Elsaalicious: "Boleh Sedekahkan Pakcik RM10?"


Lazada Malaysia

Thursday, 6 April 2017

"Boleh Sedekahkan Pakcik RM10?"


Assalamualaikum

Amboi lamanya Elsa tinggalkan blog. 2 3 hari ini Elsa sangat sibuk dengan kerja sampaikan kerja pejabat bawa balik ke rumah. Jadi hari ini dah selesai kerjanya dan Elsa boleh berkongsi cerita macam biasa

"Boleh Sedekahkan Pakcik RM10?"
"Boleh Sedekahkan Pakcik RM10?"
Sumber: Google

Pada hari Jumaat lepas, Elsa ke Parkson Rawang, Elsa cari parking bawah Parkson dah penuh pula jadi Elsa parking di luar tepi jalan saja. Kemudian Elsa keluar dari kereta, datang seorang Pakcik dari seberang jalan tercungap-cungap mendekati Elsa. Elsa dah mula takut bukan sebab Pakcik itu mengerikan atau bengis, tetapi dia dalam keadaan sangat sedih tapi Elsa peduli apa Elsa tetap takut jugak. Dia datang pada Elsa dan kami mulakan bicara

Pakcik: Assalamualaikum adik. Boleh sedekahkan Pakcik RM10?

Elsa: Waalaikumsalam, Pakcik ini siapa ye? Kenapa sedih nie?

Pakcik: Pakcik nak ke Hospital Selayang sebab nak bawa isteri Pakcik sudah sakit teruk. Minyak kereta Pakcik dah nak habis kereta dah semput-semput tanda kekurangan minyak. Pakcik tak ada duit, nak. Pakcik perlukan duit untuk lepaskan kereta pakcik sampai ke Selayang sahaja. Pakcik tak tahu nak minta tolong siapa lagi

Elsa: Maaf Pakcik tapi kenapa Pakcik tak telefon ambulans saja?

Pakcik: Pakcik nak pergi sendiri Pakcik taknak susahkan sesiapa. Pakcik nak Pakcik sendiri yang bawa isteri Pakcik ke sana

Elsa dah syak yang bukan-bukan tapi tak tahap negatif lagi. Jadi nakkan kepastian Elsa nak lihat keadaan isteri Pakcik di dalam kereta seberang sana. Tapi Elsa tak berani sebab Elsa takut ini satu helah Pakcik tu untuk laku yang tidak-tidak. Elsa jenguk dari jauh sahaja dan memang betul ada orang di dalam kereta Pakcik dan kerusi penumpang dibaringkan. Jadi Elsa taknak lama-lama di situ, Elsa buka dompet dan berikan RM10 kepada Pakcik

Elsa: Pakcik saya bagi RM10 nie Pakcik pergi isi minyak dekat Petronas depan tu ye

Pakcik: Terima kasih, nak. Pakcik pergi dulu ye

Elsa: Ye Pakcik

Kemudian Elsa terus berlari masuk ke dalam Parkson. Sambil itu juga Elsa intai kereta Pakcik tadi ke mana arah dia pergi sampailah hilang dari pandangan mata. Sesudah itu timbul dua perasaan antara takut dan syukur. Elsa takut kerana mungkin Pakcik itu hanya berbohong atau itu salah satu cara untuk jenayah. Dalam masa yang sama Elsa juga bersyukur kerana jika betul Pakcik itu perlukan pertolongan, Elsa dah cuba untuk bantu Pakcik itu. Tapi Elsa berharap supaya isteri Pakcik itu dapat diselamatkan. Elsa ambil positif. Semoga dipermudahkan urusan Pakcik dan isterinya

Komen
13 Komen

13 comments:

Ana Suhana said...

Bohong atau tak tu biar dia menjawab nanti. Janji Elsa dah buat satu kebaikan. Semoga murah rezeki Elsa =)

Jemput baca entri terbaru kak ana 😘

Seorang Syed said...

Syed pun fikir negatif juga kalau jadi macamtu. Tapi nasib baik Elsa tak pergi tengok lebih dekat. Takut juga kalau itu sekadar taktik kan

Warisan Petani said...

Wkmsalam.
Yang penting niat kita ikhlas nak bantu orang yang dalam kesusahan.
Lain2 kita serahkan kepada Allah saje.

Flavnesz said...

Apa pun niat dia, tu antara dia dengan Allah.. But it's a good thing Elsa tolong dia.. :D

Mrs Fuzy sweetsourleyra said...

kalau betul semoga isteri Pakcik tu sihat kan tapi Elsa kena careful sebab keseorangan jer dan orang jahat ni tak kira tua atau muda. Kalau dia tipu pun mungkin tu rezeki untuk dia dan kita sedekahkan saja..

Ana Fatihah said...

Betul, setiap kali ada orang mintak derma ke apa selalu jugak terfikir negatif. Tapi, cuba buang perasaan tu. Sebab takut depa betul2 perlukan prtolongan kita.

Saya pun ada pengalaman mintak dana dekat bazar Ramadhan untuk Palestin. Terpikir jugak mungkin ada yg pikir negatif dekat saya dgn kawan2. Hihi

Dedaun Comel said...

Tak cukup lama tu 2 3 hari tinggalkan blog :D

Kadang2 saya kesian juga dengan golongan warga emas ni bila minta duit. Tapi yang saya rimas bila jenis yang memaksa.. "Eh ni je?" lepas tu minta pula dengan adik saya.

Melampau.

Agus Saputra Asad said...

terbaek

Haneeza Mohamad said...

kadang-kadang kesian juga dengan mak cik pak cik yang masih jual keropok sampai tengah malam... berusaha dorang cari duit :'(

wwww.neezalife.com

Siqah Hussin said...

Siqah pun begitu juga. Kalau ada orang minta tolong, kadang2 terfikir "dia nie betul ke? Tak tipu ke?". Tapi bila difikirkan balik, takpelah. Biarlah tak kisah dia kalau dia menipu atau tidak. Yang penting kita ikhlas menolong. Kalau dia menipu, mungkin ada sebab tersendiri dan itu antara dia dan Allah saja.

Siqah percaya kalau kita selalu tolong orang, insyallah dipermudahkan hati orang lain untuk tolong kita juga :)

Akif Imtiyaz said...

Takpe laa Elsa kita dha tolong apa yang patut..kalau betul2 pakcik tu susah kita dah bagi pertolongan kalau pakcik tu tipu itu hal dia dengan Allah swt..yg pting kita dah buat yg terbaik..

Nour Adieb said...

Sy pun camtu, sebelum nak tolong mesti akan terfikir macam2 sebab dah pernah kena. Tapi, cecepat usir rasa negatif tu. Kalau dia tipu, tu urusan dia dengan Allah. Yang penting, kita dah usaha nak tolong ringankan beban dia.

Mat Jo said...

Janji kita ikhlas bagi, mana tahu rezeki kita bertambah selepas ini, :)

Elsaalicious.