Assalamualaikum
Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 1 |
Kalau siapa yang tak tahu maksud Hutang tu apa bolehlah buat kajian menggunakan buku-buku atau internet. Hutang bukan sahaja melibatkan wang ringgit, malah barang, makanan, minyak kereta dan buang air besar pun termasuk dalam jenis-jenis hutang
Minggu lalu Elsa ada baca entri Sis Hawa tentang Hutang. Jadi hari ini Elsa nak kongsi pengalaman Elsa sebagai Pemberi Hutang kepada seseorang yang daif mungkin. Sebelum Elsa mula Elsa memohon maaf jika penggunaan bahasa di dalam entri Elsa pada hari ini tak menyenangkan semua pembaca. Sebab tu Elsa dah pesan awal awal tadi hehe
Pada tahun 2016, zaman Elsa belajar di sebuah institusi awam, Elsa ada berkawan dengan seorang LELAKI bernama....... Elsa kalau ikutkan geram memang Elsa nak dedahkan namanya di sini, tapi biarlah korang semua kenal dia dengan gelaran PENGHUTANG. Memang Elsa senang berkawan dengan dia. Dia beriman, jaga solat, kadang-kadang kedengaran suara azan si penghutang di Pusat Islam (surau), baik hati, semua orang juga senang berkawan dengan dia. Tapi semua kebaikan dia tu mempunyai tujuan yang sangat tidak baik. Tak sangka antara ramai ramai yang senang berkawan dengan dia tu, dia pilih Elsa untuk jadikan bahan ujikaji
Semakin lama berkawan, perlahan-lahan dia ingin meminjam duit daripada Elsa. Antara alasan yang dia bagi "bulan ini ayah tak bagi duit belanja" "nak buat beli buku rujukan tapi tak cukup nak buat makan" "nak bayar yuran pertandingan sekian sekian" macam macam lagi lah. Setiap musim dia sedang sesak tak ada duit, dia akan pinjam dari Elsa sedikit demi sedikit dia meminjam bila dicampurkan memang mencecah RM1000. Elsa umpama dipukau bila tiap kali dia ucap "Aireen pinjam RM10, Aireen pinjam RM50" Elsa bodoh buta buta pergi bagi
Apabila duit tu berada dalam tangan dia, dia akan kata "Nanti saya bayar balik. Janji" Sudahnya tak bayar langsung. Tiap kali pinjam, tiap kali tu diucapnya. Elsa pun angguk sajalah. Nak marah macammana, sebab memang mulut nie tak boleh nak ungkap apa apa selain angguk. Baru Elsa cakap tadi Elsa umpama dipukau. Bila dia dah ada duit tu, Elsa tak nampak pun dia guna duit tu untuk beli buku ke, untuk makan ke, untuk ini ke untuk itu ke. Tak ada. Seolah-olah dia sengaja ambil duit Elsa dan lemparkan kepada benda yang tak berfaedah
Bersambung ke Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 2
Bersambung ke Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 2