Your Payments Are Currently On Hold - Google AdSense

March 30, 2017


Assalamualaikum

Oh tidak! Kenapa pulak nie? Relaks Elsa relaks! Jangan gopoh. Mesti ada penyelesaiannya kan

Tadi Elsa buka Akaun Google AdSense Elsa saja nak tengok earnings. Tiba-tiba ada mesej berwarna merah di atas skrin menyatakan "Your payments are currently on hold because you have not verified your address"

Wah tarik nafas lega Elsa tau. Ingatkan ada apa-apa yang tak kena dengan Blog Elsa ataupun ada yang silap letakkan ads di blog Elsa. Rupa-rupanya Elsa kena buat pengesahan alamat Elsa. Elsa yakin pemegang Akaun Google AdSense yang lain juga ada terima mesej sebegini

Your Payments Are Currently On Hold - Google AdSense
Your Payments Are Currently On Hold - Google AdSense

Bila Elsa dah lihat skrin Elsa begini, Elsa terus ke Blog Amer Jaya, Si Arif tentang Google AdSense dan Elsa pernah terbaca entri beliau yang ini sebelum ini dan hari ini Elsa baca semula dan fahamkan dalam-dalam. Bermakna Elsa kena tunggu surat sampai di peti surat dan baru Elsa boleh verify alamat. Alhamdulillah. Terima kasih Amer Jaya kerana telah menghasilkan entri tentang ini kalau tidak Elsa sampai sekarang Elsa gelabah lagi

Alhamdulillah juga Elsa dah sebulan lebih bersama Google AdSense, earning Elsa sudah capai sebanyak USD14.10 (MYR62.57) Terima kasih kepada pelawat-pelawat blog Elsa yang tak putus-putus ke sini. Elsa menghargai sangat-sangat. Elsa masih dalam proses untuk memantapkan isi kandungan Blog Elsa sendiri harap beri sokongan ye! Oleh sebab itulah Elsa rajin anjurkan Giveaway untuk memberi penghargaan kepada anda semua. In Shaa Allah, rezeki melimpah-ruah untuk kita semua :*

Baca: Google AdSense PIN Selamat Sampai Di Rumah

You Might Also Like

22 Comments

  1. Bestnya ada Google adsense. huaaaa jeles! taknak kawan elsa hahahaha.

    ReplyDelete
  2. Fuh.. banyak juga tu.. Terbaik elsa

    ReplyDelete
  3. akak dulu dah apply tp x lulus.. pastu dh malas nk apply.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Bestnya ada Google Adsense.. Kak Sue punya masih pending lagi..tak pun tak layak lagi kut.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. Ehemmm fae nakkkkk #Guccibag haaha gurau je

    ReplyDelete
  6. Tahniah elsa .. ccl pernah apply adsense ... baru btapak 3hari ..tetiba adsense tarik balik.huh sedih betul

    ReplyDelete
  7. Wow kira banyak tu....3 atau 4 minggu baru leh dpt pin verify ke rumah.

    ReplyDelete
  8. hehe ingatkan kenapa kena on hold..haha lawak betul dak Elsa ni..

    ReplyDelete
  9. Wutwuttt boleh up lagi nilai tu lepas ni hehe goodluck Elsa 😊

    ReplyDelete
  10. bestnyaaa mellya tak lepas-lepas lagi huhu katanya insufficient content :(

    ReplyDelete
  11. ha'ah nanti dia akan hantar surat. nanti dia beri kod something something. tahniah my dear. goodluck! banyakkan lagi buat entri, tingkatkan trafik blog. nanti masyuk adsense hehehe.

    ReplyDelete
  12. Bertuahnya awak dapat !!!! <3 hihi

    ReplyDelete
  13. waaa, hebat, da ade gaji dari pakcik google, nanti lama-lama, pakcik google up upah tu, :)

    ReplyDelete
  14. Tahniahh. Permulaan yg baik tuu. Bestnyaa. :)

    ReplyDelete
  15. Dulu pun suspen gak dpt notification mcm tu. Rupanya kena tggu surat nak verify alamat. Tp lama juga la nak sampai surat tu.

    ReplyDelete
  16. wahhh, best tu masyukkk. tingkatkan lagi earning tu Elsa :D

    ReplyDelete
  17. Murah rezeki Elsa. Alhamdullilah. Bestnya ada Google Adsense. Akak takde lagi 😅😅

    ReplyDelete
  18. alhamdulilah rezeki untuk elsa. tahniah elsa atas usaha elsa...

    ReplyDelete
  19. bestnya neeza tak pernah reti adsense ni sebab macam tak sense je ikut tutorial haha

    ReplyDelete