Kereta Gear Manual Atau Automatik?

April 29, 2017


Kereta Gear Manual Atau Automatik?
Kereta Gear Manual Atau Automatik?
Sumber: Google

Kereta Gear Manual Atau Automatik? | Assalamualaikum. Zaman sekarang ini semua benda mudah. Antaranya ialah kenderaan. Tak kira tua atau muda sekarang bergaya dengan kereta saja kan. Elsa bagi contoh, kereta. Semua ada kereta. Yang ada kereta pula bergear manual dan auto. Jadi mana satu pilihan anda? Kereta Gear Manual Atau Automatik?

Elsa nak terangkan sedikit apa yang Elsa kaji tadi hahaha. Dianggarkan cuma 20 peratus sahaja kenderaan transmisi manual yang masih ada di pasaran. Kita lebih berminat untuk bergaya dengan kereta gear automatik. Tahukah anda? Elsa seorang gadis yang tak sukakan kereta transmisi automatik. Kenapa pulak tak suka Elsa oi? Aneh-aneh lah kamu ini. Hahaha dalam setiap perkongsian Elsa di perenggan yang seterusnya akan terjawab lah persoalan tadi tau

Kereta Transmisi Automatik
Transmisi automatik sudah tentu memudahkan pemandu. Selalunya mulut-mulut ada kata kereta transmisi automatik kuat makan minyak. Sekarang tidak lagi, kerana teknologi kecekapan bahan api sudah melayakkan kereta transmisi auto duduk sebaris dengan kereta transmisi manual. Malah, kereta auto hari ini datang dengan nisbah gear sehingga 9-kelajuan berbanding manual cuma 6-kelajuan. Teknologi transmisi juga berkembang maju seperti klac Kotak Gear Anjakan Terus (DSG) dan sistem Transmisi Variabel Berterusan (CVT)

Kelemahannya, anda tidak boleh 'jump' kereta auto, tetapi masih lagi bukan isu besar kerana ada sesetengah kereta dibekalkan sistem pengurusan bateri (BMS) selain boleh dipasang di kedai aksesori kereta. Kereta transmisi auto mungkin lebih mahal berbanding manual, tetapi masih lagi dalam skala mampu milik. Apalah sangat jika mahu dibanding dengan nilai keselesaaan dan teknologi yang diberikan

Jadi kenapa Elsa tidak sukakan kereta transmisi automatik? Kerana Elsa tidak suka hadap bosan semasa memandu. Bila Elsa memandu seorang diri, bosan, sudah tentu Elsa akan mengantuk kan haha. Elsa pernah saja pandu kereta auto dan sebab itulah Elsa boleh nyatakan sebab-sebab di atas. Elsa tiada jiwa Fast & Furious 8 kalau memandu kereta automatik haha amboi berlagaknya

Kereta Transmisi Manual
Transmisi manual kebanyakannya adalah pemandu yang sukakan cabaran dan berjiwa hero kononnya haha. Bayangkan anda memandu WRX CVT di laluan panjang dan kini menghampiri satu selekoh tajam. Menerusi transmisi auto, anda cuma perlu memberikan tumpuan kepada titik brek, membrek, lepaskan brek ketika membelok dan pecut! Adrenalin anda cuma mencanak ketika melakukan 1-2 langkah pertama

Menerusi transmisi manual, anda akan merasai apa yang dirasai pemandu auto, tetapi dengan tambahan cabaran, iaitu skil menukar gear. Anda bukan saja perlu mengambil kira titik brek, tetapi kemahiran teknik menukar gear dan gerakan kaki anda mesti tepat yang bukan saja ketika masuk simpang, tetapi juga ketika keluar. Anda perlu buat pertimbangan sendiri sama ada perlu menggunakan gear rendah atau tinggi kerana sedikit kesilapan dilakukan, jatuh sakit nanti tau

Kereta Gear Manual Atau Automatik?
Kereta Gear Manual Atau Automatik?

Kenapa Elsa sukakan kereta transmisi manual? Tengoklah gambar atas alah tanya lagi hahahahahaha. Elsa suka mencabar diri Elsa sendiri untuk lebih berani dalam melakukan sesuatu benda. Lagi pula kereta dekat rumah nie memang kereta manual saja dah tentu-tentu Elsa kena tunggang dia saja hari-hari. Selain itu, dengan usia Elsa yang muda lagi kononnya nie, Elsa sudah memandu jauh seorang diri ke Kelantan. Satu pengalaman dan cabaran paling seronok pernah Elsa buat. Cuma silapnya dekat situ pada waktu memandu ke Kelantan tu Elsa sewa kereta, dan tak mungkin lah penyewa akan sewa kereta manual. Mesti auto punyaaa. Alamak silap dekat situ pulak hahahaha

Oleh itu, tidak kiralah anda pemandu kereta automatik atau manual. Yang penting jaga keselamatan diri dan juga kereta. Kereta itu ibarat nyawa jugalah bagi Elsa. Kalau tak ada dia, takdelah kita boleh keluar tengok dunia haha. Kereta juga harus dijaga luaran dan dalaman supaya selamat untuk digunakan. Macam biasalah kena bawa servis, kena rajin cuci keretanya. Kalau yang ada kereta ala-ala sports tu, duit sanggup habis dekat kereta je. Tak kisah cantik macammana pun kereta tu, yang penting pemandunya Elsa! Hakhak. Dadaaa

Sumber (Kredit): Sini

You Might Also Like

20 Comments

  1. echa pandai drive manual tapi tak pro hahaaha!

    ReplyDelete
  2. Amboi elsa..so jd la ciri2 gdis idaman lelaki nie kan😂

    ReplyDelete
  3. akak boleh drive kedua-duanya. tapi lagi best bawak manual, sebab dia punya pickup lebih

    ReplyDelete
  4. akak ada sorang kawan ni dia mmg jiwa manual.. bawak.. perghhh.. berdesup!

    ReplyDelete
  5. Kak husniey tak kisah, mana mana boleh drive. Hehe tapii kalau jalan jauh mestilah nak bawa auto. Cekap sikit. Tapi selalunya kalau bawa auto macam tak aktif tangan kaki ( jadi ngantuk pulak rasenya)

    ReplyDelete
  6. a total different ngan fae hahaha. i don't like driving at all. walaupun sudah ada driving license.. sebenarnya fae takut driving huhuhu..

    kalo ada duit lebih fae tak kisah hire a personal driver huhu

    ReplyDelete
  7. Nasib baik ada lelaki nak sis walaupun sis tak pandai drive keta manual 😁
    Cayalah Elsa, tabah & cekal gitu 👏👏👏

    ReplyDelete
  8. Amboiiii ayat last tu... Yang penting pemandunya Elsa ye... Hehehehe... I love driving manual car too, instead of auto. Bila drive auto tak feel lah kalau nak potong, macam taknak 'pergi'. Tak pick up sangat hahahahahahaha... Kalau bawak manual, shuuuuuuu barulah fast & furious! Haa manada fast & furious bawak auto kan. Kahkahkah. Tapi bila hadap jam, seriously rasa aduiiiiii kan best kalau bawak auto. Sebab lenguh kaki. Hiks!

    ReplyDelete
  9. Akak pun suka manual.. Tapi kalau dekat kawasan yang sesak macam kl, akak prefer bawa auto.. hehehe.. Lenguh owh kalau bawa manual.. hehehe

    ReplyDelete
  10. dulu2 suka yg manual sbb best bila memotong.. skrg dh semakin "muda remaja" ni, memang memerlukan gear auto.. tp kereta skrg masih manual.. ekekkee

    ReplyDelete
  11. Akk lagi suka manual. Yeayyy. Kita geng

    ReplyDelete
  12. auto senang.. kaki tak lenguh.. hihi

    ReplyDelete
  13. Sy pilih auto sebab lepas dapat lesen, sy x bawa keta selama 2 tahun. Lepas 2 tahun, nak drive manual ketar pula 😂 Tu yang pilih auto 😉

    ReplyDelete
  14. Terbaik Elsa!! Akak bawak manual masa test JPJ je. Pastu dah bawak kete auto je. Tak tahu dah macam mana nak drive manual. Hii.

    ReplyDelete
  15. dulu boleh je drive manual. tapi once dh drive auto. adoii tak biasa pulak nak drive manual. hehehe

    ReplyDelete
  16. aku dua2 pun still drive. gilir2. tp kereta auto aku ada gak manual transmission, guna pedal shift. cuma takde pedal clutch je la.

    ReplyDelete
  17. bawak manual lah baru macho. hiks :P

    ReplyDelete
  18. wahai elsa. kita sama lah.
    tak prefer kta otomatik.
    aida masih drive viva manual tiap hari gi balik keje.
    kawan2 kalau naik kta aida, semua terkejut.
    "gear manual???!!!"
    iye la... ha ha ha :)

    ReplyDelete
  19. Mellya seorang yang ayu jadi mellya pilih auto hahaha

    ReplyDelete