3 Jenis Inti Karipap Biasa
April 12, 2017
Assalamualaikum
Selamat petang semua. Makan apa petang ini? Eh, takkan tak Hi-Tea dekat rumah kot hikhik. Petang-petang begini sedap saja kalau pekena Karipap kan. Kalau Elsa teringin Karipap, Elsa akan turun bawah rumah sekejap untuk beli bagi keluarga makan petang. Bukan apa, Elsa tak ada masa nak buat sendiri *padahal memang tak reti buat wahahahahaha
Elsa dibesarkan dengan 2 jenis inti karipap macam biasalah inti Sardin dan inti Kentang. Elsa paling suka inti Kentang jadi Elsa akan beli lebih Karipap inti Kentang. Inti Sardin Elsa tak makan sangat sebab ada campur sikit dengan bawang-bawang. Ada sesetengah rakan Blogger Elsa yang tahu Elsa memang tak makan sayur hahaha
Baiklah kembali kita kepada tajuk entri. Baru sudah Elsa nyatakan 2 jenis inti Karipap tapi kenapa tajuk entri kata 3 Jenis Inti Karipap Biasa? Okay jom tengok
3 Jenis Inti Karipap Biasa
1. Inti Kentang
3 Jenis Inti Karipap Biasa Sumber Gambar: SINI |
Elsa suka dengan Kentang. Elsa sampai berebut dengan adik kalau yang inti kentang dah tinggal 2 3 biji. Kalau kentang dia lembut, makan masa tengah panas-panas aduh nikmat sangat tau
2. Inti Sardin
3 Jenis Inti Karipap Biasa Sumber Gambar: SINI |
Elsa suka pedas juga. Tapi bukanlah Elsa tak makan lansung karipap Inti Sardin. Elsa akan suruh ibu gigit sikit untuk rasa ada sebarang sayur tak dalam Inti Sardin tu. Kalau ada, okay jangan makan! Hahaha
3. Inti Angin
3 Jenis Inti Karipap Biasa |
Buat penggemar karipap, memperkenalkan inti yang baru! Inti Angin! Elsa tak pernah tak dapat Karipap Inti Angin. Lagi-lagi kalau dapat makcik jual yang macam malas nak menjual kot jadi ala kadar saja lah kuih-muih yang dijual sampai Karipap pun makan rasa angin je. Kita pun naik angin!
Siapa tak pernah rasa Karipap inti Angin ini, cari lah di gerai kuih-muih berhampiran. Bertuah sangat dapat inti angin tau haha. Kalau dahulu Elsa makan 2 jenis inti, makin lama Elsa dewasa makin banyak karipap inti Angin yang Elsa makan
Siapa pernah makan Karipap inti Angin angkat tangan!
14 Comments
Susah betul skrg nk jumpa inti karipap kentang yg betul2 sedap dan menepati citarasa.. Semua yg ada pown ala2 suam kuku aje..
ReplyDeletetul tu. kdg2 terbeli karipap inti angin. penjual ni nak jimatkan bajet sampai menjejaskan kualiti rasa. x jujur kan meniaga mcm tu?
ReplyDeleteBhahahahahahaha terburai gelak! 😂😂😂👏👏👏
ReplyDeleteItulah salah satu sebab kenapa kite kalau rasa nak makan karipap sangat, gigihkan jugak diri ni buat. Dari inti, doh, kelim, sampailah ke tukang makan semua sendiri. Sebab dah tau kalau beli mesti tak puas makan. Inti tak sedap lah, tepung rangup sangat tak kena citarasa lah, penyek sebab penuh angin lah, serap minyak sangatlah. Daripada complain, baik buat sendiri aje elsa. Huhu.. Buat banyak banyak, simpan dalam fridge, bila nak makan goreng. Tahan seminggu lah jugak. Makan puas-puas. 😅
Hahaha karipap inti angin 😂😂
ReplyDeleteKaripap sardin tu sedapp nya. Favourite tapi susah nak jumpa orang jual
HAhaha terhibur nampak inti yang no.3.. ada satu lagi inti yang rare.. karipap inti bihun..
ReplyDeleteRamai yang kata sedap, tapi sy pun belum cuba lagi
Muahahahahaha tak boleh blah betul inti angin tu. Kita pun boleh berangin. Hahaha. Suka karipap daging+kentang. Kalau sardin karipap tu selalunya bentuk tiga segi
ReplyDeleteHahaha
Ini lawak ! Oden terkeno eh ? hahahaha. siapa je tak marah kalau makan karipap inti angin kan. Bertabah la sis hahahaha
ReplyDeletehahahahah dah expect dah yang inti angin tu! lain kali nak makan karipap suruh syed buat hahaha. syed hebat buat karipap :)
ReplyDeleteMrs. A suka inti sardin tapi kalau inti angin biasa jugak mendapat tu kah..kah..kah...
ReplyDeletebusyra suka sardin!. hahahaha. karipap inti sardin tu pernah terkena jgk. huhu
ReplyDeleteInti angin tu kalau dapat memang boleh buat satu badan berangin.. hehehe..
ReplyDeleteAkak suka inti sardin.. Dan terbaru inti daging.. pergh!! marvelous..
Sy x berapa makan karipap ni jadi x pernah makan karipap inti angin 😂 Tapi ada 1 gerai kuih di Kuala Ketil. Inti karipap sangat sodap & inti memenuhi ruang. Angin pun tak dapat masuk 😉
ReplyDeletehehehe ada juga inti angin ye.Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).
ReplyDeleterasa nyer skang ni byk yg inti angin, elsa.
ReplyDeletegeram betol.
harga makin mahal. inti da lebih angin!
angin kita dibuatnya, kan? :) ha ha ha