Baik Atau Tidak Pembelian Secara Atas Talian?

August 10, 2017

Baik Atau Tidak Pembelian Secara Atas Talian? | Assalamualaikum. Makin lama zaman makin maju. Zaman Elsa dulu kalau nak membeli, kena keluar pergi pusat membeli-belah. Perit lagi bila kena naik bas tau yelah mana ada lesen lagi waktu itu. Sekarang dah mudah cuma kena ada barangan elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya, ha tak lupa juga kena ada internet yang laju. Hakhak. Okay, sebenarnya Baik Atau Tidak Pembelian Secara Atas Talian?

Baik Atau Tidak Pembelian Secara Atas Talian?
Baik Atau Tidak Pembelian Secara Atas Talian?
Sumber: Google


Kini terdapat pelbagai jenis platform yang membolehkan kita untuk membeli barangan secara online. Buka facebook, ada jualan online. Buka instagram, twitter, laman web rasmi, semua ada! Tak dapat dinafikan juga cara ini telah digunakan oleh pelbagai peringkat umur. Tapi jangan seronok membeli saja kalau tanpa mengambil tahu risiko pembelian secara online ini. Suka Elsa nak huraikan dekat sini Kebaikan dan Keburukan Pembelian Secara Atas Talian. Setuju atau tidak, terpulang pada anda

Kebaikan Pembelian Secara Atas Talian
1. Menjimatkan Masa
Bagi kita yang sibuk menjalankan tugas 5-7 hari seminggu, sudah tentu mereka tidak mempunyai masa untuk berjalan ke Mall dan sebagainya untuk membeli belah. Dengan cara pembelian dalam talian tak perlu kita susah payah nak menghadap kesesakan lah masalah tak jumpa parking lah. Hanya klik-klik kemudian barang sampai di rumah

2. Apa Yang Ada Di Luar, Semua Dah Ada Di Dalam
Maksudnya apa? Ya contoh pakaian. Kita tak perlu memenatkan diri cari di luar sedangkan di dalam talian juga pakaian yang sama mereka jual. Memang kita tak boleh cuba pakaian tersebut tapi penjual online tak kejam tak tinggalkan ukuran baju pada ruangan detail hehe

3. Murah
Tidak banyak mana pun murahnya dengan yang terjual di luar tapi jika kita beli dekat luar, kos untuk membeli baju contoh tol, minyak, tiket parking? Ha kira lah hehe. Kalau membeli secara online, tak banyak duit yang perlu kita keluarkan. Cuma bayaran postage dan harga item sahaja

4. Boleh Membeli Pada Bila-Bila Masa
Siapa yang tak pernah buat? Sebelum tidur pasti akan scroll facebook dan instagram anda untuk mencari sesuatu barangan yang diminati. Dah buat pilihan yang tepat, kita dengan mudah boleh hubungi penjual tersebut. Esok pagi, jelaskan pembayaran. Senang

Baik Atau Tidak Pembelian Secara Atas Talian?
Baik Atau Tidak Pembelian Secara Atas Talian?
Sumber: Google

Keburukan Pembelian Secara Atas Talian
1. Jangka Masa Yang Lama
Jika kita tersilap memilih penjual online, maka barangan kita memang akan lambat sampai di tangan kita. Sesetengah penjual telah menetapkan jadual mereka membuat pengeposan. Jika penjual tersebut hanya membuat pengeposan 1-2 hari seminggu, mungkin menduga juga buat kita

2. Indah Khabar Dari Rupa
Ini paling kecewa. Di dalam gambar bukan main berkilat, elok dan cantik tapi bila sampai sahaja pada kita, tak seperti dalam gambar. Bukan apa, kita juga tahu permainan cahaya kamera tidak sama 100% tapi kita juga teliti dalam menilai sesuatu itu sempurna ataupun tidak

3. Tidak Boleh Refund
Berkait dengan point kedua tadi, bila sudah begitu ingat penjual akan layan kita untuk minta refund? Macammana kalau beli terkoyak? Barang yang sampai tidak mencukupi? Tersalah warna? Sesetengah penjual memang akan buat-buat tak kenal kita lepas sahaja kita terima barang daripada mereka. Tapi kalau barangan tersebut tersalah saiz, baju contohnya, kalau tersalah saiz, itu salah kita atau penjual? Bagi saya dua dua salah. Ada kes penjual memang tersalah bagi saiz atau ada kes pembeli yang tak sungguh-sungguh ukur mengikut ukuran

4. Scammer
Ini paling perit dan meroyan kalau sesiapa yang terkena. Kebanyakan orang takut untuk membeli online kerana kurang percaya samada orang yang kita berurusan ini wujud atau tidak? Jujur atau jenis songlap duit? Hanya pakar sahaja yang pandai kesan siapa scammer siapa penjual yang jujur. Ya anda semua pakar sebenarnya. Cuma rajin dengan tak rajin je. Tapi demi selamatkan duit kita dari lesap begitu saja, tak ada salah untuk kita selidik sikit-sikit kan

Baik Atau Tidak Pembelian Secara Atas Talian? Bagi Elsa ianya baik jika kita bijak. Langkah-langkah untuk membeli secara atas talian dengan selamat adalah:
1. Selidik latar belakang penjual
2. Baca feedback daripada pelanggan

Itu sahaja yang Elsa biasa buat hehe. Alhamdulillah setakat ini Elsa sebagai pembeli online tegar tidak mengalami sebarang keburukan. Semua baik-baik belaka dan sebab itu Elsa bagi feedback terbaik kepada mereka. Walaupun hanya feedback pelanggan, tapi kerana kepercayaan pelanggan terhadap penjual lah membuatkan penjual online masa kini semakin maju. Semoga murah rezeki penjual online di luar sana!

You Might Also Like

30 Comments

  1. Beli online kena hati hati, check dulu kalau wensite tu ada customer protection, boleh refund klau produk tidak seperti yg diiklankan. Check komen customer yg dh beli.

    ReplyDelete
  2. Baca feedback customer boleh tahu keadaan barang tu camne...

    ReplyDelete
  3. CR pun suka beli on9. Senang .tunggu je barang sampai. Tp tu lah.kadang tu lamaaaa tunggu baru smpai. Kena sabar skit lah kan. 😊

    ReplyDelete
  4. ada pros and cons shopping online ni. bab scammer mmg kena hati2. then part tunggu2 pulak mcm hmm selau je rasa tak sabar nak dapat barang. but on top of all, shopping online ni mudah sangat!! hujung jari je terus settle beli barang! huhuhu

    ReplyDelete
  5. Tips mengenai feedback tu akak setuju.. Kena tengok betul-betul feedback customer dia sebelum nie.. Baru beli.. Akak selalunya beli ikut gerak hati.. Kikiki..

    ReplyDelete
  6. Bab scammer dan indah khabar dari rupa yang paling akak seram. Tapi akak biasanya cuba sekali dulu. if okay, dan bolehlah beli lagi. Kalau tak, means kali tu jela beli. Hihi.

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yg baik elsa..kena juga berhati-hati pmbelian atas talian...takot xdak protection

    ReplyDelete
  8. Selalu beli kat lazada dpt barang lain dr yg diorder.. Skrg malas da nak beli on9 huhuu..

    ReplyDelete
  9. CCL suka shopping online , salah satu sebabnya jimat dan barang yg ccl nak mudah dicari. Pengalaman sejak terjebak dalam dunia shopping online pernah sekali ccl terkena dgn scammer penipu ..huhu ..mujur sekali kn

    ReplyDelete
  10. senang beli online ni... bila-bila masa boleh shopping tapi kena hati-hati biarlah laman shopping yang boleh dipercayai...

    ReplyDelete
  11. Saya selalu believe online tapi kat laman Yang boleh dipercayai sahaja seperti Lazada. Kalau untuk buku saya biasa beli kat ujanailmu , PTS, dan Telaga Biru secara online.

    ReplyDelete
  12. Ai suka shopping online.. but dari trusted website laa.. itu pun kalau feed back tak best.. i cancel..

    ReplyDelete
  13. Kena hati2 beli online ..selalu kak lina mesti baca feedback customer dulu

    ReplyDelete
  14. Mmg Ada Pro and cons. Tapi kena bijak memilih yg terbaik

    ReplyDelete
  15. membeli belah atas talian memang ada kelebihan dan kekurangannya. bergantung kepada individu jugak nak beli atau tak. sebab ia melibatkan kepercayaan.

    ReplyDelete
  16. sebagai peniaga online..hakak suka shopping online. hehe

    ReplyDelete
  17. kalau scammer ni memang kena alert. Alhamdulillah, IQ tak pernah kena lagi dengan scammer, cuma indah kabar dari rupa tu banyak..hahahaha!

    ReplyDelete
  18. ade baik and buruk kalau beli online nie kan.. tapi yang penting kite kena tengok jugak testimoni/feedback dari customer..

    ReplyDelete
  19. Nice sharing Elsa .. ada baik & buruknya juga shopping on9 nie.. kena hati2 lahr sbelum membeli :)

    ReplyDelete
  20. Ada pro dan con juga beli on9.. rezeki la dpt yg semua ok..kena tawakal la

    ReplyDelete
  21. Betul shai, ada baiknya juga membeli atas talian ni. Jimat masa satu, tapi yang tak bestnya bila indah khabar dari rupa. Huhu macam order penimbang tu sekali dpt mainan punya aduuh tu yang serik nak membeli

    ReplyDelete
  22. Betul tu elsa kongsi ni.. Cik ash setuju

    ReplyDelete
  23. tak suka sangat beli barang secara online sebab tak bleh nak belek sungguh2. Beli barang yang susah nak cari dekat kedai berdekatan je. Ada yang okay, ada yang tak. Apa boleh buat, redho je lah

    ReplyDelete
  24. Chance for scammers tu memang awful sangat rasa. Tapi murah tu betul sangattt. Macam Lazada memang murahh.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  25. betul ada pros n cons... kena sentiasa berhati² dan pilih seller yang betul.. ^_^

    ReplyDelete
  26. seronok beli online. jimat tenaga, jimat masa. pandai pilih, dapat jimat duit. tapi kena hati hati.. takut nanti terbeli brg yg tak berkualiti.

    ReplyDelete
  27. Raya lepas, ada jg kawan2 yg terkena scam thru FB. That's why akak ni beli dr site2 tertentu ja, misalnya SGshop. Btw, jemput join GA kami yg sdg berlangsung bln ni.:D

    ReplyDelete
  28. ada pro & cons beli belah secara online. memang kena hati hati masa pilih penjual

    ReplyDelete
  29. Biasala kalau secara online ni ada baik ada buruknye.. yg tak tahan bila terkena dgn scammer.. huhuhu..

    ReplyDelete
  30. I love buying things online. But we as customer, have to be careful to avoid being scammed

    ReplyDelete