Boleh Bersikap Amanah Sikit tak?

January 26, 2017

Assalamualaikum

Tak tahu nak marah atau nak apa. Tapi memang kesian dekat ibu Elsa tadi. Memang rumah kami nie tak lekang dengan kehadiran posmen dari Pos Laju untuk menghantar parcel. Tapi dalam banyak banyak hari, harinie paling pelik sekali

Pintu diketuk. Tok tok tok! Ibu bukak pintu. Dan posmen bagi parcel, ibu tandatangan. Dan Ibu tutup pintu. Masa tu takde nak syak apa apa langsung sampailah ibu duduk dekat sofa dan belek belek parcel tu. Apa yang jadi? Check it out


Ibu boleh tak perasan kesan koyak nie. Cuma ibu cakap patutlah dia bagi dia terbalikkan parcel nie. Kita boleh terima lagi kalau kata plastik parcel tu yang dah terkoyak maybe kualiti plastik tu dah lama then dia mudah koyak. Tapi kalau kata isi dalam parcel tu pun terkoyak jugak? Itu nak kata apa?

By the way dalam parcel nie berisi kotak empat segi dan boleh nampak dekat situ kotak tu jugak dah dikoyakkan. Kenapa kami kena terima parcel yang sebegini rupa? Apa yang diorang dok geledahkan yang diorang nak check dekat dalam tu? Ada dadah? Ada bom? Please lah. Kalau macamtu kenapa tak check sekali beribu parcel yang diorang terima hari hari?

Elsa sangat angin. Sebab dalam tu isinya sangat bermanfaat untuk ibu cari rezeki. Ibu Elsa buat brooch, bawal ring, shawl pin, gelang dan macam macam lagi. Yes ibu buat handmade guna air tangan dia sendiri. Andai kata item dalam kotak tu hilang atau rosak? Pos Laju nak bertanggungjawab tak? Selalunya tak akan. TAK AKAN

Jadi Elsa nak tekankan dekat sini janganlah mengada ngada nak bukak parcel orang sesuka hati. Amanah tu please letak dalam diri awak. Elsa tak tahu siapa yang punya angkara. Tapi Elsa selalu saja dengar dengar parcel dibukak sebab pihak diorang tergamak nak mencuri sampaikan ada kes kehilangan phone dan sebagainya

Ibu dah tanya seller tu. Memang seller deliver barang tak pernah dalam keadaan yang macamtu. Seller mesti bagi servis terbaik untuk customer. Ini takde lain mesti Pos Laju!

Maaf terkritik. Tapi kecewa masih tak hilang. Nampak ibu macam okay, tapi Elsa sendiri tahu ibu Elsa macammana

Okay mood happy ; tadi Elsa cakap ibu ada buat handmade aksesori wanita kan? Haaaa nie special untuk wanita wanita yang nak lawa lawa kemana saja :* Boleh add Facebook Ibu Elsa Shaishida Masjuki untuk lihat hasil tangan ibu. Harga sangat berpatutan tau! Feedback sangat positif dari customer customer ibu. In Shaa Allah entry akan datang Elsa akan penuhkan dengan gambar gambar aksesori tu. Berminat? Boleh terus PM ibu dekat Facebook Shaishida Masjuki. Kalau ibu lambat approve, inform Elsa dekat comment bawah nie nama Facebook korang dan nanti Elsa akan inform ibu untuk approve korang! Tau tau #supportibu

You Might Also Like

16 Comments

  1. Next time kena check betul2. Dah jadi mcm nie tak boleh nak buat ape. Tak amanah sungguh!!
    Kak ana doakan semoga perniagaan mama elsa terus beekembang dan berjaya. Satu hilang insyaAllah bagi 10 rezeki lagi. 😀

    ReplyDelete
  2. @Ana Suhana itulah haih tak tahu lah nak cakap apa. ikutkan hati nak marah je posmen tu tadi. hm

    ReplyDelete
  3. Alahai, kenapa macam tu..
    BAhaya juga macam ni.
    Kita guna poslaju sbb barang tu penting.. Kalo ada tercicir macam mana..

    MAcam2 la.. :(

    ReplyDelete
  4. Ya Allah sungguh2 pulak geladah parcel orang. Hmm.. mana hilang rasa tanggungjawab ughh kita pulak yg geram.

    ReplyDelete
  5. Allah.. Macam-macam perangai manusia sekarang nie.. patutnya amanah lah.. bukan barang kita kan kenapa nak godek juga..

    ReplyDelete
  6. Sedih betul kalau jadi macam tu kan, sebab kita bila guna khidmat orang, kita memang harapkan orang amanah... Harap kejadian macam ni tak berulang lagi.

    ReplyDelete
  7. sabar ye.. bkan sng nk jmpe org yg jujur dalam dunia ni.. tp lebih baik lau kite brfikir baik... :D hehe

    p/s : hi... sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye dan tinggalkan komen seikhlas hati.. :D ty..

    Kenapa Allah Ciptakan Neraka?

    ReplyDelete
  8. Letak sticker Fragile je.. Walaupun bukan fragile... Hehe

    ReplyDelete
  9. Singgah sini.. sabar x pe kekecewaan yang hilang itu Allah akan ganti yg lebih baik percayalah

    ReplyDelete
  10. Ada juga org bgtu ya. huhu. teruknya.

    ReplyDelete
  11. Dh byk kali jgk dgr kes mcm ni. Pelik betullah, mcm mcn fiil orang nih alahaiii...

    ReplyDelete
  12. Beberapa minggu lepas, saya send buku kepada seorang kenalan di Sabah. Hairannya buku tersebut tak sampai2. Saya semak tracking number, ternyata takde pergerakan barang tersebut dari Shah Alam ke Sabah. Bila buat aduan barulah pihak pos laju ambil tindakan. Kecuaian sebegini amat dikesalkan kerana yang menjadi mangsa ialah pengguna

    ReplyDelete
  13. nape smpai mcm tu..teruknya..hmm..

    ReplyDelete
  14. pernah jugak kena macam ni.. wntah apa diorang nak siasat sangat dalam parcel tu.. geram jugak

    ReplyDelete
  15. tak akan dganti. kwn sy prnh order teh hijau tak sampai2 d tngn. rupanya dah kena rembat oleh pekerja d pos office tu

    ReplyDelete
  16. Bole complain ni dekat poslaju customer service dear, xbaik sungguh hntr brg smpai jadi mcm ni huhu

    ReplyDelete