Lagu Nostalgia Pilihan Elsa & Kisah Disebalik Lagu Tersebut
February 08, 2017
Assalamualaikum
Semalam baca entry Bro Khaidir Khaizuki nie. Tertarik pulak Elsa nak mengolah salah satu lagu dalam entry tu dimana satu lagu tersebut ada kisah Elsa tersendiri yang sangatlah kelakar tapi best kot hahaha
So ini lagu nostalgia pilihan Elsa bertajuk Infiniti Cinta nyanyian Zizan & Kaka. Jadi Elsa nak ceritalah kenapa lagu nie sangat nostalgia hikhik. Mohon sediakan baldi takut termuntah huhu
Dulu masa Elsa tingkatan 5 Elsa dikenali oleh satu sekolah dengan panggilan 'retis' haha sebab Elsa suka tonjolkan diri dengan menyanyi dekat atas pentas tiap kali ada event atau persembahan untuk hari guru ke, hari sukan ke. Okay satu hari nie, Elsa pilih untuk hiburkan sekolah dengan lagu Infiniti Cinta nie. Elsa tak keseorangan Elsa duet dengan rakan 'retis' jugak hahaha
Selesai menyanyi, turun dari pentas je ada sorang junior datang dekat Elsa dan bagi sepucuk surat haha takdelah surat sangat macam note kecik dan ditulis dekat situ adalah...
"INI NOMBOR SAYA _ _ _ _ _ _, INI FACEBOOK SAYA _ _ _ _ _ _"
Zaman tu zaman facebook lagi kan haha. So balik tu Elsa seacrh dekat facebook, memang Elsa tak cam langsung siapa Mr. N nieyh haha. Setelah diselidik tanya kawan kawan semua, Elsa terus cari dia dekat kelas tutttttt hehehe tak boleh bagitahu jugak. Elsa lalu depan kelas dia. Yes memang itu kelas dia! Dan itu DIA! Masa tu dalam hati Elsa dok kata "amboi indahnya wajah" Dalam facebook tak ubah muka dia dengan realiti. Syukur masa tu 2 3 hari Elsa lalu depan kelas dia, dia tak pernah perasan Elsa. Ye memang Elsa taknak dia perasan Elsa dah usha dia dulu haha. Sampailah seminggu sudah tu, agaknya dia dah fed up menunggu Elsa hubung dengan dia, dia yang datang dekat kelas Elsa
Dia punya nak panggil Elsa tu bukan main macam guru besar tengah announce nama pelajar nakal hahaha. So Elsa makeup makeup sikit nak jumpa jejaka kacak nieyh haha. Dengan sipu sipu malu kucingnya Elsa boraklah dengan dia sikit dekat koridor kelas. Yelah peluang dah ada dengan cikgu pulak masa tu tengah mesyuarat, boleh dikatakan semua kelas budak budak dok merayau macam pak guard
Elsa bual sikit dengan dia "awak, kenapa suruh junior haritu bagi surat nie?" *Elsa simpan note tu sebab nak tunjuk dekat dia kemudian dia kata "sebab saya nak buat awak terkejut. Saya tunggu awak contact saya, hampir putus harapan dah hm" Lepastu Elsa tanya lagi "apa yang buat awak tercarik carik saya nie?" Lantas dia mulakan bebelan "saya suka dengar awak nyanyi lagu Infiniti Cinta tadi. Saya tenang dengar suara awak tiap kali awak buat persembahan. Sebelum sebelum nie saya suka dengar begitu aje. Tapi untuk lagu nie saya rasa lebih istimewa, mungkin maksud lagu ada kena mengena dengan kita" cia cia ciaaa
Elsa tergamam tau. Adakah ini cinta? Hahaha itu sangat merepek. Tanpa membuang masa Elsa bagitahu dekat dia, yang Elsa serik dah sikit dengan cinta monyet hahaha. Elsa berani kata cinta monyet yang bermaksud bercinta nak suka suka jeh sebab pada waktu itu tahun Elsa SPM. Nasib baiklah dia memahami. Sudahlah cukup pakej, kacak, memahami, baik (kot) tapi Elsa terpaksa tolak dia untuk jadi lebih dari kawan. Alhamdulillah. Sampai sekarang kami masih berkawan yay!
Entry nie Elsa memang akan suruh dia baca nak tengok dia ingat lagi ke tidak zaman perkenalan kami huhu. Jadi korang ada yang muntah tak? Harap tak adalah hikhik
Apa apa pun lagu Infiniti Cinta memang meletup
NAK TERSENARAI DALAM 45 PEMENANG GIVEAWAY ELSA? KLIK SINI UNTUK JOIN!
12 Comments
Alolooo comelnyaaaa hahaha tetibe rindu sekolah! 😂
ReplyDeletehaha alah elsa, kalau pakej lengkap semua dah ada apa salahnya. bagila peluang kat dia kih2.
ReplyDeletehehehe sweet ;)
ReplyDeletenice entri .. aril singgah ye . done follow blog ni ..
ReplyDeleteAlhamdulillah Elsa dan dia masih berkawan.. mesti senyum kan bila teringat cerita lama.. hehehe
ReplyDeleteAlalala comelnya perkenalan. Suara elsa mesti sedap ni, nyanyi sikit,hihihi. Eh lagi satu, sedap lagu Lana Del Rey ni. Mai pun suka.
ReplyDeleteSuara elsa memang best pun. Akak de dengar kat IG.hee
ReplyDeletehahaha alamak yeke akak?! malunyaaaa hahahaha @C i k R e n e x
ReplyDeletehihihi.. lagu dan kehidupan tak dpat dipisahkan. sweet memory giteww kak elsa. hihi. :)
ReplyDeletemaigadd..! leh wt drama neh..haha..
ReplyDeleteCerita disebalik lagu.. Nostalgia sekali
ReplyDeletehehehe, selalu gitu. Junior minat kat senior
ReplyDelete