Anda Rabun? Cuba 5 Tips Ini

May 24, 2017

Anda Rabun? Cuba 5 Tips Ini | Assalamualaikum. Elsa seorang gadis yang sentiasa bercermin mata bukan untuk bergaya tau. Tapi untuk rawat mata Elsa nie. Ya betul Elsa mengalami rabun jauh sejak Elsa 8 tahun lagi. Bila dah besar sikit, baru pandai nak pakai kanta lekap, alasan taknak tudung kembang hahaha. Anda Rabun? Cuba 5 Tips Ini

Anda Rabun? Cuba 5 Tips Ini
Anda Rabun? Cuba 5 Tips Ini
Sumber: Google

Sebelum Elsa kongsikan beberapa tips yang kadang-kadang Elsa buat hahaha teruknya lah kadang-kadang je. Jom kita tengok Jenis Rabun Mata. Kebiasaannya rabun mata terbahagi kepada dua jenis iaitu Rabun Dekat dan Rabun Jauh. Rabun Dekat penglihatan mereka agak kabur terhadap objek yang berkedudukan dekat tapi jelas terhadap objek yang berkedudukan jauh. Rabun Jauh pula berlawanan dengan Rabun Dekat tadi. Orang yang agak berumur mengalami rabun dekat sebab tu kalau anda tengok pakcik makcik nak balas whatsapp kena jauh dari mata kan. Rabun jauh dialami oleh pelbagai peringkat umur, contohnya Elsa. Emm

5 Tips Kurangkan Rabun Mata

1. Amalkan Makanan Seimbang
Lobak merah, keledek, tomato, keju dan kuning telur adalah antara bahan-bahan yang mengandungi Vitamin A di mana ia membantu membina pigmen bagi membaiki penglihatan pada waktu malam. Sayur bayam juga baik untuk mata jadi siapa yang tak makan sayur tu, rugi lah

2. Minum Air 8 Gelas Sehari
Jangan liat sangat minum air suam tau. Banyak manfaat minum air suam nie. Air berfungsi sebagai pelarut, pelincir dan pengangkut nutrien ke seluruh tubuh kita. Jika kita minum air 1 liter sehari, ia boleh mencegah kulit dari menjadi kering dan berkedut

3. Tidur Dan Rehat Yang Mencukupi
Buat remaja-remaja di luar sana, tak rugi pun tidur jam 10 malam tau. Tidur yang cukup boleh mengelakkan mata kita menjadi lesu dan ada kesan lebam bawah mata (eyebag). Tidur yang mujarab adalah 6 hingga 8 jam sehari. Kalau lebih dari 2 hari tak bangun tu bukan cukup, tu MALAS!

4. Lindungi Mata Dari Sinaran Matahari
Cermin Mata Elsa mengandungi anti UV tau. Jika kita dedahkan mata kita kepada sinaran cahaya matahari, kornea dan selaput mata kita akan rosak. Kadang-kadang juga boleh menyebabkan sakit kepala tau. Jadi selepas ini kalau lah nak buat cermin mata baru, kalau orang kedai cermin mata tu nak bagi anda kanta yang anti UV, ashilakan ambil. Banyak baik dari buruknya

5. Pakai Kanta Lekap
Belajar pakai contact lens ye anak-anak. Contact lens boleh mengurangkan rabun dan juga silau. Tetapi tidaklah kurang banyak sangat cukuplah untuk anda pakai masa tengah memandu pada waktu malam. Pastikan kualiti kanta lekap itu baik dan tidak membahayakan. Jangan pakai kanta lekap yang harga jauh lebih murah dari harga kedai cermin mata. Ha jangan lupa juga untuk disiplin dalam pemakaian kanta lekap contoh seperti penjagaan kanta lekap, tempoh pemakaian dan tarikh luput kanta lekap tersebut

Tak susah pun nak jaga kedua-dua belah mata ini. Hari-hari kita pakai dia untuk tengok sekeliling. Bagi yang rabun, kalau keras jiwa nak pakai cermin mata atau kanta lekap, awak berjalan depan orang yang awak kenal pun boleh jadi gaduh sebab yelah orang tu dok senyum dekat awak, awak tak balas senyum dia. Ha perempuan nie biasalah dia punya koyak kalau senyum tak berbalas tu hm. Pada yang mata masih sihat tu, tahniah Elsa ucapkan hehe. Tapi Elsa tak nafikan, gadis pakai cermin mata nie ayu tau. ops

Anda Rabun? Cuba 5 Tips Ini
Anda Rabun? Cuba 5 Tips Ini
Sumber: Google

Anda Rabun? Cuba 5 Tips Ini
Anda Rabun? Cuba 5 Tips Ini
Sumber: Google

You Might Also Like

21 Comments

  1. Alhamdulillah tak rabun lagi. Mintak sangat sangat tak rabun sampai tua :')

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas info. tp tak tahu plak kalau pkai lens boleh kurangkan rabun? btw last word saya suka. hahaha "gadis pakai cermin mata nie ayu tau"

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul elsa dapat tahu memang boleh kurangkan sikit rabunnya. eh mesti ayu punya hahaha

      Delete
  3. Opsss.. Ayu ke kak ana?? Haha. Lama dh kak ana rabun ni elsa.

    ReplyDelete
  4. Okeeeeeey kita geng geng ayu ye hehe. Sepanjang berkaca mata tips 5 je tak pernah nak try takutttttt 😐

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan mya. tak pernah pakai kanta lekap tapi nak cuba pakai..

      Delete
  5. IQ pun rabun tapi selalu lupa nak amalkan..

    IQ takut nak pakai kanta lekap, sebab teringat kawan IQ dulu kena infection sebab kanta lekap, air mata tak berenti mengalir.

    ReplyDelete
  6. lenne dah pakai contact lens since umur 14 sebab lenne memang tak lawa pakai specs haha tapi memang lenne tak nafikan yg ngam pakai sememangnya ayu and lawa ❤

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
  7. Gut tip... Moga dapat membantu mereka yg mmpunyai masalah rabun.. :)

    ReplyDelete
  8. No 3 tu memang selalu buat.. Hehehe.. Asal ada peluang je..
    Yang no 1 ngn 2 tu cam payah sikit..

    ReplyDelete
  9. wahh.. noted.. kadang malas nak pakai spek..bile da sakit kepala baru terkapai2 cari spek balik :D

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, tak rabun 😊

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah, tak rabun 😊 tapi tips ni membantu mereka yg rabun 👍👍👍

    ReplyDelete
  12. Selalu pakai spect pun masa driving. kehkeh

    ReplyDelete
  13. Terima kasih dengan perkongsian

    ReplyDelete
  14. Thanks for sharing Elsa.. Akak nie memang rabun dan pakai contact lenses.. Dulu masa kecik penah pakai cermin mata hingga umur 19 tahun, masuk umur 20 tahun akak start pakai lenses hingga sekarang.. Cermin mata dah takleh pakai lagi sebab kalu pakai mesti mata akak jadi juling.. hihi

    ReplyDelete