Food Review: Twin's Kitchen CAFE, Rawang

May 26, 2017

Food Review: Twin's Kitchen CAFE, Rawang | Assalamualaikum. Salam Ramadan pembaca-pembaca Blog Elsa. Jangan marah-marah naa kalau perangai Elsa nie melampau sebab malam nak puasa je Elsa bantai nak buat Food Review: Twin's Kitchen CAFE, Rawang. Hahaha kejam kan Elsa buat semua terliur kejap lagi. Hakhak. Apa salahnya Elsa kenalkan satu-satunya kafe yang baru beroperasi 2 bulan lepas nie. Taknak tahu ke? Alah kenalah tahu hakhak

Food Review: Twin's Kitchen CAFE, Rawang
Food Review: Twin's Kitchen CAFE, Rawang
Sumber: Facebook

Twin's Kitchen CAFE ini sebuah kafe baru saja buka tahun 2017 pada bulan Februari tak silap Elsa dan bertempat di Rawang, Selangor. Wajib percaya yang kafe lokasi kafe ini betul-betul berhadapan dengan tempat kerja Elsa tau. Haa jadi jangan cakap lah memang selang sehari Elsa akan ke sini punya walhal boleh je nak makan nasi waktu tengahari, tapi pasal gatal sangat nak membuang duit dekat kafe yang sangat sedap makanan-makanannya, tak salah kan? Hehe. Kafe ini kepunyaan rakan sekolah Elsa, kenapa Twins? Sebab tuan punya kedai ada 2 pasang kembar tau. Tak sangka senior sekolah dah jadi Chef. Wow hahaha



Food Review: Twin's Kitchen CAFE, Rawang
Food Review: Twin's Kitchen CAFE, Rawang

Food Review: Twin's Kitchen CAFE, Rawang
Food Review: Twin's Kitchen CAFE, Rawang

Nak cakap lagi sikit, harga bagi setiap makanan jauh lebih murah daripada kedai mamak punya western food tau hahaha. Rasa setiap makanan sangat sedap dan cukup rasa. Jadi bila dah banyak kali Elsa makan tengahari di sini, sudah tentu banyak makanan yang Elsa dah telan. Apa lagi best dekat Twin's Kitchen? Wi-Fi. Yang benerrr sangat lajulah wifi dekat sini hakhak. So kalau nak selfie, nak video call dengan kawan-kawan yang anda tengah makan dekat situ, takyah risau lah. Jom tengok apa yang Elsa dah makan di sini. Elsa tak pesan minuman sebab minum air suam je hahaha

Food Review: Twin's Kitchen CAFE, Rawang
Pasta Carbonara

Food Review: Twin's Kitchen CAFE, Rawang
Twin's Burrito

Food Review: Twin's Kitchen CAFE, Rawang
Grill Chicken Chop (Mushroom Sauce / BBQ sauce)

Set dalam jadual anda bila nak buka puasa dekat sini lekas sebab Twin's Kitchen CAFE ada menyediakan juadah istimewa untuk berbuka puasa! Berikut adalah senarai juadah sempena bulan Ramadan
- Sambal Tumis Sotong
- Ikan Masak Asam
- Ikan Masam Manis
- Daging Black Pepper
- Daging Masak Merah
- Udang Butter
- Sambal Udang Petai
- Ayam /Sotong /Udang Paprik
- Ulam - ulaman

Secara keseluruhan, Elsa suka semua makanan dekat sini. Cukup rasa cukup manis masam pedas pekatnya kuah memang perfect. Dalam satu pinggan tu memang banyak dan cukup-cukup untuk kenyangkan perut anda. Servis juga tip-top jika tak ramai oranglah hehe. Nak tahu lagi apa menu yang best-best di Twin's Kitchen? Eh tanya kita pulak. Datanglah sini hakhak. Jadi buat rakan-rakan blogger Elsa yang tinggal di sekitar Rawang, Selayang, Gombak, mai lah sini kakak-kakakku hikhik. Tapi kena ingat, waktu buka kafe pada bulan ramadan tak sama tau dengan waktu biasa. Okaylah. Maaf sekali lagi sebab publish entri makanan sebelum puasa hikhik

Twin's Kitchen CAFE
Alamat: B-12-G (GROUND FLOOR), JALAN REEF 1/2, PUSAT PERNIAGAAN REEF, 48000 RAWANG, SELANGOR
Buka: 9:00AM - 11:30PM (Jumaat hingga Rabu, Khamis tutup)
: 4.30pm - 11.00PM (WAKTU BULAN RAMADAN)
Untuk Tempahan Awal:
Twin's Kitchen CAFE: 03-60901266
Pn Hazura: 0192909215

You Might Also Like

15 Comments

  1. Elsa, telan liur sy tengok makanan tu :'p

    ReplyDelete
  2. cantik kafe dia..erhmmm...terliur pula nampak gambar makanan tu..

    ReplyDelete
  3. Selamat baru lepas sahur.kalau tak ngences. Haha

    ReplyDelete
  4. Haihhh dah lah baru 4 jam puasa ni. kahkah

    ReplyDelete
  5. Alahai terbuka terbaca hari pertama puasa laa pulak. APENI APENI APENI 😭

    ReplyDelete
  6. Hai lah pasta carbonara,nampak meriah sgt ....

    ReplyDelete
  7. selamat berpuasa!

    p/s: kejam betul fes puasa dah ditayang benda sedap camnih...

    ReplyDelete
  8. Pasta carbonara looks better than mine! And macam banyak pula tu. Worth the money, I guess.

    ReplyDelete
  9. ni makan siang, tak puasa ke? hehe

    ReplyDelete
  10. menariknya..bangga lah kat sana dgn tempat special tu

    ReplyDelete
  11. terliur dengan pasta dia tu, hehe
    Selamat berpuasa =D

    ReplyDelete
  12. Spageti tu menariknyaaaa.. Menyesal bukak siang2 ni.. Q_Q

    ReplyDelete
  13. Ehh dekat Rawang?? Seriously? Tengok alamat tak tau tang mana. Dekat area mana ek elsa? Bila2 leh terjah nanti

    ReplyDelete
  14. Elsa, harga berbaloi baloi tak?

    ReplyDelete