Punca Bloglist Selalu Hilang

April 07, 2017


Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ini ramai yang Elsa tengok kecewa dengan Bloglist pada Blog mereka asyik hilang hilang hilang. Dah macam biskut pulak dah haha. Perkara ini juga terjadi kepada Elsa dari semalam lagi. Elsa tak pernah tak cuak sedangkan tak makan sehari pun Elsa dah cuak apatah lagi Bloglist hilang

Elsa tak adalah mengkaji kenapa asyik hilang saja sebab Elsa dah anggap mungkin masalah dengan Blogspot sekarang kot. Jadi semalam Elsa saja 'bege-bege' (mengusik) coding pada bahagian HTML ada yang Elsa buang ada yang Elsa tambah. Nah dari situ Elsa tahu kenapa asyik hilang. Ini kemungkinan daripada Elsa tau. Kalau salah betulkan hehe

Punca Bloglist Selalu Hilang
Punca Bloglist Selalu Hilang

Sebelum Elsa usik coding semua, Bloglist masih ada. Ketiga-tiga Bloglist Elsa masih tertera nama blog yang bertuah itu. Selepas Elsa tambah tolak code dan Elsa save template, Elsa view semula Blog Elsa dan pada bahagian Bloglist dah hilang. Hm dengan rasa kecewanya Elsa tambah semula nama blog di Bloglist. Nasib baik Elsa masih simpan entri Senarai Pemenang Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors dan My Boyfriends & Girlfriends Bloglist kerana di dalam entri-entri ini Elsa telah senaraikan untuk Bloglist-Bloglist Elsa. Jadi Elsa tambahkan semula satu persatu

Kemudian pada hari ini pula, Elsa miang-miang keladi lagi pergi usik coding lagi pada bahagian HTML. Elsa save template dan view semula alamak hilang lagi Bloglist! Aduh ingat tak penat ke nak masukkan satu-satu balik huwaaa. Nak tak nak takkan nak biarkan kosong je. Masukkanlah balik satu persatu dan alhamdulillah masih ada sampai sekarang haha itu pun sebab Elsa tak usik code lagi hahaha

Barulah Elsa tahu punca bloglist selalu hilang. Elsa tak pastilah ada masalah-masalah lain pula yang Elsa tak hadapi seperti blogger lain. Jadi jangan panik kalau Bloglist tiba-tiba hilang. Jika masih boleh ditambah semula, sila tambah dengan tabah hehe

Jangan kacau Elsa. Elsa kemurungan sebab gaji tak masuk lagi hukhukhukhuk

You Might Also Like

19 Comments

  1. pandai elsa belek2 ye... klau kak liez..hmmmmm jenuh kena suruh pakar Awa yang tengok kann...
    so jgan sedih klau bloglist hilang... dia saja nak test elsa jee...hihihi

    ReplyDelete
  2. Fae pun belum gaji huhu. Guru tuition eheh.

    ReplyDelete
  3. So pengajaran dia jangan gatal2 tangan la nak usik HTML code tu hahaha

    ReplyDelete
  4. Ala sedihnya bloglist hilang.. akak kalau bab coding memang failed. Tak retilah nak coding sendiri. Huhu.

    Alaaa dua kali lagi sedih kalau gaji tak masuk lagi kan T_T

    ReplyDelete
  5. Samalaa haritu pun hilang bloglist lepas usik coding. Hukhuk
    Jenuh jugaklaa nak ingat blog yg dah dimasukkan sebelum ni pastu nak kena kutip url satu2.

    p/s: letak elsa dalam bloglist kita jugak! ;)

    ReplyDelete
  6. tapi elsa most of blogger yang hilang bloglist tiba-tiba je walhal tak usik coding pun hehe. tak tahu la sebab apa. nasib baik kc nye bloglist tak pernah hilang lagi secara tiba-tiba phewww~ :D

    ReplyDelete
  7. Dulu pun kin punya pernah jadi sekali. hebat lah elsa ni <3

    ReplyDelete
  8. kalau sy bab HTML memang kene hati2, kalau salah sikit hah mulalah menggelabah smcm je hihi

    ReplyDelete
  9. Bloglist ccl turut terkena tempiasnya 3 hari lepas ... gigih ccl masukkan semula bloglist

    ReplyDelete
  10. Bloglist ccl turut terkena tempiasnya 3 hari lepas ... gigih ccl masukkan semula bloglist

    ReplyDelete
  11. dh berjangkit kan bloglist hilang ni..Umi pun kena juga dan lepas uninstall dan install bloglist Alhamdulillah dh ok tp mmg sebab coding..bloglist tu nak gurau2 jer tu...hehe

    ReplyDelete
  12. Kalau.main2 template usik2 coding ubah itu ini mmg hilang bloglist..kenalaa letak semula

    ReplyDelete
  13. Ramai juga blogger yg kehilangan senarai bloglist kan

    ReplyDelete
  14. Haha sama la sini jenuh nya nak kena masuk balik.

    ReplyDelete
  15. memang pun tu puncanya elsa.. dia mcm reset balik plak. sis pun malas dah nk kacau apa2.. letih r :D

    ReplyDelete
  16. coding nie sensitif, tak boleh diusik, kalau da merajuk, boleh hilang macam-macam, :)

    ReplyDelete
  17. Trauma nk kacau html. Dh 3 kali dh. Dh la 80+- gitu bloglist nk isi balik 👉👈

    ReplyDelete
  18. sebab tu blog aida da takde bloglist.
    tak pandai la nak coding semua tu.
    aida blogwalking merata-rata aje.
    terutama pada blogger yg komen blog aida. tu keutamaan aida.
    then baru la merayap ke mana-mana...

    ReplyDelete