10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

March 13, 2017


Assalamualaikum

Ada sesiapa pengguna Apple dekat sini? Siapa yang menggunakan iPhone, Macbook, iPad dan sebagainya? Mari sini Elsa nak kongsi 10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple. Jadi artikel pada kali ini Elsa baca daripada Twitter nama pengguna @MyAppleDotMy jadi Elsa suka nak kongsikan pada rakan-rakan blog Elsa pula. Kita asyik pakai saja produk Apple tapi tak nak tahu tentang sejarah Apple. Tak best lah macamtu kan?

Entry kali ini banyak sikit gambarnya harap maaf ye. Harap-harap sangat blog Elsa tak berat huhu tapi memang dah berat sangat dah sampai tak boleh pikul. Okaylah. Jom kita lihat 10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

1. Apple dimulakan paad tahun 1976 oleh Ronald Wayne, Steve Wozniak dan Steve Jobs. Selepas 2 minggu, Wayne tinggalkan Apple, jual perkongsian 10% bernilai $800. Jika Wayne masih kekal, Wayne mempunyai $60billion

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

2. iPod ialah produk kejayaan Apple yang pertama. Kejayaan iPod telah menukarkan nama syarikat Apple Computer inc. kepada Apple inc.

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

3. Perasan atau tidak, hampir semua iklan produk Apple pamer waktu "9:41" kerana itu adalah waktu Steve Jobs perkenalkan iPhone yang pertama

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

4. Kesemua bentuk 4 segi di laman komputer kini mempunyai lekuk di bucunya. Perasan? Ia dipanggil ROUNDRECTS. Bill Atkinson, pekerja Apple datang dengan algoritma baru untuk penuhi kemahuan Steve Jobs. SEGI 4 BUJUR

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

5. Ini ialah gambar fanboy Apple dari Jepun yang berbaris untuk iPhone 6, 7 bulan sebelum iPhone 6 diperkenalkan. Ya, 7 bulan

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

6. Pernah baca tak End User License & Agreement? Kalau korang pernah baca, korang memang penipu besar. Jika anda baca, anda akan jumpa baris ini dalam agreement tersebut

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

7. Ini ialah antara siri Macbook yang terawal dikeluarkan Apple. Bila pengguna buka skrin, logo menjadi terbalik

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

8. Jika anda gamers sejati, Apple mungkin pilihan terakhir. Tahu atau tidak, pada tahun 1995 Apple terbit PipPin, game console. Ianya gagal segagal gagalnya, hanya 42,000 unit terjual dan mempunyai 18 games

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

9. Ramai beranggapan nama Apple dipilih kerana ianya buah terlarang seperti ditafsir dalam Bible. Steve Jobs dan Steve Wozniak dalam satu sidang media menerangkan waktu memilih nama: "Kami tak dapat cari nama lain dah"

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

10. Setiap apa yang anda cakap dengan Siri akan direkod dan disimpan oleh Apple selama 2 tahun. Jangan terkejut, Ianya ada dalam EULA

10 Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Apple

SEMUA GAMBAR DAN PENULISAN DIKREDITKAN KEPADA @MyAppleDotMy

You Might Also Like

18 Comments

  1. banyaknya bnda yg tak tahu pasal apple ni. saya belum berkesempatan memiliki sebarang produk jenama apple.

    ReplyDelete
  2. enjoy je baca walaupun bukan apple user ,heheh.

    ReplyDelete
  3. hanya org2 muda jer yg minat iphone ni..kiki. Umi ada 2 ipod beli in 2009 tapi both malfunction sebab my husband silap download lagu..jadi simpan jer la utk ingatan..huhu

    ReplyDelete
  4. Saya tak guna Apple, tapi info baru ni bagi saya... thanks share ya...

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi guna Apple . Walaupun jenama ni sangat too . Tapi CCL pulak tak bekenan

    ReplyDelete
  6. Barang Apple ni antara barang yang hanya mampu tengok dan berhuhuhu sebab tak mampu nak beli hahaha. Info yang bagus. tak tahu pula dia start introduce iphone pukul 9.41.

    ReplyDelete
  7. Wahhh thanks for sharing this elsa. Walaupun saya ni tak de iphone :'( tapi terus terang saya memang kagum dengan steve job dan saya pernah tengok movie berkisar tentang hidup dia dalam buat apple ni. Memang straight tapi dia genius tentang idea! . Bila baca post ni, banyak yang saya tak sangka2 terutama pasal "9.41" dan apple ada buat game boc juga :D

    ReplyDelete
  8. Ipod tu dulu femes kot. Tp tak mampu nak beli masa tu. Hehe.

    ReplyDelete
  9. wow , menarik. tapi saya bukanlah pengguna apple, bukan kerana tak minat ,tetapi kekangan kewangan.

    ReplyDelete
  10. Belum tercapai lagi hajat nak beli iphone dengan macbook air. Sabaaarrrr bebanyak. 😂

    ReplyDelete
  11. Siqah iPhone user dan tak tahu pun kisah apple ni. TQ for sharing elsa :) I love iPhone sampai tak boleh rasa tukar phone lain. Sebab IOS dan Android ternyata berbeza. Walaupun siqah jatuh hati juga dengan Huawei P9 dan Oppo Lee Min Ho. Hihi

    ReplyDelete
  12. Hanya mampu melihat barang keluaran Apple.. huhu

    ReplyDelete
  13. Seronok baca history apple ni...
    Saya pernah terbaca, Apple mendapat nama coz ketika mereka mahu mendaftarkan produk mereka, mereka tidak mendapat idea, dan salah seorang antara mereka mmg gemarkan buah apple, so end up produk mereka dinamakan Apple...
    Ntah betul ke tak cerita tu...

    ReplyDelete
  14. banyak sngt sy tak tau pasal Apple ni. buah epal tau la

    ReplyDelete
  15. No 10 tu. Seriously! Pernah try kat fon kawan jee. haha

    ReplyDelete
  16. Suka baca pasal Apple ni and pernah baca yg nombor 1 kesian kannnnnnnn. tak sangka benda simple like nak round edge and logo Apple kat macbook terbalik tu pon diorang perasan. lepas ni jumpa iklan iphone mmg cari jam pukul 9.41 tu haha.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete