5 Jenis Emosi Dalam Kalangan Remaja

July 24, 2017

5 Jenis Emosi Dalam Kalangan Remaja | Assalamualaikum. Dua tiga hari ini Elsa sering emosi. Tak pernah nak tetap emosinya tau. Kadang-kadang sampai tak boleh kawal emosi Elsa bantai bergaduh dengan orang sekeliling. Entah apa yang tak kena entah. Ha masa itulah sel-sel otak berhubung untuk huraikan 5 Jenis Emosi Dalam Kalangan Remaja. Memandangkan Elsa masih pangkat remaja lagi kot hahaha jadi tak salah nak kongsi

5 Jenis Emosi Dalam Kalangan Remaja
5 Jenis Emosi Dalam Kalangan Remaja
Sumber: Google

Umur makin lama makin meningkat. Makin lama makin macam-macam emosi yang kita akan alami. Emosi itu boleh datang apabila kita diduga sesuatu, menerima dan memberi sesuatu, kehilangan sesuatu, tidak puas hati dengan sesuatu ha banyak sesuatunya tu. Emosi merupakan reaksi terhadap rangsangan luaran dan dalaman setiap individu. Emosi juga dapat motivasi diri kita terhadap setiap situasi yang bakal kita tempuh samada baik atau tidak baik, maka kita yang kawal emosi bukan emosi kawal kita tau. Ha bila emosi dah tak dapat dikawal itu yang macam-macam perkara yang tak sepatutnya akan berlaku

5 Jenis Emosi Dalam Kalangan Remaja

1. Gembira
Gembira merupakan ekspresi berpuas hati, terkejut dan lega. Gembira akan terjadi apabila sesuatu yang bersifat tiba-tiba. Kita tak jangka perkara tersebut berlaku dan boleh juga terjadi apabila kita menerima satu cerita atau info yang boleh buat kita tersenyum, bersorak-sorak dan ada kalanya ketawa. Gembira juga boleh terjadi apabila kita berjaya melakukan sesuatu perkara di atas usaha kita sendiri, dan kita tunjukkan gembira tersebut dengan syukur

2. Cemburu
Cemburu bermaksud kita tidak yakin dengan keupayaan diri sendiri. Biasanya cemburu nie kalau kita tak boleh tengok seseorang itu lebih daripada kita. Selain itu juga kalau bercinta, cemburu akan datang apabila pasangan tiba-tiba sahaja mengalihkan perhatian dia daripada kita, sering memuji orang lain dan lebih suka kepada orang lain. Maka kita akan cemburu dan usaha mencari jalan untuk jadi yang lebih 'power' daripada yang lain

3. Takut
Takut adalah reaksi yang mendorong individu untuk menjauhkan diri dari sesuatu perkara. Mereka yang takut ini akan rasa diri mereka diancam jika melibatkan diri dalam perkara tersebut. Takut nie ada macam-macam antaranya adalah takut kepada manusia, takut kepada keadaan sekeliling, takut kepada tinggi dan gelap dan lain-lain. Mereka akan fobia jika mereka terpaksa melalui situasi-situasi yang begitu

4. Sedih
Sedih bakal berlaku jika kita mengalami kekecewaan, kecederaan dan kegagalan. Sedih yang berlarutan akan buat kita lemah seterusnya mengalirkan air mata. Sedih ini juga boleh membuatkan orang sekeliling kita risau untuk dekat dengan kita. Hanya yang mampu meredakan kesedihan itu sahaja yang boleh. Nie nak pesan sikit, kalau anda ada emosi sedih, jangan meroyan macam Elsa. Buruk padahnya tau

5. Marah
Marah adalah emosi yang sangat berat dan bakal menyusahkan orang lain. Marah akan jadi apabila sesuatu hal yang kita lakukan diganggu dan ketegangan emosi ini akan berlaku. Lebih teruk jika kita tidak dapat mengawal emosi marah, kita rasa nak bermusuh je dengan semua orang. Elok-elok boleh berbincang balik semula nak bagi hal yang dibuat tu berjalan lancar semula jadi tak lancar yelah bila marah dah menguasai diri. Sudahnya kita juga yang menyesal kankan

Sejujurnya, Elsa sendiri bercampur emosi nak siapkan entri ini hahaha. Biarpun banyak emosi yang kita ada dalam diri, jika kita bijak mengawal emosi sendiri, ia tidak akan memudaratkan diri sendiri mahupun orang lain. Emosi gembira pun kalau dah terlampau gembira sangat boleh susahkan orang lain juga tau. Contoh kalau dapat birthday surprise, dia punya gembira tu sampai nak tidur pun dengan belon-belon sekali dipeluknya (kisah benar) Hahaha okaylah sekian

You Might Also Like

21 Comments

  1. Emosi sedih paling bahaya. Kalau dah terlampau ikut perasaan mmg tak habis la cerita. Huhuhu.

    ReplyDelete
  2. Owh gitu ye...maknanya kak lina kira masih remaja la kan...sebab masih ada emosi begitu hahaha

    ReplyDelete
  3. Emosi ni sampai ke tua pun ada juga cuma tahap dia berbeza. :)

    ReplyDelete
  4. semua emosi mya dah lalui tapi paling teruk sedih lah.. boleh memakan diri sendiri..

    ReplyDelete
  5. insyaAllah semua emosi ni dapat diatasi dan distabilkan dengan sentiasa ingat Dia.
    Somehow emosi ni bukan remaja je yang alami, even yang dah berusia pun sensitif.
    ^_^

    ReplyDelete
  6. betul la apa Kak Shyaa cakap. sedih paling bahaya. takut sedih yang boleh bawak kepada tertekan. lepastu. mental sndiri

    ReplyDelete
  7. Lagi satu, blur... hehehe....

    ReplyDelete
  8. good sharing elsa....emosi remaja yang pelbagai..

    ReplyDelete
  9. sy dah melepasi alam remaja.. walaupun begitu emosi ini tidak akan lari drp kita smua tak kira umur :) Nice sharing Elsa

    ReplyDelete
  10. Akk kira remaja lagi la kan walaupun dah 28. Hee. Tp mmg btul kadang2 tu rasa nk marah n nangis tnpa sebab. Huu..


    Part peluk belon tu seram.kang meletop masa tido nanye je.heheh

    ReplyDelete
  11. tak remaja dah..tapi ada je emosi macam tu ..heheheh

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  12. bahaya emosi sedih ni.. tak leh dibiarkan lama. boleh murung..

    - Mia Liana

    ReplyDelete
  13. Emosi ni sebenarnya hamba kepada perasaan. Dan kita pula yg jadi hamba kepada emosi.

    Emosi mesti ditentang ada kala emosi perlu dipupuk. Bergantung kpd jenis emosi. Jangan jadikan diri sendiri hamba kepada emosi.

    ReplyDelete
  14. Kalau sedih dan marah, mai tak boleh control badan dari shaking T_T

    ReplyDelete
  15. Masa remaja itulah tengah turun naik paras hormon dalam badan. Sebab itulah boleh wujud pelbagai emosi dalam satu2 masa. Makin bijak seseorang remaja mengawal emosi sendiri, semakin matanglah orang itu. Cewah.

    ReplyDelete
  16. Remaja memang emosinye lain sikit dan bermacam2.. Darah muda kan.. :)

    ReplyDelete
  17. Jom sama2 cuba kawal emosi..
    hehe.. have a nice day babe..

    ReplyDelete
  18. Sekarang ni tengah takut T.T Takut test jpj dengan result upu huhuhu

    ReplyDelete
  19. itulah emosi manusia. jadi kawal lah emosi dengan sebaik mungkin.

    helloaiman

    ReplyDelete
  20. Biasalah.. zaman remaja macam2 perasaan Kita hadapi. Kerana proses kematangan Dan pembelajaran, pelbagai embosi bercampur Dan inilah cabarannya sebagai remaja.

    ReplyDelete