4 Tips Dapatkan CPUV Daripada Nuffnang Malaysia
March 24, 2017
Assalamualaikum
Ramai juga blogger yang kecewa dengan Nuffnang sekarang yang kurang memberikan CPUV bagi menjana pendapatan. Jadi hari ini Elsa terdetik hati nak tengok akaun Nuffnang Elsa yang rasanya sudah hampir sebulan setengah Elsa tak check samada duit dalam akaun Nuffnang bertambah atau tidak. Dan ini hasilnya.......
Tips Dapatkan CPUV Daripada Nuffnang Malaysia |
Lihat sendiri lah pada tahun 2016, bila kali terakhir Elsa menerima iklan daripada Nuffnang. Kemudian lihat jarak tarikh nak ke 2017 tu berapa lama baru Elsa menerima iklan yang baru. Kemudian lihat lagi sekali selepas bulan Januari itu berapa bulan Elsa dapat semula iklan. Huhu sangat menduga. Elsa sudah pun menggunakan perkhidmatan Nuffnang sebagai punca pendapatan sampingan Elsa sejak Mac 2016. Kini setahun sudah Elsa hanya mengumpul jumlah yang tidak sampai RM20.00 mungkin juga dahulu Elsa tidak ambil peduli apa itu Nuffnang, dan bagaimana Nuffnang ini berfungsi? Kalau ada yang bertanyakan kepada Elsa, menggagau nak menjawabnya
Elsa mengambil masa agak lama juga untuk belajar tentang Nuffnang dan Tips Dapatkan CPUV Daripada Nuffnang Malaysia daripada lebih 10 rakan blogger yang sudah arif dan mahir dalam Nuffnang menerusi entri yang mereka tulis. Kebanyakan lebih 10 blog yang Elsa baca, mereka memberikan tips dan rahsia yang sama jadi Elsa akan kongsikan kepada anda semua beberapa tips yang Elsa dah sematkan di minda sekaligus menjadikan tips ini sebagai rujukan untuk Elsa kisahkan Nuffnang huhuhu
4 Tips Dapatkan CPUV Daripada Nuffnang Malaysia
1. Menghantar Tiket/Soalan kepada Nuffnang
Tujuannya adalah meminta bantuan daripada Nuffnang bahawa kita juga memerlukan tips yang bernas bagi menarik perhatian Nuffnang terhadap blog kita. Elsa selalu menghantar tiket dalam 2 minggu sekali
2. Review Iklan Daripada Nuffnang
Jika anda menerima CPUV/iklan daripada Nuffnang, buatlah entri ringkas sebagai tanda penghargaan dengan cara mengreview iklan yang telah diberikan oleh pihak Nuffnang. Bukan senang tau mereka hendak beri iklan kepada kita. Tapi Elsa tak pernah lakukan perkara ini kerana macam yang Elsa cakap tadi, Elsa jarang ambil peduli tentang Nuffnang pada waktu dahulu. Hish teruk kan Elsa nie!
3. Kerap Update Survey
Anda kena jugak selalu update survey kepada Nuffnang supaya mereka tahu yang blog anda masih aktif dan wujud. Kalau rajin buatlah 2 bulan sekali
4. Rajin klik tabung Nuffnang Di Blog Lain
Kalau nak income Nuffnang kita naik, anda kenalah naikkan income Nuffnang blogger lain juga. Tak salah membantu. Pesan juga pada mereka yang anda dah klik iklan Nuffnang. Kalau ada yang baik hati, sudah tentu mereka membalas klik anda kan kan kan
Berita sedih yang Elsa nak cakapkan dekat sini adalah Elsa masih belum berpeluang untuk cash out daripada Nuffnang Malaysia. Macammana nak cash out kalau RM17.50? Waduhhh kerja keras sikit Elsa!
In Shaa Allah akan datang apabila Elsa sudah mahir dengan AdSense pula, Elsa akan kongsikan tentang AdSense *dengan bantuan blogger senior hikhik
P/S: Ucapkan "semoga cepat sembuh dari demam, Elsa" huhuhu dah 2 hari Elsa demam hm dihnya
Kredit: Maria Firdz
22 Comments
kesalahan ke 2 paling banyak orang buat. selalunya dapat je iklan nuffnang rasa seronok tapi tak langung beri apa-apa review utk iklan tersebut sbagai tanda terima kasih pada nuffnang. Alhamdulillah so far sis tengok di kalangan rakan2 kita dah mula sedar akan kesilapan sendiri yang satu ni :D goodjob!
ReplyDeleteKena bersabar tu elsa.. Lama2 berjaya la tu cash out.. kena usaha sikit2..
ReplyDeleteSemoga elsa cepat sembuh.. banyakkan berehat.. minum air banyak2
Syafakillah elsa. Take a good care of yourself 😘
ReplyDeleteSabar yer elsa
ReplyDeleteohhh...saya pun baru tahu kena buat no 2 tu...tapi saya punya mmg kosong jek....huk huk
ReplyDeleteSalam, macam mana pulak kalau pengunjung klik nuffnang kita, tapi earnings tak naik naik? Harap balas ya.... Terima kasih Elsa :)
ReplyDeleteitu maybe sebab nuffnang takde beri kita iklan. kalau ada iklan dan orang klik, so earning naik lah hehe. tengok macam dekat gambar elsa bagi di atas, berapa hari je elsa dapat iklan daripada nuffnang, kalau ramai klik, naik earning, kalau tak ramai klik tu yang naik siki sikit tu. hehe ini pendapat elsa tau. betulkan elsa kalau elsa salah @Farah Wahidah
ReplyDelete@Shaidatul Aireen Oraittt ;) terima kasih ye Elsa :D dah lama tertanya tanya hehehe
ReplyDeleteBtw, Semoga Cepat sembuh Elsa!!!
ReplyDeleteMai pernah cashout RM50 je dulu. Skrg ada RM12 ,hahahaha.
ReplyDeleteHmmmmmm takpalah, bagi syed kalau ada rezeki dapat tu ada lah haha. malas nak fikir kena buat review iklan dia bagi etc. leceh pulak.
ReplyDeleteTeringin nak belajar buat Nuffnang ni.
ReplyDeletelama dah xleh buka nuffnang account
ReplyDeleteCepat sembuh elsa
ReplyDeleteN thanks sharing this.
since dah singgah sini, klik la iklan nuffnang elsa...
Iklan nuffnang mmg mrs pip tak merasa, malas nak ambil tau bab nuffnang..
N now I know..tq.
SALAM BW... GET WELLSOON ELSA SAYANG..
ReplyDeleteHUHUHU KAK LIEZ MMG TAK TGK PUN NUFFNANG NI... HUHUHU TAK SEMPAT SGT..
tips yang ohsem..
ReplyDeletetapi cam elsa akak pun takleh nak cash out lagi..
Rajin klik iklan org tapi.. belum ada rezeki lagi.. hehehe
Lama dah akak tak bukak nuffnang. Hihi. Rasanya tak meningkat pun haa. Elsa dah baik demam ke? Take care okay :)
ReplyDeleteAkk da 2kali cash out. Pernah merasa dalam ratus2 je tak sampai ribu riban. Huhu..
ReplyDeleteSkrg sendu je iklan nuff sbb x aktif sgt blog. Haha.
Adsence pulak akk xlulus.kena cari sebab nape x lulus ni.
sy lepas update entry, terus update plak survey di nuffnang 😄
ReplyDeletepeh 50k views dah ade adsense mmg otai elsa haha
ReplyDeletehehe alhamdulillah. terima kasih!
DeleteTq utk tips.masih mencari ilmu lg
ReplyDelete