Kenapa Ibu Sorok Spicy Korean Ramen Elsa?

February 16, 2017

Assalamualaikum

Kenapa Ibu Sorok Spicy Korean Ramen Elsa?
Kenapa Ibu Sorok Spicy Korean Ramen Elsa?
Sumber: Google

Tahun 2016, fenomena Spicy Korean Ramen berleluasa di serata dunia (kot). Tengok youtube, facebook, twitter, instagram mesti akan ada individu yang buat Spicy Ramen Challenge. Dalam banyak banyak video yang Elsa tengok, Elsa minat satu video nie saja. Tengoklah lebih 10 kali, tak jemu pun. Padahal sama saja dengan semua video. Mungkin sebab kelakar kot hehe. Okay bawah nie video Spicy Ramen Challenge yang menjadi kegemaran Elsa


Okay dah tengok? Okay sekarang meyh dengar cerita sedih Elsa pulak. Tengok tajuk je dah tahu sedih kan. Tapi sekejap je sedihnya tu. Mana boleh nak sedih lama lama. Larat sangat lah orang orang nak pujuk kan kalau merajuk lama lama

Kerana Spicy Korean Ramen nie lah Elsa sekarang dah tak pandang mi segera (maggie) yang lain. Kejam tak kejam? Sebabkan 1 saja, 10 Elsa dah lupakan hahaha. Elsa semakin obses dengan Ramen nie. Sesuailah dengan Elsa yang suka makan pedas. Selalunya pun orang yang makan pedas nie, bila dia cuba Ramen nie pulak, taubat sekali tu je diorang makan. Mujur Elsa tak macam diorang hahaha amboi berlagaknya. Ya Ramen nie memang pedas tapi Elsa tak pernah nak move on dengan Ramen nie. Ibu nekad nak sorokkan Ramen nie dan YA ibu memang dah sorokkan. Huwaaa apa salahku? Nak jadi ceritanya ibu dah terlampau geram tengok Elsa selang sehari akan cari Ramen Ramen Ramen! Asal lapar je Ramen, asal ibu masak lauk ikan je Ramen (Elsa tak makan ikan kecuali pari & keli), asal lapar tengah malam je Ramen! Sampailah pada satu hari nie...................................................

Elsa kelaparan. Nak masak benda berat berat bukan main malas! So Elsa bukak kabinet dapur nak cari baby Ramen Elsa. Tiba tiba, wadduhhhh Ramen Elsa tak ada dalam kabinet! Masa tu Elsa tak syak lain memang ibu saja yang Elsa cari. Pandai dia masa kita nak tanyakan Ramen tu lah dia tak ada dekat rumah. Dah tentu tentu dekat rumah sebelah layari murai.com dengan jiran jiran hakhakhakhak

30 minit lepastu dia balik terus Elsa tanya

Elsa: Ibu, ramen kaklong mana?
Ibu: Kamu ada beli ramen ke?
Elsa: Eee haritu ada kan. Manada kaklong habiskan ada lagi 3 bungkus rasanya
Ibu: Entah. Kamu makan masa tengah tidur jugak kot

Geramnya tak terkata! Hukhuk lepastu

Elsa: Lapar lah bu. Orang dah lama tak makan kan
Ibu: Mananya dah lama tak makan baru makan 3 hari lepas. Kamu nie nak sakit perut ke? Tak tengok orang dekat hospital tu................. Blablablablablablabla (ceramah bermula & Elsa tak ingat pun ibu bebelkan apa kihkih)
Elsa: Hm sekarang nie nak bagi ke idak?
Ibu: Haish pergi tengok dalam bakul baju tuh. Carik dekat dalam

Bukan main ibu ha dalam bakul baju kotor diletaknya Ramen kita. Ish geram kita tau tau. Sejak daripada haritu, Elsa kurangkan makan Ramen daripada selang sehari kepada setiap ahad dalam seminggu. Hahaha macam perokok nak berhenti merokok pulak

Ibu taknak Elsa sakit dek kerana makan terlalu pedas. Sampaikan cili api pun Elsa gigit begitu saja pun dia bebelkan. Makan terlampau pedas pun risiko jugak. Perut kita lama lagi nak pakai. So Elsa kena kurang kurangkan makan Ramen. Apa jadi kalau sakit perut? Kena masuk hospital? Kena cucuk situ cucuk sini? Kena bayar bil? Tak ke susahkan orang lain tu kan?

Oleh sebab itu, alhamdulillah Elsa sekarang dah taknak selalu sangat makan Ramen tu. Mahal pun mahal. Kalau seminggu habis RM25 baiklah makan chicken chop

Siapa dah jadikan Spicy Korean Ramen nie sebagai makan kegemaran macam Elsa angkat tangan? Hahaha

ADA LAGI SETENGAH BULAN UNTUK GA ELSA TAMAT. JOM JOIN & NIKMATI GANJARAN DARIPADA ELSA & SPONSOR! KLIK SINI

You Might Also Like

16 Comments

  1. hihihihi...dlm bakul baju di sorokkan..
    mmg betul² x nak bagi makan nie..

    ReplyDelete
  2. hahahaa comel je ibu elsa sorokkan dalam bakul kain baju lagi tu. Memang tak elok sangat makan pedas-pedas ni. Nanti jadi macam syed kena operate buang appendix haaa.

    ReplyDelete
  3. Allah.. jangan amalkan selalu tau elsa.. tak elok untuk perut..
    Tapi comellah mak elsa.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Hehehe sama la tabiat suka makan pedas kita, tapi mai pula suka makan cabai kering goreng rangup dengan ikan bilis atas roti, krup2, tapi kena tegur haritu sebab takut bahaya biji cili tu kan. sobs, terpaksa makan kadang2 je.

    ReplyDelete
  5. betul tindakan ibu elsa tu. tak elok makan pedas selalu. kena jaga kesihatan tau.

    tapi ok kot elsa makan pedas sebab elsa kan ada kuasa salji. hehe. just joking :)

    ReplyDelete
  6. sy x mkn ramen pedas tu. boleh ja makan cabai/ cili, tapi buang biji. sebab perut kita x dapat hadam biji tu. boleh menyebabkan usus kita tersumbat. kawan sy plak pernah dtahan seminggu kat hosp sbb makan pedas

    ReplyDelete
  7. Comelnyaa ibu!! Hihi
    Saya pernah rasa orang cuba, sedap jugak. Tapi, taknak cuba beli sebab takut terpengaruh. Dahlaa mahal. Hehe. Sekarangni cuba untuk berhenti makan makanan segera pulak. Gaya hidup sihatlaa kengkunun. :P

    ReplyDelete
  8. sis dah pernah makan... bukan setakat makan je ngan family tapi siap kena belikan utk kwn2 n jiran2 (diaorg kasi duit, sis tolong carikan stok).. jadi memang banyak jugak lah stok ramen kat rumah sis ni tahun lepas. tapi honestly, ramen tak kena ngan selera tekak sis. Lagipun sis memang bukan hantu mee segera, maggi kari tu pun sis susah nak telan. selalunya sis ni jadi tukang masak maggi je untuk suami dan anak-anak.

    ReplyDelete
  9. Hihi.. ikut jea nasihat ibu Elsa.. =)

    ReplyDelete
  10. tak baik makan megi hari hari tau./

    ReplyDelete
  11. Hahahha..sabarlah..ikut cakap mak..

    ReplyDelete
  12. hahah betul la apa yang ibu elsa cakap. tapi betul aina pun suka dengan samyang tapi tak adalah sampai addicted. lagipun aina memang jenis yang suka makan pedas kaww-kaww.

    ReplyDelete
  13. sy pernah makan sekali je hahahha itupun tk habis sbb pedas sangat

    ReplyDelete
  14. Akak ada 1 bungkus Elsa, beli sejak 2 bulan lalu. Asyik terlupa nak makan..
    Start kenal ramen jenis Samyang ni bila tgk video tu laa.. trending kat YouTube.

    Kes berat addicted Elsa ni, eloklah start kurang makan ramen tu yer hehehe 😉

    ReplyDelete
  15. airah pun suka ramen tapi yang cheese punya la. yang biasa tu xlrat pedas sgtttt

    ReplyDelete
  16. Ramen cheese sedap jugak. Hehee tapi nasib tak addicted sangat 😂

    ReplyDelete