5 Tips Menjadi Top Referral

August 14, 2017

5 Tips Menjadi Top Referral | Assalamualaikum. Siapa dekat sini yang selalu sangat menjadi penaja kepada Giveaway, Segmen, Contest dan sebagainya? Okay selalu kalau pihak yang menganjurkan sebarang acara itu mesti akan sediakan hadiah kepada penaja yang rajin. Tapi apa sebenarnya Top Referral nie? Nak tahu 5 Tips Menjadi Top Referral boleh baca sampai habis

5 Tips Menjadi Top Referral
5 Tips Menjadi Top Referral
Sumber: Google

Maksud Top Referral adalah mereka yang rajin backlinkkan blog kita dalam blog mereka. Contohnya, mereka selitkan link blog kita di dalam blog mereka, kemudian pengunjung akan masuk ke blog kita melalui link yang terletak di dalam blog mereka. Ha lebih kurang macam itulah. Tapi Elsa yakin ramai saja yang tahu maksud dan cara nak menjadi yang paling top nie kan. Tak kisahlah yang penting Elsa nak kongsikan juga pada yang masih belum tahu

5 Tips Menjadi Top Referral
1. Rajinkan diri anda menjadi penaja kepada mereka yang ingin menganjurkan segmen, giveaway dan sebagainya

2. Blogwalking dan promote entri giveaway dan segmen mereka itu ke sosial media yang lain seperti facebook, instagram dan sebagainya

3. Kalau rajin, anda taburkanlah ayat-ayat yang boleh menarik perhatian pembaca lain untuk join giveaway dan segmen tersebut. Ha bukan itu sahaja, penganjur pun tertarik juga untuk jadikan anda sebagai Top Referral

4. Letakkan banner giveaway dan segmen penganjur di dalam blog anda contohnya seperti di sidebar, di dalam entri. Tak mahu banner, bubuh link url giveaway pun dah cukup

5. Paling mudah dan ringkas, tag rakan-rakan, tinggalkan link url di chatbox dan di kotak komen blog yang lain

Wah mudah sungguh nak jadi yang hebat! Hehe Elsa sebagai penaja tegar memang akan gunakan 5 Tips Menjadi Top Referral tapi nampak gaya masih belum ada rezeki untuk menjadi yang paling top. Tapi tak apa, niat kita sebagai penaja dan juga pembaca setia blog hanyalah untuk membantu dan berkongsi rezeki sesama blogger. Seronok kan dengan hanya melibatkan diri dalam acara yang mereka anjurkan, kita memperoleh ramai rakan-rakan. Jadi siapa yang nak mencuba tu, semoga berjaya!

Jemput Join: Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com [Sponsored By Elsa]

You Might Also Like

22 Comments

  1. Elsa rajin buat ga kan....kak lina ni bila la nk buat ga haha...

    ReplyDelete
  2. Akak ingatkan tadi referal untuk minta kerja 😅😅 Akak tak yakin nak buat GA sendiri. Hii.

    ReplyDelete
  3. Laaaa, mcm ni pula nak jd top referral..
    Now dah faham dah, tq Elsa bagi tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah Elsa... akan ada rezeki Elsa nanti..

    ReplyDelete
  5. Nak jadi penaja tapi selalu tak perasan orang advertise.. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Betul tips tu. Jadi penaja giveaway yang best & bg wang tunai mmg sangat la dinantikan

    ReplyDelete
  7. TQ Elsa for the info..
    First time dengar pasal referral ni.
    Camana nak jadi penaja. Contact blogger tu directly dan offer nak jadi penaja ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yyup kaklong macamtu pun boleh hehe. lagi satu kalau ada yang iklankan pencarian sponsor tu ha dari situ kita boleh contact diorang jugak

      Delete
  8. nice tips elsa.. dpt banti sedikit sbanyak pada blogger lain :)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas tips.. Sangat berguna.. teringin juga suatu hari nanti nak jadi top referal >.<

    ReplyDelete
  10. NICE elsa.. :)

    teringinn nak buat GA, tapi tak tahu nak mula dari mana..

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak buat giveaway kat blog sendiri hehehe, apa pun nice info :)

    ReplyDelete
  12. ccl pernah 2 3 kali bergelar top reffral , seronok yakmat

    ReplyDelete