5 Keistimewaan Berlesung Pipit

April 10, 2017


Assalamualaikum

Lesung Pipit adalah kecacatan pada otot zygomaticus di bahagian pipi, iaitu ia pendek dari normal. Jadi, apabila tersenyum akan berlaku ‘lekuk’ pada bahagian tersebut. Beruntung siapa yang mempunyai lesung pipit di pipi tau kerana ia merupakan kecacatan yang istimewa! Kenapa Elsa cakap istimewa? Okay tengoklah Wawa Zainal di bawah. Cantik bukan?

5 Keistimewaan Berlesung Pipit
5 Keistimewaan Berlesung Pipit
Sumber: Google

Jadi Elsa nak kongsikan 5 Keistimewaan Berlesung Pipit yang Elsa tahu dan Elsa kaji hahaha. Siapa yang ada lesung pipit bolehlah baca. Yang tak ada pun boleh lah baca jugak hikhik

5 Keistimewaan Berlesung Pipit

1. Tampak Muda
Orang yang ada Lesung Pipit ini jauh lebih muda dari umur mereka tau haa. Ini kerana Lesung Pipit sinonim dengan kanak-kanak dan bayi

2. Ramai Peminat
Eh betul ke? Hahaha bagi Elsa itu betul tau. Kalau anda nampak ramai yang suka berborak dengan seseorang itu, sudah tentu dia ada Lesung Pipit. Tiap kali borak je Lesung Pipit dia terbentuk. Kalau dia tengah tak senyum pun masih boleh nampak bayang-bayang Lesung Pipit di pipinya

3. Ramai Selebriti Menjadi Terkenal
Menurut laman web Time For Healthy Food, lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit. Mereka sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan ini. Bagi yang belum tahu, mesin untuk mencipta lesung pipit ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1936

4. Aura Keceriaan Tersebar Terus
Setiap kali orang yang memiliki Lesung Pipit ini tersenyum, mereka sekaligus telah menyebarkan aura keceriaan dan menyejukkan hati yang melihatnya. Kalau yang sangat setia dengan senyuman mereka itu haih boleh jatuh cinta tau

5. Hanya 20% Manusia Memilikinya
Seperti statistik yang dilaporkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% daripada manusia di dunia ini yang memiliki lesung pipit. Ia sebenarnya adalah satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui ramai

Jadi sila cemburu dengan Elsa sebab Elsa pun ada! Hahaha tapi Lesung Pipit Elsa ini main-main sikit. Yang paling ketara nampaknya adalah pipi belah kiri. Pipi belah kanan tu kadang-kadang dia keluar kadang-kadang tidak. Mungkin faktor otot muka Elsa berubah-ubah kot hahaha. Okay meyh tatap kejap gambar Elsa dengan Lesung Pipit hakhak!

5 Keistimewaan Berlesung Pipit
5 Keistimewaan Berlesung Pipit

Gambar ini keluar sebelah sahaja Lesung Pipitnya. Huhu sebelah lagi shy-shy cat pula

5 Keistimewaan Berlesung Pipit
5 Keistimewaan Berlesung Pipit

Ha ini keluar dua dua yay! Hakhak. Eh Kak Ana ada komen dekat situ

Jadi kepada siapa yang ejek kami cacat tu, jangan cemburu! Kami memang cacat tapi kami cantik hahaha. Siapa ada lesung pipit jugak angkat tangan!

SUMBER: SINI

You Might Also Like

17 Comments

  1. Lesung pipit ni buat pemiliknya nampak manis. Kihkih tak dpt dinafikan. :)

    ReplyDelete
  2. memang manis org berlesung pipit mcm Wawa Zainal, Yana Shamsudin..jugak mcm Elsa jugak tapi kan lesung pipit ni disebabakan kecacatan pada otot zygomaticus di bahagian pipi, iaitu ia pendek dari normal. Jadi, apabila tersenyum akan berlaku ‘lekuk’ di bahagian tersebut.- Fakta -tapi ia satu ‘kecacatan yang indah’ begitu indah ciptaan ALLAH yg dikatakan cacat pon masih tetap menarik.. Subhanallah

    ReplyDelete
  3. untung org yg ada lesung pipit nii hihihih

    ReplyDelete
  4. baru tahu lesung pipit nie dikategorikan sebagai kecacatan tapi istimewa. Kalau ada sebelah je boleh nampak muda juga ke, :)

    ReplyDelete
  5. I pun ada lesung pipit tapi rasa janggal lol

    ReplyDelete
  6. yeay! kita sama elsa! belah kiri lebih menyerlah berbanding belah kanan, anak IQ pun ikut IQ, ada lesung pipit, memang bertambah kecomelan dia...eh? hahahaa!!

    ReplyDelete
  7. Acececyyy tetiba tersenyum depan cermin cari lesung pipit sendiri hahahhahahaha

    ReplyDelete
  8. Cacat tapi cantik. Akak suka tengok orang yang ada lesung pipit ni.

    ReplyDelete
  9. Lesung pipit takde, gigi taring ade lah, kahkahkah nak jugak... :P

    ReplyDelete
  10. Saya dah tekad ni, nak cari bini yg ada lesung

    ReplyDelete
  11. Dah agak dah, mesti nak cerita yang Elsa pun ada lesung pipit. Alolooo comel je! 😉

    ReplyDelete
  12. Memang comel ada lesung pipit ni hehe 😊

    ReplyDelete
  13. wah.. geram tengok lesum pipit..

    ReplyDelete
  14. Ya.. ampun.. comelnya lesung pipit elsa >.<

    ReplyDelete
  15. Lesut pipit 'kecacatan yang cantik' 😉

    ReplyDelete