Elsaalicious: Casing Oppo N1 Mini Daripada Lazada.com.my


Lazada Malaysia

Sunday, 9 April 2017

Casing Oppo N1 Mini Daripada Lazada.com.my


Assalamualaikum

Semalam Elsa stres. Stres kenapa? Sebab adik Elsa dah mula nak 'mengepau' Elsa sesuatu. Arghh tidak hahaha. Dia memang tak sah kalau tak pau Elsa tiap-tiap bulan. Sebab itu Elsa kena larikan diri daripada dia apabila dia dah buka dan cari sesuatu di kedai online

Jadi semalam dia mahukan Casing Phone untuk telefon dia. Katanya dah berzaman tak tukar Casing Phone. Hm nampak sangat lah tipunya tu. Elsa suruh dia cari di Lazada.com.my manalah tahu ada kan. Sebab dia pakai Oppo N1 Mini dan Casing untuk telefon itu memang jarang sangat nak ada jual online. Cari punya cari akhirnya jumpa

Casing Oppo N1 Mini Daripada Lazada.com.my
Casing Oppo N1 Mini Daripada Lazada.com.my

Tengoklah. Bukan main lawa. Harga dia potong pun bukan main banyak. Terus Elsa suruh dia pergi buat pembayaran sendiri, bukak Maybank2u apa semua dan tunggu lah sampai ke rumah. Mudah dan sangat pantas! Seminggu kemudian Elsa nampak dah bayang-bayang Casing ini dah dipakai ke Oppo dia

Casing Oppo N1 Mini Daripada Lazada.com.my
Casing Oppo N1 Mini Daripada Lazada.com.my

Elsa belek-belek lah Casing tu material hardcase, Elsa tak berapa minat dengan hardcase sebab kalau Elsa pakai hardcase, apabila telefon jatuh secara tak sengaja, sudah tentu Casing itu berderai sekali dengan telefon. Jadi Elsa lebih suka pakai Casing material rubber atau soft. Adik Elsa seronok juga tau membeli-belah dengan Lazada.com.my. Dia kata kalau cari di igshop jaranglah nak ada!

Siapa lagi masih belum beli sesuatu di Lazada.com.my? Baik pergi sekarang haha. Dekat sana ada pelbagai barangan dengan potongan harga yang di luar jangkaan! Risau dengan pembelian online? Jangan risau. Ada sahaja barangan yang boleh Cash On Delivery. Terjamin tau beli-belah di Lazada! Yay

Komen
17 Komen

17 comments:

tmdci said...

Casing phone sy pun mmg x de jual kat kdai. Tp bila cri kt lazada brlambak lambak 😂😂 yg iphone lg lah. Haaha. Mmg puas hti dgn lazada ni.

Ana Fatihah said...

Style laa casing tu. Adik2 ni suka tau pau kakak2 yang baik macam kita ni kan? Eh eh. Hahaha

Farah Wahidah said...

cantik!

Seorang Syed said...

Syed pun nak beli casing juga ni dekat lazada tapi tak tahu la bila huhuhu.

irazulkeffele said...

Cantikkkkk. Em hp ira payah bebenor nak cari casing, boleh try usha lazada pulak ni kot ada hehe

IQ = Iez Qis said...

memang cantik casing tu sebab corak abstrak, nampak hipster sangat. hehe..

IQ pun tak suka casing hardcover, bukan pilihan untuk IQ beli la, IQ macam elsa, suka beli yang jenis getah dan soft. tak ada la handphone terhentak kuat bila jatuh kan?

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

CCĹ Sekarang tengah merisik casing oppo f1s . Tak terbeli pun lagi . Rambang mata nak pilih design & colour . CCL pun suka case soft . Mudah nak kluarkan bila nal tukar yg baru

Siqah Hussin said...

Cantiklah casing phone tu!! Akak pun suka material soft and rubber case jugak. Senang nak bertukar baju juga tu. Hihi

Shahida Dzulkafli said...

Cantik casingnya..

Mrs Fuzy sweetsourleyra said...

Untung Lazada...blogger2 makin serasi dgn Lazada...hehe

Noor Maizan said...

Uihhh terus rasa nak cari casing Oppo Find7 ni, aduh payah betul nak cari. T_T

Dedaun Comel said...

Lawa betul casing tu.. nampak majestic dan rare.. Berbaloi juga beli dari lazada ni kan

cik kaella said...

pernah beli dekat lazada juga. tapi casing tu lawa lah.

Mat Jo said...

dunia sekarang mudah, banyak benda boleh beli secara online, :)

Nurul Najihah said...

wahh cantiknya casing tu abstrak sangat

Fairuz Aqilah said...

Apa aje yang tak ada kat lazada tu! Dah lama dok usha phone cases tapi hmm, tak ada yang betul-betul berkenan lagi. 😅

Nour Adieb said...

cantik casing tu, ada style tersendiri 😄

Elsaalicious.