Jangan Ajak Elsa Shopping!

June 13, 2017

Jangan Ajak Elsa Shopping! | Assalamualaikum. Elsa bagi amaran dekat awak semua, Jangan Ajak Elsa Shopping! Hahaha dah kenapa Elsa nieyh? Kalau gadis-gadis lain suka bebenar shopping nieyh. Kenapa Elsa tak suka? Tahu tak shopping tu boleh releasekan stress gadis-gadis tu. Boleh bergaya, cantik-cantik, hipster-hipster. Tapi kenapa Elsa taknak? Mesti ada sesuatu semacam lah si Elsa nie

Jangan Ajak Elsa Shopping!
Jangan Ajak Elsa Shopping!
Sumber: Google

Elsa seorang yang tak suka membeli-belah. Jadi tak hairan lah kawan-kawan nak bosan dengan Elsa sebab Elsa tak suka shopping. Bukanlah tak suka langsung. Kalau ada benda yang perlu Elsa beli dan gunakannya barulah Elsa shopping tapi bukan shopping yang jenis dalam satu Mall tu, semua kedai awak nak teroka. Tahu tak berdosa kalau buat orang tercabut kaki? Hahaha. Pernah saja Elsa ikut sesiapa yang kaki shopping nie, baik lelaki baik perempuan. Tapi bila dah sampai ke Mall, Elsa akan carik tempat duduk dan keluarkan telefon main Bingo. Sebab Elsa tahu, mereka punya mencari barang tu mustahil 30 minit. Jadi biarlah bateri telefon Elsa lemah pun, asalkan Elsa tak lemah berjalan dari tingkat 1 sampai tingkat 7 hahaha

4 Faktor Elsa Tak Suka Shopping

1. Rasa Macam Tanpa Arah Tuju
Iyelah. Kita ke mall untuk beli baju, kasut. Tapi silapnya kita nie mata tu bukan main rambang. Nampak kedai yang takde kena mengena dengan baju dan kasut pun kita nak masuk juga. 3 jam punya berjalan, baju dan kasut langsung lupa nak cari. Ini boleh mendatangkan marah! Hahaha

2. Barang Dah Dapat, Hati Puas
Elsa cari baju, Elsa masuk satu saja kedai Elsa dah jumpa yang berkenan, pergi kaunter dan bayar. Kalau Elsa join berjalan dengan orang lain, diorang akan cari baju yang sama dekat kedai yang berbeza. Kenapa macamtu anak-anak? Huhu

3. Taknak Bazir Tenaga
Mesti penat punya bila kita ikut ke tempat yang kita taknak pergi. Jadi lebih baik Elsa pergi medan selera dan makan semua makanan yang ada dekat situ. Tunggu sampai dapat call daripada diorang, haa baru boleh keluar dari situ

4. Duit Pun Tak Membazir
Betul tu betul. Kalaulah kita tertarik pulak dengan benda yang tak sepatutnya kita miliki, tapi hati nie dah tergoda dekat benda tersebut, tak ke terbang duit kita hanya untuk benda yang takde sebab awak kena beli tu. Lainlah makanan emm

Jadi buat anda semua yang perangai sama macam Elsa, ha elok lerr tu. Hahaha. Elsa tak marahkan mereka (termasuk awak yang membaca) yang suka bershopping tu, cuma ini pendapat Elsa. Kadang-kadang Elsa pun tak faham awak nie minum apa sampai mampu banci semua kedai? Hikhik. Okay maaf kalau terkasar. Nak raya dah nie. Pergilah shopping lekas!

You Might Also Like

20 Comments

  1. Hahaha.. x mo kawan elsa!!

    sya pulak bukan jenis suka shopping tapi kalau bab2 round kedai dlm mall memang no 1.. at the end.. bingung xtau mau beli apa..Allah.. i need to change..haha

    ReplyDelete
  2. orang kata shopping ni terapi, tapi bagi IQ, kalau tak ada duit, memang jalan2 window shopping adalah satu perkara yang meletihkan!

    semalam pergi kenanga wholesale, dari level G ke level 6 tak rasa penat, sebab plan nak cari baju anak, last2 tak jumpa jugak, then balik penat. hahahaha!

    ReplyDelete
  3. sama la elsa...malas nak g mall sebab tak tau nak beli apa...kalau dah masuk satu kedai tu hah terus jelah membeli...klu xbeli memang sampai sudah xbeli jawabnya hihi

    ReplyDelete
  4. Baguslah elsa ni, kental jiwa raga bila bab shopping.
    Mrs pip tak bolehlah .. asal shopping di mall, mesti nak tawaf semua kedai ...
    Tu yang lagi suka shopping online saja ...
    Kalau online, mmg tak da nak tawaf2 ..
    Kalau nak beli barang tu, memang barang tu saja yang dibeli then terus checkout and bayar ...

    ReplyDelete
  5. Skrg iris ade hobi baru shopping kat lazada haha.. X pnat bulan2 pose ni.. Snang then barang trus smpai dpan umah hihii..

    ReplyDelete
  6. Hahaha make sense. I love shopping or just window shopping, but um depends on the place. Kalau sesak, hell no! rela duduk rumah haha.

    ReplyDelete
  7. Yess, kita sama elsa. Tak suka shopping

    ReplyDelete
  8. i love shopping. Lagi-lagi kalau shopping buku dengan kasut sneaker dengan baju. Omaigod! heaven gila. Hahah... lagi heaven kalau dapat shopping gadget.

    ReplyDelete
  9. CCL kaki shopping .. kalau bekenan dgn sesuatu brg baru CCL akn betul-betul beli ..dan CCL jugak suka servey2 harga barang

    ReplyDelete
  10. Shopping baik utk exercise Dan terapi utk mama haha

    ReplyDelete
  11. sebab nak compare harga.. tu pergi semua kedai.. hahaha

    ReplyDelete
  12. Hahaha pelik ni kalau tak suka shopping.. biasa pompuan ni memang suka sangat soping...

    ReplyDelete
  13. Wah, tak sangka Elsa pun macam akak.. Kita boleh jadi geng rapat la kalu gini.. Akak pun memang tak suka sangat pegi window shopping, kalu beli barang tue, memang cari barang tue aje.. Takdenya nak singgah ke kedai lain..

    ReplyDelete
  14. ada perempuan tak suka shopping. 1 dalam sejuta ni haha

    helloaiman

    ReplyDelete
  15. Wah.. Unik elsa nie.. Tak minat shopping.. hehehe

    ReplyDelete
  16. Untung dpt gf yg xsuka shopping mcm elsa ni. Hehe. I feel u :)

    ReplyDelete
  17. Awat kita serupa bab shopping ni Elsa? 😂 Sy cepat boring kalau ikut kawan pi shopping. Cer bawa pi zoo atau tempat bersejarah atau library, baru sy semangat 😄

    ReplyDelete
  18. haaa...kalau saya..memang bukan kaki shopping...tapi sekali masuk kedai buku n kedai gadget...masyaAllah...mahunya semingguan duduk situ...

    baju, kasut bag semua...erm...kureng sikit...huhuhuhu

    ReplyDelete
  19. walaupun letih tapi best kalau dapat cuci mata :p :p

    ReplyDelete
  20. Nak pergi shooping nie kena ikut kiraan dalam bajet , hehe . Kalau tak ada duit , duduk rumah tengok tv jela , haha .

    ReplyDelete