4 Tips Elak Digelar Drama Queen

March 20, 2017


Assalamualaikum

Apa maksud Drama Queen itu? Pendapat Elsa yang Elsa faham Drama Queen adalah seseorang (terutamanya wanita) yang cenderung untuk bertindak balas setiap situasi/perkara dengan cara yang melebih-lebih (overacting) dan menokok tambah

4 Tips Elak Digelar Drama Queen
4 Tips Elak Digelar Drama Queen

Kata orang-orang yang rapat dengan Elsa, Elsa kadang-kadang bersikap Drama Queen. Oh yeke? Aduh buruknya perangai awak, Elsa. Patutlah kadang-kadang tu ada yang tak senang dengan cara Elsa. Sejak daripada itu, Elsa belajar sendiri untuk kurangkan atau hentikan sikap Drama Queen itu. Jadi Elsa nak kongsi kepada semua 4 Tips Elak Digelar Drama Queen. Tips yang Elsa kongsi ini adalah berdasarkan pengalaman Elsa sendiri dan alhamdulillah sedikit-sedikit orang-orang yang complain Elsa Drama Queen tu dah bertukar ayat "wah Aireen mana drama queen kau yang dulu tu?" Hahahaha

4 Tips Elak Digelar Drama Queen

1. Jauhkan Diri Daripada Rakan-rakan Yang Drama Queen
Kadang-kadang sikap Drama Queen berpunca daripada rakan-rakan juga. Biasalah kalau dah berkumpul satu puak, kemudian saling mengumpat dan tiba-tiba sahaja terjadi satu pertengkaran. Padahal bukannya besar sangat pun halnya. Oleh itu, berkawanlah dengan mereka yang matang dan berfikiran terbuka

2. Lakukan Perkara Yang Berfaedah
Setiap orang mesti mempunyai hobi tak kira bersenam ke, memasak ke, membaca novel ke, ataupun bersiar-siar ke, dengan cara melakukan hobi sahaja kita dah boleh menghindari sikap Drama Queen tersebut. Cara ini amat berkesan jika anda sedang dalam keadaan bermasalah, maka emosi sedih dan marah yang membuak-buak sehingga teroverdose itu dapat dikurangkan dengan melakukan perkara yang berfaedah

3. Meluahkan Dengan Orang Yang Boleh Dipercayai
Apabila anda hendak meluahkan masalah anda, anda mesti akan menceritakan kepada individu lain. Tapi jangan cerita kepada orang yang sembarangan tau. Jika anda tersilap orang, atau orang tersebut tidak menyukai anda. anda mesti akan dilabel Drama Queen kerana anda dianggap tidak boleh menyelesaikan masalah dengan sendiri dan dianggap minta simpati dari orang lain

4. Kurangkan Ciwek (Kuat Menangis)
Ini adalah tips yang paling susah Elsa nak ubah. Elsa memang ciwek. Jadi rakan-rakan memang senang begitu saja label Elsa Drama Queen huhu. Jadi kurangkan lah menangis jika masalah itu datang secara tidak sengaja. Tenang dan sabar menempuh dugaan. Kalau menangis saja tak ada gunanya pun kalau masalah tak selesai kan

Kalau makin hari makin anda semua boleh ikut tips yang Elsa kongsi ini, Yes! Anda semua berjaya jadi manusia normal! Tak ada Drama Queen lagi kan hehe. Semoga Berjaya

You Might Also Like

14 Comments

  1. Setujuuuuu. Tetiba terasa terasa terlabel diri sebagai Drama Queen jugak. Hahahahah kekadang ada masanya perlu jugak nak jadi drama queen bagai ni, tapi tengok pada masa dan keadaan la heeee :D

    ReplyDelete
  2. good sharing. lepas ni no more drama queen ok.. hehe

    ReplyDelete
  3. ciwek rupanya elsa ni. nampak mcm kuat. hehe

    ReplyDelete
  4. perempuan memang ada yang drama queen tapi lelaki ada jugak yang drama king. hehe.😊

    ReplyDelete
  5. Pfftt.. kin pun kadang2 jadi drama queen. Tp dgn bff je dramaaa gicheww 😂

    ReplyDelete
  6. hahaha Alhamdulillah tahniah elsa sebab berjaya ubah diri hehe.

    ReplyDelete
  7. Iolls pun turut terasa denga ngelaran drama queen haha. Blogger wanita memang drama queen ke? Ehh? Haha

    ReplyDelete
  8. baru tahu ciwek tu kuat nangis

    ReplyDelete
  9. hahhaa, skrg ni dah susah nak percaya org. jadi terpaksa simpan masalah sendiri lepastu nangis pulak (ciwek) . xboleh lari jgk dr xmo ciwek

    ReplyDelete
  10. Peer pressureeeee!!! Bhahahahahaha... Well, drama queen dan kuat menangis memang berpisah tiada erh? Hehe.. Macam dalam tv tu. Change for the sake oglf yourself and people around you. Good for you, Elsa. Berubah ke arah lebih baik dan positif. 💪💪💪
    Lav lavv 💋💕

    ReplyDelete
  11. yeahhh, sy berjaya menjadi manusia yg normal 😁 info yg menarik Elsa 😉 thanks sharing

    ReplyDelete
  12. alalalala haha drama queen rupanya elsa. Mellya xpastila pulak drama queen ke tak haha

    ReplyDelete
  13. anis pun ciwek jugak ni..hihi... nice tips kak :)

    ReplyDelete