kita diduga sesuatu, menerima dan memberi sesuatu, kehilangan sesuatu, tidak puas hati dengan sesuatu ha banyak sesuatunya tu. Emosi merupakan reaksi terhadap rangsangan luaran dan dalaman setiap individu. Emosi juga dapat motivasi diri kita terhadap setiap situasi yang bakal kita tempuh samada baik atau tidak baik, maka kita yang kawal emosi bukan emosi kawal kita tau. Ha bila emosi dah tak dapat dikawal itu yang macam-macam perkara yang tak sepatutnya akan berlaku
1. Gembira
Gembira merupakan ekspresi berpuas hati, terkejut dan lega. Gembira akan terjadi apabila sesuatu yang bersifat tiba-tiba. Kita tak jangka perkara tersebut berlaku dan boleh juga terjadi apabila kita menerima satu cerita atau info yang boleh buat kita tersenyum, bersorak-sorak dan ada kalanya ketawa. Gembira juga boleh terjadi apabila kita berjaya melakukan sesuatu perkara di atas usaha kita sendiri, dan kita tunjukkan gembira tersebut dengan syukur
2. Cemburu
Cemburu bermaksud kita tidak yakin dengan keupayaan diri sendiri. Biasanya cemburu nie kalau kita tak boleh tengok seseorang itu lebih daripada kita. Selain itu juga kalau bercinta, cemburu akan datang apabila pasangan tiba-tiba sahaja mengalihkan perhatian dia daripada kita, sering memuji orang lain dan lebih suka kepada orang lain. Maka kita akan cemburu dan usaha mencari jalan untuk jadi yang lebih 'power' daripada yang lain
3. Takut
Takut adalah reaksi yang mendorong individu untuk menjauhkan diri dari sesuatu perkara. Mereka yang takut ini akan rasa diri mereka diancam jika melibatkan diri dalam perkara tersebut. Takut nie ada macam-macam antaranya adalah takut kepada manusia, takut kepada keadaan sekeliling, takut kepada tinggi dan gelap dan lain-lain. Mereka akan fobia jika mereka terpaksa melalui situasi-situasi yang begitu
4. Sedih
Sedih bakal berlaku jika kita mengalami kekecewaan, kecederaan dan kegagalan. Sedih yang berlarutan akan buat kita lemah seterusnya mengalirkan air mata. Sedih ini juga boleh membuatkan orang sekeliling kita risau untuk dekat dengan kita. Hanya yang mampu meredakan kesedihan itu sahaja yang boleh. Nie nak pesan sikit, kalau anda ada emosi sedih, jangan meroyan macam Elsa. Buruk padahnya tau
5. Marah
Marah adalah emosi yang sangat berat dan bakal menyusahkan orang lain. Marah akan jadi apabila sesuatu hal yang kita lakukan diganggu dan ketegangan emosi ini akan berlaku. Lebih teruk jika kita tidak dapat mengawal emosi marah, kita rasa nak bermusuh je dengan semua orang. Elok-elok boleh berbincang balik semula nak bagi hal yang dibuat tu berjalan lancar semula jadi tak lancar yelah bila marah dah menguasai diri. Sudahnya kita juga yang menyesal kankan
Sejujurnya, Elsa sendiri bercampur emosi nak siapkan entri ini hahaha. Biarpun banyak emosi yang kita ada dalam diri, jika kita bijak mengawal emosi sendiri, ia tidak akan memudaratkan diri sendiri mahupun orang lain. Emosi gembira pun kalau dah terlampau gembira sangat boleh susahkan orang lain juga tau. Contoh kalau dapat birthday surprise, dia punya gembira tu sampai nak tidur pun dengan belon-belon sekali dipeluknya (kisah benar) Hahaha okaylah sekian
5 Jenis Emosi Dalam Kalangan Remaja Sumber: Google |

5 Jenis Emosi Dalam Kalangan Remaja