Apa Elsa Buat Bila Elsa Badmood?

February 10, 2017

Assalamualaikum

Apa Elsa Buat Bila Elsa Badmood?
Apa Elsa Buat Bila Elsa Badmood?

Memang pelik pelik saja perangai gadis gadis yang suka badmood tak tentu pasal nie kan. Badmood nie ada bahaya ada tidak. Yang bahayanya dalam kita badmood nie kita akan hilang kawalan, akan buat sesuatu yang tak terlintas langsung dalam fikiran kita nak buat dan seterusnya akan menyusahkan orang sekeliling kita. Sebab tu bagi Elsa lah orang yang kuat badmood nie orang lain takut nak berkawan. Contoh kalau bergurau sikit, emosinya lebih. Termarah sikit, habis semua meja kerusi bangunan rumah pun diterbalikkan. Cuit sikit, dia bagi kita buku lima. Aish kadang kadang Elsa sendiri tak faham dengan diri Elsa sendiri. Hari hari nak badmood. Bak kata rakan pejabat Elsa "kau nie hari hari period" Em okay sudah

Badmood nie punca dari macam macam masalah. Antaranya stres kerja, benda itu hilang benda ini pecah, rokok kena curi, jalan raya sesak, cari barang kegemaran tak jumpa, internet & wifi slow, TV tak ada signal, kadang kadang malas nak mandi pun boleh jadi badmood. Eh tak faham Elsa tau. Punca badmood sangat tak munasabah hahaha. Biasalah kalau gadis yang badmood memang macamtu lah kaedahnya, sebab Elsa yang alaminya sendiri kan. Elsa tak cukup kaji lagi kalau lelaki badmood tu apa puncanya. Em mungkin punca kalah main DOTA? *gelak sikit

Kalau dulu masa Elsa zaman sekolah, Elsa badmood Elsa akan buat satu benda je, iaitu update dekat laman sosial. Kalau ada 10 laman sosial nah 10 lah update copy paste status yang sama! Ish apa semua tu? Not good tau *pesan diri sendiri Sekarang tidak lagi. Elsa punya badmood Elsa tak tunjuk tapi orang sekeliling sendiri faham. Hebat benar mereka tu boleh tahu musim badmood Elsa kecuali ibu & abah memang Elsa takkan tunjuk badmood Elsa pada diorang. Buat apa lagi Elsa nak bebankan diorang dengan perangai Elsa yang macam baby tak pernah nak besar nie hahaha

Jadi sekarang, kalau Elsa badmood, Elsa buat perkara-perkara di bawah. Mana yang baik boleh ambil, mana yang tidak jangan ikut tau tau hehe

1. MAKAN TANPA HENTI
Perkara nie Elsa rasa ibu faham. Kalau ibu nampak Elsa makan 2 jam berselang, ada je snek yang anak dia nie capai dari dapur tu ha itulah dia, badmood saja! Dengan cara makan nie Elsa dapat rasa lupa kejap dengan masalah yang dok main dalam fikiran tadi kan

2. PRIVATEKAN DEFAULT PICTURE WHATSAPP
Ini kalau siapa buat macam Elsa yay kita geng. Selalunya kawan kawan Elsa yang perasan DP whatsapp Elsa hilang, ha jangan berani kacau Elsa. Ada jugak yang sengaja whatsapp "gaduh dengan cik abang lah tu" Amboi amboi pandai dah dia nie mengacau ye orang lagi tengah badmood dia lagi tambahkan angin eee. Ada sesetengah orang dia akan letak DP gelap atau warna hitam huhu tapi Elsa tidak berbuat demikian dek kerana malas nak kena tekan satu satu untuk tukar DP tu lepastu nak tangkap gambar warna hitam pulak hahaha. Kalau privatekan hanya pergi pada privacy kemudian tukar DP everyone kepada nobody. Simple je caranya hahaha. Tapi bila kawan kawan ada yang tegur "uish gelapnya gambar" ha itu janganlah kacau amaran keras sangat sangat itu memang dah tahap dewa dah dia punya badmood

3. BERSIAR SIAR DENGAN KERETA
Ini katogeri nak menghabiskan minyak lah nie kan. Padahal kawasan rumah Elsa sendiri dah bosan nak ronda ronda. Pernah sekali Elsa punya layankan sangat badmood nie, berbekalkan kancil enjin nissan skyline Elsa, Elsa pandu kereta memang terjalak sampai ke Genting Highland. Terkejut kan?! Elsa sendiri umpama tak sedar tau waktu tu macam Elsa jalan saja tahu tahu dah hampir sampai ke puncak. Apa Elsa buat lepastu? Elsa menangis sekejap sebab itu tindakan paling bodoh Elsa pernah buat. Baru lepas Elsa cakap tadi, badmood yang teramat memang boleh buat kita hilang kawalan. Akhirnya Elsa turun balik dari Genting Highland perlahan lahan sebab kabus pada waktu itu dah semakin menebal

4. BELANJA ADIK SESUATU
Elsa ada seorang saja adik perempuan. Tak tahu kenapa dengan dia pulak Elsa nak buat baik hahaha. Kalau Elsa badmood, Elsa akan ajak dia berjalan, dan Elsa akan cakap "dik, kau nak apa? Ambil cepat" Maka dia pun ambil. Tapi payah juga dia nie. Orang suruh ambil ambil satu sudahlah ini sampai tiga empat kadang kadang. Lagi tambah badmood Elsa nie nanti ish ish ish

5. CUBA ELAK DARI CERITA DEKAT IBU
Elsa seorang yang tak suka orang lain tahu keperitan yang Elsa alami. Termasuk ibu. Elsa bukannya kejam taknak berkongsi dengan ibu. Tapi bagi Elsa, Elsa yang timbulkan, biar Elsa yang selesaikan. Elsa taknak susahkan orang lain. Bukan dapat apa pun. Ibu selalu juga tanya apa masalah sebab dia memang tahu anak dia bila masa gembira bila masa nak menangis. Jadi Elsa hanya cakap sesuatu yang positif. Elsa terpaksa pusing cerita supaya dia tidak syak apa apa

6. SOLAT
Perkara yang wajib sekali bila kita perlukan pertolongan, hanya menghadap-Nya. Langkah langkah di atas hanya sampingan, tapi ini yang utama. Elsa minta pertolongan dari-Nya In Shaa Allah Elsa tenang. Kita sebagai hamba kena selalu ingat yang kita bukannya tak ada tempat untuk mengadu, ada je kan. Ceritakan segalanya luahkan apa saja yang terbuku di hati In Shaa Allah tenang. Sebab orang kata, makin dipendam makin sakit. Elsa memang rasa sakitnya bila dipendam lama lama. Kemudian bila Elsa dah lemah, Elsa menangis dan itu sajalah kaedah gadis gadis bila dah lemah sangat sangat kan. Jadi solat dan banyakkan berdoa agar diberkati hidup kita :)

Kesimpulannya, badmood itu sangat tidak best. Jadi jangan badmood! Hahaha apa kesimpulan macamnie nie. Elsa dah terkejar kejar nak makan. Elsa tak makan tengahari lagi tau

RUGI SIAPA TAK JOIN GA ELSA LAGI. CEPAT KLIK SINI DAN MENANG!

You Might Also Like

16 Comments

  1. Kak Ana sejak dah ada ana bad mood tue semua tolak tepi. Sebab kalau kita bad mood, bukan faham pun budak kecik tu. Hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau Amerzing badmood.. Tak lain tak bukan, sumbat telinga dengan earphone, volume full. Hahahahaha https://ameridzuan.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Salam singgah kak elsa. sy pun sama juga kalu bad mood mesti makan banyak. huhu. tapi betul kak elsa, solat adalah terbaik utk meredakan perasaan tak tentu itu. alang2x tu sy klik sekali tabung makan. hihi.

    ReplyDelete
  4. haipppp jangan bad mood lah, tak elok untuk kesihatan haha. tapi syed pun akan bad mood juga kalau kalah dota. Especially kalau kalah 3 kali berturut-turut. Time tu kalau siapa datang dekat memang tak layan la hahaha.

    http://anothersyed.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. Haha.. normal for ladies kalau badmood tiba2.. kalau Kuci badmood.. pi cuci mata..tengok2 barang dikedai.. even x beli..tiba2 jadi happy..peluk kucing.. tidur..haha

    ReplyDelete
  6. Salam singgah kak elsa. kadang risau ngan bad mood sebab takut tak dapat kontrol perasaan. tapi betul kak elsa, solat dan berdoa kepada Allah mohon dipermudahkanNya. Amin. Jalan2x sambil klik tabung makan kat sini. hihi.

    ReplyDelete
  7. Eh Elsa, samalah cara kita release tension (kecuali number 2, sebab kalau mai tension lagi banyak selfie keluar, lepastu tukar yg lagi comel,kekekeke). Yang lain semua sama, tambah2 bab perhabis minyak dan makan makan makan.

    ReplyDelete
  8. Ya, point yang last tu paling terbaik. Hanya dengan mengingati Allah, hatikan tenang. Kan? :)

    ReplyDelete
  9. Hi Elsa, betul ke awak ni ada kuasa ajaib huhu singgah.

    ReplyDelete
  10. hee elsa belanje adek kalau badmood. alahai nak jadi adik elsaaaa lah kalau camtu hihikk ^^

    ReplyDelete
  11. pling best dgr lagu sedih pastu nangis puas2..haha..

    ReplyDelete
  12. Yang privatekan dp whatsapp tu sama la dengan saya. haha

    ReplyDelete
  13. Akak bad mood bila nak datang period, ada orang takeover kerja yang kita tengah buat (busybody)
    Selalunya kalau kat rumah akak akan duk diam-diam dalam bilik ja dan tidur

    ReplyDelete
  14. makan sampai hati dah stabil! 😄 pastu exercise sebab dah terlebih makan

    ReplyDelete
  15. kalau aina badmood, aina akan cuba jauhkan diri dari org lain. takut pula kalau amarah tu tempias kat org lain huhu

    ReplyDelete
  16. sis kalau badmood akan mula buat muka bodoh sombong pastu terus diam macam orang bisu. Kerja rumah semua tetap sis buat tapi suara sis aritu memang tak dengar langsung la. Family semua memang dah paham. Jangan di kacau la time tu, kalau di kacau juga tak pasal-pasal boleh kena sembur

    ReplyDelete