My Boyfriends & Girlfriends Bloglist
March 07, 2017
Assalamualaikum
Nak bagitahu sekarang nie Rawang hujan lalalala indahnya main laptop hakhakhak
My Boyfriends & Girlfriends Bloglist |
Semalam Elsa scroll saja blog Elsa nie haa dari atas sampai bawah. Lepastu Elsa terpandanglah Bloglist Mac-April 2017 tu dekat sidebar. Tenung dia lama lama, aish macam boring je dia duduk dekat sidebar sorang-sorang. So Elsa bercadang nak carikan dia pengapit kiri dan kanan dan letakkan di bahagian footer blog hakhakhak. Ha nampak?! Siapa lah yang tersenarai dalam My Boyfriends & Girlfriends Bloglist tu kan? Cuba tengok bawah nie! Siapalah yang bertuah dapat jadi Boyfriends & Girlfriends Elsa
My Boyfriends & Girlfriends Bloglist |
Yay inilah Girlfriends Elsa! Biasalah diorang mestilah jelita macam Elsa jugak. Antara blog yang Elsa paling suka sangat lawat tau. Elsa suka baca entry diorang, dan ada yang mahir dalam mengedit blog, ada yang asyik bagi tips saja, ada jugak yang suka review tempat yang hebat hebat dekat Malaysia nie atau erti kata lain beliau seorang traveler lah. Mereka antara yang rajin jugak tinggalkan komen di blog Elsa. Diorang nie memang suka sangat lah melayan Elsa membebel hari hari. Memang boleh masuk saja nak bergosip ke apa, kalau korang rajin tengok komen komen Elsa dekat blog diorang nie bukan main panjang berjela hahaha sebab Elsa susah nak berhenti membebel. Ada je cerita yang related dengan Elsa. Eh betul ke?
My Boyfriends & Girlfriends Bloglist |
Ini pulak Boyfriends Elsa kacak-kacak belaka. Diorang nie suka juga bagi tips berkenaan dengan SEO blog lah, tips naikkan trafik lah macam macam lah. Ada jugak yang blog full English saja entrynya dari atas sampai bawah dan ya memang Elsa suka sangat baca blog entry dalam bahasa Inggeris. Walaupun Elsa memang tak reti nak berbahasa Inggeris tapi dari sinilah Elsa belajar macam macam ayat. Tapi ingat, Elsa faham je tau awak berbahasa Inggeris tapi Elsa tak reti nak membalasnya balik jewwrsss hahaha. Yang bercerita perihal lelaki dan wanita pun Elsa suka baca jugak sebab entah lah Elsa nie memang gatal sikit bab benda itu hakhakhak. Tapi ada beberapa blog antara diorang nie yang Elsa jadi silent reader je sebab Elsa segan nak komen selalu huhu nampak tak kejamnya tu
My Boyfriends & Girlfriends Bloglist |
Yay sempurna dah pengantin tengah dengan pengapit kiri dan kanan! Sangat beruntung pada yang tersenarai dalam My Boyfriends & Girlfriends Bloglist nie tau sebab diorang akan kekal je dalam Bloglist tu sampai bila bila kecuali kalau dah tak aktif lah. Selain itu juga adalah mereka nie dah macam cikgu Elsa, cikgu-cikgu dari pelbagai subjek yang sabar melayan kerenah anak murid nakal yang tak pernah nak dewasa nieyh hahahaha
Untuk pembaca-pembaca yang lain jangan risau awak semua jugak berpeluang untuk duduk dalam bloglist Elsa. Bloglist yang tengah tu memang sentiasa berubah, so semua orang berpeluang duduk dalam tu tapi Elsa mampu pilih 10 sahaja untuk setiap musim Elsa buat pemilihan tau!
Apa lagi awak semua? Cepatlah scroll bawah sampai ke footer dan lawat blog diorang nie. Hebat macam Elsa jugak hebat dia hahaha okay boii
SIAPA YANG BELUM TUNTUT HADIAH ELSA?! CEPAT CEPAT KLIK SINI
25 Comments
Alhamdulillah blog kak ana pun ada. Terima kasih Elsa 😘😘😘.
ReplyDeleteKak ana pun masukkan elsa dalam bloglist kak ana tau. Keep blogging and stay gorgeous ok ❤❤
Tahniah kepada blogger yg terbloglist dalam blog elsa
ReplyDeletebest gak dapat masuk list ni. hehehe
ReplyDeletewahhh , semakin banyak bloglist elsa . senang lah nak blogwalking
ReplyDeleteWOW!!!! THANK YOU SO MUCH ELSA, FOR CONSIDERING ME AS ONE OF YOUR BOYFRIENDS (sound cheeky, right?) Hahahahhha.. will keep updating after my final end :3
ReplyDeleteWahhhhh blog syed pun ada lah kat situ! heheheh thanks Elsaaa! terharunya rasa hihihi.
ReplyDeleteawww sweetnya elsaaaa ! sayang lebih ni hehehe 😝😝
ReplyDeleteAlaa tak masuk la dalam bloglist elsa..
ReplyDeleteTaoi tak kisah sangat tak masuk dalam list boyfriend bloglist, asalkan dapat jadi list boifriend elsa real life.
LOL JK cia cia
alololo sweetnya... yang penting nama sis ada dalam list jugak... yahoooo :D (Elsa pun ada dlm list sis tau!)
ReplyDeleteYeayyyy jadi gelpren Elsa, eh sama pula nama bloglist kita.
ReplyDeleteThank you Elsa, hihihi. Blog mai merepek je,tapi happylah sebab Elsa suka baca, terharu gituee T_T
Memang antara blogger2 aktif semua tuu~ Bestnya msk dlm bloglist orang ni. Hihi jelesss kite. :P
ReplyDeletenanti bolehlah saya pun masuk juga. salam kenal sis
ReplyDeletebest2, =)
ReplyDeleteJom join... Tag...
ReplyDeletehttp://jombercontest.blogspot.my/2017/03/1st-giveaway-by-ravishing-obsession.html
Ooo..belum berjaya tersenarai..
ReplyDeleteWah.. Tahniah pada yang tersenarai..
ReplyDeletehappy blogwalking semua ^^
ReplyDeleteelsa nk gok jdi gelpren..hihihihih
ReplyDeletewah bestnya...!!!!
ReplyDeletewahhh terima kasih elsa sudi ambil kc sebagai girlfriends awak hehehe. lebiu muah!
ReplyDeleteterima kasih awak sudi jadikan saya list boyfriend awak even yg ke 5 :P
ReplyDeleteCreativenya elsa buat bloglist macam ni. Lain dari yang lain. Siap dah jadi sandingan bloglist. Suka tgk :) kita samalah elsa. Saya pun kurang mahir kalo bab english2 ni tapi ada stgh tu memang pandai gak. Betul lah Bagus juga baca blog orang yg guna english. Kita pun trbelajar. :)
ReplyDeleteuntungnya diorang masuk dlm bloglist gitu :)
ReplyDeleteWahh...akak pun nak masuk jugak la..
ReplyDeletenanti share ya camne nak masuk dlm list
ReplyDelete