Elsa Bakar Rumah Orang Masa Kumpul Duit Raya?

May 30, 2017

Elsa Bakar Rumah Orang Masa Kumpul Duit Raya? | Assalamualaikum. Hai dah selesai buka ke semua? Kalau dah meyh lah sini Elsa nak bercerita sikit harinie hahaha. Siapa yang belum perasan lagi, sekarang sedang berlangsung Giveaway Duit Raya RM100 sehingga bulan Jun nanti. Nak join? Ha sila join. Nak join nanti? Okay jangan lupa bookmark hikhik. Jadi dekat dalam GA Elsa dah tetapkan syarat minta para peserta menceritakan pengalaman nakal mereka semasa kumpul duit raya dulu. Elsa baca dah semua pengalaman peserta GA Elsa, hakhak lucu lucu bangettt. Jadi Elsa nak baca lebih lagi dari peserta lain tau. Jangan tak tahu, Elsa Bakar Rumah Orang Masa Kumpul Duit Raya? Eh betul ke?

Elsa Bakar Rumah Orang Masa Kumpul Duit Raya?
Elsa Bakar Rumah Orang Masa Kumpul Duit Raya?
Sumber: Google

Sebelum Elsa kongsi cerita nie, sila ambil popcorn cepat! Hahaha okaylah kalau anda nak tahu, tiap-tiap tahun sebelum Elsa berumur 18 tahun, tak pernah tak nakal masa kumpul duit raya. Tiap-tiap tahun tu yang paling banyak alami sakit kepala adalah ibu Elsa. Yelah anak sulung dia nie punya perangai aishh nak dimarah kesian, dibiar makin menjadi-jadi. Jadi dalam setiap tahun Elsa buat perangai nakal masa kumpul duit raya tu, Elsa akan pilih setahun zaman nakal Elsa untuk diisi dalam entri nie

Waktu Elsa berumur 10 tahun, lokasi Ampang, Elsa memang rajin pergi mengumpul duit raya. Sepupu-sepapat belah abah kebanyakkannya lelaki. Jadi Elsa akan ikut diorang beraya saja. Bermula dari situ je ibu Elsa bising sebab Elsa perempuan dan masih 10 tahun, dia nak bagi kita lagi takut dia mesti akan cakap yang penculik nie suka budak-budak ada lesung pipit tau. Cakaplah banyak kali pun, tak menjadi penghalang untuk Elsa kumpul duit raya waduh degil betul. Mujur saja sepupu-sepupu Elsa umurnya berbeza-beza yang paling tua pun masa tu umurnya 16 tahun. Okay lepas saja makan raya pertama tu memang kitorang cabut keluar dari rumah walhal orang-orang tua sedang berborak macam-macam cerita

Jalan punya jalan 4 5 rumah jugaklah kitorang serbu. Masa tu memang kitorang comel-comel belaka dan kitorang antara budak-budak paling famous dekat taman tu. So takde takut dah deme nak bagi kitorang masuk beraya. Masuk rumah yang keenam, hm cemana nak cakap eh takut nak cerita hahaha tapi dah panjang jela nie kena cerita jugak. Rumah keenam nie memang sangat susah nak bagi kerjasama. Tiap tahun kitorang jarang dapat layanan elok daripada tuan rumah nie. Jadi sebelum ketuk pintu rumah keenam tu, kitorang dah berpakat, kalau kita ketuk dan dia perhambat kita suruh balik, kitorang nak baling mercun dekat dalam rumah dia. Cubalah ketuk dan ye dia memang perhambat kitorang! Tak fikir panjang mercun padi tu kitorang nyalakan dan baling dekat rumah dia dan kami lari! Yes dendam terbalas hahaha

Kitorang bertepuk tampar lah dekat situ raih kemenangan. Bagi kitorang, tuan rumah tu kena bagi ajar sikit hahaha bukan main gangster ye. Ingat lepastu kitorang nak pergi dari situ. Tiba-tiba kitorang terdengar suara perempuan menjerit "rumah terbakar!" Ah sudah kitorang macam tergamam. Tiba-tiba macam huru-hara sikit dekat kawasan perumahan tuan rumah tadi. Kitorang datang dekat tapi mengendap, rupa-rupanya kain baju dia dok sidai dekat luar rumah tu dijilat api dua tiga helai. Yes puncanya daripada mercun kami tadi lah. Kitorang nak lari tapi tak sempat sebab dua orang sepupu Elsa dah tertangkap dengan jiran-jiran huhu. Tak sangka sangat yang kami terbaling mercun sampai ke kain baju dia

Macam Elsa cakap tadi, kami budak-budak paling famous dekat situ. Sudah tentu lah tuan rumah tu cari mak ayah kami. Bergaduh jugaklah raya pertama tu depan jiran-jiran. Masa tu lah keluar macam-macam sumpahan daripada mulut tuan rumah tu haha. Nak tak nak kena mengakulah yang kami rancang untuk buat semua tu. Mak ayah kami minta maaf dekat tuan rumah tu tapi macam biasalah maaf tak diterima. Selesai melontar-lontar tomahan, kami sepupu-sepapat balik ke rumah, disambung pulak tarbiah dalam rumah. Yang bestnya abah Elsa cakap "eloklah baling mercun dekat orang tu. Bapaknya masa terawih bukan main sombong" emmmm abah simpan dendam jugak. Sejak dari itu, kami beraya tak dibenarkan bawa mercun. Lepastu lokasi kumpul duit raya pun kami tukar ke taman lain pulak. Sekian

You Might Also Like

10 Comments

  1. Huh..naseb baik kain baju yang tersidai terbakarnyeee..buat satu umah tbakar tak ker sehelai sepinggang.

    ReplyDelete
  2. Kelakar...mmg geng elsa ni nakal2 eh?
    Boleh tahan juga kena tarbiah tu kan....
    What a memory kan...

    ReplyDelete
  3. hahaha...hebat sungguh dak Elsa nii nooo...

    ReplyDelete
  4. Wowww elsa...ni lagi nakal ni...aduii takutnya kan....tp sakit hati plk dengan org tu kan...xpe orng camni kita bako jer...hahahhaa

    ReplyDelete
  5. Nakal sungguh ni. Haha. Skrg Nakal lg tak?

    ReplyDelete
  6. hahahah.. yang ni lawak.. Serius tak terfikir nak baling mercun kat org kedekut.. haha

    ReplyDelete
  7. ha ha ha :-)
    aduhai.
    tragis nyer kisah elsa ni.
    aida & adik-beradik pernah terbakar laman org!
    baling2 bunga api.
    terbaling jauh ke laman org & terbakar.
    kami dfn bantuan anak2 jiran, dpt padamkan api yg marak tanpa diketahui oleh org2 dewasa ha ha ha :-)

    ReplyDelete
  8. hahahaha boleh tahan nakal juga elsa ni.
    kesian la orang tu siap terbakar kain dia. Kalau satu rumah terbakar lagi la haru.

    ReplyDelete
  9. Uiii... Bahaya tu sampai bakar.. Hehehe

    ReplyDelete
  10. Hihihi adoii, takpelah Elsa, janji sekarang nie Elsa dah tak nakal kan.. =)

    ReplyDelete