10 Tips Penjagaan Bateri IPhone

February 20, 2017

Assalamualaikum

Amboi dah dua hari Elsa tinggalkan blog dengan tak update apa apa entry pun. Padahal Google AdSense baru sahaja lulus. Jangan sampai Google tarik balik AdSense awak Elsa. Ish ish. Maafkan Elsa makin hujung bulan makin sibuk dengan kerja. Cadangnya bila dah balik rumah jam 5 petang, rehat rehat lepastu kot boleh bukak laptop sekejap. Tapi katil Elsa terlampau seksi. HAHAHAHA

Okay berbalik pada tajuk di atas. Remaja sekarang termasuk Elsa *kuikui tak boleh nak lekang dengan telefon bimbitnya. Lebih lebih lagi girls yang memiliki IPhone. Maklumlah kamera IPhone tak pernah tak cantik kan. Jadi hari hari kena tangkap gambar buat modal instagram. Eh Elsa terperli diri sendiri pulak! Hahaha. Siapa yang follow instagram Elsa tu tahu lah Elsa punya jadual masukkan gambar dalam instagram. Ish entah apa apa lah perangai hahaha. Tapi tahu guna je ke? Nak menjaganya tahu tak?

Penjagaan bateri memang sangat penting dan utama. Ini wajib diambil berat bagi mengelakkan pembaziran untuk membaiki bateri, membeli IPhone yang baru dan menyimpan 2 3 buah powerbank dalam beg tangan. Bukan sahaja pengguna IPhone malah pengguna telefon pintar Android juga perlu menitikberatkan permasalahan ini. Telefon pada zaman sekarang tak hebat pada bateri. Yelah, tak sampai 12 jam dah nak kena cas semula bateri telefon. Kalau zaman Elsa 15 tahun ke bawah, mana nak jumpa lagi telefon macam sekarang. Dulu bateri telefon kalau tak guna kadang kadang 2 hari boleh tahan lagi tau. Zaman tu whatsapp, wechat, instagram semua mana nak ada lagi. Zaman tu zaman duduk asrama hakhak

10 Tips Penjagaan Bateri IPhone
10 Tips Penjagaan Bateri IPhone

Gambar Lock Screen Pilihan Elsa: RUBY ROSE

Okay tanpa Elsa dibenarkan membebel panjang, Elsa nak kongsikan pada korang semua 10 Tips Penjagaan Bateri IPhone yang Elsa telah praktikkan sehingga sekarang Alhamdulillah. Harap bermanfaat untuk kita semua

10 Tips Penjagaan Bateri IPhone

1. Telefon Off Ketika Mengecas
Elsa jarang lakukan ini. Sebab kalau ada kecemasan di mana ada orang perlukan pertolongan kita, kita tidak ketinggalan kan. Tapi tak salah pun kalau off telefon, boleh saja

2. Untuk Kali Pertama Mengecas, Cas Bateri Telefon Sekurang-kurangnya 8 jam
Tak kisah apa jua jenis bateri telefon tersebut, pastikan untuk kali pertama bateri korang dicas selama 8 jam. Sebab kita baru saja pakai bateri tu, jadi dia boleh memanjangkan usia bateri kita. Kalau kali pertama cas setengah je, ha ada potensi nak rosak tau bateri tu pada masa akan datang

3. Jangan Guna Semasa Mengecas
Ini paling Elsa tak suka buat. Kadang kadang Elsa marah diri sendiri sebab sambil cas tu lah nak main game, nak baca whatsapp, nak dengar lagu, nak main youtube. Masa bateri tengah penuh tak mahu pulak buat semua tu. Jangan selalu guna ye masa mengecas. Ia akan menyebabkan bateri kita tak tahan lama nanti

4. Kurangkan Penggunaan Mobile Data, Gunakan WiFi
Elsa memang lebihkan guna wifi sebab di rumah dan dalam beg Elsa ada juga wifi YES huddle. Kalau Elsa tak main telefon, Elsa akan off mobile data sebab bateri juga akan cepat makan dan data juga akan cepat makan jugak. Dah rugi dua benda dekat situ kan

5. Mod Kecerahan
Sesetengah orang hanya letakkan mod cerah paling bawah sekali. Itu lebih mujarab bagi penjagaan bateri. Tapi Elsa gunakan mod kecerahan sebagai auto kerana Elsa nie rabun hahaha

6. Mod Penjimatan Bateri
Ini juga antara tips yang bagus untuk penjagaan bateri. Walaupun sudah dicas penuh 100%, namun Elsa masih hidupkan mod penjimatan bateri juga. Jadi jangka hayat bateri tersebut lebih lama dari yang biasa

7. Pastikan Bateri Betul-Betul Lemah Sebelum Mengecas
Nak ingatkan juga pastikan bateri tinggal 20% atau 15% atau amaran bateri lemah dipaparkan, barulah korang cas bateri sehingga penuh. Kalau tidak, tak lama lah bateri awak tu sihat hehe

8. Kurangkan Cas Di Dalam Kereta
Pada korang yang suka cas dalam kereta tu, harap dapat kurangkan ye. Ini kerana voltan pada kereta selalunya tidak stabil. Jadi bateri akan cepat rosak kerana menerima arus voltan yang tidak stabil

9. Jangan Terlebih Had Waktu Mengecas
Okay selalunya bateri telefon akan penuh dalam masa 2-3 jam. Jadi janganlah cas pada waktu korang sedang tidur pada waktu malam tu. Ini kerana bateri akan cepat rosak kerana overcharge. Tips daripada Elsa, nanti kalau ada pergi ke kedai aksesori telefon, tanya jurujual yang korang nak wayar pengecas yang akan off sendiri selepas bateri habis dicas. Elsa selalu mintak begitu haha dan sekarang wayar yang Elsa pakai adalah wayar jenama REMAX

10. Jauhkan Bateri Dari Haba
Contoh seperti barangan elektrik yang mengeluarkan haba lah sebab ia akan mudah meletup. Bila dah meletup bukan bateri saja meletup malah telefon pun sama. Hukhuk menangis tak berlagu kena kumpul duit beli telefon baru kankankan

Alhamdulillah, Elsa dah kongsikan apa yang Elsa lakukan untuk mengekalkan ketahanan bateri lebih lama. Jagalah bateri telefon anda sebaik-baiknya. Sebab zaman sekarang nie kalau takde telefon depan mata, badmoodnya bukan main sampai nak makan pun ego taknak makan *elsa lah tu

ADA 20 HARI LAGI SEBELUM TAMAT GA ELSA! JEMPUT JOIN! KLIK SINI

You Might Also Like

18 Comments

  1. Syed paling tak reti nak jaga battery ni macam mana haha.
    Kalau tak nak guna time tengah cas tak boleh juga sebab kadang-kadang ada masuk whatsapp etc. Kalau nak off data time cas pula tak boleh juga sebab nanti kalau ada emergency ke apa susah. Sekarang kan semua inform pakai whatsapp haha. So, redha jelah kalau dia tahan, tahan lah. Kalau tak tahan tukar phone lain la? Ehhh banyak pula duit kah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalahhhh hahaha selalunya time chargelah orang selalu whtsapp apa semua hahahahaha

      Delete
  2. Omagaaad, Ruby rose tu...Hot kan..

    Tips ni sesuai untuk semua phone juga, hahaha kalau sayang kenalah jaga elok2. Kang bateri rosak,kita juga susah. Cewahhh, padahal kadang2 time duk charge tu la wasap nak bertubi2 masuk. hahaha.

    ReplyDelete
  3. tq kak elsa bagi tips ni. sy pun kdg2 suka main phone bila mengecas T.T

    ReplyDelete
  4. Yg terlebih cas tu mmg slalu, memalam kn dok cas, smpai lh ke pagi, kot bgun pg la, haha

    ReplyDelete
  5. Kak Ana selalu guna time caj. Ish teruk rasanya. Hehe

    ReplyDelete
  6. paling malas bab jaga2 benda ni.. kiki... (elsa jangan sebut sangat bab addsense sebab.... I JELES!! Hahaha...)

    ReplyDelete
  7. Terlebih had ketika mengecas phone tu dah biasa sangat. Haha :P

    ReplyDelete
  8. time mengecas sy x off battery, tapi bila nak guna sy akan cabut dr pengecas. memula beli mmg sy akan cas 8 jam. sy kalau battery 80% pun saya cas kalau x guna lepas fon dah nazak ni 😂 skrg bnyk guna wifi, kalau mod cerah tu sy pilih yg paling gelap. mata pon terjaga sikit 😏 selalu juga terlebih cas, tapi kalau cas kat keta mmg taklah. takut bagi effect kat keta 🚗 sy akan elak letak fon dekat dgn tv/ laptop/ sesama fon 😉 tips yg berguna elsa 😄🎉

    ReplyDelete
  9. Terima kasih sudi berkongsi. Mudah-mudahan bateri HP saya tahan lama selepas ini

    ReplyDelete
  10. Lagi satu! Masa caj tu, set ke airplane mode supaya battery lebih cepat penuh. Seriously, terbaca kat mana entah tips ni pastu bila buat sendiri memang terbukti berkesan. Lagi-lagi kalau pergi travel kan banyak nak guna untuk bukak maps lah, cari tempat makan best lah (ehh). Hehe macam iklan pulak. Kite memang sentiasa set brightness tu the lowest sebab kalau cerah sangat rasa nak menangis je penderaan pada mata (unless kalau duduk bawah cahaya matahari memang gelap lah, kena naikkan sikit brightness). Huhu, sorry my dear Elsa! Terbebel panjang pulak kat sini.

    ReplyDelete
  11. Info yang menarik. Terima kasih elsa

    ReplyDelete
  12. Tips penjagaan yg baik

    ReplyDelete