Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson!

April 25, 2017


Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson! | Assalamualaikum. Bermula hari Isnin hingga hari Jumaat, Elsa berusaha mencari duit makan dari pagi sampailah ke malam. Setiap minggu keadaannya begitu, dan amat jarang untuk Elsa ambil cuti. Jika cuti pun akan duduk di rumah untuk berehat. Tetapi Elsa telah mengambil langkah ke hadapan dan membuat keputusan untuk bercuti di luar kawasan. Bukan Eropah, Amerika atau Korea yang menjadi pilihan tetapi dekat saja dalam masa sejam perjalanan dari KL iaitu Port Dickson. Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson!

Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson!
Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson!
Sumber: Google

Ramai cakap Port Dickson ini penuh sewaktu hari minggu, tapi Elsa ada satu lokasi yang menjamin keselesaan dan sedikit privasi yang sesuai untuk rehatkan minda dan menghabiskan masa dengan keluarga. Nak tahu? Hehe. Dengan berbekalkan duit yang Elsa simpan akhirnya dapat juga Elsa bawa keluarga berhujung minggu di Lexis Hibiscus Port Dickson. Masa Elsa dan keluarga bercuti kat situ, there are impressively great deals at Lexis Hibiscus Port Dickson. Nak tahu apa yang menariknya? Rajin-rajin la buat research ya kot-kot ada peluang dapat bermalam kat sana
Dibuka pada bulan April 2015, Lexis Hibiscus Port Dickson adalah destinasi yang agak hot untuk percutian yang singkat dan sesuai untuk pengunjung dari bandar. Tempatnya menarik sebab kalau kita naik kapal terbang lalu di atas Lexis ini, kita akan dapat tengok bentuk bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia. Tak ke bangga kita nanti. Lepas tu pula, setiap Pool Villa atau chalet yang kita boleh sewa ada private pool. Haa bila lagi nak ada swimming pool kat bilik sendiri kan? Bangun tidur je terus terjun. Haha

Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson!
Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson!
Sumber: Google

Senang saja nak cari Lexis Hibiscus Port Dickson ini, sama ada google atau sepanjang jalan Port Dickson tu akan nampak papan tanda besar dan lorong masuk di sebelahnya. Silakan masuk. Masa Elsa mula-mula sampai ke lobi resort tu, Elsa terkejut dengan area lobinya sebab besar sangat, dengan hiasan yang mengagumkan terutamanya untuk orang seperti Elsa yang sukakan interior design yang menarik
Untuk yang bawa kanak-kanak, ada tapak permainan yang mereka boleh main sementara nak tunggu check in. Tapi Elsa menginap dengan keluarga dan Elsa dah tak ada adik kecil yang paling kecil pun umur 19 tahun haha mana boleh main taman permainan punya. Di sini ada swimming pool awam tapi kalau sewa pool villa tak perlu kot sebab kat bilik je dah boleh berenang. Selain pool, ada sauna juga di dalam kawasan chalet. So privasi sangat. Memang dapat bermalam 2 hari pun sudah cukup untuk mengembalikan tenaga dan kekuatan minda serta dapat rehabilisasikan diri kita
Pilihan untuk menjamu selera juga pelbagai jenis yang ada, antaranya Restoran Jepun Umi dan Roselle Coffee House. Sambil tu Elsa juga request bilik yang mempunyai sea view, memang sangat indah pemandangannya, sangat tenang bila mendengar bunyi ombak laut sambil Elsa berendam di dalam pool. Anda semua perlu mencubanya. Sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin atau dah lama atau keluarga yang mempunyai anak-anak yang kecil. Memang saya rekemen Lexis Hibiscus ini

Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson!
Ayuh Ke Lexis Hibiscus Port Dickson!
Sumber: Google

Jikalau mempunyai minat untuk berekreasi, boleh juga ke pantai kerana banyak water sports yang ada. Elsa memang berniat nak bercuti dan berehat di dalam bilik jadi takdelah turun ke pantai melainkan untuk berjalan dan berjogging pada waktu pagi. Kalau hendak bermandi-manda dekat laut Elsa tak berapa minat mandi laut hehe setakat celup kaki tu boleh lah. Kemudian pekena breakfast di Roselle Coffee House, berjalan di sekitar Port Dickson, sambil shopping sedikit, cari tempat makan seafood yang best. Jujur kata, Elsa memang seronok kerana akhirnya jumpa tempat yang mempunyai privasi untuk Elsa bercuti dengan keluarga di dalam bilik tanpa membuat apa. Haha
Elsa rekemen sungguh Lexis Hibiscus Port Dickson ini untuk anda semua, dengan harganya berpatutan dengan servis yang diberi, keadaan bilik yang menarik dan destinasi percutian yang aman dan sejahtera. Kepada yang selalu stress, dengan kerja atau apa-apa masalah, mulalah untuk mengumpul duit, supaya dapat bercuti di sini, bolehlah menjadi salah satu cara untuk menangani stress yang ada. Guaranteed!!! Untuk yang ingin merapatkan hubungan suami isteri, di sini juga boleh dijadikan sebagai tempat honeymoon kedua.

Elsa bersyukur sebab dengan umur Elsa yang masih muda ini Elsa boleh bawa keluarga berjalan-jalan ke tempat yang sangat tenang. Maklumlah keluarga Elsa kecil saja. Elsa hanya 4 beranak saja dalam rumah haha saja bagitahu. Okay apa tunggu lagi! Rancang percutian anda!

You Might Also Like

19 Comments

  1. mcm seronok je! echa blm pernah lagi sampai ke port dickson. huhuhu.

    ReplyDelete
  2. mmg best kalau dpt pergi sini...kena mula kumpul duit tabung ayam la nampaknya..hehe

    ReplyDelete
  3. Lexis Hibiscus PD memang dalam senarai sis..
    Persekitaan Lexis Hibiscus memang best!

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaaaa, tapi kalau masukkan dalam list honeymoon sure kena reject sebab orang tu keja PD. hahahaha kang jenguk tingkap nampak kem, aahahahaha.

    Kena pegi ngan family lah ceritanya ni...

    ReplyDelete
  5. bestnya..teringin nak pergi bwak anak2..mahal tak elsa?

    ReplyDelete
  6. Soooo prettyyyy pemandangan dari atas terbentuk bunga raya. No wonder lah sebab namanya hibiscus. Hehe.. Syoknya bangun aje tidur terus terjun swimming pool! Walaupun tak reti berenang. Walaupun... Hiks! 🙆💕

    ReplyDelete
  7. best tu LEXIS... tgh kumpul duit utk stay situ...

    ReplyDelete
  8. teringin nak kena sini dlu, ingat nak pergi dengan Arwah suami, tak sempat nak pergi bertiga..huhu

    ReplyDelete
  9. jujur ckp...
    memang teringin sgt nak bercuti dekat sana...

    ReplyDelete
  10. cantiklah kolam dia. pemandangan pun cantik. selalu je baca review orang p bercuti kat sana. teringin jugak rasanya

    ReplyDelete
  11. Dah lama sebenarnya teringin nak pegi sini, tp ade je halangannya.. Halangan utama adalah POKET NIPIS, haha~

    ReplyDelete
  12. pernah tengok cikepal dgn irinenadia pergi ! :) huhu

    ReplyDelete
  13. wah bestnya.....honeymoon ke???ahahaha
    kalau belum kahwin...boleh baca entri saya baru ni...kalau nak kawin ngan saya...tak yah baca entri ni...ahahaha :P
    http://khaidirkhaizuki.blogspot.my/2017/04/perkara-perkara-penting-yang-perlu.html

    ReplyDelete
  14. Cantiknya.. Akan di bubuh dalam list to go..

    ReplyDelete
  15. aida x pernah stay sini lg.
    sebab mahal la, elsa :) hi hi
    tak mampu.
    maybe one day...

    ReplyDelete
  16. one fine day, nak bercuti kat sini dengan family. cantekkk sgt vie dia :D

    ReplyDelete