5 Tips Kekal Cantik Elak Perut Buncit

January 24, 2017

Assalamualaikum


Sumber: Google

Harinie Elsa nak share dekat korang yang ada perut yang comel, dan nak turunkan perutnya jadi slim bak slim river *Elsa lah tu huhu

Tips nie Elsa dapat daripada rakan blogger Elsa Sis Lea Azleeya. Baca slow slow dan manfaatkan tau :*

1. Katakan Tidak Pada Minuman Berkarbonat
Korang sendiri tahu kan, minuman berkarbonat ataupun lebih dikenali minuman bergas ini sangatlah bahaya kepada kesihatan kita. Dalam minuman berkarbonat terlalu tinggi kandungan gulanya. Kajian mendapati mereka yang kerap meminum minuman ini akan menjadi gemuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengambilnya
Kalau korang nak tahu, pemanis tiruan yang terdapat dalam soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan akan sering mengundang rasa lapar dengan cepat. Please gantikan minuman ini dengan minuman lain seperti teh atau air kosong sahaja ye untuk elak perut korang memboroi sekaligus dapat menjaga kesihatan korang juga

2. Kurangkan Gula
Dari pemerhatian aku sendiri, sekarang nie terlalu banyak makanan yang manis manis malahan terlalu manis di pasaran. Mungkin sebab tu jugak kot sekarang nie macam macam penyakit ada dan menyinggah pada kita. Makanan berguna nie lah boleh menyebabkan sebahagian besar kalori berubah menjadi lemak di perut. So, pilihlah makanan yang kurang gula semula jadi seperti madu ataupun buah buahan

3. Jangan Kurang atau Terlebih Tidur
Kalau bab kurang tidur dan terlebih tidur nie aku yakin ramai orang zaman sekarang yang terjebak dalam keadaan ini. Mungkin ada yang terlebih bekerja, jadi dia kurang tidur. Atau ada juga yang jenis gemar tidur, dia akan terlebih tidur. Begitulah sebaliknya. Ramai mana agaknya yang menjaga masa tidur mereka? Ada tak yang betul betul cukup tidur
Jika korang kurang tidur, ini akan menyebabkan kadar metabolisme tubuh akan berkurangan sekaligus menyukarkan pembakaran lemak berlaku. Manakala tidur yang berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk tidak banyak bergerak. Tabiat inilah yang menyebabkan lemak berkumpul dengan lebih cepat. Jadi sila pastikan tidur anda cukup secukupnya ye

4. Perbanyakkan Senaman Kardio
Korang tahu tak apa itu senaman Kardio? Senaman kardio nie adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh tertentu dan pada intensiti tertentu. Apa juga jenis senaman yang membuatkan jantung kita berdegup laju dari biasa dan berpeluh dengan banyak dari biasa. Haa itulah dinamakan senaman kardio. Contohnya, berlari atau joging, futsal, skipping dan lain lain lagi
Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan bebanan, seterusnya lakukan senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak. Berlari atau senam aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan tapi syaratnya hentikan pengambilan lemak buruk

5. Bersenam Dengan Bijak
Bila korang dah berhasil kurangkan lemak di bahagian perut, korang boleh mulakan pula dengan senaman perut pula. Bersenam sehingga terasa regangan dan jangan berlebihan. Otot perut yang mantap akan membantu seseorang tampil lebih sihat dan segar

Selamat mencuba!

You Might Also Like

20 Comments

  1. Nice tips, hihi.

    Balas isi tabung awak juga.

    ReplyDelete
  2. bagus tip peringatan ni..part no 3 tu payah sikit sbb kena sengkang mata nak siap proposal..nak blogwalking hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yyup betul tu betul hakhak. Kalau macam kes elsa terlebih tidur pulak hahaha 😂

      Delete
  3. tip mcmni la yg sy suka, selalu google, tp buat nye idok,,haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe biasalah tu. Kita hanya mampu merancang. Kita jugak yang tentukan nak buat ke tak sebenarnya hahahaha

      Delete
  4. Ya.. Saya akan mula bersenam.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Adoiii nak kena buat sit up sekarang. Hahahahaha 😅😅😅

    ReplyDelete
  6. Senang baca, tapi malas nak buat.. hehe :D

    ReplyDelete