Pemburu Makanan (Food Hunter)
April 27, 2017Pemburu Makanan (Food Hunter) Sumber: Google |
Pemburu Makanan (Food Hunter) | Assalamualaikum. Hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Hahaha bagi Elsa kedua-duanya perlu. Kebiasaannya Pemburu Makanan (Food Hunter) ini seorang perempuan. Kalau bab cari tempat makan yang sedap-sedap dan yang tengah tular di media sosial, anda yang boyfriend-boyfriend tu dah bebas dari satu beban dah iaitu jawapan untuk soalan "kita nak makan dekat mana nie?" Hahaha
Macam Elsa sendiri Elsa memang ada simpan dan save tempat-tempat makan yang best-best dari harga murah sampailah ke harga mahal. Tapi bagi seorang Pemburu Makanan, mereka tidak pernah kisah pasal semua itu. Bagi mereka, makan itu bahagia. Kenapa? Ada berapa sebab mereka itu menjadi seorang Food Hunter
5 Sebab Mereka Seorang Food Hunter
1. Boleh Tenangkan Kemarahan
Kalau Elsa tengah tak elok moodnya, memang Elsa akan cari makanan. Walaupun nasi lauk telur goreng dengan kicap pun dah boleh buat Elsa senyum. Elsa bukan lapar, cuma nak tenangkan diri dari marah-marah saja
2. Perbandingan Rasa Dan Harga
Zaman sekarang yang viral hanyalah makanan western saja. Tak Food Hunter lah kalau tak kenyangkan perut dengan western kan. Jadi kalau makan di tempat yang berbeza, masa itulah kita juga nak jadi chef, bila harga murah tapi sedap, bila harga mahal tapi tak sedap or vice versa
3. Show Off
Hahaha bukan show off yang kita ini kaya asyik makan luar saja. Show off bermaksud kita promote juga kepada orang ramai yang ikuti kita di mana-mana media sosial. Bila kita tunjuk apa yang kita makan, di mana tempat makan, sekaligus kita dah tolong tuan kedai majukan perniagaannya juga hakhak!
4. Hobi
Kalau dah memang pada waktu lapang hanya MAKAAAAN saja memang tak boleh nak buat apalah kan. Pagi makan petang makan malam makan. Kalau ikut makanan seimbang tak apalah ini pakai bedal saja. Sudahlah begitu sila baca perkara ke-5
5. Tak Mahu Nampak Kurus
Kadang-kadang kita nampak seseorang yang suka memburu makanan ini tak naik-naik berat badannya. Slim saja macam itu. Elsa tak tahu macammana diorang boleh macamtu tapi kalau Elsa, Elsa nak jadi macam diorang. Jadikanlah makan sebagai hobi, asalkan berat badan tak naik. Tapi cakap tak guna, Elsa makan saja makin lama makin berisi lah
Oleh itu, kita taknak lah makan ikut suka hati saja. Kesihatan juga kena jaga. Kena seimbanglah kalau dah makan, rajinlah bersenam kan. Baru lah badan cantik tak kembang tak kecut. Lagi satu, kurangkan membazir tau. Kalau tiap-tiap minggu merasa western je tak boleh juga. Banyak lagi masa untuk merasa tempat makan yang lain. Simpan duit tu buat pergi travel dengan kawan-kawan juga ye. Em tapi berkesan ke nasihat Elsa nie dekat Food Hunter? Hahahaha
14 Comments
Amer suka buru makanan jugak tapi....... Tak besar2 pun.. Hmmm metabolism tinggi hm
ReplyDeleteno 1 tu memang betul..Umi setuju sangat..hehe
ReplyDeletesaya pun suka makan2 ni...tapi kn cari yang murah2 jer...hihi bajet..tapi sesekali mmg akan carik makanan yang mahal2 untuk kepuasan hati
ReplyDeleteIQ suka jugak jadi food hunter ni, tapi poket pn kne tebal skli la, haahahaha!! plus IQ tak ada geng nak pergi, sebab kalau pergi tong2 skli xpe, ni mintak belanja, kopak duit mak naakkk..haha
ReplyDeleteMakan memanglah best. Tapi, betullah nak buru makanan pun kesihatan kena jaga juga. Tambah2 yg jenis tak naik badan, tak perasan kolestrol dah meninggi. Bahaya tuu. Haha
ReplyDeletehahaha..kak liez pun suka makan.. even dapat husband, family in law yang mmg food hunter.. parents in law klau baca paper n nampak section makanan ke..bila kami balik ipoh mesti ajak carai punya... klau dtg kl pun macam tu jugak.. mesti mencari punya..
ReplyDeleteAlaa amerzing ni, kite pun nak komen benda yang sama. Suka makan, kuat makan, kerap makan, tapi berat badan taknak tolerate langsung. Keding je lah, berat naik setahun 1kg je. Haha metabolisme haywire. Orang kalau stress atau sedih biasanya kuat makan kan, tapi kite takpun. Lagi berkurang selera makan ada lah.
ReplyDeleteJoin the club Elsa. saya pun suka makan dan suka try makan di kedai-kedai baru..
ReplyDeletesaya suka makan tapi saya nak kurus
ReplyDeleteWani pun kekadang food hunter juga , tapi tengok pada keadaan :D
ReplyDeleteSaya food hunter.. Sebab sangat suka makan..
ReplyDeleteDan memang boleh menenangkan kemarahan..
Food hunter juga, tapi dulu 😂 Sekarang nak jaga kesihatan
ReplyDeleteAkak memang food hunter! Suka jugak save mana-mana info pasal kedai makan best. Senang nak refer nanti :D
ReplyDeleteJom Elsa, kita jadi food hunter bersama. Hihi
aida ni food hunter jugak.
ReplyDeletepantang la dgr tempat makan best, mesti nak ajak mr.asben.
especially area melaka & seremban.
sebab senang gi.
area KL, susah skit sebab tak tau jalan :) ha ha ha...
kalau nak holiday pun, selain survey tempat tido, tempat makan wajib jugak!
kena la rasa makanan tempat org, kan :)