Tahun Pertama Terima BR1M

February 23, 2017

Assalamualaikum

Tahun Pertama Terima BR1M
Tahun Pertama Terima BR1M

Amboi senyum lebar insan bernama Shaidatul Aireen nieyh! Mana tidaknya petang semalam bukan main badmood dan jealous bila tengok ramai dah yang terima duit BR1M di dalam akaun bank mereka. Kenapa Elsa punya lambat sangat? Memang macamtu ke dugaan orang yang baru pertama kali nak dapat BR1M?

Jadi malam semalam, lepas seronok komen entry rakan blogger yang dah terima BR1M, terdetik hati nie nak check akaun maybank Elsa

Tahun Pertama Terima BR1M
Tahun Pertama Terima BR1M

TADAAA! Alhamdulillah syukur. Elsa punya melompat bukan main lagi kan. Mulalah tiba tiba menjerit "IBU! BRIM KAKLONG DAH MASUKKK!" Dan ibu pulak jawab "Ha elok lerr. Pergi lerr nyopping banyak banyak" Hmmmmmmmm

Jadi apa perkara yang Elsa dah / akan buat menggunakan duit dari kerajaan nie?

1. Bagi Ibu Dan Adik
Ibu tak meminta. Tapi adik yang minta. Bukan main lagi dia siap senaraikan macam macam nak beli itu ini. Eleh eleh ingat RM450 untuk dia saja? Kaki nak kaki?

2. Cukai Jalan Kenderaan
Since Elsa dah bekerja dan tentu tentu pakai kereta abah sambil melenjan ke sana ke mari, jadi roadtax kereta abah dah jadi sebahagian dari tanggungjawab Elsa jugak. Tapi Elsa tak bersedia lagi nak bagi. Biarlah dia selesa sekejap dalam akaun bank Elsa. Hukhukhuk

3. Belanja Untuk Hari Raya
Walaupun bila dah ditolak-tolak nilai wang yang digunakan untuk dua perkara di atas, jadi baki yang ada Elsa bercadang untuk simpan buat belanja raya. Belanja raya untuk beli baju raya 2 helai, kasut raya, beg raya (?) Amboi banyak sangat ke baki yang tinggal tu Elsa? Ish Ish

Namun Elsa jamin perkara yang ketiga adalah 50% tidak bakal terjadi. Hahaha Elsa masih lagi kerdil dalam bab berjimat-cermat. Bila duit dah ada, bukan main dia punya belanja. Tapi bila dah hujung bulan, korek tabung pun belum tentu jumpa RM50 huish dihnya

Oleh itu, gunalah duit dengan cermat. Jangan banyak membazir tau tau tau. Okay Elsa tak habis seronok lagi nie haaaa siapa tak seronok tahun pertama merasa dapat BR1M kot hahahaha tu yang culture shock sikit

TARIKH TAMAT GA ELSA SEMAKIN HAMPIR! SIAPA BELUM JOIN, SILA KE SINI

You Might Also Like

12 Comments

  1. Tahniah elsa! bersama-samalah kita berjimat cermat. RM450 bukannya RM4500 sobs hahaha.

    ReplyDelete
  2. Wah bagusnya Elsa. Hehe. Goodjob girl !

    ReplyDelete
  3. Tahniah Elsa..
    Alhamdulillah dimudahkan rezeki.. 😄

    ReplyDelete
  4. meh..beli shawl saya pulak..hihi..

    ReplyDelete
  5. sy x tau dpt ke x brim tu. x check lg 😄 harap2 la dpt

    ReplyDelete
  6. Tahniah Elsa!

    Mai dh habis 100 belanja family, ni tak tau nk buat apa dh, bila duit dalam tangan burn semua plan sebelum ni, jadi kedekut pula nak keluarkan lagi,muahahaha,

    ReplyDelete
  7. wahh, bestnye dapat brim, IQ masih dalam proses lagi, tak tahu la layak dapat ke x..huhu

    ReplyDelete
  8. waaaa... dapat BRIM erk? kak liez tak dapat..
    takpe.. rezeki untuk yang lebih memerlukan.. leh belanja niyaz nnt? hihihi

    ReplyDelete
  9. Tahniah lah dapat ! Hehe
    Kin dapat first year je tu pun masa 2014. Lepastu lepastu nonhado. haha

    ReplyDelete