4 Cara Elak Perut Terlampau Kenyang Semasa Beraya

July 05, 2017

4 Cara Elak Perut Terlampau Kenyang Semasa Beraya | Assalamualaikum Selamat Hari Raya semua maaf zahir dan batin! Macammana beraya tahun ini? Mesti seronok punya kan haha. Kalau anak-anak tu mesti tengah sibuk kira-kira duit raya dah sekarang. Yang bujang-bujang tu tengah buat persiapan nak jemput kawan-kawan ke rumah terbuka mereka. Yelah sekarang dah raya ke berapa kan. Lagi pulak dalam satu hari mesti beraya 5 6 rumah, tapi stail kita nie masuk rumah ke 3 je dah kenyang perut ha jadi anda kena tahu 4 Cara Elak Perut Terlampau Kenyang Semasa Beraya


4 Cara Elak Perut Terlampau Kenyang Semasa Beraya
4 Cara Elak Perut Terlampau Kenyang Semasa Beraya
Sumber: Google

Bagi yang perut kecil-kecil macam adik Elsa tu, sudah semestinya akan cepat kenyang. Padahal ada 3 rumah lagi nak kena beraya nie. Yang peliknya korang nie datang beraya ke datang makan? Hakhakhak cepumas tak soalan? Niat di hati nak merasa makanan dekat semua rumah yang dikunjungi tapi kita sendiri tak boleh kawal nafsu makan. Yang memang cintakan makanan tu takpayah cakap lah kan Elsa pun macamtu juga. Tapi hujung-hujung mesti tumpang tandas tuan rumah adoi adoi

4 Cara Elak Perut Terlampau Kenyang Semasa Beraya

1. Jangan Makan Banyak
Jadi kalau anda nak seronok beraya tanpa perut yang sangat kenyang, dekat satu rumah tu janganlah makan terlampau ikhlas sangat hahaha maksud Elsa kalau tuan rumah kata "ha habiskan habiskan makan kenyang-kenyang ya" maka awak pun habiskan. Tak perlu macamtu pun takpe. Awak kena ingat rumah terbuka nie bukan mereka jemput awak sorang je tau

2. Ambil lauk dalam kuantiti kecil
Dalam satu pinggan tu, ambillah kuantiti yang sikit. Contohnya nasi impit sikit, rendang sikit, kuah kacang sikit. Kalau dah seminggu raya tu jarang jumpa rendang-rendang tu. Sudah tentu mereka dah hidang nasi punya. Ambil kuantiti yang sedikit. Tapi kalau rumah dia sorang je yang anda kunjung, hm makanlah nakk

3. Kuih Raya Jangan Tak Pandang Langsung
Tengah seronok makan makanan berat, jangan lupa jamah sikit kuih raya tuan rumah tu. Jangan leka sampai habis satu balang. Jangan pulak buat bekal makan depan tv tuan rumah. Eh awak nie nak beraya ke nak tengok tv? Hukhukhuk

4. Kurangkan Minuman Berais
Kadang-kadang terlampau banyak minum air pun boleh kekenyangan jugak. Lagi-lagi pulak kita bangsa minum ais je kan. Cuba ubah. Minumlah air suam sikit masa beraya tu hehe. Takdelah kita cepat hilang selera makan. Ha, air gas pun kalau boleh kurangkan tau

Siapa yang sering buat perkara di atas? Kurangkanlah macamtu tau. Bukan apa, Elsa sendiri akan hilang mood kalau perut dah berat tapi kena berjalan raya lagi. Bila dah sampai rumah yang akhir-akhir, kita tak lalu nak makan. Terasa tuan rumah tu kan hikhik

PROMOTE GA SPONSORED BY ELSA [JEMPUT JOIN YE ANAK ANAK]
1. AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS -TAMAT 3/8/2017-
2. GIVEAWAY NURUL & FRIENDS -TAMAT 31/7/2017-

You Might Also Like

20 Comments

  1. Akak pun setuju dengan point yang pertama, point yang keempat tue susah sikit sebab segan nak mintak air suam, kalu pegi rumah sedara mara, memang selamba aje pegi ambik air suam kat dapur..

    ReplyDelete
  2. Hancur diet time raya ni.. Mana-mana rumah semua jamu makan..

    ReplyDelete
  3. perut knyang tu bole control mkn lg, perut asyik lapar cm sha ni hahaha abislaaa
    done follow awak, follow back at www.opzzpinky.my

    ReplyDelete
  4. Number 3 tu selalu jadi. hahaha.

    ReplyDelete
  5. Bagus semua tips ni. Tapi jarang la ada yang jamu air suam. Kena mintak. Ataupun bawak botol air sendiri dalam kereta kot. heheheh

    ReplyDelete
  6. Hehehe tips yg baik ni.. Tapi kengkadang tak tersedoooo dah makan terlalu byk.. hahahaa

    ReplyDelete
  7. Jangan makan banyak. Yes ! Haha selalu raya kedua dah kena diarrhea.

    ReplyDelete
  8. Untung ambil lauk sikit2 nanti semua makanan dpt dirasa

    ReplyDelete
  9. nice tips sis. btw minum ais tak menggemukkan doktor cakap. minum manis yang menggemukkan. jadi boleh sambung minum hehe

    helloaiman

    ReplyDelete
  10. Bila raya tak hingat dah semua ni..hahaha

    ReplyDelete
  11. datang beraya di sini.. ^^

    nice info btw.. :)

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete
  12. biasa pergi beraya mesti dihidang makanan..
    JanjiKita

    ReplyDelete
  13. Siqah amalkan yang no 2. Ambil lauk sikit tapi bila lauk banyak dan ambil sikit2 dah jadi penuh jugak pinggan. Hihi

    ReplyDelete
  14. mya makan tengok menu, kalau makanan tu mya boleh makan, mya makan. Kalau tak mya makan kuih raya dengan minum air je.

    ReplyDelete
  15. Jangan makan banyak nanti dekat rumah roang lain tak muat perut lol

    ReplyDelete
  16. Setuju sangat dengan part makan dalam kuantiti yang sedikit..

    ReplyDelete
  17. Hihi...musim musim panas ais tu heaven

    ReplyDelete