3 PEMENANG - REVIEW BLOG BY ELSAALICIOUS

September 04, 2016

Assalamualaikum semua! Miss me? Hehe Elsa datang balik setelah sekian lama membusykan diri berkhidmat untuk negara, dengan laptop buat hal, fuhh memang menduga. So harinie baru berkesempatan nak bukak dan update satu post yang Elsa belum tunaikan janji Elsa pada pemenang REVIEW BLOG BY ELSAALICIOUS

Eh? Bila pulak Elsa buat Review blog kan? Hehe nie yang sebelum puasa punya segmen tu. Kalau sesiapa masih ingat. Tapi sebab kekangan masa, baru harinie Elsa baru terdetik hati nak buat review untuk pemenang pemenang tu. Dalam keadaan hujan nie kan, apa lagi yang boleh dibuat. Kerja pun semua dah settle. So ke sinilah kita hehe

Okay takmo lah bebel panjang lagi. Let's move!

1. http://afifahanuar.blogspot.my/


Okay nama penuh owner blog ialah Nurul Afifah binti Anuar. Gadis kecil molek berumur 14 tahun nie berasal dari Pulau Pinang tau. Sesuai diri dia dengan design blog yang sangat pinkish dan kalau awak semua pergi visit blog dia, nak membaca pun rasa tenang sebab dia sajikan lagu yang sangat menusuk jiwa and smooth hehe. Afifah seorang yang rajin join giveaway yang blogger2 lain anjurkan. So pada kawan2 yang hobi join giveaway sama macam adik Afifah nie, bolehlah follow blog dia. Link ada di atas. Sure boleh kenal kenal ada di "Contact Me" pada blog dia. Jangan risau dia sangat friendly *berdasarkan conversation Elsa dengan dia di whatsapp



Blog Kesihatan favourite Elsa! Hehe Sis Wawa nama penuhnya Wan Rokiah bt Wan Ismail, berumur 30 tahun dan beliau berasal daripada Terengganu. Hm tengok saja gambar di atas dah nampak dah merata vitamin lah shaklee lah hehe. Blog niaga nie ada menyediakan pelbagai set penjagaan diri dan kesihatan yang boleh dibeli secara online. Selain itu, pada sesiapa yang berminat untuk jana income melalui produk shaklee, pakar Sis Wawa boleh bantu awak semua tau. Tak kurang daripada tu juga sis Wawa berkongsi tips tips kecantikan luar dan dalam serta kesihatan pada usia muda mahupun tua. Jangan risau. Sis Wawa sentiasa berikan yang terbaik untuk pelanggan dan followers beliau. Untuk mengelakkan was was dan kurang percaya terhadap produk yang dijual, sis Wawa ada tunjukkan pelbagai testimoni pelanggan and mostly semuanya yang positif! Haa siapa taknak cantik tu memang rugi lah hahaha. Nak belajar memasak makanan baru? Boleh saja dekat blog nie pun ada menyediakan resipi resipi untuk kita semua. Boleh visit dan follow blog niaga nie okayss!



Okay my last winner hehe blogger yang agak rapat dan peramah dengan Elsa. Tiap tiap hari kalau bukak chatbox tu memang akan ada dia je lah hehe. Nama diberi Ain Athirah binti Anuar. Nie kakak Elsa nie umur 21 tahun hehe dan berasal dari Perak. Yes Sis Athirah suka melancong. So kalau bukak dekat blog dia dah terpampang tab Travel. Hikhik seronok and enjoy baca post dia pasal travel. Rasa macam kita tengah travel dengan dia jugak hehe. Beliau rajin blogwalking tau. Hari hari dia akan tegur you alls yang follow blog dia haa betul nie tak tipu nie hehe. Design blog yang white white simple but nice dan tak berat buat Elsa tertarik dan rajin untuk visit blog nie. Jom follow gais. Untuk tahu lebih lanjut yes boleh saja kaji blog nie atas bawah

Alhamdulillah selesai untuk post nie. Nervous sebab baru first time review blog orang lain. Elsa masih belajar so kalau ada kurang harap maaf ye awak semua. Happy me had a short conversation sebelum nie hakhak. Semoga awak semua murah rezeki dalam berblogging. Dadaaa

You Might Also Like

6 Comments

  1. Terima kasih Elsa. Terharu wawa. Semoga Elsa terus maju jaya.")

    ReplyDelete
  2. Allahu malu kita. hahaha. Tahnkyou review pasal kita ♥

    ReplyDelete
  3. Wawawa!! Baguslah bt bnda mcm ni. Nanti buat lg eh nk cuba jgak😊

    ReplyDelete