Kereta Gear Manual Atau Automatik? Sumber: Google |
Kereta Gear Manual Atau Automatik? | Assalamualaikum. Zaman sekarang ini semua benda mudah. Antaranya ialah kenderaan. Tak kira tua atau muda sekarang bergaya dengan kereta saja kan. Elsa bagi contoh, kereta. Semua ada kereta. Yang ada kereta pula bergear manual dan auto. Jadi mana satu pilihan anda? Kereta Gear Manual Atau Automatik?
Elsa nak terangkan sedikit apa yang Elsa kaji tadi hahaha. Dianggarkan cuma 20 peratus sahaja kenderaan transmisi manual yang masih ada di pasaran. Kita lebih berminat untuk bergaya dengan kereta gear automatik. Tahukah anda? Elsa seorang gadis yang tak sukakan kereta transmisi automatik. Kenapa pulak tak suka Elsa oi? Aneh-aneh lah kamu ini. Hahaha dalam setiap perkongsian Elsa di perenggan yang seterusnya akan terjawab lah persoalan tadi tau
Kereta Transmisi AutomatikTransmisi automatik sudah tentu memudahkan pemandu. Selalunya mulut-mulut ada kata kereta transmisi automatik kuat makan minyak. Sekarang tidak lagi, kerana teknologi kecekapan bahan api sudah melayakkan kereta transmisi auto duduk sebaris dengan kereta transmisi manual. Malah, kereta auto hari ini datang dengan nisbah gear sehingga 9-kelajuan berbanding manual cuma 6-kelajuan. Teknologi transmisi juga berkembang maju seperti klac Kotak Gear Anjakan Terus (DSG) dan sistem Transmisi Variabel Berterusan (CVT)
Kelemahannya, anda tidak boleh 'jump' kereta auto, tetapi masih lagi bukan isu besar kerana ada sesetengah kereta dibekalkan sistem pengurusan bateri (BMS) selain boleh dipasang di kedai aksesori kereta. Kereta transmisi auto mungkin lebih mahal berbanding manual, tetapi masih lagi dalam skala mampu milik. Apalah sangat jika mahu dibanding dengan nilai keselesaaan dan teknologi yang diberikan
Jadi kenapa Elsa tidak sukakan kereta transmisi automatik? Kerana Elsa tidak suka hadap bosan semasa memandu. Bila Elsa memandu seorang diri, bosan, sudah tentu Elsa akan mengantuk kan haha. Elsa pernah saja pandu kereta auto dan sebab itulah Elsa boleh nyatakan sebab-sebab di atas. Elsa tiada jiwa Fast & Furious 8 kalau memandu kereta automatik haha amboi berlagaknya
Kereta Transmisi ManualTransmisi manual kebanyakannya adalah pemandu yang sukakan cabaran dan berjiwa hero kononnya haha. Bayangkan anda memandu WRX CVT di laluan panjang dan kini menghampiri satu selekoh tajam. Menerusi transmisi auto, anda cuma perlu memberikan tumpuan kepada titik brek, membrek, lepaskan brek ketika membelok dan pecut! Adrenalin anda cuma mencanak ketika melakukan 1-2 langkah pertama
Menerusi transmisi manual, anda akan merasai apa yang dirasai pemandu auto, tetapi dengan tambahan cabaran, iaitu skil menukar gear. Anda bukan saja perlu mengambil kira titik brek, tetapi kemahiran teknik menukar gear dan gerakan kaki anda mesti tepat yang bukan saja ketika masuk simpang, tetapi juga ketika keluar. Anda perlu buat pertimbangan sendiri sama ada perlu menggunakan gear rendah atau tinggi kerana sedikit kesilapan dilakukan, jatuh sakit nanti tau
Kereta Gear Manual Atau Automatik? |
Kenapa Elsa sukakan kereta transmisi manual? Tengoklah gambar atas alah tanya lagi hahahahahaha. Elsa suka mencabar diri Elsa sendiri untuk lebih berani dalam melakukan sesuatu benda. Lagi pula kereta dekat rumah nie memang kereta manual saja dah tentu-tentu Elsa kena tunggang dia saja hari-hari. Selain itu, dengan usia Elsa yang muda lagi kononnya nie, Elsa sudah memandu jauh seorang diri ke Kelantan. Satu pengalaman dan cabaran paling seronok pernah Elsa buat. Cuma silapnya dekat situ pada waktu memandu ke Kelantan tu Elsa sewa kereta, dan tak mungkin lah penyewa akan sewa kereta manual. Mesti auto punyaaa. Alamak silap dekat situ pulak hahahaha
Oleh itu, tidak kiralah anda pemandu kereta automatik atau manual. Yang penting jaga keselamatan diri dan juga kereta. Kereta itu ibarat nyawa jugalah bagi Elsa. Kalau tak ada dia, takdelah kita boleh keluar tengok dunia haha. Kereta juga harus dijaga luaran dan dalaman supaya selamat untuk digunakan. Macam biasalah kena bawa servis, kena rajin cuci keretanya. Kalau yang ada kereta ala-ala sports tu, duit sanggup habis dekat kereta je. Tak kisah cantik macammana pun kereta tu, yang penting pemandunya Elsa! Hakhak. Dadaaa
Sumber (Kredit): Sini