Elsaalicious: 3 Jenis Inti Karipap Biasa


Lazada Malaysia

Wednesday, 12 April 2017

3 Jenis Inti Karipap Biasa


Assalamualaikum

Selamat petang semua. Makan apa petang ini? Eh, takkan tak Hi-Tea dekat rumah kot hikhik. Petang-petang begini sedap saja kalau pekena Karipap kan. Kalau Elsa teringin Karipap, Elsa akan turun bawah rumah sekejap untuk beli bagi keluarga makan petang. Bukan apa, Elsa tak ada masa nak buat sendiri *padahal memang tak reti buat wahahahahaha

Elsa dibesarkan dengan 2 jenis inti karipap macam biasalah inti Sardin dan inti Kentang. Elsa paling suka inti Kentang jadi Elsa akan beli lebih Karipap inti Kentang. Inti Sardin Elsa tak makan sangat sebab ada campur sikit dengan bawang-bawang. Ada sesetengah rakan Blogger Elsa yang tahu Elsa memang tak makan sayur hahaha

Baiklah kembali kita kepada tajuk entri. Baru sudah Elsa nyatakan 2 jenis inti Karipap tapi kenapa tajuk entri kata 3 Jenis Inti Karipap Biasa? Okay jom tengok

3 Jenis Inti Karipap Biasa

1. Inti Kentang

3 Jenis Inti Karipap Biasa
3 Jenis Inti Karipap Biasa
Sumber Gambar: SINI

Elsa suka dengan Kentang. Elsa sampai berebut dengan adik kalau yang inti kentang dah tinggal 2 3 biji. Kalau kentang dia lembut, makan masa tengah panas-panas aduh nikmat sangat tau

2. Inti Sardin

3 Jenis Inti Karipap Biasa
3 Jenis Inti Karipap Biasa
Sumber Gambar: SINI

Elsa suka pedas juga. Tapi bukanlah Elsa tak makan lansung karipap Inti Sardin. Elsa akan suruh ibu gigit sikit untuk rasa ada sebarang sayur tak dalam Inti Sardin tu. Kalau ada, okay jangan makan! Hahaha

3. Inti Angin

3 Jenis Inti Karipap Biasa
3 Jenis Inti Karipap Biasa

Buat penggemar karipap, memperkenalkan inti yang baru! Inti Angin! Elsa tak pernah tak dapat Karipap Inti Angin. Lagi-lagi kalau dapat makcik jual yang macam malas nak menjual kot jadi ala kadar saja lah kuih-muih yang dijual sampai Karipap pun makan rasa angin je. Kita pun naik angin!

Siapa tak pernah rasa Karipap inti Angin ini, cari lah di gerai kuih-muih berhampiran. Bertuah sangat dapat inti angin tau haha. Kalau dahulu Elsa makan 2 jenis inti, makin lama Elsa dewasa makin banyak karipap inti Angin yang Elsa makan

Siapa pernah makan Karipap inti Angin angkat tangan!

Komen
13 Komen

13 comments:

Lea Azleeya said...

Susah betul skrg nk jumpa inti karipap kentang yg betul2 sedap dan menepati citarasa.. Semua yg ada pown ala2 suam kuku aje..

Abam Kie said...

tul tu. kdg2 terbeli karipap inti angin. penjual ni nak jimatkan bajet sampai menjejaskan kualiti rasa. x jujur kan meniaga mcm tu?

Fairuz Aqilah said...

Bhahahahahahaha terburai gelak! 😂😂😂👏👏👏
Itulah salah satu sebab kenapa kite kalau rasa nak makan karipap sangat, gigihkan jugak diri ni buat. Dari inti, doh, kelim, sampailah ke tukang makan semua sendiri. Sebab dah tau kalau beli mesti tak puas makan. Inti tak sedap lah, tepung rangup sangat tak kena citarasa lah, penyek sebab penuh angin lah, serap minyak sangatlah. Daripada complain, baik buat sendiri aje elsa. Huhu.. Buat banyak banyak, simpan dalam fridge, bila nak makan goreng. Tahan seminggu lah jugak. Makan puas-puas. 😅

Husniey Husain said...

Hahaha karipap inti angin 😂😂

Karipap sardin tu sedapp nya. Favourite tapi susah nak jumpa orang jual

Dedaun Comel said...

HAhaha terhibur nampak inti yang no.3.. ada satu lagi inti yang rare.. karipap inti bihun..

Ramai yang kata sedap, tapi sy pun belum cuba lagi

Noor Maizan said...

Muahahahahaha tak boleh blah betul inti angin tu. Kita pun boleh berangin. Hahaha. Suka karipap daging+kentang. Kalau sardin karipap tu selalunya bentuk tiga segi
Hahaha

irazulkeffele said...

Ini lawak ! Oden terkeno eh ? hahahaha. siapa je tak marah kalau makan karipap inti angin kan. Bertabah la sis hahahaha

Seorang Syed said...

hahahahah dah expect dah yang inti angin tu! lain kali nak makan karipap suruh syed buat hahaha. syed hebat buat karipap :)

Mrs. A said...

Mrs. A suka inti sardin tapi kalau inti angin biasa jugak mendapat tu kah..kah..kah...

Busyra Bt Takiyudin said...

busyra suka sardin!. hahahaha. karipap inti sardin tu pernah terkena jgk. huhu

Shahida Dzulkafli said...

Inti angin tu kalau dapat memang boleh buat satu badan berangin.. hehehe..
Akak suka inti sardin.. Dan terbaru inti daging.. pergh!! marvelous..

Nour Adieb said...

Sy x berapa makan karipap ni jadi x pernah makan karipap inti angin 😂 Tapi ada 1 gerai kuih di Kuala Ketil. Inti karipap sangat sodap & inti memenuhi ruang. Angin pun tak dapat masuk 😉

ucing said...

hehehe ada juga inti angin ye.Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

Elsaalicious.