Assalamualaikum
Lesung Pipit adalah kecacatan pada otot zygomaticus di bahagian pipi, iaitu ia pendek dari normal. Jadi, apabila tersenyum akan berlaku ‘lekuk’ pada bahagian tersebut. Beruntung siapa yang mempunyai lesung pipit di pipi tau kerana ia merupakan kecacatan yang istimewa! Kenapa Elsa cakap istimewa? Okay tengoklah Wawa Zainal di bawah. Cantik bukan?
![]() |
| 5 Keistimewaan Berlesung Pipit Sumber: Google |
Jadi Elsa nak kongsikan 5 Keistimewaan Berlesung Pipit yang Elsa tahu dan Elsa kaji hahaha. Siapa yang ada lesung pipit bolehlah baca. Yang tak ada pun boleh lah baca jugak hikhik
5 Keistimewaan Berlesung Pipit
1. Tampak Muda
Orang yang ada Lesung Pipit ini jauh lebih muda dari umur mereka tau haa. Ini kerana Lesung Pipit sinonim dengan kanak-kanak dan bayi
2. Ramai Peminat
Eh betul ke? Hahaha bagi Elsa itu betul tau. Kalau anda nampak ramai yang suka berborak dengan seseorang itu, sudah tentu dia ada Lesung Pipit. Tiap kali borak je Lesung Pipit dia terbentuk. Kalau dia tengah tak senyum pun masih boleh nampak bayang-bayang Lesung Pipit di pipinya
3. Ramai Selebriti Menjadi Terkenal
Menurut laman web Time For Healthy Food, lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit. Mereka sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan ini. Bagi yang belum tahu, mesin untuk mencipta lesung pipit ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 19364. Aura Keceriaan Tersebar Terus
Setiap kali orang yang memiliki Lesung Pipit ini tersenyum, mereka sekaligus telah menyebarkan aura keceriaan dan menyejukkan hati yang melihatnya. Kalau yang sangat setia dengan senyuman mereka itu haih boleh jatuh cinta tau
5. Hanya 20% Manusia Memilikinya
Seperti statistik yang dilaporkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% daripada manusia di dunia ini yang memiliki lesung pipit. Ia sebenarnya adalah satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui ramai
Jadi sila cemburu dengan Elsa sebab Elsa pun ada! Hahaha tapi Lesung Pipit Elsa ini main-main sikit. Yang paling ketara nampaknya adalah pipi belah kiri. Pipi belah kanan tu kadang-kadang dia keluar kadang-kadang tidak. Mungkin faktor otot muka Elsa berubah-ubah kot hahaha. Okay meyh tatap kejap gambar Elsa dengan Lesung Pipit hakhak!
![]() |
| 5 Keistimewaan Berlesung Pipit |
Gambar ini keluar sebelah sahaja Lesung Pipitnya. Huhu sebelah lagi shy-shy cat pula
![]() |
| 5 Keistimewaan Berlesung Pipit |
Ha ini keluar dua dua yay! Hakhak. Eh Kak Ana ada komen dekat situ
Jadi kepada siapa yang ejek kami cacat tu, jangan cemburu! Kami memang cacat tapi kami cantik hahaha. Siapa ada lesung pipit jugak angkat tangan!
SUMBER: SINI




