Elsaalicious: Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 3


Lazada Malaysia

Wednesday, 8 March 2017

Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 3


Assalamualaikum

Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 3
Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 3

Sambungan dari Berhutang Punca Sahabat Menjadi Musuh Bahagian 2

Elsa nak ingatkan lagi, INI KISAH BENAR, si penghutang ialah seorang lelaki dan berhutang dengan Elsa hampir RM1000. Nombor telefon ibu si penghutang dah ada dalam tangan Elsa. Disebabkan tahap kesabaran Elsa dah sangat tak boleh dikawal, dengan air mata tak berhenti-henti jatuh, Elsa kuatkan diri untuk berhubung dengan ibunya melalui whatsapp. Elsa mulakan dengan salam, dan dia balas dan terus menyebut nama Elsa since dia memang kenal Elsa dari mula Elsa kawan dengan anaknya itu. Mesej whatsapp antara Elsa dengan ibunya masih lagi Elsa simpan dan sukanya Elsa nak menaipnya balik ke dalam entry nie

Ibu Penghutang: Aireen apa khabar? Lama dah tak jumpa

Elsa: Sihat alhamdulillah makin banyak makannya huhu

Ibu Penghutang: Ada apa whatsapp makcik nie?

Elsa: Mula-mula Aireen nak mintak maaf kalau terkasar bahasa atau Aireen nampak macam tak hormat makcik lah ye. Ini berkaitan dengan anak makcik. Aireen tak tahu apa yang anak makcik dah racun makcik supaya percaya cakap dia dari mula sampai hujung. Tapi Aireen nak cakap pada makcik, Aireen mewakilkan kawan kawan anak makcik juga, mintak tolong sangat-sangat supaya lekas-lekaslah bertaubat dan bayar semua duit kami yang dah dikebas sampai beribu-ribu ringgit

Ibu Penghutang: APA YANG AIREEN CAKAP NIE SEBENARNYA? DAH GILA ?

Sudahlah dicapslock-kan, dipanggilnya Elsa gila lagi. Tidak mengapa. Seterusnya Elsa taip sangat panjang dan menceritakan dari A sampai Z serupa macam Elsa kongsikan di dalam entry-entry sebelum ini

Ibu Penghutang: Makcik tak percaya. Kamu semua dah berkomplot nak jatuhkan anak makcik dan juga keluarga kami! Apa dosa kami pada korang semua ha Aireen?

Elsa: Sepatutnya kami yang tanya APA DOSA KAMI PADA ANAK MAKCIK TU? Makcik cakaplah apa pun kami semua dah penat dengar ayat manis dari dia. Sebab itu saya kata, tanya dia. Apa yang dia dah buat sepanjang dia belajar dan berkawan dengan kami? Apa yang dia buat dengan duit kami? Tapi Aireen jamin, anak makcik takkan menceritakan hal sebenar. Anak makcik pandai berlakon, ayat manis, mulut baik, hari-hari pergi kelas bersongkok, jadi dia ingat dia boleh tutup perangai dia dengan songkok tu ke?

Elsa memang sangat marah sebab itu macam-macam ayat hina dan keji yang keluar. Elsa sambung lagi bebel, dia taip Elsa taip dia taip Elsa taip, akhirnya Elsa menang dan sempat send sebelum dia send *gelak jahat

Elsa: Memang juga kami tak ada bukti nak menuduh anak makcik begitu tapi kami ramai saksi dan saksi ini juga adalah mangsa. Dia sangat licik nak meminjam dengan kami dia nak tunai sahaja tak mahu bank in-bank in kononnya, sebab tu lah kami kata tak ada bukti dia tu meminjam. Kami juga boleh buat laporan polis tapi kami tak sampai hati sebab kami tahu polis takkan layan kalau bukti satu habok pun takdak! *marah marah Aireen sangat terkilan dengan perbuatan dia. Kalau makcik tak percaya makcik boleh jumpa kami. Kami boleh datang menghadap makcik dan keluarga. Tapi rasa macam buang masa pula saya membebel macamnie, sebab kalau dah kata-kata kami makcik taknak percaya, dengan anak makcik pun makcik taknak tanya macammana nak selesai?

Dia bluetick Elsa sahaja. Saat tu juga Elsa dapati gambar di whatsapp dah tak kelihatan, last seen hilang, Elsa cuba menghantar ....... dan tunggu selama setengah jam dan ternyata, ibu penghutang dah block whatsapp Elsa

Rancangan gagal. Kami hampa

Elsa dan kawan-kawan memang boleh sangat kalau nak ke rumah si penghutang. Tapi salah seorang kawan Elsa minta Elsa dan yang lain-lain untuk bersabar, ada jalan lain In Shaa Allah

Beberapa hari kemudian, satu mesej daripada si penghutang masuk dalam whatsapp Elsa

Si Penghutang: KALAU NAK DUIT, JANGAN LIBATKAN KELUARGA AKU. KAU SIAPA? KELUARGA AKU LEBIH PERLUKAN AKU DARIPADA KAU SEMUA

Elsa nak jawab apa dengan orang gila kepala timun macamnie? Apabila sudah macamnie, kami semua dah give up sampailah kami semua habis belajar sekarang nie. Tengok, cerita sinetron yang tergantung

Menurut kawan-kawan Elsa, ada antara mereka yang dah serik untuk menuntut hutang, ada yang masih berusaha termasuk Elsa sendiri. Elsa tak akan putus asa. Sekarang si penghutang sedang belajar di Shah Alam. Elsa buat keputusan untuk bersemuka dengan dia secara mengejut. Elsa buat rancangan dengan kawan rapat Elsa bernama S


Komen
14 Komen

14 comments:

Noor Azlan said...

Teruskan menuntut Elsa...

Ana Suhana said...

Mulut manis lelaki tu. Geram pulak baca. Satu hari semoga dia sedar dan pulangkan semua duit yg dia pinjam tu.

Nour Adieb said...

yes, jgn putus asa! boleh je nak halalkan... mslhnya ramai mangsa yg dia buat camtu! kes mcm ni mmg kena bawa bersemuka face to face. sebab nnt ramai lg yg bakal jd mangsa dia

Anum Abdullah said...

sokong elsa dengan cara elsa terus menuntut hutang tu..banyak nyoo 1k..

SITI AWADAH said...

Pergh semangat waja tinggi tu.. sis tak sekuat elsa dalam hal macam ni :D

raihanah said...

jangan putus asa ya. salam kenal

IQ = Iez Qis said...

kena cepat menuntut elsa, kesian dia dekat padang masyar nanti..

si pemiutang lak kena mengemis dengan si penghutang, dunia mmg dah nak kiamat

Seorang Syed said...

Eiiiii rasa nak maki-maki pun ada bila baca ni. Mak nya pun tolonglah jangan percayakan sangat anak tu. Depan kita mungkin la dia nampak baik, belakang kita apa dia buat pun kita tak tahu. Dia ingat anak dia tu sapa sampai orang nak jatuhkan keluarga dia bagai, kalau perdana menteri ke apa takpa juga.

Noor Azlan said...

Saya ada buat pencalonan nama Elsa dalam Sunshine Blogger Award. Selamat bersegmen.

http://www.bilalelakiberbicara.com/2017/03/sunshine-blogger-award.html

Fairuz Aqilah said...

Sebab tu kite sangat tak percaya kalau orang tu a SWEET TALKER. Kalau from the very beginning, kite nampak dia tu memang mulut manih pijak semut tak mati tak kira laki pompuan, kite start hadkan kepercayaan and jadi lebih berhati-hati untuk hadap sebarang krmungkinan. I'll not fall for you that easy, dear sweet talker... Kita pun bukannya orang senang, semua benda nak tolong suapkan ke mulut dia juga. Geramnya! Ego tinggi melangit taknak kalah, nak pergi mana bro? 😤😤😤 (sorry emo)

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ said...

mmg payah kalau nak mintak balik dr org yg meminjam...kita pulakk jd macam peminta sedekah. Umi pernah alami jugak 1.5k dan si peminjam hilang tapi Umi tau dia masih ada..Umi dah halalkan tapi kalau satu hari nanti dia datang bagi...Umi tetap terima sebab takut kalau kita mati dulu kita ternanti2 dia begitu jugak dia kan tunggu utk bayar hutang..wallahuallam

Noor Maizan said...

Normal kita berhutang 50sen pun tak senang duduk selagi tak ganti duit tu, ini pula dekat 1000, patut tuntut sampai kelubang cacing Elsa.

Jangan kasi chance nanti dia buat kat orang lain pula.

Soooo biar dia hidup tak tenang, teruskan menghantui hidup dia,muahahahahahhahaha.

Semoga cepat selesai Elsa, sakit hati baca entry ni rasa nak cekik orang je.

irazulkeffele said...

Amboi mak dia. Huhuhu dibackupnya anaknya sampai block whatsapp eh kotye pun siasat laa dulu betul ke tak apa yang Elsa bagitahu dan apa anak dia dah buat 😏😒

Siqah Hussin said...

Banyak tu 1k. Huhu. Sayangnya duit banyak camtu tak nak dipulangkan oleh peminjam. Teruskan menuntut ye Elsa. Biarlah nak cakap apa pun, hutang wajib dilangsai. Tak kira apa jenis hutang sekalipun.

Elsaalicious.