Blue Sky Tag (Tagged By Fazrol Iqbal)

May 12, 2017


Blue Sky Tag (Tagged By Fazrol Iqbal)
Blue Sky Tag (Tagged By Fazrol Iqbal)
Sumber: Google

Blue Sky Tag (Tagged By Fazrol Iqbal) | Assalamualaikum. Semalam Elsa dah laksanakan tanggungjawab Elsa untuk jawab soalan daripada Amerzing. Di dalam entri semalam juga Elsa dah janji untuk jawab soalan Blue Sky Tag (Tagged By Fazrol Iqbal) pula. Wah datang balik debar Elsa tau! Tak terasa macam retiss ke bila orang tanya kita? Hahahaha. Okaylah tanpa buang masa dan bebel panjang, Elsa nak ucap terima kasih kepada Fazrol Iqbal sebab sudi tag Elsa ye

RULES
1. Thank the person who tagged you
2. Answer their 11 questions
3. Tag 11 people
4. Give them 11 questions to answer

1. Bila dapat satu kuasa teleportasi, dan boleh kemana-mana saja sesuka hati. Manakah tempat yang nak pergi. Kenapa?
Elsa akan pergi ke satu tempat yang boleh buat Elsa hidup sorang-sorang je dekat situ. Ada laut biru, sejuk, tenang je. Yang penting, tak ada orang

2. Nyatakan dua movie pilihan dari negara Jepun, Amerika, China, Korea, Filipina dan Thailand
Alamak susahnya soalan nie hahaha. Elsa lebih banyak tengok movie dari negara Amerika saja. Lagi 5 negara tu tak pernah

3. Kalau diberi peluang untuk memilih hadiah pada harijadi. Hadiah apa yang akan diminta? kenapa?
Cukuplah dress yang si Elsa pakai dalam movie Frozen tu hahaha

4. Empat perkara yang tak disukai
- Dipaksa makan sayur
- Diuang air masa Elsa tengah tidur (baru saja berlaku tadi di mana si pelakunya ialah ABAH)
- Delete cerita yang Elsa record di Astro
- Tak makan

Sebenarnya banyak lagi. Ini antara empatnya hahaha

5. Pelakon favourite lelaki/wanita. 3 orang
- Jason Statham kacak yang amat
-
-

Setakat ini seorang saja pelakon kegemaran Elsa. Ini sangat jujur hahaha

6. Apa 5 perkara yang boleh buat anda gembira?
- Makan sampai kenyang
- Orang cakap Elsa cantik (alamak)
- Travel dengan kawan-kawan
- Tidur yang cukup
- Buat kerja hasilnya sangat baik

7. Kalau berpeluang nak menjadi orang lain dalam masa satu hari. Siapa yang korang nak jadi? kenapa?
Elsa tak pernah nak terfikir nak jadi orang lain. Sebab Elsa sendiri pun masih tak betul lagi. Lebih bagus jika jadi diri sendiri kan

8. Satu perkara kecil yang buat korang happy gila
Bila kawan-kawan buat lawak Abioso dan korang gelak tanda jaga hati tapi lama-lama korang punya gelak tu jadi ikhlas pulak hahaha

9. 5 orang yang paling penting dalam hidup
- Ibu
- Abah
- Adik
- Bakal Cik Abang
- Kawan-kawan yang masih ada dengan Elsa

10. 1 perkara yang korang boleh buat tapi korang taknak tunjukkan. (bakat unik)
Makan Korea Spicy Ramen 5 packs. Berani tak berani tak?

11. Pendapat korang tentang blogger yang sombong? (Sila jujur... hehe)
Alaaaaa, takutnya nak jawab soalan nie hahaha. Elsa jenis tak kisah mereka nak sombong dengan Elsa. Itu hak mereka. Mereka sombong atau tidak, Elsa tetap tegur dan singgah. Kalau mereka tak suka, tak jadi masalah sikit pun buat Elsa hehe (jujur dan ikhlas)

Alhamdulillah selesai jawab soalan Fazrol Iqbal. Sejujurnya memang soalan Fazrol Iqbal mencabar jugak untuk Elsa jawab hehe. Okaylah sampai sini saja tau. Elsa ada banyak entri nak dikongsikan cuma masa tak mengizinkan Elsa. Terima kasih pada yang setia datang Blog Elsa. Elsa hargai sangat. Bye

You Might Also Like

2 Comments

  1. Soalan no 6, sy pun happy kalau orang cakap sy cantik. Kah! 😜

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat statement 7 dan 11. Seppp sikit ! Hehehe

    ReplyDelete