5 Cara Hilangkan Mengantuk Di Pejabat
March 27, 2017
Assalamualaikum
Hari Isnin merupakan hari paling malas untuk bekerja bagi Elsa hahaha. Yelah kita bukan main berlingkor hari Sabtu dan Ahad tiba-tiba Isnin kembali dengan rutin sebagai pencari rezeki. Tidak sah juga kalau setiap hari Isnin sahaja, gaya bangun pagi lain macam, gaya mandi lain macam, gaya bersiap lain macam, tiba saja di pejabat, gaya menguap pulak lain macam kan.
5 Cara Hilangkan Mengantuk Di Pejabat |
Siapa saja yang tahan nak bekerja dalam keadaan mengantuk? Kalau ada yang tahan memang hebat lah hehe. Tapi Elsa tak akan pernah tahan. Buat kerja dalam keadaan penat dan mengantuk, boleh jadi lain tau hasilnya. Bos nak projek B, kamu pergi buat projek A! Ish ish. Jadi untuk mengelakkan masalah begitu berlaku, apa kata cuba cara-cara yang Elsa lakukan untuk hilangkan mengantuk di pejabat. Alhamdulillah. Berjaya sikit hahaha
5 Cara Hilangkan Mengantuk Di Pejabat
1. Basuh Muka
Ini adalah cara paling utama untuk hilangkan mengantuk. Apabila muka sudah terkena dengan air sejuk, sekaligus mata anda akan segar semula tau
2. Mendengar Muzik Secara Sendiri
Apa maksud secara sendiri? Maksudnya jangan kongsi dengan orang lah hikhik. Dengar lagu dari telefon bimbit anda dengan menggunakan earphone. Sesetengah orang lebih suka dengar kuat-kuat kerana mereka mahu fokus kerja dan tidak mahu mengantuk. Yelah siapa saja yang akan boleh tidur lena kalau terdengar lagu kuat kan. Tapi sebaik-baiknya volume tu biasa-biasakan saja sudah
3. Wajib Bersarapan
Kalau tinggal sarapan, badan akan lesu dan tidak bersemangat. Kita bekerja dari awal pagi memerlukan tenaga yang banyak. Anda boleh saja ambil segelas air suam dengan kuih-muih nahh itu belanja paling jimat pernah Elsa buat hahaha. Selepas bersarapan, nak mengantuk pun tak sempat
4. Duduk Di Kawasan Terang
Di pejabat anda rajin-rajinlah bangun dan berpindah ke tempat yang ada cahaya dari luar contoh seperti di tepi tingkap. Dengan adanya cahaya memancar ke diri anda maka tidak akan mengantuk lagi dan anda boleh saja meneruskan kerja yang terbengkalai sejak semalam tu hakhakhak
5. Kudap-kudapan
Jika ada gula-gula atau 'jajan' lain yang boleh dikunyah, silakan. Elsa akan siap-siap bekal gula-gula getah dalam beg supaya Elsa boleh kunyah apabila mengantuk tu nak datang. Nak makanan sedap lagi? Ha awak belilah ayam goreng ke buat ratah. Kalau Elsa boleh buat kenapa anda tak boleh? Hahahaha merepek saja
Semoga 5 Cara Hilangkan Mengantuk Di Pejabat yang Elsa kongsikan ini boleh mengatasi segala macam jenis mengantuk yang melanda diri anda. Bawa-bawalah tidur awal pada malam itu agar tak terasa malas untuk mula bekerja pada esok hari tau
PERASAN TAK ELSA ADA BUAT GIVEAWAY? KALAU PERASAN, KLIK SINI
11 Comments
Akak akan rasa megantuk bila lepas makan tengahari...sebab tu sekarang dah jarang makan tengahari..malas menguap2
ReplyDeleteSadly, tak boleh dengar muzik masa kerja. So pilihan akak, kudap-kudapan. Haha. Itu yang badan makin membesar 😆😆
ReplyDeleteTiba-tiba teringat waktu kerja kilang dulu. Mengantuk tu hanya Allah je tahu ditambah pula dengan rasa sakit tumit dan pinggang sebab kena berdiri 12 jam.
ReplyDeleteSetiap hari mengantuk. Huhu
ReplyDeleteSetiap hari mengantuk. Huhu
ReplyDeletelepastu selalu tngk benda hijau 😉
ReplyDeleteKak lIEZ KLAU MENGANTUK...UBATNYAAAAAA...NESCAFE...NESCAYA CERAH MATA SMP KE PAGI TAK BOLEH TIDOOOOO
ReplyDeletekalau mengantuk terus tiap hari, tu tanda suruh tukar kerja. hihihi
ReplyDeleteUmmi kalau mengantuk mesti keluar dr bilik pastu gi lepak depan meja org lain..ajak borak hehe
ReplyDeleteKalau kudap-kudapan tu memang berkesan sangat haha. lepastu dengar lagu hehehe.
ReplyDeleteIra kalau dah ngantuk, buat la apa cara ngantuk jugak hahahhaha. Caranya lelap la sekejap sampai tersengguk nanti segar sendiri la. ehehehe 😉
ReplyDelete