Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 2

March 03, 2017


Assalamualaikum

Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 2
Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 2
Elsa nak ingatkan lagi sekali, INI KISAH BENAR, si penghutang ini ialah seorang LELAKI dan berhutang hampir RM1000. Dia menghilangkan diri. Dia sudah jarang masuk kelas untuk belajar, kawan kawan yang lain juga dah jarang nampak dia. Dia umpama lari dari semua orang. Tak lama lepastu, Elsa dengar daripada kawan kawan yang terkena macam yang Elsa kena juga. Sah sangatlah bukan Elsa sorang je jadi mangsa peminjam duit kepada dia, malah kawan baik dia sendiri pun terkena juga. Elsa ambil cerita dari salah seorang mangsa. Menurut dia, si penghutang sebenarnya ada melibatkan diri dalam beberapa Persatuan/Kumpulan senang cerita lah macam MLM (elsa tak reti nak menerangkan) Jadi dia gunakan kami semua sebagai orang bawahan dia dan kononnya dia akan cakap pada ketua kepala MLM bagai tu yang dia dah dapat customers

Reaksi Elsa pada masa itu memang sangat kecewa dan terkejut, tidak lama kemudian Elsa menangis. Kawan tu katakan yang penghutang sendiri pernah menceritakan tentang hal ini jadi dia tahu yang penghutang mahukan duit sebab MLM. Elsa pelik kenapa dia minta duit bukan ke bila sertai benda tu boleh jadi kaya? Kawan Elsa menjelaskan, syarikat MLM tu dah muflis kononnya. Jadi dia kena bayar balik semua tu kepada ketuanya. Elsa susah nak percaya semua tu tapi apakan daya, percaya atau tidak memang kami semua dah jadi mangsa si penghutang

Elsa tanya kawan tu. Adakah ibu dan ayahnya tahu? Kawan kata tidak ibu dan ayahnya lansung tidak tahu. Lagilah Elsa sangat marah sedangkan kawan nie rapat dengan ibu dan ayah penghutang. Kenapa tak bagitahu saja? Nasib saja kepala otak kawan tu sangat bijak, dia tak mahu ibu dan ayahnya kecewa dengan perangai si penghutang. Elsa sangat tak setuju. Elsa dah terdetik hati nak bagitahu ibu dan ayahnya. Elsa minta nombor telefon ibu si penghutang daripada kawan tapi kawan tak mahu bagi. Okay tidak mengapa. Elsa ambil keputusan untuk ambil sendiri dari dalam telefon kawan tu secara senyap senyap

Marah Elsa semakin membuak buak. Elsa whatsapp si penghutang supaya hentikan buat perangai sebegini. Elsa bebel sepuas hati tapi dia suka suka je ceramah Elsa balik! Kepala Timun dia lah. Elsa ugut dia untuk bagitahu ibu dan ayahnya tapi dia berlagak. Tak takut. Elsa hanya mampu menangis pada waktu itu. Tak tahu nak mintak tolong siapa lagi. Elsa taknak babitkan kawan kawan yang lain sebab Elsa tahu semua itu takkan berhasil. Pernah saja kami semua kepung dia di satu tempat, tapi dia tak takut, malah dengan lelaki pun dia tak takut. Sebab apa? Sebab dia pandai bermain dengan ayat, mulut dia sangat manis sampai kawan kawan nie semua makin tak sampai hati nak hentam dia. Elsa pelik dengan diorang nie semua sangat pelik. Bila cara ini tak berhasil, Elsa ambil keputusan untuk berhadapan dengan ibu bapa dia

You Might Also Like

24 Comments

  1. Orang macam gini memang fikir diri sendiri je. Selfish! Tak fikir masa panjang langsung. Isk geram pulak rasa !

    ReplyDelete
  2. wooo wooo... makin panas cerita ni Elsa... sis tunggu next part

    ReplyDelete
  3. Ehh.. Sakit pulak hati kita baca.. Sesuka hati dia je nak pinjam untuk mlm..

    ReplyDelete
  4. Teruknyaaaa! tak sabar nak tunggu sambungan seterusnya. Boleh pulak pinjam duit orang lepastu jadikan orang tu downline dia haih.

    ReplyDelete
  5. Moral, kalau bukan suami jangan bagi pinjam duit... hihi

    ReplyDelete
  6. Ada jugak spesis macam ni, dah berhutang berlagak pula..
    Betullah kalau rezeki dia begitu. Harap dia sedar dan tak menyusahkan ibu bapa dan orang sekeliling..

    Semoga Elsa dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  7. Kesian dengan orang yang macam ni. Mereka sebenarnya mungkin terdesak dan ada masalah kewangan, tapi tak jumpa jalan 'lurus' maka, orang2 yang tak bertanggungjawab ambil kesempatan la. Semoga beliau dapat bayar hutang semua orang. Hutang, pemberat hidup.. Sabar yea elsa.. Kalau die tak bayar elsa anggaplah sedekah. Memang pahit tapi mubgkin itu lebih melegakan kita dan dia. InsyaAllah

    ReplyDelete
  8. elsa tak dapat nak anggap sedekah lagi sebab dia pinjam hampir 1000 sis :'( @Ayu

    ReplyDelete
  9. Saya pun ada seorang kawan macam ni..

    Pinjam duit kat orang ramai. Kata nak kahwin.. Masa pinjam bukan main manis mulut, lembut2 cakap..

    Dah pinjam, pui tak bayar.

    Patut orang yang yang tak bayar ni yang malu dengan kita, tapi ini kita pula yang segan nak minta..

    Dah terbalik dah dunia ni

    ReplyDelete
  10. Ya Allah dia ni... Sabar je lah. Geram pulak baca. Takkan pernah ada jalan pintas untuk bersenang-lenang okeyyy... Suka suka hatiii je kan gunakan orang untuk kepentingan diri sendiri! Fuuhhhh... Rasa nak marah pulak. 😤

    ReplyDelete
  11. Ya Allah geramnya baca... tak patut dia aniaya kawan2 pasal duit macam tu.

    ReplyDelete
  12. kita banyak2 la berdoa semoga dia sedar dan akan membayar balik semua hutang elsa.. inshaAllah

    ReplyDelete
  13. adoii kenapa jadi mcm tu huhu

    ReplyDelete
  14. btw sy follow sini #324

    nurfaezahabdullah1712.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. MASA BERHUTANG CARI KITA .. TIME NAK BAYAR HUTANG KITA PULAK TERPAKSA INGATKAN ORANG TUE ..SEDIHKANN

    ReplyDelete
  16. Dah ramai orang yang dia berhutang, susahlah kalau nak bayar semua serentak.
    Semoga dia cepat sedar akan kesilapan dia.

    ReplyDelete
  17. huhuhu dhlah berhutang, tak tahu malu pulak dia ye.. haisss.. teruk betul..

    ReplyDelete
  18. Tak patut buat camtu tau. Hilangkan kepercayaan orang pada kita. Nie kes sangat taksub dengan MLM agaknya. Sampai sanggup buat begitu. Huhu. Kalau sis pun Elsa, tak tahulah. Tak terhalal lah kalau dah Rm1k 😒😒

    Harap dia sedar akan kesalahan dia kelak..

    ReplyDelete
  19. Allahu Rabbi, akak harap Elsa sabar yea, doa banyak2 agar dia diberi hidayah untuk membayar hutang awak.. =) Semoga Allah melembutkan hatinya..

    ReplyDelete
  20. Hutang wajib di bayar. Geram pula kak ana baca. Maybe dia tgk elsa ni lembut so dia amik kesempatan. Semoga dia sedar dengan tindakan dia dan bayar semula hutang2 tu. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  21. Hadoilah.. Macam-macam perangai manusia nie..
    Kesian kat mak ayah dia lah kan Elsa..

    ReplyDelete
  22. palo otak dia dah ting tong sngt tu. sapo suh jinakkan diri join MLM tu???

    ReplyDelete
  23. pergi join MLM apahall laaaaa. aduhh

    Jom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete